716 muka surat
RM 32.90 * Maaf kehabisan stok
Untuk pre-order sila hubungi saya, jangan buat bayaran dulu



Kamal Hanafi, seorang pemimpin pelajar yang cemerlang dan berani dalam memperjuangkan nasib teman pelajar. Masalahnya, dia terlibat dengan kumpulan lelaki yang anti perempuan. Pun dia dicemburui (digilai ramai pelajar wanita).

Di tahun akhir, dia terjebak cinta apabila melihat seorang freshie yang diorientate dengan teruk sekali. Mereka mula berkawan, namun hubungan itu tidak lama apabila Zarida Hanim berjaya melanjutkan pelajarannya ke universiti. Zarida Hanim aktif di sana dalam kegiatan budaya.

Kamal Hanafi mendapat posting kerja di sebuah negeri pantai timur. Sebagai pemimpin pelajar dia tertekan apabila kebolehannya tidak berjaya dikembangkan kerana pandangan serong orang pantai timur. Dalam masa yang sama orang tempatan ingin menawarkan jodoh, sedangkan hatinya masih tersangkut pada Zarida Hanim. Dia menulis surat, tetapi Zarida Hanim menjawab yang dia masih belum memikirkan soal rumahtangga.

Sayang, gadis itu kemudiannya dijodohkan dengan lelaki pilihan keluarga tanpa pengetahuan Kamal Hanafi. Gadis itu mendiamkan diri dan sering mengelak. Apabila diketahui, Kamal Hanafi benar-benar kecewa. Dia terasa benar yang dia diperbodohkan membuatkan sentimen lama yang anti perempuan itu membuak kembali.

Dia berhenti kerja, kemudian menceburi bidang pengiklanan di ibu kota. Dia berpeluang menemui sekian ramai wanita lawa yang berfikiran terbuka. Dia membalas dendam kesan kekecewaannya itu. Nina Kamariah yang mengajarnya. Dia turut mengambil upah melarikan dadah dari Thailand untuk kingpin dadah di ibu kota.

Dalam masa yang sama dia menemui mummy yang mengajarnya jadi gigolo. Kegiatannya meluas dan mempunyai kenalan di segenap peringkat termasuk tokoh politik terkemuka. Maka banyak job agensi kerajaan diperoleh dan dia membuka sebuah agensi pengiklanan sendiri. Dia punya banyak wang dan  terkenal. Namun wanita-wanita lawa masih menjadi mangsa buat melampiaskan nafsu serakah dan dendam kesumatnya.

Setelah sekian lama baru dia teringat untuk menjenguk ibu-ayah di kampung. Dia tidak dapat mengelak apabila ibu ingin menjdohkannya dengan Nurshila, anak Ustaz Khamis - teman lama mereka.

Apabila berkahwin, kegiatan gigolonya masih diteruskan. Dia melanggani mak-mak datin yang kesepian. Dia sering pulang lewat dan tidak pedulikan isterinya. Namun, Nurshila tidak pernah mengesyakki apa-apa kegiatan Kamal Hanafi. Dia menyangka suaminya bekerja kuat untuk masa depan mereka lantaran telah punya seorang anak lelaki. Sedangkan, dia terus terperuk dan terkurung.

Kamal Hanafi pergi ke Phuket dengan seorang wanita, sedangkan isterinya sedang sarat mengandungkan anak kedua. Nurshila sakit nak bersalin cuma dihadapi Mak Nab, orang gaji tua dan dibawa dari kampung. Telefon Kamal Hanafi langsung tidak dapat dihubungi.

Kemudian apabila Nurshila melahirkan dan dalam sibuk Mak Nab melayani lendir dan tali pusat anak yang baru lahir, dia terlupakan uri yang masih tersangkut. Uri itu tersentak ke dalam - menekan ke sudu hati lalu mengasak paru-paru dan Nurshila tidak dapat bernafas. Seketika mukanya biru dan menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Setelah dicuba beberapa kali, baru Mak Nab berjaya menghubungi Ustaz Khamis. Jenazah dibawa pulang ke kampung di Ipoh dengan sebuah nota kecil diselitkan di grill pintu rumah; meminta Kamal Hanafi pulang segera.

