Elias Hj Idris
Apabila berada di Gua Hira', baginda Nabi tidak tinggal di luar. Ada satu gua yang untuk memasukinya kena merangkak dan untuk tinggal di dalamnya tidak sesiapa pun bisa berdiri. Ia muat hanya untuk baginda duduk. Untuk berbaring jauh sekali. Pada orang yang biasa tinggal di gunung atau bukit mungkin akan arif akan apa itu erti gunung dan bukit? Tidak ada kesenangan dan keselesaan apa-apa di sana.

Di kejauhan nampak bukit-bukit batu yang tidak mendamaikan. Jadi, Nabi Muhammad saw bukan duduk bersenang-senang di dalam gua tersebut. Entah apa yang dikerjakan baginda tiada siapa yang tahu? Hanya apa yang dapat disimpulkan bahawa baginda nabi menahan nafsunya (beribadat) di sana. Baginda tidak memuja tempat itu, tetapi baginda memuja Allah swt. Cara dan ucapan baginda tiada riwayat yang menyatakan.

Sejak kecil lagi Nabi saw sudah bencikan berhala dan segala yang ada hubung kait dengan berhala. Baginda ingin sekali mengetahui yang hak dan baginda mencari jalan untuk ke sana. Menurut kata Dr Hussein Heykal lagi, beliau telah mendaki dan berdiri di banyak gunung yang indah dan besar. Beliau juga pernah berdiri di corong pengkaji bintang sambil menyaksikan kebesaran Allah saw di sana. Akan tetapi apabila dia berdiri di depan Gua Hira', lain sekali rasanya.

Dari tempat itu Nabi Muhammad saw mengikuti perjalanan ruh yang suci, yang maha kuat dan akan turun buat merobah sejarah umat buat selama-lamanya, di samping menyelamatkan sejumlah besar umat manusia yang tidak diketahui jumlahnya, selain daripada Allah swt.

Dari sana kelihatan besarnya alam Tuhan ini. Ayat-ayat Allah swt kelihatan lebih hebat, dahsyat dan lebih cantik daripada yang disangkakan sewaktu berada di bawah. Dari Gunung Hira' itu kelihatan Baitullah yang suci didirikan oleh Nabi Ibrahim dan Ismail, tempat orang melakukan tawaf, ruku' dan sujud. Semakin besarlah Allah swt dalam iman dan pemandangan mata kita melihat kekayaan dan keindahan alam yang dicipta-Nya.

Untuk masuk ke dalam, kena merangkak dan ada dua batu besar penghalang. Apabila melepasinya ia akan mendinding segala pemandangan yang di luar. Tiada apa yang kelihatan selain daripada gelap biarpun siang atau malam, dengan batu-batu besar di sekeliling; diulit suasana sunyi dan menyeramkan. Tiada satu pun yang menarik di situ, tetapi itulah tempat yang paling dicintai baginda Nabi sepanjang lima tahun sebelum kenabian baginda.

Keadaan di sana menyerlahkan jiwa besar baginda tanpa sebarang rasa takut. Suasana gelap itu menunjukkan sinar matahari dan gelap malam itu sama sahaja baginya. Malah bagi orang yang punya cahaya hati, cahaya malam gelap gelita itu terlebih baik daripada sinar terang cahaya siang yang banyak membawa manusia terpedaya olehnya.

Itulah tanda kekuatan jiwa baginda.
6 Responses
  1. Sebelum rasullullah menerima wahyu dari allah melalui utusannya Jibrail, rasulullah kelihatan selalu turun naik ke Gua Hiraq selama 15 tahun. Apa yg dibuat oleh rasullullah?

    Didalam surah al-araf:172 ketika hendak ditiupkan roh kedalam jasad..allah bertanya (disampaikan oleh malaikat izrael, penjaga roh) "akukah tuhan kamu? lalu dijawab Ya kami menyaksikannya.. kami melakukan sedemikian supaya tiada yang diakhirat nanti akan mengatakan kami tidak diingatkan akan perjanjian ini :al-araf 172...

    Maka setelah dicuci hati rasullullah ketika berumur 5 tahun, terus baginda kembali hidup hatinya mengingati allah..

    Begitujugalah amalan yg dilakukan baginda didalam gua hiraq..iaitu dihidupkan hatinya menyebut allah..allah..allah..

