Elias Hj Idris



Jenis sekolah yang selama ini mendapat perhatian utama toke2 Cina
Srikandi


Benda Paling Aneh Dalam Malaysia.
Cer tengok bangunan ni. Dah macam wisma korporat apa ntah. Sekolah Menengah Persendirian Cina. Ini lagi deep 'jenis kebangsaannya' berbanding sekolah jenis kebangsaan.

Macam mana... macam mana sekolah yang tiada digazet dalam perlembagaan boleh dapat peruntukan juta-juta dari kerajaan walhal banyak sekolah kerajaan sendiri yang ikut betul-betul dasar-dasar pendidikan kebangsaan yang masih daif dan terabai?

Bagaimana...bagaimana jenglot di hutan disusukan, anak di rumah mati tak makan?

Bangunan dah tahap macam ni mestilah ada lif. Takkanlah bebudak sekolah panjat tangga kalau dah tinggi melangit macam ni. Ada lif mestilah ada ekon. Itu yang makan juta-juta. Sudahlah tauke kaya cukong kaya taja sekolah-sekolah ni, kerajaan pulak taja sekolah yang sama. Abis tu kalau Bangladesh, Myanmar buat sekolah sendiri, kerajaan kena tanggung jugak kah? Jadi apa special nye sekolah private berjenis kebangsaan (atau berasis, bagi sedap sikit) macam ni berbanding sekolah kerajaan?

Tidak bolehkah kaum Cina ini belajar bersama-sama kaum lain? Ada masalah kah? Tidak bolehlah kaum Cina ini belajar betul-betul mengikut silibus kerajaan Malaysia. Ada masalah kah?
Berapa banyak peruntukan kena salur? SJKC sudah ada, kerajaan tanggung. SMPC... kerajaan kena tanggung jugak kah? Semua sekolah ni ada perkataan kaum dalamnya. Ada ke 'sekolah Melayu' dalam Malaysia ni?

Macam mana orang Melayu sahaja mesti masuk sekolah berkebangsaan Malaysia manakala orang Cina dibenarkan beramai-ramai masuk ke sekolah berjenis kebangsaan Cina? Lepas tu nak merepek pasal 'Malaysia Malaysia'. Oh Tuhan!

Bagaimana orang MELAYU-BUMIPUTRA yang terbukti adalah pembayar cukai paling tinggi dalam Malaysia berbanding tauke-tauke dan cukong-cukong biasanya mengelak cukai, kena menanggung satu sistem sekolah rasis yang akhirnya menzalimi mereka balik?

Jika nak salurkan juga, kenapa tak terus terang? Kenapa hanya akhbar-akhbar Cina yang laporkan? Mengapa menteri berdolak-dalik?

Inilah contoh bagaimana perlembagaan boleh dibakulsampahkan sewenang-wenangnya. Bagaimana wang kerajaan Malaysia boleh disalurkan kepada institusi yang menentang perpaduan? Anda boleh menonton sendiri hasil dari projek antiperpaduan ini apabila melihat komen-komen menghina raja-raja Melayu terutama mantan Agong. Sekolah2 rasis ni tak payah wujud pun. Satu negara komunis pun tak buat walau mereka ni brutal. Satu negara liberal pun tak buat. Thailand ada buat? Indonesia ada buat? Vietnam ada buat? Takde manusia waras dalam dunia ni buat benda2 gila ni bervernakular merepek-repek ni.

Tapi kenapa kita buat jugak benda2 yang manusia lain tak berani buat? Adakah kita terlampau bijak dan manusia tu bodoh?

Inilah misteri nusantara.

Misteri paling susah nak dijawab dalam planet bumi.


~Srikandi
mockingjay
updateMF: http://goo.gl/eInJzI
Elias Hj Idris
Hans Adam and Azlan M Yusof shared Selamanya UMNO's post.

Firma audit PRICE WATERHOUSE COOPER yang Lim Guan Eng gunakan untuk menyediakan laporan kewangan Tabung Haji adalah firma audit yang sedang menghadapi tindakan undang-undang kerana menyediakan laporan audit palsu sehingga menyebabkan dua firma (Taylor Bean & Whitaker dan Bank Kolonial) menjadi bankrup!

Petikan dari laporan MARKETWATCH bertajuk "Price Waterhouse Cooper faces largest ever auditor malpractice damages verdict".

