Elias Hj Idris
Akibat terlalu kusyuk beribadat kepada Allah - dapat dihidu bau limpa Saidina Abu Bakar yang terbakar daripada mulutnya. Punca, kerana takut akan Allah. Pada waktu malam dia membaca al-Quran sepanjang malam, sehingga sewaktu di Mekah kaum musyrikin merayu Rasulullah agar melarang Saidina Abu Bakar daripada membaca ayat-ayat suci itu. Suaranya yang menangis dan mendayu itu telah cukup untuk menggoda hati sesiapa, terutama wanita musyrik yang mendengarnya. Mereka mudah terpengaruh.

Pada satu peristiwa dia makan benda yang syubhah lalu segera dia mengorek tekaknya untuk dikeluarkan. Malah sewaktu perang Tabuok, baginda meminta sekelian muslimin mengorbankan harta mereka untuk jihad fi-sabilillah. Maka datang Saidina Abu Bakar lalu menyerahkan segala hartanya. Dia ditanyai Rasulullah, "Apa lagi yang engkau tinggalkan bagi anak-anakmu, hai Abu Bakar?"

"Jawabnya sambil tertawa, "Aku tinggalkan bagi mereka Allah dan Rasul-Nya."

Malah berkait dengan makanan dia pernah berkata, "Tidak pernah aku inginkan sesuatu makanan melainkan aku halangi diri daripadanya. Sesungguhnya, tidak ada sesuatu yang akan membinasakan diri manusia selain daripada syahwatnya"

Malah di rumahnya sentiasa pula ketiadaan makanan walaupun asalnya dia seorang yang kaya-raya di kota Mekah. Katanya, "Di dalam ibadat itu ada kekayaan bagi sesiapa yang menghendakinya."

Pada satu ketika dia melihat Nabi menolak pemberian orang - air dan madu. "Kenapa ya Rasulullah?"

"Ia dunia yang menjelma kepadaku dengan segala isinya," jawab baginda.

Dia pun begitu, tetapi katanya, "Demi Allah, sekiranya tuan dapat berlepas diri daripadanya, tetapi orang-orang yang di belakang hari nanti tidak akan terlepas daripadanya. Jadi aku takut yang dunia akan mengejarku."

Saidina Umar pun begitu sikapnya. Dia berjaya menghancurkan segala kemegahan Empayar Rom dan Parsi termasuk dalam bab tradisi bermegah-megah dan beria-ia dengan adat, pakaian dan makanan ala Rumawi Timur dan Parsi. Dia melarang komandan-komandannya memakai segala yang mewah tinggalan empayar tersebut. Dia tidak mahu tradisi bermegah-megah itu menjangkiti budaya masyarakat Islam.

Dia pernah mendapat permadani indah buatan Parsi, tetapi dipotong-potong lalu diberikan kepada mereka yang berhak. Tujuannya, supaya rasa bangga memiliki keindahan itu dapat dihindarkan. Dia pun hanya duduk di atas tanah dan berbaring di atas tikar. Malah dia membawa minyak untuk mengubati sendiri unta-unta zakat yang sakit. Dia turut membetulkan bangunan dengan kaki dan tangannya sendiri.

Pada suatu hari dia berjalan dengan beberapa orang sahabat lalu tiba di sebuah limbah najis. Katanya, "Inilah dunia yang yang kamu sering berlumba untuk memilikinya." Ia menunjukkan bahawa dunia yang dikejar orang itu seumpama najis yang busuk dan meloyakan.

Malah dia mengambil sikap bersedia untuk susah dengan banyak anak; kesukaran itu baginya seseorang akan lebih banyak berhubungan dengan Allah swt.

Apabila Saidina Umar berjaya meluaskan jajahan takluknya, banyak pihak membawakan persembahan berupa harta rampasan. Dia menetapkan semua orang bertugas dalam bidang agama dan diberikan imbuhan. Ummul Mukminin Aisyah r.a. diberikan 12,000 dirham setahun. Ibu-ibu Islam yang lain 10,000 dirham, komandan perang 9,000 dirham tiap seorang dan peserta perang Badar dan Hudaibiyah diberikan 5,000 dirham. Malah anak-anak muhajirin dan ansar pun diberikan 200-400 dirham seorang.

