Elias Hj Idris
Oleh: siputsedut72 (TKO)


Saban tahun, 25 Disember disambut dengan meriah oleh kira-kira 1.2 bilion penganut Kristian di seluruh dunia. Tarikh 25 Disember itu mereka merujuk kepada kelahiran Nabi Isa atau Jesus Christ!

Saya x pasti pasti apa yang orang faham berkaitan asal-usul Chrismas atau Hari Natal. Ramai beranggapan, yang Hari Natal adalah sambutan sempena kelahiran Jesus Christ (atau Nabi Isa a.s.). Namun, ini adalah satu kesilapan besar. Semasa belajar di US dulu, ssya pernah ambil 'American History' selama setahun, dengan tujuan asal mahu mengetahui lebih lanjut tentang asal-usul negara tersebut dan bagaimana budaya rakyat negara tersebut lahir dan berkembang. Salah satu subject utama adalah bab berkaitan Kristian, yang pada asalnya adalah satu, iaitu Katolik yang dipekenalkan oleh paderi yang lima - Luke, Mathew, Barbara, Mark dan John sebelum berlaku perpecahan disebabkan oleh percanggahan pendapat anatara sains dan pihak gereja, sehingga melahirkan 'Protestant' (dari akta asalnya 'protes') yang mempunyai pelbagai pecahan pula di antaranya congresionalist, 7th-day adventist dan sebagainya.

Perkataan “Krismas” berasal dari istilah Yunani iaitu “Mass Kristus” yang membawa maksud 'Perayaan bagi al-Masih'. Sambutan perayaan ini sebenarnya wujud berabad-abad sebelum Isa a.s dilahirkan, tetapi tidak pernah didoktrinkan dalam agama Kristian sehingga beberapa abad selepas kematian Nabi Isa a.s.

Catholic Encyclopedia Edisi 1911 menggambarkan bahawa perayaan Krismas tidak berasal daripada Palestin, tetapi dari Mesir. Dalam ekslopedia itu menyatakan bahawa perayaan Krismas dipengaruhi oleh ajaran paganisme dari Mesir. Perayaan Pagan sekitar Januari pada hari pertama di setiap tahun itu benar-benar telah mempengaruhi tarikh 25 Disember yang kini dirayakan sebagai perayaan Krismas.

Origen (AD 186-238), ahli teologi abad ketiga dan digelar ‘bapa pengkritik Bible’ pernah menulis, "Dalam Kitab Suci tiada seorang pun yang direkodkan telah merayakan hari raya atau mengadakan jamuan yang besar pada hari lahirnya. Ia hanya orang-orang yang zalim dan toghut [seperti Firaun dan Herod] yang membuat hari berfoya-foya yang gah pada hari mereka dilahirkan ke dunia. (dipetik daripada 1911 Catholic Encyclopedia, artikel Hari Krismas).

Apabila kebanyakan penganut Kristian merayakan perayaan Krismas pada 25 Disember (kalendar Gregory) saban tahun, terdapat penganut Kristian yang beraliran oriental seperti 'Armenian Apostolic Church' dan beberapa yang lain menyambut perayaan Krismas pada 6 atau 7 Januari(kalendar Gregory).

Di barat, tarikh 25 Disember berkait rapat dengan perayaan penganut agama pagan di zaman dahulu kala. Tarikh 25 Disember itu dikaitkan dengan 'Festival Yule', iaitu sejenis perayaan keagamaan bagi kaum paganisme Jerman lama sebelum kedatangan Kristian. Perayaan ini bermula daripada pertengahan bulan Disember sehingga ke awal Januari berdasarkan 'Gemanic Lunar Calendar'.

Jika 'Festival Yule' itu dikaitkan dengan Krismas di barat, di timu pula perayaan Krismas dikaitkan dengan 'Festival Dies Natalis Solis Invicti' atau Festival Kelahiran Sol Invictus. Sol Invictus adalah tuhan matahari yang disembah oleh bangsa Rom Byzantine yang mana telah diadaptasi daripada tuhan bangsa Syria, Elagabalus.

25 Disember dikaitkan dengan tarikh kelahiran seorang lagi figura ajaran paganisme, iaitu Mitra. Mitra adalah dewa masyarakat Parsi yang kemudiannya diadaptasi oleh orang Rom sebagai dewa mereka. Ajaran Mitra dikenali Mitraism yang menjadi anutan ramai masyarakat Rom sebelum kedatangan Kristian pada abad ke-4 Masihi.

Manuskrip pertama yang menyatakan Perayaan Krismas 25 Disember dijadikan cuti umum adalah 'Calender of Filocalus'. Ia dihasilkan untuk Valentinus, seorang bangsawan Rom yang beragama Kristian.

Selain tarikh 25 Disember sebagai tanggal kelahiran Jesus Christ, tarikh-tarikh lain turut dikatakan mempunyai kaitan dengan kelahiran Jesus Christ. Setiap tarikh mempunyai kekuatan dan alasan yang tersendiri seperti mana tarikh 25 Disember yang menjadi tarikh umum kononnya Jesus Christ dilahirkan. Tarikh-tarikh tersebut adalah 5 Januari, 6 Januari, 25 Mac, 28 Mac, 19 April, 20 April, 20 Mei, 21 Ogos, 17 November dan 19 November.

'Santa Claus' adalah nama paling dominan apabila datangnya perayaan Krismas. Santa Claus berasal daripada perkataan Belanda, iaitu SinterKlaas. Santa Claus sebenarnya adalah nama gelaran kepada 'Saint Nicolas of Myrra' yang hidup sekitar abad ke-4 Masihi. Beliau memiliki kegemaran memberi hadiah secara sembunyi-sembunyi kepada kanak-kanak yang kemudian menjadi model kepada Santa Claus pada hari ini. Lazimnya, amalan pemberian hadiah dilakukan pada 6 Disember sempena hari perayaan (feast day) St. Nicholas of Myrra.

Warna tradisional Hari Krismas adalah merah, putih, hijau, perak dan juga warna keemasan. Merah melambangkan darah Jesus Christ ketika disalib manakala hijau melambangkan keabadian kehidupan.

Pokok Krismas antara salah satu elemen paling utama apabila menjelang perayaan Krismas. Pokok Krismas diadaptasi amalan kaum pagan apabila menjelang musim Sejuk Solstis yang menjadikannya sebagai bahan untuk upacara penyembahan. Apabila agama Kristian tersebar di Eropah, kaum pagan yang telah memeluk Kristian meneruskan tradisi ini semasa perayaan Krismas. Bentuknya seakan-akan segitiga dikaitkan dengan doktrin triniti yang menjadi dasar mazhab Katholik.

Perkataan ‘Christmas Tree’ direkodkan buat pertama kali pada 1835 yang mana diambil daripada perkataan Jerman. Pokok Krismas digunakan buat pertama kali semasa perayaan Krismas oleh pengasas mazhab Prostestan, Martin Luther (1483-1546) pada abad ke-16.

Musim panas, tapi banyak salji turun! Kelakar...

Seperti mana Pokok Krismas yang menjadi elemen utama semasa perayaan Krismas, Orang Salji atau Snowman juga sering mewarnai kemeriahan perayaan Krismas. Asal-usul Orang Salji masih tidak dapat dipastikan namun ilustrasi Orang Salji dapat ditemui di dalam buku ‘Book of Hours’ yang bertarikh 1380 di The Hague. Kemungkinan besar, penggunaan Orang Salji digunakan lebih lama daripada tarikh tersebut.

