Tahannuth Muhammad saw di dalam Gua Hira' merupakan cahaya pertama dan utama bagi nur tasauf. Itulah benih pertama bagi kehidupan ruhaniah yang disebut dengan ilham hati atau renungan ruhaniah.
Penghidupan Nabi Muhammad saw merupakan gambaran lengkap sang sufi yang sebenarnya. Dari Gua Hira' itu baginda melupa dan memutuskan hubungan ingatan sama sekali dari segala makhluk lainnya. Menurut ahli sufi, ia adalah laluan pertama yang utama untuk sampai kepada kasyaf, untuk memperoleh limpahan ilham dan untuk beroleh isyraaq atau pancaran nur dari Allah swt. Kebesaran dan kemuliaan Nabi saw itu telah menjadi sempurna di tempat itu.
Lapangan dan Tingkatan Tasauf
Tasauf itu ibadah, taharah dan zuhud. Ia lalu naik memperoleh kasyaf, memperoleh faidhullah (limpahan-limpahan Allah), kemudian isyraaq beroleh pancaran nur Allah yang menerangi langit dan bumi. Kemudian pada tingkat ketujuh barulah seorang itu berhubungan dengan al-Khaliqul A'zam, pencipta, pemelihara dan perahmat seluruh alam ini, dan isi seluruh alam ini terdiri daripada tiga, iaitu ayat-ayat yang hak, kebaikan dan keindahan.
Sebelum Nabi menjadi rasul terlelbih dahulu Allah swt mendidiknya dengan sebaik-baiknya, walaupun pahit. Ayahanda baginda wafat sewaktu masih dua bulan dalam kandungan. Dalam usia enam tahun, ibunya pula wafat. Maka menangislah segala isi langit melihat akan yatim-piatunya Nabi Muhammad saw. Namun Allah menghendakinya begitu agar ia lebih membaikkan baginda. Dalam kehidupan ini, didikan ibu dan masyarakat cuma mempengaruhi sahsiah seseorang itu setakat 50% sahaja. Sementara bakinya datang daripada wasathah atau darah keturunan yang mengalir pada dirinya daripada akhlak ayah, ibu, nenek dan kerabat lain yang dekat.
Jadi Allah menjadikan Nabi manusia paling mulia, menjadi rasul untuk merahmati seluruh alam dalam masa tiada batas. Biar setara mana baik pun ayah dan ibu serta neneknya, kekuatan apa yang ada pada mereka masih tidak cukup untuk menolong baginda menjadi rasul. Jadi, dengan sebab itu ayah dan neneknya diwafatkan. Kemudian pengalaman pahit sewaktu kanak-kanak, zaman muda dsb adalah dalam usaha pembentukan itu juga.
Dan lima tahun sebelum kerasulan, baginda menjalani latihan paling keras - iaitu beribadat di Gua Hira'.
Bersambung...

....PERTAPAAN NABI DIGUA HIRAQ SELAMA 44 HARI....
Ada yg jadi sumber ikutan amalan ahli Tasauf para Sufi.
Ada sesetengah tareqat jadi ritual bersuluk selama 44 hari.
Ada yg ikut bertapa digua2 mencari khadam utk duniawi.
Selama 44 hari apa sebenar pekerjaan Nabi tidak ketahui....
Hanya opah Siti Khodijah dgn Tok Ali sesekali jenguk Nabi.
Menghantar bekalan buah tamar dgn air zam2 utk Nabi.
Kesian opah sedang mengandungkan Putra pertama Nabi.
Mujur ada Tok Ali maseh kanak2 buat teman opah ulangi Nabi....
Sehingga turun Ayat Pertama mula diketahui apa amalan Nabi.
Bagi Ahlulbait itulah Kitab Pusaka Nabi jadi rebutan diAlam Wali....