Sedangkan untuk dirinya, tidak pula ditentukan berapa walaupun dia seorang khalifah. Keadaan ini menyebabkan banyak pihak termasuk sahabat berasa gusar. Dia berkata, "Apakah benda yang halal bagi dirinya dengan harta milik umat lainnya?" Mereka mahukan dia hidup selesa sesuai dengan tarafnya sebagai seorang khalifah. Dia sekadar meminta dua persalinan; satu untuk musim sejuk dan satu lagi untuk musim panas. Dia meminta sedikit belanja untuk pergi mengerjakan haji setakat yang mampu dibawa sendiri atas belakangnya. Makanan? Cukup dengan setaraf perbelanjaan seorang Quraisy yang ikut sama.

Masing-masing berbicara; Kenapa untuk orang lain Saidina Umar sedia memberikan sejumlah bayaran tetap yang boleh dikira lumayan - beribu-ribu dirham. Sebaliknya, untuk dirinya dan keluarga dia begitu berkira, terutama segala yang datang dari baitulmal.

Inilah Umar Ibnu Khattab yang pada pandangan kaum sufi seorang imam yang besar sekali.

Saidina Ali bin Abi Thalib pun begitu. Dia pahlawan besar yang menakluki Khaibar, tetapi hanya makan tiga butir kurma setiap hari. Sementara di dalam rumahnya cuma ada pedang, baju rantai dan sehelai kain. Jika kain itu dijadikan pelapik tidurnya dengan Saidatina Fatimah, mereka sudah ketiadaan kain untuk selimut! Dia menumbuk tepung sendiri - segenggam dan dimasak lalu dibahagi dua dengan Fatimah dan tidak berbaki lagi untuk sepanjang hari.

Dhirar as-Sudaai dari Yaman pernah menghuraikan sifat Saidina Ali r.a; Dia tinggi sekali dengan cita-cita, kuat tubuhnya dan apabila berkata perkataannya jelas dan terang dan apabila menghukum, hukumnya tersangat adil.

Setiap perkataan yang dituturkan bagaikan ilmu dan dari segala hukumnya keluar pelbagai hikmat. Daripada perkataannya, beliau seolah-olah berasa liar dengan dunia ini. Dia senang dengan malam hari yang gelap-gelita; banyak berfikir dan bagus sekali tamsil ibaratnya. Makanan yang digemari, segala yang kasar dan sederhana, kalau pakaian - yang pendek.

Dia mencintai orang-orang miskin dan memuliakan ahli agama. Aku pernah melihat sewaktu bintang-bintang telah lenyap, sedang dia masih menangis dengan sendunya bak orang kesusahan sambil berkata;

"Wahai dunia, terperdayalah orang lain daripada aku. Apakah kamu masih mahu mendekati aku? Jauh... pergi jauh. Aku sudah ceraikan engkau dengan talak tiga. Keadaanmu amat hina-dina, ajalmu pendek dan bekal masih amat sedikit dan jalan yang akan ditempuh amat jauh sekali."

Apabila menyertai Nabi sejak awal Islam, para sahabat telah memupuk sifat-sifat terpuji;
i)  Zuhud terhadap dunia;
ii)  Tidak menghadapi hayat dunia ini dengan sepenuhnya, seperti yang dikehendaki dalam istilah kehidupan;
iii)  Mereka mencintai mati sama seperti mencintai hidup ini;
iv)  Mereka benci akan harta dan segala perhiasan dunia;
v)  Mereka cinta untuk segera menemui Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

Inilah rahsia besar yang telah memberikan kemenangan besar kepada perjuangan sahabat dan tabi'in pada zaman Rasulullah dan para sahabat sehingga seluruh tanah Arab, Parsi, Syria dan Mesir semuanya Islam dalam masa 10 tahun di zaman nabi, 2 tahun di zaman Abu Bakar dan 10 tahun lagi di zaman Saidina Umar.

Jika sifat-sifat khalifah, gabenor dan komandan perang tidak demikian suci maka tentulah akan lahir banyak rintangan untuk melahirkan kemenangan yang besar kesan perebutan yang biasa terjadi.

Apabila diteliti akan sifat-sifat yang ditunjukkan oleh sekelian para sahabat, ternyata mereka tempuhi jalan tasauf itu secara berperingkat. Pertama sekali mereka mesti zuhud. Kedua mereka bersifat qana'ah, taat, beribadat kepada Allah, menarug rasa cinta kepada Allah dan Rasul, sedia menjadi penebus pada setiap yang dituntut oleh Allah dan terakhirnya, ketujuh melakukan jihad fi-sabilillah dengan erti yang sesungguhnya demi untuk meninggikan kalimah Allah.