Malah anggaran ganti rugi ke atas Price Waterhouse Cooper berdasarkan keputusan hakim, pada setiap kes yang difailkan di mahkamah, berjumlah $306 juta merupakan penghakiman terakhir atau keputusan juri yang terbesar, yang di anugerahkan kepada Federal Deposit Insurance Corp berkaitan penyelewengan dan malpraktis perakaunan yang dilakukan oleh Price Waterhouse Cooper.

[ARTIKEL BERKAITAN]: PwC faces largest ever auditor malpractice damages verdict - MarketWatch
https://www.marketwatch.com/…/pwc-faces-largest-ever-audito…


Perlu saya nyatakan di sini bahawa setiap badan atau institusi yang menerima deposit (simpanan dari orang ramai) adalah tertakluk kepada tiga jenis auditing iaitu;
  a) Audit dalaman institusi tersebut (Internal Auditors);
  b) Audit luar (External Auditors iaitu Earnest Young sebelum Pakatan Harapan memenangi PRU14);
  c) Audit dari BNM (BNM Auditors).


Maka adalah mustahil ketiga-tiga badan audit ini tidak dapat mengesan sebarang penyelewengan yang dikatakan berlaku didalam akaun Tabung Haji sejak tahun 2014.

Lebih pelik lagi ialah sebuah anak syarikat Tabung Haji iaitu THHE (TH Heavy Engineering Berhad (THHE)) dan TH-Alam Holdings (L) Inc (TH Alam) sebuah syarikat usahasama dengan Alam Maritime Resources Berhad disenaraikan dalam Papan Utama Bursa Malaysia sejak Januari 2005. Sudah tentu pelabur-pelabur akan merujuk kepada Financial Statement Tabung Haji sebelum mereka membuat keputusan sama ada hendak melabur dalam saham THHE atau sebaliknya.

[ARTIKEL BERKAITAN]: Perkhidmatan Lain | Tabung Haji
https://www.tabunghaji.gov.my/…/pelabura…/perkhidmatan-lain…

Namun sebaik saja Pakatan Harapan mengambil-alih pemerintahan negara pada 10hb Mei 2018, mereka telah menamatkan khidmat Juruaudit Earnest Young dan melantik Juruaudit Price Waterhouse Cooper sebuah firma audit yang sedang menghadapi tindakan undang-undang atas kesalahan penyelewengan dan malpraktis perakaunan sebagai Juruaudit Luar Tabung Haji.

Maka berdasarkan kepada Laporan Audit Price Waterhouse Cooper itu, Kementerian Kewangan telah memindahkan aset-aset Tabung Haji ke Kementerian Kewangan!

Maka wujud kemungkinan bahawa Kementerian Kewangan telah menggunakan PRICE WATERHOUSE COOPER untuk 'menyediakan laporan audit palsu' berkaitan kedudukan kewangan Tabung Haji dengan tujuan supaya Mahathir dan kroni-kroni Pakatan Harapan boleh merompak aset-aset Tabung Haji.

Di antara aset Tabung Haji yang telah dipindahkan ke Kementerian Kewangan yang menimbulkan keraguan ialah Tanah TRX, di mana pada tahun 2015, Tabung Haji telah membeli tanah ini dengan harga RM188.5 juta. Kenapa semasa aset tersebut dipindahkan kepada Kementerian Kewangan nilainya masih dikatakan RM188.5 juta, sedangkan nilai terkini tanah tersebut ialah RM209 juta.

Ini bermakna sesiapa saja kroni kerajaan Pakatan Harapan yang membeli tanah tersebut daripada  Kementerian Kewangan akan mendapat untung atas angin saja sebanyak RM20.5 juta.


Persoalannya sekarang ialah bila masanya Pakatan Harapan "meminda Akta Tabng Haji" yang memberikan mereka kuasa untuk memindahkan aset-aset Tabung Haji ke Bank Negara Malaysia di bawah Kementerian Kewangan?

