Saya tamat SPM 1968. Sementara menunggu keputusan tu dok melahu la kat kampung. Masa itu saya sudah mulai alim. Setengah jam sebelum masuk waktu saya sudah bersedia dengan wudhu' ternanti-nantikan waktu solat diumumkan di radio; macam hebahan waktu berbuka puasa - ikut zon. Dulu takde azan pun.
Tu la... nak jadi alim dengan ilmu dan fahaman sendiri. Nak cari tuk guru manakan ada? Kat sekolah cuma yang ada ustaz yang tak pernah pakai songkok. Ustaz pun cuma mengajar bab feqah, tauhid tak pernah sampai separuh tiap tahun. Pemahaman ayat ada le 5-6 termasuk ayat tentang 7 dosa besar dan ayat perihal puasa.
Bagusnya, sebab pernah tinggal di asrama di dua tahun yang akhir. Jadi, saya berpeluang temui rakan yang sebaik-baik pekerti hingga ke peringkat 'malaun'. Saya tidak nakal. Jadi, pembelajaran dalam kelas dapat dihayati (klu tak takkan dalam practical exam dapat top student!). Dan mereka yang baik-baik itu menjadi sumber inspirasi.
Daripada keluarga, rasanya jauh la. Cuma dari segi keturunan tu ada le. Siapa yang tidak kenal tuk guru Saad Beruas di kalangan orang tua-tua di Kedah? Dia tuk guru yang cukup dikenali dan hebat di sana. Di sebelah ibu pun datang dari kalangan tuk alim. Kemudian, tuk sedara di Perak itu pula jadi tuk guru agama yang cukup dikenali juga. Tukwan (lelaki) pun alim dan lurus orangnya. Jadi, sesuai dengan kifarah balasan - saya mungkin mendapat sedikit daripada tempiasnya (takde le niat nak tinggikan diri!).
Nak diharapkan ayah, tiap malam dia keluar dengan motosikal besarnya - AJS, Triump, BSA, Norton. Dia dengan geng memudanya. Dia akan hanya pulang pada jam 1.00 malam.
Cuma saya tabik dengan arwah ibu. Kerjanya teruk - menoreh getah (sayalah orang yang biasa menolongnya apabila cuti sekolah - anak yang setia) dan menanam padi. Dia juga menjaga kami adik-beradik 9 orang. Jadi, malam-malam kami pergi mengaji al-Quran dengan tuk guru - jauh juga dari rumah, pakai lampu minyak tanah. Bila angin kuat terus lampu padam dan merabalah kami di dalam gelap! Pastu masing-masing berkelahi sebab adik-adik saya yang lain (ada tiga adik perempuan di bawah) penakut belaka. Semua nak pegang lengan tangan atau baju saya pun jadi la. Si abang ni pulak nakal - jadi saya lari dalam gelap tu tinggalkan mereka biar terjerit-pekik!
Apabila kami mengulangi bacaan di rumah, ibu yang sedang mengasah pisau toreh itu di dapur boleh menegur setiap bacaan yang salah. Dia tegur penuh satu ayat untuk kami ikuti/fahami. Selalunya, ayah pun kena tegur juga sebab bacaannya merangkak dan main langgar (Ari ni kalau disebut, ayah tak mengaku dia pernah kena tegur. Heh... jatuh 'standard' tuk guru, kan!). Namun, alhamdulillah sebaik ayah pencen mata hatinya terang; dia boleh mengaji dengan lancar dan mampu mengajar anak-anak kampung pula sampai 15-20 orang.
Jadi, apabila berlaku peristiwa 13 Mei, 1969 orang Melayu mula kelam-kabut mencari ilmu. Segala macam mak-nenek ilmu yang dituntut, termasuk yang top masa tu dari Sheikh Osman di Lenggong. Timbullah kisah di Sungai Manek, Batu Pahat dan sebagainya. Pada masa yang sama ayah pula mula menggiatkan ilmu jabatnya yang dituntut pada usia 19 tahun (saya menuntut lagi muda - 17 tahun! Heh...).
Maka penuhlah rumah kami dengan penuntut ilmu jabat, sedangkan tuk gurunya takde di situ. Cuma ayah saya jadi anak murid yang lebih dipercayai (bukan murid tua). Apabila sudah mahir baru mereka itu serah bekas sirih (ambil tauliah) daripada tuk guru yang tinggal di Temerluk, jalan ke Taiping. Malah ketika kejadian berdarah itupun ada entah siapa yang datang untuk membawa tuk guru ke KL. Dia enggan, tetapi dia buatkan 25 azimat (yang terdiri daripada wafak tertentu) untuk mereka.
