Sebaik menerima wahyu dan kerasulan, maka situasi ruhani baginda menjadi semakin kuat, jernih, mengilap dan menangkap. Kemudian baginda melaksanakan tugas menyampaikan al-Quran selama hampir 23tahun. Perlu diingat, tugas menyampaikan al-Quran pada setiap hari di kalangan sahabat di tengah-tengah ancaman musuh sama seperti meletakkan leher biar dipenggal General Yamashita, Jepun! Lantaran musuh utama bagi sang musuh Islam adalah al-Quran itu.
Kerja seterusnya, ialah menyampaikan kepada sahabat - dengan membaca dan menerangkan dan terus melaksanakan tanpa berlengah-lengah. Jika tidak dapat disampaikan di sekitar tempat dekat Ka'abah, baginda beralih ke mana-mana bahagian kota Mekah, di pinggirnya atau dibawa ke rumah Al-Arqam bin Abul Arqam. Kalau perlu mereka dibawa ke kaki gunung dan berkumpul di sana setengah hari atau lebih.
Baginda menerangkan tentang ayat yang baru turun, maksudnya, menerangkan hubungan ayat-ayat baru turun dengan ayat sebelumnya. Baginda menerangkan di mana letak ayat dan di surah yang mana? Sekiranya ayat-ayat itu ayat perintah atau larangan, baginda menerangkan cara untuk melaksanakan perintah dan larangan itu. Dan ia terus dilaksanakan.
Sama ada di Mekah ataupun Madinah, baginda terus menyampaikannya secara berterusan tidak kira di waktu aman atau perang, ayat pendek atau panjang - ada yang terus lebih satu juzu' seperti Surah al-Baqarah. Ia dilaksanakan dengan sebaik-baiknya pada waktu itu juga. Sekiranya di waktu musafir 2,000 orang maka pergerakan dihentikan. Baginda bertindak menyampaikan kepada sahabat-sahabat, ketua-ketua kumpulan secara bertangga. Ketua-ketua ini pula akan menyampaikan kepada anggota kumpulannya pula sehingga kesemuanya hafal dan faham maksud dan saranannya.
Baginda turut memerintahkan jurutulis wahyu yang sentiasa ada bersama menuliskan 1-2 naskhah dokumentasi al-Quran di atas kulit-kulit nipis yang telah disamak, pada pelepah tamar, di atas tulang-tulang nipis, perca dsb. Seterusnya, apabila tiba di destinasinya, ia akan ditulis semula di atas kulit yang lebih baik di mana baginda menerangkan tentang nombor surahnya sekali.
Apa yang dijelaskan ini cuma sebahagian daripada tugas baginda Rasulullah saw. Jika hendak diambil kira, tugas menyampaikan selama hampir 23 tahun ini pun sudah terlalu berat buat seorang manusia biasa. Namun kekuatan ruhaniah baginda yang telah dilatih Allah swt sejak kecil dan di lima tahun terakhir kerasulan di Gua Hira' telah menyebabkan baginda mampu melaksanakan tugas dengan baik sekali.

PERMULAAN NABI MUHAMMAD SAW BERAGAMA.... Nabi SAW dizaman kanak2 lagi hingga dewasa, sentiasa diawasi dibimbingi oleh Allah. Setelah kehilangan tempat pergantungan Ayah-Bonda, nenek dan paman, kehidupan Nabi SAW bertambah susah. Namun sudah ketentuan Allah baginda dilatih cara kehidupan sebatang karah, agar menjadi Insan Sempurna sebenar2 Hamba Allah. Ditambahi pula dgn suasana kehidupan diKota Mekah, yg sentiasa dikelilingi dgn budaya kehidupan Bani Qurisy yg Kapir Jahiliah. Kaabah dipenuhi dikelilingi dgn patong2 berhala2 yg disemah utk disembah. Sangat berlawanan dgn naluri dalaman Rasulullah yg dibimbingi Allah...
Maka dikala itu semasa zaman remajanya lagi, dikala kelapangan Baginda sudah mula berjinak2 keGua Hiraq. Lari keluar kota mengasingkan diri dari hirok-pirok budaya jahiliah Kapir Qurisy Mekah. Peribadi akhlak kesegakan keremajaan Nabi SAW telah memikat hati "Orang Terkaya Mekah". Bermulalah kepercayaan dan harapan Bonda Siti Khodijah terhadap Rasulullah. Setelah bernikah dgn Bonda Siti Khodijah, yg beragama Hanif peninggalan Nabi Ibrahim AS, maka kehidupan beragama Baginda turut berubah... Dgn galakan peransang dari isteri tercinta, bermula Nabi SAW mendalami Agama Allah. Maka keGua Hiraq Jabal Nur Nabi SAW memulakan langkah....