[ARTIKEL BERKAITAN]: Najib: PH tukar akta Tabung Haji ke? – The Third Force
https://www.thethirdforce.net/najib-ph-tukar-akta-tabung-h…/

Ariff Ahmad
Elias Hj Idris
                  Menteri PH, dalam parlimen pun buat macam kedai kopi - berbohong

 Najib Razak
Ramai yang mungkin ingat pada sesi parlimen bulan Ogos, Azmin Ali dedah bahawa Khazanah rugi RM80 juta dalam syarikat menjual coli dan seluar untuk memperlekehkan kerajaan BN dahulu.
Azmin membuat dedahan ini bagi menjawab soalan saya bagaimana kerajaan PH boleh dakwa Khazanah menyimpang daripada landasan asal, sedangkan asetnya melonjak daripada RM33 bilion kepada RM134.5 bilion dalam 10 tahun lalu.

Beberapa hari dahulu, terkeluar satu lagi berita yang tidak akan dihebohkan oleh Azmin dan PH.
Khazanah telah untung besar apabila saham syarikat Phunware melonjak lebih dari 2,000% kepada AS$157 satu saham di bursa saham Amerika Syarikat.
https://www.bharian.com.my/…/khazanah-untung-besar-saham-ph…
Khazanah milik 2.2 juta saham dan merupakan pemegang saham terbesar di dalam syarikat ini.
Kini, 2.2 juta saham ini bernilai RM1.42 bilion (US$345.4 juta)
Pelaburan Khazanah dalam syarikat ini yang dibuat pada tahun 2016 hanya RM90 juta (ASS$22 juta).
https://www.redherring.com/…/malaysian-government-fund-inv…/
Ini bermakna Khazanah sudah untung RM1.35 bilion dalam syarikat ini sahaja.
Yang rugi RM80 juta, PH kecoh.
Yang untung RM1.35 bilion, PH bisu seribu bahasa.

Selama ini, PH masih membisu tentang fakta bahawa Khazanah untung RM6 bilion apabila mereka melabur di dalam syarikat gergasi China, Alibaba pada tahun 2014.

Pelaburan awal di dalam Alibaba ini yang menjalin hubungan yang baik serta membuka jalan untuk Alibaba menempatkan ibu pejabat ASEAN mereka di Malaysia.

Ini juga sebab Alibaba memilih Malaysia untuk mewujudkan Zon Perdagangan Bebas Digital pertama di dunia pada tahun 2017 serta melabur di dalam.projek KLIA Aeropolis yang kini menjadi hab logistik ASEAN mereka.
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2017/03/23/alibaba/…
Syarikat coli di India bernama Zivame yang diperlekeh oleh Azmin pada bulan Ogos itu pun bukan tentu rugi.
Oktober lalu, Zivame melaporkan penjualan mereka telah meningkat 63% berbanding tahun yang lepas.
https://economictimes.indiatimes.com/…/article…/66341657.cms
Tidak mustahil Zivame juga akan disenaraikan tidak lama lagi seperti syarikat Phunware dan membawa keuntungan yang besar untuk Khazanah.

Pelaburan ada untung dan ada rugi tetapi untung yang Khazanah jana di bawah kerajaan BN jauh lebih besar dari yang rugi.

Kerajaan BN dahulu gigih berusaha untuk menambahkan aset negara serta mewujudkan hubungan dagangan antarabangsa dan pelaburan demi pembangunan negara.

Kerajaan PH pula sibuk membuat pusingan U, menjual aset negara dan memainkan propaganda.
Elias Hj Idris


Ayman Rashdan Wong


Lagi 8 tahun (2024), maka genaplah satu abad umat Islam hidup tanpa naungan khalifah. Keadaan ini berpunca daripada peristiwa yang berlaku 100 tahun yang lalu: peristiwa Al-Thawra Al-Arabiyya Al-Kubra atau dalam Bahasa Inggeris “The Great Arab Revolt”. Oktober 2016 ialah masa yang paling sesuai untuk memperingati peristiwa ini.


Sekitar Oktober 1916, Kapten T. E. Lawrence atau “Lawrence of Arabia” tiba di Madinah dan bertemu dengan Amir Faisal, putera sulung kepada Sharif Hussein, pemerintah Haramain (“Penjaga Dua Kota Suci” lantikan Khalifah) yang berketurunan Banu Hashim. Misi Lawrence sebagai wakil Empayar Britain adalah untuk merancang strategi bersama keluarga Sharif untuk menyerang kubu Madinah yang dipertahankan oleh Fakhri Pasha, seorang jeneral Khilafah Turki Uthmaniyyah (“Ottoman”) yang handal. Kehadiran Lawrence menyusuli persetujuan Sharif Hussein dan Henry McMahon, Pesuruhjaya Tinggi Britain di Mesir, untuk bersama-sama menentang Khilafah Uthmaniyyah.