Orang Salji paling besar pernah dibina adalah yang dibina di 2008 di Bethel, Maine. Orang Salji tersebut berdiri setinggi 37.21 meter dan dinamakan Olympia sempena Senator Parti Republikan Amerika Syarikat, Olympia Snowe.

Perkataan Krismas sering disingkat menjadi ‘Xmas’. Ia diambil daripada abjad Greek yang ke-22 iaitu ‘X’. Sebutan ‘X’ memberikan bunyi seperti ‘Christ’ dan lama-kelamaan menjadi singkatan kepada perkataan Krismas.

Jadi, kepada sesiapa yang mengatakan Krismas adalah perayaan untuk menyambut kelahiran Isa a.s. adalah silap sama sekali kerana asal Krismas adalah daripada perayaan Pagan yang kemudiannya diadaptasikan ke dalam agama Kristian setelah penganut pagan bertukar menjadi Kristian.
Elias Hj Idris
Orang yang hanya belajar fiqh, tanpa belajar tasawuf (antara kitab besar tasawuf ialah Al-Hikam) adalah fasiq?

Kata Imam Malik رضي الله عه :
"Fiqh tanpa tasawwuf adalah fasiq. Tasawwuf tanpa fiqh adalah zindiq. Menghimpun antara keduanya itu yang haq."

Kata-kata ini telah disepakati oleh seluruh ulama 'arifin walaupun dengan makna yang berbeza-beza, tetapi membawa kepada maksud yang sama; iaitu wajib menghimpunkan kedua-dua fiqh dan tasawwuf. Mengamalkan fiqh semata-mata tanpa disertai tasawwuf boleh membawa seseorang itu kepada menjadi fasiq. Wal Iyazubillah.
Elias Hj Idris
Punca kejatuhan kerajaan Perak: 3 ekor katak yang melompat


Hujah Golongan Pertama

Dalil-dalil golongan pertama (Wajib taat kepada pemerintah walaupun zalim selagimana pemerintah tidak menyuruh kepada maksiat).

Ada beberapa hadis yang menyuruh rakyat supaya taat dan patuh kepada pemerintah dan yang paling jelas ialah seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ubadah bin Samit r.a. katanya:

“Rasulullah s.a.w. telah memanggil kami maka kami sahut panggilan baginda dan terus bermubaya’ah dengan baginda. Antara perkara yang kami berjanji dalam mubaya’ah itu ialah taat setia dalam masa suka atau duka, senang atau susah, dan akan berkorban, dan tidak merebut kuasa dari tangan orang yang memegangnya. Sabdanya: kecuali jika kamu lihat kekafiran yang terang-terang yang kamu dapat bukti menurut pengajaran Allah s.w.t.”

Kedua, hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah bahawa Rasulullah s.w.t. telah bersabda:

“Akan dilantik ke atas kamu para pemerintah, ada yang kamu kenali (yang baik) dan ada yang kamu sangkal (yang jahat). Maka barangsiapa yang membenci, maka dia telah membersihkan dirinya, dan barangsiapa yang menyangkal maka selamatlah dia. Akan tetapi barangsiapa yang hatinya rela dan menurut sahaja…Ujar mereka: “Wahai Rasulullah, tidakkah patut kami perangi mereka? Jawab baginda: Jangan, selama mereka mendirikan sembahyang.”

Ketiga, Hadis yang diriwayatkan oleh Auf bin Malik al Asyja’ie, katanya: “Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sebaik-baik pemerintah kamu ialah mereka yang kamu kasihkan mereka dan mereka kasihkan kamu. Kamu berdoa bagi mereka dan mereka berdoa bagi kamu. Dan sejahat-jahat pemerintah ialah mereka yang kamu benci kepada mereka dan mereka bencikan kamu. Kamu melaknati mereka dan mereka melaknati kamu. Lalu para sahabat berkata, “ Tidakkah kami mesti bangkit menentang mereka? Jawab baginda, “Jangan! Selama mereka mendirikan solat bersama kamu(sabdanya dua kali). Kecuali jika ada orang melihat pemerintah itu melakukan sesuatu maksiat kepada Allah maka hendaklah dia membenci apa yang dilakukan dari maksiat itu tetapi jangan sekali-kali menarik diri dari mentaatinya..”

Jelas bahawa hadis di atas menjadi dalil bahawa haram bagi orang Islam bangkit menentang pemerintah yang beragama Islam, dengan menggunakan pedang (senjata) dan merebut kuasa dari tangannya untuk diserahkan kepada orang lain, kecuali jika ia keluar dari agama Islam atau meninggalkan sembahyang dan tidak mendirikannya dengan orang ramai.


Hujah Golongan Kedua

1.  Adapun mereka yang lain dari mereka itu adalah berhujjah dengan ayat-ayat suci dan banyak hadis-hadis yang warid yang mewajibkan “Al Amru bil ma’ruf wan Nahyu ‘anil munkar”, dan tiada padanya sebarang perbezaan yang mesti dilakukan di antara orang-orang yang mengabaikan ma’aruf dan mengerjakan munkar.
2.  Begitu juga mereka berdalilkan dengan hadis-hadis yang menegah taatkan pemerintah dalam perkara maksiat terhadap Allah Ta’ala sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:
لا طاعة في مغصية الله انما الطاعة في معروف

“Tidak harus taatkan sesiapa kerana melakukan maksiat terhadap Allah. Sesungguhnya ketaatan itu ialah pada perkara kebaikan.”

Dan sabdanya lagi,

على المرء المسلم السمع و الطاعة فيما أحبّ وكره الاّ أن يؤمر بمعصية فان أمر بمعصية فلا سمع و لا طاعة

“Wajib di atas orang Islam itu taat dan patuh sama ada pada perkara yang dia suka atau tak suka, kecuali jika disuruh melakukan maksiat. Maka kalau ia disuruh melakukan maksiat, tidaklah wajib ia taat dan patuh.”

3.   Mereka juga berdalilkan bahawa Allah Ta’ala memerintah orang-orang Islam bertolong-tolongan di atas perkara- perkara kebajikan dan takwa dan mengharamkan ke atas mereka tolong-menolong dalam perkara dosa dan permusuhan. Firman Allah:

“Dan bertolong menolonglah dalam perkara kebajikan dan ketakwaan, dan janganlah tolong menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan.”

Bersikap diam terhadap pemerintah yang zalim sedangkan dia melakukan penganiayaan ke atas hamba-hamba Allah adalah merupakan perbuatan bertolong-tolongan atas dasar dosa dan permusuhan.

4.   Mereka juga berdalilkan dengan hadis-hadis yang menggesa individu muslim mempertahankan harta benda dan maruah kesopanannya dan kalau dia mati kerana tindakannya itu, maka matinya adalah mati syahid yang dimuliakan di sisi Allah Ta’ala. Menurut sebuah hadis sahih baginda Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

من قتل دون ماله فهو شهيد و من قتل دون دمه فهو شهيد قتل دون دينه فهو شهيد ومن قتل دون أهله فهو شهيد

“Barangsiapa yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya maka dia syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan nyawanya maka dia syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan agamanya maka dia syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya maka dia juga syahid.”

Hadis-hadis yang telah dikemukakan juga meliputi keadaan sekiranya seorang pemerintah mencabuli hak seseorang atau sekumpulan orang-orang Islam lalu mereka mempertahankan hak-hak mereka. Mereka berhak berbuat demikian bahkan kematian mereka dikira sebagai mati syahid kalau dibunuh oleh pemerintah yang zalim dalam keadaan mereka mempertahankan hak-hak mereka.