Sebagai anak muda, saya kagum dengan kebesaran ilmu Allah swt. Pada adat dan pada orang yang tidak mengaji di banyak bidang akan secara mudah mencebik fadilat di sebalik amalan ilmu ini. Masakan tidak, apabila secara terang-terangan ilmu ini menafikan kuasa iblis dalam usahanya berdoa akan kebinasaan! Yakni kita berusaha biar iblis gagal dalam permohonan untuk mencedera dan merosakkan anak-cucu Adam a.s ini.
Nanti kan ada yang kata di zaman Nabi kenapa sekelian para sahabat dan panglima perang tidak dibekalkan dengan segala ilmu yang 'miracle'? Kenapa mereka juga luka dan mati syahid?
Jadi, saya nak tanya pula kamu dah kenal ke iblis dan khoddamnya? Elok belajar dengan menyelak lagi sekelian perbendaharaan Allah swt. Seterusnya sudah ke khatam dengan seluruh ilmu Allah Taala yang bak lautan luasnya itu? Biar jangan nampak 'wajah' sumbing dan hodoh sendiri! (Maaf ler jika terkasar bahasa yeak!).
Paling bebal pun mari belajar la; untuk mengetahui wafak zikir dan amalannya.
Nota: Bebalnya orang muslim kebelakangan ini hinggakan wirid selepas solat pun dikira bid'ah. Biadabnya kerajaan Wahabbi tajaan Barat di Arab Saudi bertindak memadamkan segala tinggalan baginda Nabi Muhammad saw. Tempat lahir baginda pun ditutup. Atas alasan, bid'ah. Hasilnya, lihat sahaja gelagat orang-orang Arab yang berpeleseran di serata tempat sosial dunia dengan kekayaan yang ada. Itu tidak pula dikira maksiat dan bid'ah (bid'ah kekayaan)!
Depa berkira dengan Allah swt, tetapi tamak bila sampai ke bab balasan - nakkan syurga paling atas aje!

Salam, tak pernah pula dengar ilmu jabat ni. Sekarang siapa tok gurunya? kalau diizinkan, nak belajar.
Tuk guru ada di Beruas. Silakan. Komando pun ramai ambil.
Salam, Hj Idris masih mengajar ke ilmu Jabat? Ape sebenarnya ilmu jabat nih? silat ke apa? kalau jabat urat pernah dengar, tapi jabat yang ini saya tak tahu.
Ia sebuah senaman yang penuh dengan ucapan zikir, tasbih, takbir n penyerahan diri kepada-Nya semata-mata.
Senaman ini menguatkan daya tahan nafas; menguatkan denyutan jantung sambil menyahkan segala 'toksid' dalam badan.
Pastinya, jika kuat beramal badan ngak bisa rasa letih atau lesu. Ia membuatkan kita bertenaga selalu.
assalamualaikum tuan,sy salah sorg ank murid paklang dr kuala lumpur,kalo boleh sy nk minta alamat rumah paklang kerana berhajat turun ke umah paklang pada aidilfitri ini..dahulu sy pergi dibawa oleh rakan & waktu malam,x ingat jalan mana hendak dituju kalo hendak pergi sendiri..minta jasa baik tuan alamatkn ke email sy cemara87@gmail.com..terima kasih byk2..
Alaa... Jai, mai Beruas tanya Paklang Deris - nnti org akan tunjuk umahnya di Jln Parit.
As-salam tuan. Masih adakah gurunya di beruas? Nk tnye kene latihan ulangan ke (kena dtg selalu) sbb saye dari johor. Soalan ke 2 same ke dgn jabat silat abjad?. Mohon pencerahan.
Saya farhan dari oulau pinang juga menuntut JABAT dgn arwah tok lang. Saya masih baru. Slepas hafal apa arwah tok lang ajar hritu. Dia ckp kali kedua dia akan ajar gerak JABAT. Tp saya x sempat belajar kerana tok lang telah kembali ke RahmatuLlah. InShaAllah saya akan belajar lebih lgi mngenai ilmu ini Dari rakan jabat di PENANG. BISMILLAH ALHAMDULILLAH MASYAALLAH.