Malamnya, Kamal Hanafi tiba dan bergegas ke Ipoh. Dia tiba sewaktu tahlil arwah baru selesai. Hatinya tertanya-tanya, sedang nota itu tidak pun menyatakan apa-apa?

Sebaik menjenguk di muka pintu semua mata tertumpu kepadanya, dengan penuh tanda tanya dan rasa jelik. Kebaikan Ustaz Khamis terserlah dengan menjemputnya masuk dan dihidangkan makanan. Kamal Hanafi bertanyakan anak dan isterinya, tetapi si ayah mertua menyuruhnya makan dulu.

Hanya ibu yang tidak tertahan dengan gelagat anaknya. Dia meratus dan meratap malu dengan sikap Kamal Hanafi. Sedangkan lelaki itu masih kebingungan.

Setelah selesai makan, baru dia diberitahu apa yang berlaku. Kamal Hanafi tersentak apabila mendapat tahu bahawa isterinya telah tiada dan sudah disemadikan. Hanya anaknya yang selamat; seorang anak perempuan.

Keinsafannya datang membuak. Dan sepanjang malam itu Kamal Hanafi berteleku di kubur arwah sambil meratapi pemergian isterinya. Sayang, nasi telah menjadi bubur.
Kamal Hanafi mula berubah selepas itu. Agensi iklannya dijual dan dia tidak mahu terlibat dengan segala kebobrokan yang ada di sekelilingnya. Dia meninggalkan segala kebejatan sambil membesarkan dua anak yang ditinggalkan.

Setelah beberapa tahun, ibu-ayah mencadangkan agar dia bernikah demi anak-anak yang masih kecil itu. Kamal Hanafi keberatan kerana sesalnya yang masih membekas. Dia hanya bersetuju apabila cadangan itu keluar dari mulut Ustaz Khamis.

Dalam pencarian itu dia menemui sesorang. Apabila mereka telah beria-ia, gadis itu rupa-rupanya saudara susuan. Dia kecewa dan rancangan dibatalkan. Dia turut menemui Zarida Hanim di sebuah pusat beli-belah ketika memilih pakaian untuk anak-anak. Wanita itu turut menghadapi masalah rumahtangga apabila suaminya menjadi liar dan lupa diri. Walaupun Kamal Hanafi masih kecewa dan marah, tetapi dia memahami nasib yang menimpa bekas kekasihnya itu. Mereka sekadar berkawan.

Ketika membawa anaknya ke sebuah pusat peranginan, dia ternampakkan bekas model yang pernah menjalinkan hubungan dengannya. Tetapi gadis itu menghilangkan diri sebaik mendapat tahu Kamal Hanafi bernikah dengan wanita lain. Ketika leka melayani anaknya, gadis itu hilang dari pandangan. Setelah menghantar anaknya ke bilik, dia memeriksa dengan receptionist. Rupa-rupanya gadis itu telah pun check-out. Kamal Hanafi nyata kecewa.

Rumahnya diambush kerana disyakki terlibat dengan kingpin dadah; berlaku tembak-menembak dan Zarida Hanim menemui ajalnya. Kamal Hanafi cedera parah.

Peristiwa itu mendapat liputan meluas. Gadis bekas model itu datang menziarah di hospital. Baru diketahui yang gadis itu benar-benar menaruh hati terhadapnya. Mereka bercinta kembali dan mengambil keputusan untuk hidup bersama. Ketika kes dibicarakan di mahkamah, seorang mak datin menunggu. Tetapi Kamal Hanafi pulang dijemput oleh bekas model kekasihnya.