716 muka surat
RM 26.90
Novel ini berkisar di sekitar kes model Etontanya Seribunga yang dibunuh dan diletupkan. Konspirasinya berprofil tinggi. Ia berkait dengan pembelian kelengkapan dan jenayah seks. Tidak sunyi kes juara lagu Alam Fantasi dan bekas tunangnya. Orang Melayu yang digulai dengan hiburan melampau - hedonisme!
Ramai Melayu murtad apabila Islam dilakarkan hodoh dan dicemuh. Ia agenda puak sekular inspirasi daripada Kamal Attarturk dan sekularisme Turki (Nota: Siapakah yang tunjangnya dari sana?). Mereka membenci gerakan Islam dengan; "Hubaya... hubaya! Awas bahaya dari Gunung!". Sedangkan Pope Benedict XVI sendiri cemas apabila 100,000 bangsanya, Jerman memeluk Islam setiap tahun.
Apa di sebalik kedegilan dan kebencian Barat terhadap Islam?
Apa jawapan cendekiawan Parsi terhadap provokasi Maharaja Phaleologos II yang Pope Benedict XVI tidak sebut?
Apa pula kebencian orang Islam terhadap agamanya sendiri? Apa cacatnya Ladies In Islam dan kenapa dengan Islam liberal? Apa itu pejuang Islam yang dicap militan dan pengganas? Apa inti tuntutan jihad seperti yang disebut dalam al-Quran? Apa yang cuba diselewengkan oleh golongan kuffar dan munafiq?
Tup-tup mereka yang tidak solat pula sibuk mahu membetulkan Islam!
Allah swt mengemukakan pertanyaan mudah kepada mereka ini semua seperti dalam surah An-Nur: 115;
"Adakah kamu kira bahawa Kami menjadikan kamu dengan percuma (main-main saja) dan kamu tidak akan kembali kepada Kami?"
Ibnu Taimiyyah telah menyanggah kelekaan dan sifat buruk para pemimpin Islam yang dikuasai oleh penyakit
'al-Wahnu'. Dia membangkitkan kembali semangat Islam. Hasilnya, kuasa orang Tartar di timur dan tentera Salib dibarat telah dapat diterobos. Mereka itu dikalahkan.
Sejarah membuktikan, bahawa Islam tidak pernah berlaku kejam atau menganiaya sesiapa. Sebaliknya, apabila Islam menjadi minoriti, kehadiran mereka tidak disenangi dan dicurigai. Di banyak tempat mereka disembelih dan diperangi dengan pelbagai alasan. Anehnya, pemimpin Islam pula yang sibuk membuat adjustment biar sesuai dengan kehendak sang kafir. 'Al-kufran din-ul-wahiid' ertinya; Kafir itu adalah satu agama.
Islam diletakkan dalam kandang orang salah.... dan dibelasah apabila umatnya menjadi buih yang beterbangan apabila ditiup angin.