Ketika itu Perang Dunia Pertama (WW1) telah berlangsung dua tahun lebih di antara Pakatan Britain-Perancis-Russia dan Pakatan Jerman-Austria. Kerajaan Khilafah Turki Uthmaniyyah yang ketika itu dikuasai oleh “Tiga Pasha” (Talaat Pasha, Enver Pasha, Djemal Pasha) telah menyertai pakatan Jerman, walaupun tidak dipersetujui oleh Khalifah Mahmud V (Mehmed V). Keluarga Sharif yang telah lama tidak berpuas hati dengan pemerintahan Turki, membuat keputusan untuk berpakat dengan Britain demi membebaskan bangsa Arab daripada pemerintahan Turki (sebenarnya, tak ramai pun Arab yang sokong keluarga Sharif). Britain telah memberi janji yang lumayan bahawa Britain akan menyokong Sharif untuk menjadi khalifah kepada dunia Arab.

Namun, apa yang tidak diketahui oleh Sharif ialah perjanjian rahsia di antara Britain dan Perancis yang bernama Perjanjian Sykes-Picot. Al-maklum lah waktu itu tiada WikiLeaks. Menurut perjanjian tersebut, wilayah Uthmaniyah selepas perang akan dibahagikan di antara Britain dan Perancis. Setahun kemudian (1917), Britain juga mengadakan Perjanjian Balfour dengan keluarga Rothschild, penaja gerakan Zionisme bahawa Britain akan mewujudkan sebuah negara Yahudi (“Jewish national home”) di Palestin.


Selepas tamatnya WW1, wilayah Turki Uthmaniyyah dibelah bahagi menurut Perjanjian Sykes-Picot. Perancis mendapat Syria dan Lebanon; Britain mendapat Palestin, Jordan dan Iraq. Britain tidak mengotakan janji McMahon terhadap Sharif. Malah, Britain memberi bantuan senjata kepada musuh Banu Hashim iaitu Bani As-Saud untuk memerangi Sharif. Belum sempat lagi Sharif menubuhkan khilafah, keluarga As-Saud telah pun menawan Makkah dan Madinah pada tahun 1924 dan keluarga Sharif terpaksa meninggalkan Haramain. Keluarga As-Saud menubuhkan kerajaan yang bernama Arab Saudi.


Manakala di Turki, para pemenang WW1 (Britain, Itali, Greece) cuba menguasai Turki. Mustafa Kemal telah bangkit menentang penceroboh-penceroboh asing. Mustafa Kemal menubuhkan Republik Turki dan dihormati sebagai Ataturk (“Bapa Bangsa Turki”). Pada 3 Mac 1924, Khilafah dimansuhkan. Khalifah ke-101, Sultan Abdul Majid II (Abdulmecid II) dibuang negeri. Apa yang berlaku di Turki selepas itu, semua dah sedia maklum.

Tentu ada pengajaran (ibrah) di sebalik sejarah. Kedua-dua Turki Uthmaniyyah dan keluarga Sharif, dan umat Islam secara keseluruhan ialah “mangsa geopolitik” yang kena “game” dengan percaturan kuasa-kuasa besar dunia. Britain sebenarnya hanya menganggap keluarga Sharif sebagai satu anak catur untuk menjatuhkan Uthmaniyyah dan membolehkan Britain menguasai Mashriq (kawasan di antara Laut Mediterranean dan Sungai Euphrates) yang strategik.

Begitu juga dengan Jerman. Bukannya Jerman nak buat pakatan dengan Turki sebab pro-Islam. Sebab-sebabnya hanya: kerana ada musuh yang sama dengan Turki iaitu Russia; dan kerana nak cari titik “pivot” di Teluk Parsi untuk melancarkan kuasa (“projecting power”) ke Lautan Hindi yang dikuasai Britain. Begitu juga dengan Hitler semasa Perang Dunia Kedua. Bukannya Hitler anti Yahudi sebab dia sokong perjuangan Palestin, tapi Hitler hanya menggunakan anti-Semitisme untuk mencari sokongan di kalangan negara-negara Arab.

Sudahkah kita mengambil pengajaran?