Ketujuh-tujuh rangkai ini tidak terpisah. Ia diperlukan dalam pengajian tasauf yang sadiq, baik dan sempurna. Dan jalan ini tidak boleh dirobah sebab ia akan menyeleweng dari yang hak.

Satu lagi contoh. Pada suatu hari Nabi keluar bersama dengan Abu Bakar dan Umar dalam keadaan perut yang lapar sebab ketiadaan makanan di rumah masing-masing. Pun begitu amal mereka tidak pernah terjejas jauh sekali daripada berkurang. Di pertengahan jalan mereka temui seorang ansar yang mudah mengerti melihat daripada riak baginda bertiga. Dia lalu mengajak mereka ke rumah lalu dijamu dengan kurma dan air sejuk.

Selepas makan, Nabi bersuara, "Sebenarnya, kamu akan ditanyai pada hari kiamat nanti dari hal nikmat yang telah diberikan kepada kamu itu."

Orang kaya Melayu pada hari ini perlukan sebuah jet peribadi....

... dan 5-6 wanita lawa seperti ini!

Nikmat itu akan ditanya dari mana ia diperoleh dan ke mana ia dimunafaatkan? Demikian pendirian Nabi dalam pengawalan nafsu dan pembinaan ketaatan dalam mengembangkan agama suci ini.



Nota:  Ada Melayu kaya yg pergi karaoke malam Jumaat, balik 3.30pagi! Mata juling dgn GRO... yang sebaya anak di rumah.
4 Responses
  1. hsakinah Says:

    Alhamdulillah, sahabat2 nabi betul2mengikut jejak langkah nabi, begitu mengagumkan semangat mereka. Bagi saya pula,seorang wanita, ada tak contoh sifat2 di kalangan kaum wanita yang mulia di sisi nabi untuk dijadikan ikutan pula? Ataupun,kebanyakan secara tak langsung mengikut tunjuk ajar suami atau sang ayah, kan. Mungkin En.Elias ada berjumpa di mana2riwayat tentang sifat zuhud Muslimah di zaman Rasulullah? Wallahualam.


  2. Rabiatuladawiah - wali wanita yg terkenal.


  3. hsakinah Says:

    Betul, itu contoh teladan yang bagus; malah antara perhiasan tercantik di muka dunia. Hendak jadi semolek itu kiranya... Taknak beri alasan, maka ayat berakhir di sini :-)


  4. Anonymous Says:

    ANTARA SAHABAT SEJATI DGN MUSUH DLM SELIMUT SUKAR DIKENALI...

    Mana satu yg dibilangkan sebener2 Sahabat Rasulullah SAW..?? Mana satu yg sebener2nya musuh Rasulullah SAW...??? Dizaman Rasulullah SAW Mekah dipenuhi dikelilingi dikepong dgn majority Bani Kapir Kurisy. Hanya sedikit Bani Hasyim dgn Bani Nadzar dari suku Bani Israel, keduanya asal jalur Ibrahim AS yg maseh kekal hidup harmoni dgn Agama Nabi Ibrahim AS. Dikala itu Mekah dikuasai oleh "3 Taiko" paling berkuasa dari Puak "28 Kapir Kurisy" and the gangs, yg kaya raya, punyai pengikut2 setia yg kuat, sentiasa tonggang langgang, karam dlm amalan2 Arab Pagan dsbnya lagi....

    Rasulullah SAW, Bonda Siti Khodijah dgn Imam Ali hanya "3 Serangkai Bani Hasyim" tersepit ditengah2 dgn "3 Serangkai Bani Kapir Kurisy". Siapakah yg menang, siapakah yg kalah..?? Siapakah sebener2 Sahabat Nabi dan Musuh Nabi...??? Iblis yg bertahta sekian lama diKaabah sentiasa menggoda, biarkan Iblis juga menjadi saksi. Bisekan Iblis kamu masuk dulu Islam, aku gerenti kamu bisa tikam Muhammad dari belakang. Apakah yg dibilangkan Sahabat kalo ada muslihat "ada kerang ditengah2 dicelah kotiau"..?? Iblis and his gangs ketawa besar, ha3... karna hasilnya sudah berbillion2 jadi members pengikut Iblis....