Pendapat Yang Ditarjihkan

Kaedah menentang pemerintah Islam yang zalim hendaklah ditentukan dengan membezakan antara jenis-jenis kefasikan dan maksiat yang dilakukan oleh pemerintah Islam itu. Sekiranya perkara itu termasuk dalam hal peribadi yang boleh mendatangkan mudarat kepada mereka dari segi agama atau mendatangkan mudarat kepada sebahagian kecil daripada rakyat tanpa sampai kepada tahap yang membuktikan bahawa pemerintah itu telah mengikuti suatu jalan yang terpesong jauh dari jalan Allah dalam perjalanannya mentadbir urusan rakyat, maka perbuatan fasiq dan maksiat yang dilakukan itu tidaklah mengharuskan orang ramai menderhaka terhadapnya dan bangkit menentangnya dengan mengerah penyokong dan pembantu, serta menggunakan senjata untuk menjatuhkannya, selagi dia memimpin orang ramai menurut jalan Allah dan syariatnya dengan secara umum kerana dia tidak mendatangkan bencana kepada mereka dari segi agama, malahan apa yang dilakukannya itu hanya mendatangkan mudarat kepada diri sendiri. Kalaupun ada terlibat di dalamnya beberapa orang tertentu, yang demikian tidaklah boleh disamakan dengan fitnah yang akan timbul dengan memecah belah perpaduan dan pertumpahan darah jika senjata digunakan untuk menjatuhkannya.

Sebaliknya kalau kefasiqan pemerintah itu dan kemaksiatannya kepada Allah merupakan suatu jalan lain yang dipaksakan atas rakyat untuk menerimanya, bukan jalan yang diredhai Allah baik dari segi akidah, akhlak atau hukum-hukum dan memimpin mereka tanpa menggunakan kitab Allah dan sunnah rasulNya, maka fitnah yang timbul dari kesabaran melihat penyelewengan yang melampaui batas itu adalah jauh lebih besar daripada fitnah yang ditimbulkan dengan sebab tindakan menentang dan menghunus pedang terhadapnya.

Wajiblah ke atas orang-orang Islam berjihad menentang pemerintahan seumpama itu dan mengambil segala daya usaha yang halal untuk melucutkannya dari tampuk pemerintahan dan menggantikannya dengan salah seorang yang akan memimpin dan memerintah rakyat menurut landasan Allah yang Maha Suci. Jihad menentang orang-orang kafir itu sendiri pun tidak disyariatkan melainkan dengan tujuan untuk menyingkir manusia-manusia durjana yang memegang tampuk pemerintahan itu dari mendatangkan fitnah kepada rakyat jelata dan untuk menyekat tindakan mereka menahan hamba-hamba Allah dari jalan yang benar dan menikmati cahayaNya, agar dapat mereka memaksa manusia menghayati cara-cara hidup yang dibentuk menurut keinginan hawa nafsu mereka. Allah Ta’ala berfirman:

“Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan Yang baik) kerana Sesungguhnya Allah Maha melihat akan apa Yang mereka kerjakan.”

Tidaklah dikatakan seseorang itu pelampau apabila dia berkata seorang pemerintah itu wajib diderhakai kalau sudah jadi tekadnya menyekat manusia dari mengikuti jalan Allah dan memaksa mereka menggunakan hukum-hukum yang tidak kena mengena dengan syariat Allah seraya memfitnahkan mereka dalam agama mereka, meskipun pemerintah itu berpura-pura melahirkan dirinya sebagai seorang Islam. Orang Islam tidak bersetuju dengan pelantikannya sebagai pemerintah melainkan supaya dia menolong mereka dalam usaha agama mereka agar agama kekal dalam negeri mereka dan terus tersebar ke serata pelosok dunia.
Elias Hj Idris
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Ahad melabelkan Umno sebagai parti murtad kerana mendakwa parti itu menolak Islam daripada dasar perjuangannya.


Menurutnya bukan sahaja Umno, malah mana-mana pihak yang memperlekehkan Islam dengan sengaja boleh dianggap murtad kerana tidak mahu menerima hukum Allah sebagai panduan hidup.

“Timbul masalah murtad, katanya sebab paderi Kristian, tapi saya kata tidak (kerana) orang Melayu murtad kerana orang Melayu sendiri memperlekeh Islam.

“Umno tolak Islam, maka nampak dia memperlekehkan Islam. Dia buang Islam. Macam lekehkan benda salah…macam ubat habis tempoh dia buang. Jadi bila Umno buang (Islam), agama apa Umno tu?"

“Murtad ini bukan (hasutan) daripada paderi Kristian, tapi daripada orang Melayu sendiri yang tolak Islam, (maknanya) yang tolak Islam dia murtad. Agama apa Umno pakai? Bila umno tolak Islam dalam dasar parti dia, maka (adakah) Umno sama ada Kristian, Buddha atau tak ada agama?” katanya kepada pemberita pada Muktamar Tahunan PAS ke-58 di sini.

Diminta penjelasan sama ada beliau menjatuhkan hukum murtad kepada Umno selepas mendakwa parti itu memperlekehkan Islam, Nik Abdul Aziz berkata: “Tak kira siapa pun…tak kira kalau tok guru (agama) sekalipun, kalau murtad…murtad lah".

“Usahkan Umno, tok guru berserban atau berjanggut, kalau dia tolak Islam dengan cara hati (niat bahawa) Islam tak guna… (maka) dia murtad walaupun tak ada mufti beritahu. Kalau dia tolak Islam dengan sengaja, yakin bahawa Islam tak guna…dia murad.”

Ditanya pada pandangannya adakah Umno telah memperlekehkan Islam sehingga layak dilabel sebagai murtad, Menteri Besar Kelantan itu berkata: “Tak lekeh apa dia buang Islam.”

Sebelum ini Nik Abdul Aziz pernah menimbulkan kontroversi apabila menuduh Umno dengan pelbagai gelaran, termasuk melabelkan parti itu sebagai kafir kerana tidak memperjuangkan negara Islam.

http://penpasksgb.blogspot.com/2012/11/nik-aziz-umno-parti-murtad.html

p/s: harap AS baca full text..bukan ikut media utama..
Elias Hj Idris
Di antara menu yang disajikan di NKH-2 di Bandar Baru Bangi milik 'abanag' (TKO).

**Nak tengok lebih jelas, sila tukar kualiti (butang yg macam bunga) ke HD.
Elias Hj Idris



Soalan mudah yang payah Rosmah nak jawab... AMK mendesak PM Najib Razak jawab 10 soalan sebelum PRU13

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Lee Khai Loon mendesak Perdana Menteri Najib Razak menjawab segera 10 soalan penting sebelum PRU13 diadakan.

Beliau telah menjadi Perdana Menteri yang sarat dengan paling banyak skandal dalam sejarah Malaysia serta ada keperluan untuk beliau tampil ke depan dan bersihkan namanya.

Dapat juga dilihat kegagalan Perhimpunan Agung UMNO 2012 dalam mengemukakan sebarang pandangan dan halatuju negara dalam mencapai perubahan yang baik kepada rakyat.

PM Najib Razak langsung tidak menyentuh tentang isu rasuah dan penyelewengan dalam UMNO, tetapi memilih untuk serang dan mengaibkan Pakatan Rakyat. Perbuatan tersebut sekadar menunjukkan bahawa Umno telah hilang keyakinan untuk menang dalam PRU13.

Sekiranya beliau ada keikhlasan untuk mengakui kesalahan yang dibuat oleh Umno/BN sejak dulu, maka 10 soalan yang dikemukakan oleh AMK perlu dijawab dengan serius agar rakyat dalam menilai dengan informasi yang mencukupi dan gambaran yang sebenar.