    Kejadian ini telah allah perjelaskan didalam ayat quran yg pertama turunnya didalam surah al-alaq ayat berbunyi "sebutlah nama tuhanmu (ALLAH) yg menjadikan..menjadikan manusia dari hati".al-alaq:1-2..

    Seperti kebiasaan setiap ayat diturunkan setelah rasullullah mengalami satu peristiwa.. begitu jugalah ayat itu diturunkan untuk membenarkan apa yg dibuat rasullullah selama 15 tahun bagi meluruskan hatinya kepada allah..dgn zikrullah..

    Itu yang diajar rasullullah...banyak2 sebut/ingat/zikir allah didalam hati, supaya dapat menjadi manusia. bukanlah jasad itu bentuk manusia, tetapi diri yg didalam itu bernafsukan nafsu manusia(mutmainnah)..kerana jasad itu hanya sarung(kosong)..yg didalam itulah yg hendak diluruskan.

    firman allah "celakalah org yg hatinya degil dari zikir ALLAH..mereka itu daam kesesatan yg nyata : al-zumar:22

    dan "mereka lalai dari mengingati allah, mereka itulah golongan syaitan" al-mujaadilah...

    mengingati allah itu amalan syahadah..amalan rukun islam pertama. lebih wajib dari solat. solat itu yg kedua..solat tanpa zikrullah itu solat yg mendapat kecelakaan dari allah.. "celakalah org yg solat, iaitu yg lalai ketika solat" al-maun...


  2. Anonymous Says:

    DiGua Hiraq Jabal Nur Baginda Nabi SAW mengadakan ibadah pertapaan selama 44 hari. Maka dikatakan Wahyu Pertama yg diturunkan adalah Surah Ikrak... Maka pertapaan nabi SAW itu menjadi ikutan dan amalan dlm sesetengah ajaran sesuatu Tareqat itu, mewajibkan Para Saliknya menjalani ritual Suluk juga selama 44 hari...


  3. Anonymous Says:

    Amalan para Nabi tidak sama itu sudah ketentuan Tuhan Yg Maha Tahu lagi Maha Memberi.
    Nabi Musa AS bermunajat dgn Allah diBukit Tursina selama 17 hari beramal dimalam hari.
    Nabi Muhammad SAW bertapa diGua Hiraq Jabal Nur selama 44 hari beramal disiang hari.
    Malam lambang ilmu bumi manakala siang lambang ilmu langit masing2 tersirat rahsia tersendiri..


  4. Anonymous Says:

    Apa pekerjaan Rasulullah SAW dlm Gua Hiraq itu urusan Ilahi.
    Apakah rahsia pertapaan 44 hari Rasulullah itu yg mahu dicari.
    Yg dikhabari turun Wahyu Pertama Surah AlAlaq sudah ketahui.
    Barang siapa keMekah kerjakan ibadah Umrah dan Musim Haji,
    Tidak ziarahi Jabal Nur pijakkan kaki diGua Hiraq amatlah rugi.
    Tapak mula Syariat Hakeqat Muhammad ngapa tidak kunjungi.
    Selain Kaabah disitulah Pintu Langit paling ajaib baginya Nabi.
    Disuatu masa nanti Gua Hiraq berubah wajah mudah dilawati..


  5. Unknown Says:

    Masjidil Aqsa diKota Muqaddis rebutan tiga pihak tiada keputusan lagi.
    Masjidil Haram Kaabah diKota Mekah atas tanah Ibrahim siapa pusakai?
    Masjid Nabawi diKota Madinah semadi Maqam Nabi Ahlulbait mewarisi.
    Jabal Nur diluar Kota Mekah atasnya ada Gua Hiraq siapa pula yg miliki?
    Keempat2nya disitu Pintu Langit diberkati jadi Kiblat Jasad dikunjungi.
    Keempat2 ditawan Dajjal Yahudi menanti Ratu Adil Sejati membebasi....


  6. Pak Long Says:

    Apa yg ada dalam dada Abu Bakar, ada dalam dada Aku...apa yg Nabi buat dalam gua ialah ber suluk selama 44 hari. Mengekang nafsu....tanpa bercakap...memuji Allah sepenuh hati...memutus semua hubungan dengan manusia..Siti Khadijah menghantar makanan khas....makanan tanpa..benda berdarah......rujuk toriqat Naqshabandi....yg bersalasilah sampai Saidina Abu Bakar....