Allfatihah buat guru tercinta.... Buat keluarga arwah... Sya memohon... Jari sepuluh... Xdapat dtg menziarahi sewaktu pemergian nya untuk kali terakhir..... Terus terang dikatan.. Bermula bulan7 2016..sya kerap bertanyakn kpd shabt seguru.. Yg juga salah sorang ank didik arwah.... Seperti dirasakan akan pemergian seseorang yg besar.... Sehingga tiba nya bulan 8. 2016. Perasaan itu mkin kuat.... Kelihatan bila keluar dari rumah.. Melihat langit... Seperti kelam dan sayu.... Itu lah yg sya alami.... Sya adlh antara ank didik arwah yg ke 200lebih.... Didalam buku arwah ada dicatat setiap nama ank didik nya...

Sesungguh nya arwah memang org yg baik hati...
Sy xdpt melupakan nya...
Sy mula minat mendalami ilmu ini... Kerna tejebak dlm gengsterism... Jadi bak kata org sediakan payung sebelum hujan...
Pertemuan arwah dgn sya bermula dari
Slh seorang pembimbing sya akhirin bin adnan.. Yg menetap di kg.balun slim river,abg din dari benta pahang.dan biras sya khairul fazlli yg menetap ditrganu..
Arwah org yg ramah.... Tiap kali sya berkunjung kerumah arwah... Kerap mempelawa bermalam di rumah nya.... Sememang nya arwah mempunyai penglihatan yg baik...tahan mengantuk.. Sewaktu mendidik... Kalau sy sampai serumah arwah jam 4 petang terus sampai 4 pagi... Sewaktu itu umur arwah 84tahun..
Apabila sya bernikah pada tahun2012. Sy memplawa isteri tercinta nok kasma... Belajar dgn arwah juga... Tntg ilmu jabat... Alhamdulillah...
Sewaktu belum bernikah... Sya kerap berualang alik... Naik motosikal... Kdgkala dari klang ke beruas seorang diri.... Kdgkala dari slim river ke beruas...
Nak diceritakan lagi penat jari ni menaip....
Itulah Kngn bersama arwah sedikit sebanyak yg dpt diceritakan...
Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Al Fatihah untuk arwah. Sedih dan sebak bila dapat tau Tok Lang dah kembali ke pangkuan illahi. Dapat tau pun dalam blog ni. Bila ya arwah meninggal?last sekali bertandang ke rumah arwah bulan 3 2016. Benar kata kalian, mmg arwah sangat ramah, baru pertama kali jumpa pun macam dah kenal lama...
siapa waris ilmu arwah sekarang?boleh tak sesekali murid2 arwah bertemu dan bermuzakarah tentang apa yang arwah pernah turunkan?
tuan Elias haji Idris ni... yg penulis novel tu ke... sori kalau salah... jabat ni rasa ada gurunya dalam pertubuhan abjad kalau tk silap...
Jabat yang diperturunkan dari Pak Lang tak sama dengan Jabat dalam perguran Abjad. Dua kaedah yang mmg tak sama langsung.
salam..boleh bagi email tuan utk sy hubungi?
atau email saya di shinbe08@gmail.com
Boleh beri email tuan utk saya hubungi?atau email saya di shinbe08@gmail.com
Email saya tuan sakti9933@gmail.com
Email saya tuan sakti9933@gmail.com
Assalamu'alaikum.
Terima kasih atas semua komen yg ada.
Ilmu ni ble diwarisi oleh mana2 murid tua yg arif - klu tak pasti ble jumpa saya utk diperbetulkan.
Masing2 ble ijazahkan kpd turunan murid sndri - mana yg ada arwah tunjukkan caranya.
Wassalam.
Waalaikumsalam, macam mana nak jumpa tuan Ikan lepu.. tak sempat nak habiskan pelajaran dengan Allahyarham
shinbe08@gmail.com
Assalamualaikum,
Tuan ada menyebut tentang Sheikh Osman dari Lenggong. Saya sedang mencari pewaris ilmu Sheikh Osman. Walaupun beribu-ribu murid yang dah menerima ijazah dari Sheikh Osman, saya belum dapat berjumpa dengan pewaris yang masih hidup. Kalau tuan kenal mana-mana pewaris ilmu Sheikh Osman harap dapat menyampaikan kepada saya. Email saya aizad46@hotmail.com
Wassalam
Boleh saya dapatkan nama penuh syeikh osman
Saya Ada kenal guru jabat di nibong tebal penang.. ini no beliau .0194934301
0194934301 telefon no ini
0194934301 ini no guru jabat yg tinggal di nibong tebal penang
Dah tukar nombor hpn 0108181541 Pk Solihin