"Aku apa peduli?"

SOALAN 1:
Sekiranya Najib Razak menyatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang paling demokratik di dunia, kenapa sampai hari ini masih enggan untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim? Bukankah berdebat adalah sebahagian ciri penting dalam sistem demokrasi?

SOALAN 2:
Sebagai seorang pemimpin negara yang bertanggungjawab serta hormat pada kuasa rakyat, bagaimanakah Najib Razak menangani kekalahan yang bakal dihadapi oleh UMNO/BN dalam PRU13? Bagaimanakah beliau memastikan peralihan kuasa secara aman kepada Pakatan Rakyat?

SOALAN 3:
Jikalau Najib Razak ingin mengambil martabat wanita, kenapa memecah rekod Malaysia dengan menjadi lelaki pertama merangkap Menteri Wanita? Adakah UMNO/BN ketandusan pimpinan wanita yang berkebolehan dan ada kredibiliti.

SOALAN 4:
Dalam konteks mencari kebenaran serta urus tadbir yang baik, kenapa kerajaan UMNO/BN menghalang peguam Perancis masuk ke Malaysia untuk memberi taklimat tentang perkembangan terkini perbicaraan skandal pembelian kapal selam Scorpene? Kenapa diperalatkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ke atas Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) yang membawa kes skandal Scorpene tersebut ke Mahkamah di Perancis?

SOALAN 5:
Apakah pandangan Najib Razak terhadap skandal RM40 juta Ketua Menteri Sabah, Musa Aman sebagai komisen pembalakan serta sumbangan politik? Adakah kerajaan Umno/BN akan menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk membuat siasatan ke atas kes rasuah dan konflik kepentingan?

SOALAN 6:
Kenapa Najib Razak masih membisu terhadap pelbagai dakwaan serius yang dibuat oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan khasnya dalam projek Kementerian Pertahanan yang berjumlah RM100 juta pada tahun 2005 yang berkait rapat dengan keluarga Najib? Adakah kerajaan Umno/BN cuba untuk melindungi kebenaran daripada diketahui oleh rakyat?

SOALAN 7:
Bekas Ketua Polis Musa Hassan telah menuduh Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein Onn campur tangan dalam urusan pentadbiran PDRM. Bagaimanakah Najib Razak menangani isu profesionalisme dan kewibawaan polis yang dimanipulasi oleh parti Umno/BN?

SOALAN 8:
Kenapa kerajaan Umno/BN berdegil untuk tetap membenarkan loji nadir bumi Lynas untuk beroperasi di Malaysia walaupun ditentang keras oleh rakyat? Adakah menarik pelaburan asing lebih penting daripada memelihara kesihatan rakyat? Rakyat didahului seperti yang diwar-warkan dalam slogan 1 Malaysia hanya slogan kosong yang tidak bermakna apa-apa?

SOALAN 9:
Kenapa penstrukturan semula subsidi sering kali dikenakan ke atas barang keperluan rakyat, tetapi langsung tidak mengkaji semula perjanjian Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) yang jelas berat sebelah? Adakah Najib Razak lebih suka membuat public relation exercise tetapi enggan menangani masalah pokok dalam kenaikan harga barang-barang?

SOALAN 10:
Walaupun pembubaran Dewan Rakyat terletak pada tangan Perdana Menteri, adakah Najib Razak akan mencontohi Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid yang telah mengumumkan bahawa Dewan Negeri Selangor akan dibubar pada bulan Mac 2013? Kenapa Najib Razak masih bersenang hati dengan rakyat sentiasa meneka tarikh PRU13? Kenapa tidak menetapkan tarikh tersebut dengan lebih awal?
Jangan lari daripada permintaan rakyat serta menjalankan reformasi tulen termasuk perang rasuah serta melaksanakan urus tadbir yang telus dan baik sebelum PRU13.

LEE KHAI LOON
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia
Elias Hj Idris
"Deepak lakukan perkara yang betul" – PI Bala


Lelaki yang mendakwa telah dipaksa untuk mengubah akuan bersumpahnya yang sebelum itu mengaitkan Timbalan Perdana Menteri waktu itu, Datuk Seri Najib Razak dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu berkata, beliau gembira apabila kebenaran akhirnya terserlah.

Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala) berkata, ahli perniagaan permadani, Deepak Jaikishan, yang terlibat mendapatkannya mengubah akuan berkanun (SD) itu, telah melakukan ‘perkara yang betul’.

Dalam responsnya kepada Malaysiakini, Balasubramaniam menggesa Deepak supaya mendedahkan segala-gala yang diketahui mengenai perkara itu.

Katanya, beliau mahu Deepak mengesahkan siapa sebenarnya individu yang terlibat dari awal hingga akhir?

Balasubramaniam kini hidup dalam buangan bersama keluarganya di India selama tiga tahun sejak beliau melarikan diri ke negara itu selepas menandatangani SD kedua.

SIAPAKAH RAKAN WANITA DEEPAK ITU?

Deepak, dalam wawancara Malaysiakini awal minggu ini, berkata pembabitannya dalam konspirasi itu adalah ekoran permintaan dari seorang “rakan wanita” yang dikaitkan dengan pihak-pihak yang akan terjejas oleh SD pertama Balasubramaniam.

Sementara itu, Balasubramaniam berkata, beliau mahu tahu siapa peguam yang didakwa merangka SD kedua, yang menurutnya, telah disediakan tanpa “pengetahuan atau input” daripadanya.

“Persoalannya ialah siapa yang melakukannya? Tiada siapa yang interviu saya sebelum menyediakan SD kedua.

“Ia disediakan tanpa pengetahuan atau input saya. Saya ingin mengetahui siapa peguam ini,” katanya. Pengakuan peniaga karpet Deepak menarik balik sokongan terhadap 'Akuan Bersumpah' kedua PI Balasubramaniam (Deepak: Bala kerana terlibat kes Bala) telah menjadikan isu pembunuhan warga Mongolia itu 'hidup semula'.

Ini adalah 'Akuan Bersumpah' (SD) pertama yang telah diikrarkan oleh PI Balasubramaniam sebelum ini yang di'tindih' dengan 'aku bersumpah' beliau yang kedua dalam masa yang singkat bersekali dengan 'kehilangan' beliau tanpa dapat dikesan.
Teks ini adalah terjemahan daripada SD asal yang dibuatnya dalam bahasa Inggeris.

Kes Altantuya: Terjemahan Akuan Bersumpah PI Bala

Saya, Balasubramaniam a/l Perumal …. dengan sesungguhnya mengaku seperti berikut ;



1. Saya pernah berkhidmat sebagai anggota Polis dengan Polis Di Raja Malaysia, menyertai pasukan ini sebagai seorang Konstabel dalam tahun 1981. Kemudian saya dinaikkan pangkat ke Lans Koperal dan akhirnya meletakkan jawatan daripada pasukan Polis dalam tahun 1988 sewaktu bersama Special Branch.

2. Saya bekerja sebagai Penyiasat Persendirian sebaik saja meninggalkan pasukan Polis.

3. Antara bulan Jun atau Julai 2006, saya telah diambil bekerja selama 10 hari oleh Abdul Razak Baginda untuk mengawasi beliau di pejabatnya yang terletak di Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang antara jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja ekoran gangguan yang dialaminya dari pihak ketiga.