Dalam gambar: Amir Faisal ibn Hussein menghadiri Persidangan Keamanan Paris (Paris Peace Conference) di mana pemenang-pemenang WW1 mengadakan rundingan. Lelaki ke-3 dari kanan (sebelah bahu kiri Faisal) ialah T. E. Lawrence. Lawrence agak bersimpati dengan keluarga Sharif dan telah mendapatkan hak memerintah Jordan dan Iraq untuk keluarga Sharif. Pemerintahan keluarga Faisal di Iraq digulingkan dalam kudeta berdarah pada tahun 1958, manakala keturunan Amir Abdullah, putera kedua Sharif masih memerintah Jordan sehingga pada hari ini.


Sumber:
Firas Alkhateeb (2014), Lost Islamic History: Reclaiming Muslim Civilisation from the Past
Eugene Rogan (2015), The Fall of the Ottomans: the Great War in the Middle East, 1914-1920
Ian Rutledge (2015), Enemy on the Euphrates: the British Occupation of Iraq and the Great Arab Revolt, 1914-1921
Elias Hj Idris
Sekarang, LGE telah menggunakan Kementerian Kewangan untuk memusnahkan kewangan Tabung Haji (TH). Dia menipu umat Islam selepas gagal memulihkan ekonomi negara.


Hutang banyak, yang pasti lambat dan payah untuk diselesaikan segera oleh kerajaan PH dengan kebodohan menterinya ialah defisit hutang negara. Namun kenapa mesti aset TH yang diambil untuk mengimbangi defisit ini?

Kenapa LGE menipu sambil mengkeldaikan TH?

Jika ada aset TH yang bermasalah kenapa tidak dipulihkan aset yang bermasalah itu?
 

  • Nota: Dalam Naim Holdings Bhd, TH memiliki 24 juta saham yang bisa menghasilkan dividen 3% setahun bagi unjuran tahun yang baru lepas ini. Kesemua dividen itu sekarang tidak pergi ke TH lagi, sebaliknya dinikmati oleh SPV - Urusharta Jamaah S/B di bawah kementerian kewangan. Ia bermakna, pencarum sudah tidak akan mendapat apa2 keuntungan daripada caruman mereka dalam TH yang memiliki syer dlm syarikat tersebut. Sama halnya dengan apa yang akan berlaku terhadap 500 juta saham TH dalam Malakof Corp Berhad. Dividen dinafikan sama sekali!
  • Seterusnya, saham2 ini boleh pula dijual oleh SPV - konon untuk membayar hutang k'jaan. Peliknya, hutang k'jaan dibayar menggunakan dana milikan rakyat/pencarum lantas menafikan hak mereka sama sekali. Sedangkan selama ini, bkn-Melayu TIDAK pernah ada jasa/sumbangan sedikit pun dalam pembangunan Tabung Haji sejak ia ditubuhkan.
    Sebenarnya, inilah yang cukup menyakitkan hati orang Melayu dan pencarum TH seluruhnya.

Sedihnya, umat Islam seperti rela dengan perbuatan curang LGE ini . Kenapa umat Islam membiarkan saja LGE berbuat apa saja terhadap aset yang bukan pun milik sebenar syarikat kerajaan /GLC? Duit kerajaan tidak ada di dalam TH. Tabung Haji adalah syarikat kutipan, kumpul @ caruman dana sebagai tabung untuk ibadah haji umat Islam.

Kerajaan cuma diamanahkan untuk mengawal-seliakannya saja lalu TH diperbadankan sebagai syarikat BERHAD di mana aktiviti perniagaannya disenaraikan di Bursa Saham Malaysia.

Umat Islam kena melihat dan jelas bahawa Tabung Haji BUKAN milik kerajaan, tidak seperti TNB, TM, MRCB atau PLUS sekali pun yang dibiayai daripada dana, daripada cukai yang terkumpul ke dlm tabung dana kerajaan.

Aset TH bukan bukan aset khazanah kerajaan Malaysia. TH adalah satu bentuk dana rakyat yang terkumpul atas tujuan-tujuan tertentu yang jelas dan diperbadankan menjadi seolah-olah sebuah bank. Namun TH bukan bank dalam erti kata yang sebenar. TH juga bukan sebuah koperasi namun ciri-cirinya berjalan seperti sebuah koperasi.

