Kehidupan Rasulullah sebagai pembawa agama Islam - orang yang paling dimuliakan Allah di seluruh alam ini adalah sumber utama ikutan para ahli sufi.
Sepanjang umur baginda 35-40 tahun, baginda terus-menerus melakukan hidup yang suci dengan menghabiskan seluruh waktunya untuk beribadat dan berhubungan dengan Allah swt. Malah sebelum itupun baginda melalui kehidupan sebagai taqasysyuf, secara seada-adanya dan sangat zuhud dalam erti kata yang sebenar.
Kehidupan baginda amat asing daripada persoalan kebendaan kerana asyik dengan memuja dan memuji Tuhannya. Untuk itu baginda tidak pernah duduk atau singgah di mana-mana kedai di seluruh kota Mekah. Cuma ada satu riwayat yang mengatakan baginda ada sekali berhenti di tepi kedai seorang tukang besi; untuk apa baginda di situ pun tidak dicatatkan. Malah baginda tidak pernah lalu di depan ramai, iaitu di mana-mana tempat sibuk di kota Mekah.
Baginda banyak berkelana di serata kaki gunung apabila keadaan rumahtangga baginda aman, tetapi tidak memberi sumber ilham kepada ruhaninya. Dengan tidak menggembala kambingnya baginda menyusuri padang gersang - lari dari hiruk-pikuk ramai dan menjijikkan. Baginda mencari ilham ruhaniah yang lebih tinggi nilainya, tanpa sesiapa yang menunjukkinya selain daripada Tuhannya.
Kira-kira 3km ke utara Mekah kedapatan banyak gunung kecil yang dapat didaki dalam masa sejam-dua. Bentuknya sama sahaja dan di atas sana tidak ada apa-apa pun yang menarik hati orang. Namun dengan petunjuk Allah swt, baginda tahu sahaja memilih sebuah daripadanya - iaitu Jabal Hira' (yang kemudiannya dikenali sebagai Jabal Nur), iaitu tempat wahyu al-Quran yang pertama turun.
Kali pertama baginda naik ke sana pada usia 35 tahun. Tiada sesiapa yang mengajar baginda; sekali naik beberapa hari kemudian baru baginda turun. Bekalnya, bahan yang tahan lama - tamar dan sawik, iaitu sejenis makanan daripada tepung kasar. Jika terkena air, cepat ia mengenyangkan. Di puncak Jabal Hira' itu ada sebuah gua yang hanya muat untuk duduk seorang manusia. Dan berdekatan dengannya ada satu mata air yang tidak pernah putus airnya.
Dengannya baginda perolehi air dan dapat tinggal beberapa lama selagi bekalannya belum kehabisan. Adalah keterlaluan jika dikatakan baginda terlalu mementingkan bekalan. Sebab sepanjang sejarah baginda menjadi Rasul pun tidak pernah dicatatkan baginda dengan persediaan membawakan bekalan ke mana-mana perang yang lama dan jauh seperti Tabouk atau Mu'tah. Apa yang ada baginda memerintahkan sahabat agar bertolak segera - tidak pernah disebut dalam riwayat baginda mengarahkan mereka membawa bekalan.
Perjalanan ke Tabouk memakan masa sebulan pergi dan sebulan balik, iaitu kira-kira 700km. Ia akan menempuh laluan 8 hari dan 8 malam tanpa menemui air - di kawasan yang asalnya terdiri daripada negara-negara besar yang telah dihancurkan Allah oleh kederhakaan umat masa lampau.
Jerman yang gagah itu, umpamanya kalah perang kerana kekurangan bahan makanan apabila musuhnya menyekat bekalan gandum dan tenteranya tidak berdaya untuk melawan. Belum ada sesiapa pun yang dapat menafikan betapa pentingnya bekalan makanan dalam waktu perang. Namun ia agak berlainan dengan sejarah Nabi Besar ini. Ia bukan menjadi keutamaan, dan inilah bezanya baginda sebagai seorang Rasul dengan mana-mana raja di atas muka bumi ini.
Bagi ahli-ahli sufi tauladan yang dilihat bukan pada jasmani, tetapi ketahanan ruhaninya. Ruhani itupun ada bermacam-macam yang berkait rapat dengan hubungan Tuhan Yang Maha Kuasa. Baginda tidak pernah mengeluh dek kesukaran mendapatkan bahan makanan. Baginda selalu sahaja lapar dan tidak punya apa-apa, namun ia tidak pernah mengganggu pergerakan baginda. Ini mengingatkan kita bagaimana Nabi Isa a.s. pernah berkata secara sungguh-sungguh kepada murid-muridnya, "Bukan roti saja yang mengenyangkan, tetapi memuji Allah juga mengenyangkan."
Ini mengingatkan kita kepada orang yang berpuasa - tanpa makan dan minum, tetapi kekuatan tenanganya sama dengan mereka yang tidak puasa. Malah dalam banyak hal mereka lebih tahan dalam banyak aspek. Dalam aspek berjalan jauh, bekerja seharian dalam apa jua bidang, melakukan solat dan memuja-memuji Allah, orang yang berpuasa itu lebih bertenaga dan kuat daripada mereka yang tidak puasa!
Baginda pernah tinggal sebulan bulan Ramadan di Gua Hira' tanpa menghiraukan makanan dan minuman, pakaian atau apa pun kesenangan lain - dan ini yang menjadi perhatian para ahli tasauf buat mendekati ruhaniah suci dan murni baginda.
Perlu diingat, untuk beribadat - di mana sahaja mungkin belaka. Namun dengan menghadapi kesulitan dan kesusahan hidup, jauh berbeza dengan ibadat yang dilakukan dalam keadaan enak dan selesa. Tidak dinafikan oleh sesiapa pun, hubungan dengan Tuhannya akan lebih terasa sewaktu dalam keadaan sulit dan berbahaya daripada ketika kita dalam suasana tenang dan senang.
Kita tahu, dalam keadaan sulit tidakkan ada sesiapa lagi yang diharapkan selain daripada Allah swt.
Namun pada Nabi saw, hubungan baginda yang intim dengan Allah swt bukan kerana meminta sesuatu kepentingan untuk diri baginda atau untuk menolak sesuatu kesusahan atau keperitan, tetapi dek kerana cintanya akan Allah swt. Hubungan kasih itu pula dibina bukan untuk dirinya, tetapi memohon rahmat dan rahim Allah buat sekelian makhluk demi kasih-sayangnya.

Perlu juga diingat, rahmat yang datang tanpa ujian dan usaha yang berat mungkin kurang dihargai orang. Maka dengan sebab itu baginda melakukan ibadat di tempat sesukar Gua Hira' yang jauh terasing itu.