4. Saya berhenti daripada tugas tersebut selepas 2 ½ hari ekoran saya tidak menerima sebarang arahan yang sepatutnya.

5. Walaubagaimanapun saya telah diambil semula oleh Abdul Razak Baginda pada 5 Oktober 2006 ekoran gangguan panggilan telefon daripada seorang lelaki Cina yang mengenalkan diri sebagai ASP Tan yang mengugutnya supaya menjelaskan hutang. Kemudian saya mengenalpasti lelaki tersebut dikenali sebagai Ang, seorang penyiasat persendirian yang diupah oleh seorang wanita Mongolia bernama Altantuya Shaaribu.
6. Abdul Razak Baginda risau berhubung individu bernama Altantuya Shaaribuu, wanita Mongolia di sebalik ugutan ini dan bimbang wanita ini akan sampai ke Malaysia untuk menghubunginya.

7. Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahawa dia bimbang bahawa Altantuya ada ‘kuasa’ yang diberikan oleh bomoh Mongolia dan menyebabkan dia akan ‘tunduk’ kepada Altantuya.

8. Bila saya bertanya berkenaan wanita Mongolia itu, Abdul Razak Baginda beritahu saya bahawa wanita itu adalah kawannya yang telah diperkenalkan kepadanya oleh VIP dan meminta beliau membantu dari segi kewangan.

9. Saya menasihatkannya agar membuat laporan Polis berhubung ugutan yang diterima melalui panggilan telefon daripada lelaki Cina bergelar ASP Tan tetapi dia menolak untuk berbuat demikian dan memberitahu saya ianya melibatkan individu berprofil tinggi.

10. Abdul Razak Baginda seterusnya beritahu saya bahawa Altantuya seorang penipu besar dan bijak mempengaruhi orang. Wanita ini juga didakwanya sebagai ‘mata duitan’ dan dia ada membiayai harta milik Altantuya di Mongolia.

11. Kemudian Abdul Razak Baginda memberi saya dengar beberapa mesej suara di dalam telefon bimbit yang meminta dia membayar apa yang sepatutnya, jika tidak dia akan dipukul dan anak perempuannya dimalukan.

12. Oleh kerana itu, saya dicadangkan untuk melindungi anak perempuannya Rowena dengan sebaik mungkin.

13. Pada 9 Oktober 2006, saya menerima panggilan telefon dari Abdul Razak Baginda kira-kira jam 9.30 pagi dan saya diberitahu bahawa Altantuya berada di pejabatnya dan meminta saya ke sana segera.

Oleh kerana pada waktu itu saya sedang dalam tugas pengawasan, saya menghantar Suras ke pejabat Abdul Razak Baginda dan saya akan turut serta kemudian. Suras bertindak mengawal situasi dan dia meminta secara sopan agar Altantuya dan dua orang rakannya meninggalkan premis tersebut.
Bagaimanapun Altantuya meninggalkan nota yang ditulis dalam Bahasa Inggeris di atas kertas berlabel Hotel Malaya, meminta Abdul Razak Baginda menghubunginya melalui nombor telefon bimbit (nombor diberi) dan menulis sekali nombor bilik hotelnya dengan jelas.

14. Altantuya telah memperkenalkan dirinya kepada Suras sebagai ‘Aminah’ dan memaklumkan kepada Suras tujuan dia ke sana adalah untuk menemui teman lelakinya.

15. Tiga orang wanita Mongolia ini bagaimanapun telah datang semula ke pejabat Abdul Razak Baginda yang terletak di Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang pada keesokan harinya kira-kira jam 12.00 tengahari. Mereka tidak memasuki ke dalam bangunan itu tetapi sekali lagi memberitahu Suras yang mereka mahu menemui teman lelaki Aminah, Abdul Razak Baginda.

16. Pada 11 Oktober 2006, Aminah sendiri datang semula ke pejabat Abdul Razak Baginda dan memberi kepada saya sekeping nota untuk diserahkan kepada Abdul Razak Baginda, saya serahkan. Abdul Razak Baginda menunjukkan nota tersebut kepada saya yang pada asasnya memintanya menghubungi wanita Mongolia itu dengan segera.

17. Saya mencadangkan kepada Abdul Razak Baginda bahawa adalah lebih baik diatur agar Altantuya ditahan jika masih terus bertindak mengganggunya, tetapi dia menolak kerana merasakan wanita itu akan pulang segera ke Mongolia sebaik saja menerima wang yang diminta.

18. Dalam masa yang sama, saya mengaturkan tugas untuk Suras di Hotel Malaya bagi mengawasi setiap pergerakan ketiga-tiga wanita Mongolia itu, tetapi mereka mengenalinya. Rupanya mereka menjadi kawan Suras selepas itu dan Suras mengakhirinya selepas meluangkan masa beberapa malam di bilik hotel mereka.

19. Bila Abdul Razak Baginda mendapat tahu yang Suras semakin rapat dengan Aminah dia meminta saya keluarkan Suras daripada Hotel Malaya.

20. Pada 14 Oktober 2006, Aminah pergi ke rumah Abdul Razak Baginda di Damansara Heights bila saya tiada di sana. Abdul Razak Baginda menelefon telefon bimbit saya dan memaklumkan kepada saya tentang kehadiran Altantuya, saya terus bergegas kembali ke rumahnya. Bila tiba, saya dengar Aminah menjerit “Razak, haram jadah, keluar dari rumah”. Saya cuba menenangkannya tetapi gagal, jadi saya telefon Polis dan mereka sampai dengan dua buah kereta peronda. Saya menjelaskan situasi sebenar kepada anggota Polis, kemudian membawanya pergi dari situ menuju ke Balai Polis Brickfields.

21. Saya mengikut kereta peronda tersebut menuju Balai Polis Brickfields dengan sebuah teksi. Saya telefon Abdul Razak Baginda dan peguamnya Dirren meminta mereka buat repot Polis tetapi mereka enggan berbuat demikian.

22. Semasa berada di Balai Polis Brickfields, penyiasat persendirian Aminah, Mr Ang tiba dan kami berbincang bersama. Saya diberitahu untuk menyampaikan permintaan kepada Abdul Razak Baginda berupa wang sebanyak USD 500,000 dan tiga tiket penerbangan ke Mongolia, yaitu komisen yang belum dibayar kepada Altantuya hasil daripada perjanjian di Paris.
23. Sebaik Aminah ditenangkan pada ketika ini, seorang polis wanita di Balai Polis Brickfields menasihatkan saya agar pulang dan selesaikan masalah ini secara berhemah.

24. Saya memberitahu Abdul Razak Baginda tentang permintaan yang dibuat Aminah dan saya beritahunya yang saya kecewa kerana tiada yang mahu mendengar pandangan saya supaya membuat laporan Polis. Kami berbincang panjang tentang situasi itu bila saya menyuarakan hasrat untuk keluar dari tugasan ini.

25. Sepanjang perbincangan tersebut dan percubaan untuk memujuk saya agar terus bekerja untuknya, Abdul Razak Baginda menjelaskan kepada saya tentang perkara berikut ;

i) Dia telah diperkenalkan dengan Altantuya oleh Najib Razak dalam satu pameran berlian di Singapura.

ii) Najib Razak beritahu Abdul Razak Baginda yang dia ada hubungan seks dengan Altantuya dan Altantuya tiada masalah melakukan seks melalui dubur.

iii) Najib Razak mahukan Abdul Razak Baginda menjaga Aminah kerana dia tidak mahu wanita itu memalukannya semenjak menjadi Timbalan Perdana Menteri sekarang.

iv) Najib Razak, Abdul Razak Baginda dan Aminah pernah makan malam bersama di Paris.

v) Aminah mahukan duit daripadanya justeru merasakan dia berhak ke atas komisen USD 500,000 kerana turut membantu dalam perjanjian pembelian kapal selam di Paris.