TH tertakluk di bawah aktanya sendiri - Akta Tabung Haji. Malah tidak ada mana-mana pertubuhan lain yang tertakluk sama seperti akta yang mengikat TH. TH teramat istimewa buat orang Melayu dan Islam!

TH adalah milik Umat Islam dan kerajaan cuma bertindak sebagai "pemegang amanah". Aset-aset Tabung Haji 'bukan' aset kerajaan. Ia 100% dana rakyat dan sekelian pencarumnya! Kerajaan tidak pernah menyuntik apa-apa dana ke dalam TH. Malah tidak pernah 'bail-out' walau atas apa alasan sekalipun!

Adalah baik pakar kewangan dan pengurusan umat Islam dengan kerjasama NGO atau peguam-peguam Muslim mengambil berat dan meneliti kekeliruan yang sengaja dimanipulasi oleh LGE sebagai menteri kewangan dan Mujahid sebagai menteri agama. Mereka yang bertanggungjawab dengan hal-ehwal Tabung Haji pada peri-silapnya tindakan mengalihkan aset-aset TH yang menguntungkan ini ke bawah syarikat SPV milik kementerian kewangan.

Satu badan inkues berkecuali yang terdiri daripada golongan pakar kewangan, pengurusan dan undang-undang wajar ditubuhkan.

Kenapa kerajaan begitu cepat boleh menubuhkan badan inkues pembunuhan anggota Bomba, Muhammad Adib yang sudah dikendalikan dengan baik oleh pihak polis dan menolaknya? Ia sebuah badan inkues yang ditubuhkan atas kehendak Peguam Negara tanpa permintaan rakyat. Peguam Negara tegas menolak hasil siasatan polis sebagai asas pendakwaan di mahkamah!

{Nota: Rakyat memang mahu melihat kes pembunuhan Adib ini diselesaikan dengan penuh keadilan dan saksama serta disegerakan. Kenapa perlukan proses inkues lagi sedangkan ia sudah jelas tertakluk di bawah bidang kuasa polis untuk menyelesaikan hasil siasatannyanya dan tertuduh didakwa di mahkamah di bawah akta yang dipinda daripada 307 kepada 302}

Baiklah, berbalik kepada perihal badan inkues untuk Tabung Haji.

Kenapa TIDAK BOLEH disegerakan penubuhan badan inkues ke atas satu dana rakyat yang kelihatan seolah-olah disalah-uruskan di mana proses dan tindakannya amat mencurigakan para pencarum, khasnya dan umat Islam umumnya?

Ia sebuah badan inkues tentang aset Tabung Haji yang berjumlah RM19.9 bilion itu. Rakyat mahu ia segera diperbetulkan.

(Ism Mil)


Perhatian: Lihat camne PH/Lge boleh main silap mata dengan aset TH?

Najib Razak

Tiba-tiba, kita diberitahu bahawa Tabung Haji (TH) mengalami defisit RM4.1 bilion kerana terlebih bayar dividen untuk 4 tahun berturut-turut walaupun telah diaudit dan diluluskan oleh Jabatan Audit Negara setiap tahun.

Maka, aset TH bernilai RM19.9 bilion dijual kepada sebuah Syarikat Tujuan Khas (SPV) di bawah Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab untuk memajukan ataupun menjual aset-aset ini.
SPV pula meminjam dari TH untuk membeli aset-aset TH ini dengan cara membayar TH dengan menerbitkan sukuk dan saham keutamaan boleh tebus Islam (RCPS-I) bernilai RM19.9 bilion kepada TH dengan faedah 2.5% setahun untuk 7 tahun.

Sukuk dan RCPS-I dari SPV ini tidak dijamin oleh kerajaan, tidak boleh dijual kepada mana-mana pihak - bermakna ia hanya melambangkan aset bernilai RM19.9 bilion dalam SPV itu.
Pakar kewangan kata: Sukuk dan RCPS-I itu "not guaranteed, not-traded and not rated."
Tiba-tiba, TH tidak lagi mengalami defisit.

Bila aset bernilai RM19.9 bilion ini di bawah nama TH, maka TH ada defisit RM4.1 bilion.
Tetapi bila aset yang sama ini dipindahkan di bawah nama SPV yang tidak dijamin oleh kerajaan, maka TH tidak lagi ada defisit.

Magic.