26. Pada 19 Oktober 2006, saya tiba di rumah Abdul Razak Baginda di Damansara Heights untuk bertugas waktu malam. Seperti biasa saya letakkan kereta di luar. Saya nampak sebuah teksi Proton Perdana kuning lalu dengan tiga penumpang wanita, seorang daripadanya ialah Aminah. Teksi itu membuat ‘pusingan U’ dan berhenti di hadapan rumah lalu penumpang wanita menurunkan cermin tingkap dan mengucapkan ‘Happy Deepavali’ kepada saya. Kemudian teksi itu terus beredar.

27. Lebih kurang 20 minit kemudian teksi tadi datang semula bersama dengan Aminah sahaja di dalam. Aminah keluar dari teksi dan berjalan ke arah saya dan bercakap dengan saya. Saya hantar SMS pada Abdul Razak Baginda dan memaklumkan “Aminah ada di sini”. Saya terima SMS daripada Razak mengarahkan saya “lengahkan dia sehingga orang saya sampai”.

28. Dalam perbualan saya dengan Aminah, dia beritahu saya seperti berikut ;

i) bahawa dia bertemu Razak di Singapura bersama Najib Razak.

ii) bahawa dia juga bertemu Abdul Razak Baginda dan Najib Razak sewaktu makan malam di Paris.

iii)bahawa dia dijanjikan sejumlah USD 500,000 sebagai komisen kerana membantu dalam perjanjian pembelian kapal selam di Paris.

iv) bahawa Abdul Razak Baginda ada membelikannya sebuah rumah di Mongolia tetapi abangnya terpaksa membiayai semula rumah tersebut dan dia sangat memerlukan wang untuk menebus balik.

v) bahawa ibunya sedang sakit dan dia perlukan wang untuk membiayai kos rawatan.

vi) bahawa Abdul Razak Baginda pernah mengahwininya di Korea sebagaimana ibunya berbangsa Korea manakala ayahnya berbangsa campuran Mongolia/Cina.

vii)bahawa jika saya tidak membenarkannya untuk bertemu Abdul Razak Baginda, adakah saya boleh aturkan untuknya berjumpa dengan Najib Razak.

29. Selepas berbual dengan Aminah lebih kurang 15 minit, sebuah Proton Aeroback merah sampai dengan seorang wanita dan dua lelaki. Saya kenal wanita itu sebagai Lans Koperal Rohaniza dan dua lelaki itu ialah Azilah Hadri dan Sirul Azhar. Mereka semua berpakaian biasa. Azilah berjalan ke arah saya manakala dua lagi menunggu di kereta.

30. Azilah bertanya kepada saya samada wanita itu Aminah dan saya kata “Ya”. Kemudian dia berjalan sambil membuat beberapa panggilan telefon melalui telefon bimbitnya. Selepas 10 minit sebuah kenderaan, Proton Saga berwarna biru, dipandu seorang lelaki Melayu lalu secara perlahan. Cermin pemandunya sedia terbuka dan pemandu tersebut hanya memerhatikan kami.

31. Kemudian Azilah beritahu saya bahawa dia akan membawa Aminah pergi. Saya beritahu Aminah yang mereka akan menahannya. Kemudian dua orang lagi keluar dari kereta dan bertukar tempat duduk, oleh itu Lans Koperal Rohaniza dan Aminah di belakang manakala dua lelaki di hadapan. Mereka beredar dari situ dan itulah kali terakhir saya menemui Aminah.

32. Abdul Razak Baginda tiada di rumahnya sewaktu semuanya ini berlaku.

33. Selepas 19 Oktober 2006, saya menyambung tugas untuk Abdul Razak Baginda di rumahnya di Damansara Heights dari jam 7.00 petang hingga jam 8.00 keesokan paginya, berikutan mesej ugutan yang diterimanya dari seorang wanita yang dikenali sebagai ‘Amy’ yang juga merupakan sepupu ‘Aminah’ di Mongolia.

34. Pada malam 20 Oktober 2006, kedua-dua orang rakan Aminah datang ke rumah Abdul Razak Baginda dan bertanya di mana Aminah berada. Saya beritahu mereka bahawa Aminah telah ditangkap malam semalam.

35. Beberapa malam berikutnya, dua wanita Mongolia itu, Mr. Ang dan seorang lagi wanita Mongolia yang dikenali sebagai Amy datang semula ke rumah Abdul Razak Baginda untuk mencari Altantuya yang dipercayai sedang dikurung di dalam rumah.

36. Bila kekecohan mula berlaku, lalu saya menghubungi Polis yang tiba seketika kemudian dengan kereta peronda. Sebuah lagi kereta peronda sampai kemudian bersama dengan pegawai penyiasat dari Balai Polis Dang Wangi yang bertanggungjawab terhadap laporan kehilangan orang yang dibuat oleh salah seorang wanita Mongolia, saya percaya ianya Amy.

37. Saya menghubungi Abdul Razak Baginda yang sedang berada di rumah dan beritahunya tentang apa yang sedang berlaku di hadapan pintu gate rumahnya. Kemudian dia menghubungi DSP Musa Safri dan menghubungi saya semula memberitahu bahawa DSP Musa Safri akan menelefon telefon bimbit saya dan saya akan menyerahkan telefon bimbit itu kepada Inspektor daripada Balai Polis Dang Wangi.

38. Kemudian saya menerima panggilan telefon dari DSP Musa Safri dan terus saya serahkan telefon bimbit saya kepada Inspektor Dang Wangi itu. Selepas perbualan mereka sepanjang 3 – 4 minit dia beritahu wanita Mongolia itu supaya beredar dan datang untuk berjumpa dengannya pada hari berikutnya.

39. Pada atau kira-kira 24 Oktober 2006, Abdul Razak Baginda mengarahkan saya untuk menemaninya pergi ke Balai Polis Brickfields sebagaimana beliau dinasihatkan untuk membuat laporan polis berhubung dengan gangguan yang diterimanya daripada wanita Mongolia ini.

40. Sebelum ini, Amy ada menghantar SMS kepada saya memaklumkan dia pergi ke Thailand untuk membuat repot ke Konsulat Mongolia berhubung kehilangan Aminah. Rupanya dia juga menghantar SMS yang sama pada Abdul Razak Baginda. Inilah sebabnya mengapa Razak beritahu saya bahawa dia dinasihatkan agar membuat laporan Polis.

41. Abdul Razak Baginda beritahu saya yang DSP Musa Safri telah memperkenalkannya dengan seorang bernama DSP Idris, ketua jabatan jenayah, Balai Polis Brickfields, dan DSP Idris merujukkan dia kepada ASP Tonny.

42. Bila Abdul Razak Baginda membuat laporan Polis di Balai Polis Brickfields, di hadapan ASP Tonny, dia diminta membuat kenyataan tetapi dia menolak seperti yang dia kata bahawa dia berada di luar negara. Dia bersetuju bagaimanapun berjanji akan menyediakan kenyataan itu dan menyerahkan ‘thumbdrive’ kepada ASP Tonny. Saya tahu ini tidak dilakukan sebagaimana ASP Tonny beritahu saya.

43. Bagaimanapun hari berikutnya ASP Tonny meminta saya pula menyediakan kenyataan dan saya lakukan.

44. Saya berhenti kerja untuk Abdul Razak Baginda pada 26 Oktober 2006 yaitu pada hari yang sama dia meninggalkan negara pergi ke Hong Kong.

45. Pada pertengahan November 2006, saya menerima panggilan telefon daripada ASP Tonny dari IPK Jalan Hang Tuah meminta saya berjumpa dengannya berhubung kes Aminah. Bila saya sampai di sana serta-merta saya ditahan di bawah Seksyen 506 Kanun Acara Jenayah kerana mengugut.

46. Saya ditempatkan di dalam lokap dan direman selama 5 hari. Pada hari ketiga, saya dibebaskan atas jaminan Polis.

47. Pada penghujung November 2006, jabatan D9 IPK menghantar seorang detektif ke rumah saya untuk mengiringi saya ke IPK Jalan Hang Tuah. Bila sampai, saya diberitahu bahawa saya ditahan di bawah Seksyen 302 Kanun Acara Jenayah kerana membunuh. Saya dilokap dan direman selama 7 hari.

48. Saya dibawa ke Bukit Aman dan di sana saya disoal-siasat berhubung SMS yang saya terima daripada Razak Baginda pada 19 Oktober 2006 yang bertulis “lengahkan dia sehingga orang saya sampai”. Mereka rupanya mendapat mesej ini daripada telefon bimbit Abdul Razak Baginda.

49. Kemudian mereka merekodkan semua kenyataan saya dari jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang setiap hari selama 7 hari berturut-turut. Saya beritahu mereka semua yang saya tahu termasuklah segala apa yang Razak Baginda dan Aminah beritahu saya tentang hubungan mereka dengan Najib Razak tetapi bila saya datang untuk tandatangan kenyataan saya, semua butiran terperinci dibuang.

50. Saya memberi bukti dalam perbicaraan Azilah, Sirul dan Abdul Razak Baginda di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Pendakwa tidak bertanya sebarang soalan kepada saya tentang hubungan Aminah dengan Najib Razak atau tentang panggilan telefon yang saya terima dari DSP Musa Safri, yang dipercayai sebagai ADC kepada Najib Razak dan/atau isterinya.

51. Pada hari Abdul Razak Baginda ditahan, saya bersama dia di pejabat peguamnya pada jam 6.30 pagi. Abdul Razak Baginda memaklumkan kepada kami bahawa dia telah menghantar mesej kepada Najib pada petang sebelumnya untuk menyatakan bahawa dia tidak percaya bahawa dia akan ditahan, tetapi tidak menerima sebarang respons.
52. Ringkasnya selepas itu, kira-kira jam 7.30 pagi, Abdul Razak Baginda menerima SMS daripada Najib Razak dan menunjukkannya kepada saya dan peguamnya. Mesej ini dibaca seperti berikut : “Saya akan berjumpa KPN pada jam 11.00 pagi ini… segala masalah akan selesai… tenanglah”.

53. Saya difahamkan bahawa Abdul Razak Baginda telah ditahan pada pagi yang sama di pejabatnya yang terletak di Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang.

54. Tujuan Pengakuan Bersumpah ini adalah untuk ;

i) Menyatakan kekecewaan saya terhadap mutu siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa dalam kes yang melibatkan pembunuhan Altantuya Shaaribuu.

ii) Mendedahkan maklumat dari sumber yang kukuh menunjukkan memang wujud individu lain selain tiga tertuduh yang mesti memainkan peranan dalam pembunuhan Altantuya Shaaribuu.

iii)Merayu kepada pihak berkuasa agar membuka semula penyiasatan mereka dalam kes ini segera dan dengan itu boleh jadi sebarang bukti baru diajukan ke mahkamah terlebih dahulu di penghujung pendakwaan kes.
iv) Berdasarkan fakta dan pengalaman saya pernah bertugas dalam Polis Di Raja Malaysia selama 17 tahun, sesungguhnya saya yakin tiada pegawai Polis yang akan menembak seseorang di kepala dan meletupkan badan mereka tanpa menerima arahan khusus daripada pihak atasan mereka terlebih dahulu.

v) Menyatakan kebimbangan saya mengapa pihak pembela tidak dipanggil dalam perbicaraan pembunuhan yang dimaksudkan, tertuduh Azilah dan Sirul tidak perlu bersumpah dan bersaksi sebagaimana arahan yang diterima dan daripada siapa mereka berdua menerima arahan.

55. Dan saya membuat pengakuan ini dengan tenang dan teliti serta percaya ianya adalah benar dan dengan niat baik sebagaimana peruntukan dalam Akta 1960 Akuan Bersumpah.



Balasubramaniam a/l Perumal

1 Julai 2008  
Elias Hj Idris
Dari agenda Yahudi...: merosakkan Islam dari dalam!

Ajaran Syiah pada hakikatnya adalah satu ajaran yang dirancang dan disusun sekian lama oleh musuh-musuh Islam. Ia merupakan hasil dan buah daripada pokok-pokok beracun yang ditanam oleh musuh-musuh Islam di bumi Islam. Syiah lahir oleh seorang Yahudi yan berpura-ura memeluk Islam bernama Abdullah Bin Saba’.


Siapakah Abdullah Bin Saba’?

Abdulah bin Saba’ adalah seorang pendita Yahudi dari Yaman. Berpura-pura masuk Islam (secara nifak) di zaman Khalifah ‘Uthman bin Affan radiallahu ‘anhu. Dialah pereka ajaran Syiah yang ekstrem yang menjadi punca bersemaraknya perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam terutama dalam kelompok Syiah itu sendiri. Abdullah bin Saba’ pernah berkata yang ditujukan kepada Khalifah Ali radiallahu ‘anhu: “Engkaulah Allah”. Maka Saiyidina Ali karamallahu wajhah mengisytiharkan bunuh terhadap Abdullah bin Saba’ tetapi ditegah oleh Ibn Abbas. Penyokong Saiyidina Ali karamallahu wajhah membuangnya ke Madain (Ibu Negeri Iran lama).

Abdullah bin Saba’ orang pertama mengkafirkan Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Uthman dan tidak mengiktiraf kekhalifahan kecuali hanya dari kalangan Ahli Bait”.[Sila rujuk Usul Mazhabi asy-Syiah al-Imamiyah al-Ithna 'Asyariah. (1/74). ]

Seorang ulama Syiah Muhammad Husin al-Zain pernah memperkatakan tentang Abdullah bin Saba’:

“Abdullah bin Saba’ mengeluarkan qaul (yang sesat), mengajarkan fahaman yang ghalu (keterlaluan)….. dan perbuatannya sangat melampaui batas”. [ Sila rujuk الشيعة فى التاريخ Hlm. 213. Muhammad Husin al-Zain ]

Saad bin Abdullah al-Qumy seorang ulama, pemimpin serta ahli hukum Syiah yang lahir pada 229H mengakui wujudnya Abdullah bin Saba’. Beliau menyebut beberapa nama orang yang berkonspirasi yang digelar sebagai Saba’iyah. Menurut beliau lagi bahawa komplot Saba’iyah adalah firqah pertama dalam Islam yang mengeluarkan perkatan-perkataan yang ghalu (keterlaluan).

Saad bin Abdullah al-Qumy ulama besar Syiah yang masyhur ini telah memastikan bahawa Abdullah bin Saba’ adalah orang yang mengeluarkan perkataan dan menampakkan dirinya mengecam dan menentang Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Uthman radiallahu anhum serta tidak mengiktiraf kekhalifahan mereka. [ Sila rujuk Usul Mazhabi asy-Syiah al-Imamiyah al-Ithna 'Asariyah. (1/74). ]

Pegangan Syiah Imamiyah yang ada sekarang adalah berasaskan ideologi dan doktrin sesat Abdullah bin Saba’. Fahaman ini disampaikan (dipelihara) dalam bentuk riwayat hadis yang dinasabkan kepada keluarga Nabi (Ahli Bait) dengan penuh kebohongan tetapi diterima oleh mereka yang jahil.
Walaupun golongan Syiah hari ini menafikan hubungannya dengan ajaran yang dibawa oleh Ibnu Saba‟ dan rakan-rakannya namun penafian itu tidaklah membawa apa-apa erti jika persamaan di antara kedua-duanya diketahui dan diakui oleh umum termasuk pengikut Syiah sendiri. Lihatlah kepada at-Thusi, seorang tokoh ulama‟mutaqaddimin Syiah, beliau dianggap sebagai tokoh yang mendalam ilmunya tentang riwayat dan rijal menuliskan di dalam kitabnya yang dianggap sebagai kitab yang terpenting tentang Rijal Syiah yang dikenali dengan `Rijal Kasyi‟.

Sebahagian ahli ilmu menyebut bahawa Abdullah Ibnu Saba‟ adalah seorang Yahudi yang kemudiannya memeluk Islam dan membela Sayyidina Ali A.S. Semasa beragama Yahudi dia berpendapat Yusya‟ bin Nun merupakan Washi bagi Nabi Musa secara ekstrim. Setelah dia masuk Islam (secara pura-pura), fahaman yang sama dibawakan tentang Ali sebagai Washi bagi Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Aalihi Wassallam sepeninggalan Baginda Shallallahu ‘Alaihi Wa Aalihi Wassallam. Dialah orang yang mula-mula mengisytiharkan kewajiban melantik Ali sebagai Imam, menyatakan secara terbuka penentangannya terhadap musuhmusuh Ali dan berlepas diri dari mereka bahkan mengkafirkan mereka. Dari sinilah orang yang menentang Syiah mengatakan punca ajaran Syiah dan Rafidhah ialah Agama Yahudi.

Di antara tokoh-tokoh Syiah yang juga telah menyebutkan perkara yang sama ialah an-Naubakhti dalam “Firaq asy-Syiah” (hal. 43-44), al-Hulli dalam “Kitab al-Rijal” (hal. 469), Mamaqami seorang tokoh ulamak mutaakhir Syiah tentang Rijal dalam kitabnya “Tanqihu al-Maqal” Jilid 2 hal. 184), al-Ustarabadi dalam kitab “Manhaju alMaqal” (hal. 203), Ibnu Abi al-Hadid dalam “Syarah Mahju al-Balaghah” (Jilid 2 hal.309), Syeikh Abbas al-Qummi dalam kitabnya “Tuhfatu al-Ahbab” (hal. 184) dan lainlain.

Di kalangan tokoh-tokoh ahli Sunnah pula yang menyebutkan ajaran Ibnu Saba‟ dan peranannya dalam memecahbelahkan umat Islam ialah Abu Hasan al-Asyaari dalam “Maqalat al-Islamiyin” (Jilid 1 hal. 50), Abdul Qahir al-Baghdadi dalam “al-Farqu Baina al-Firaq” (hal. 233-235), al-Isfiraini dalam “at-Tabsir fi ad-Din” (hal. 108-109), Syahrastani dalam “al-Milal wa an-Nihal” (Jilid 2 hal. 11), at-Tabari dalam “Tarikh alUmam wa al-Muluk” (Jilid 5 hal. 90), Ibnu Kathir dalam “al-Bidayah wa an-Nihayah” (Jilid 7 hal. 167), Hafiz Ibnu Hajar dalam “Lisan al-Mizan” (Jilid 3 hal. 289) dan lainlain. (lihat lampiran no. 2).

Dalam penulisan kali ini, pendedahan akan dibuat akan kesesatan Syiah dari sudut aqidah dan syariat. Penulisan ini adalah berdasarkan KITAB-KITAB SYIAH sendiri. Khususnya Kitab Usul Kahfi oleh Muhammad Bin Yaakub Al Kulaini. Puak Syiah menolak hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan kesemua sunan sittah Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Bagi Syiah Usul Khafi adalah hadis yang PALING SAHIH. Tetapi pada sudut Ahlus Sunnah Wal Jamaah, kitab tersebut mengandungi hadis palsu ciptaan ulama Syiah.

Dalam kitab-kitab hadis palsu Syiah, mereka banyak berdusta atas nama Saiyidina Ali karamallahu wajhah, Saiyidna Husein ra, Imam Jaafar As Sadiq, Muhammad Al Bair dan lain-lain nasab Saiyida Hussein. Mereka mengatakan kononnya hadis-hadis yang mereka kumpul dalam kitab mereka adalah dari nama-nama yang mereka sebut. Ini adalah suatu FITNAH yang nyata.
1. SYIRIK kepada ALLAH.

1.1 Dari kitab Ushul Kafi karangan Muhammad Bin Yaakub al-Kulaini meriwayatkan :

“Sesungguhnya dunia dan akhirat adalah kepunyaan Imam. Dia boleh meletakkannya di mana dikehendaki dan memberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya. Itu adalah satu kebenaran dari pihak Allah kepadanya.”

Berdasarkan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, ALLAH berfirman dalam Al Quran Surah Al A’raf ayat 128;

“Sesungguhnya bumi ini kepunyaan ALLAH. Diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakinya dari hamba-hamba NYA”.

Dalam kitab Kitab Rijal al-Kasyi, hlm. 211, Syiah meriwayatkan kononnya Saidina Ali R.A. berkata : “Akulah yang awal dan yang akhir, akulah yang zahir dan akulah yang batin, akulah pewaris bumi…
Ini nyata bertentangan dengan Surah Hadid ayat ke 3, ALLAH berfirman :

“DIA (ALLAH) lah yang awal dan akhir, yang zahir dan yang batin”

Dan banyak lagi.

2. At Tahrif fi Al Quran

Syiah beriktiqad bahawa Al-Qur‟an yang ada di tangan umat Islam sekarang sudah diubah, ditokok tambah dan diselewengkan. Di antara ulamak Syiah yang mengakui berlakunya tahrif kepada al-Qur‟an adalah Allamah Husain bin Muhammad Taqiy an-Nuuri at-Thabarsi bilamana beliau menukilkan kata-kata Sayyid Ni’matullah al-Jazaairi di dalam kitabnya Al-Anwar An-Nu’maniyyah yang berbunyi :

“Sesungguhnya tokoh-tokoh Syiah telah sepakat tentang sahihnya hadith-hadith yang sampai ke peringkat mutawaatir yang menunjukkan dengan jelas tentang berlakunya penyelewengan terhadap al-Qur’an.” (Fashlul Khitab Fi Tahrif Kitabi Rabbil Arbab, hlm. 31.)

3. Aqidah al-Imamah dan al-Walayah

Syiah beranggapan bahawa imam-Imam dua belas itu dilantik berdasarkan nas dan mereka adalah maksum serta wajib ditaati.

Menurut Ahlus Sunnah Wal Jamaah, HANYA para nabi dan Rasul sahaja yang maksum.

Kepercayaan Imam itu maksum menjadi salah satu rukun iman dan dianggap terpenting dari antara rukun-rukun Islam yang lain. Kepercayaan ini terdapat dalam KESEMUA kitab Syi’ah terutamanya kitab al-Kafi.

Al-Kulaini meriwayatkan dari Fudhail dari Abi Jaafar A.S. Kata beliau : “Islam ditegakkan di atas lima perkara; sembahyang, zakat, puasa, haji dan walayah. Tidak ada satu pun daripada rukun-rukun yang tersebut yang diseru sebagaimana seruan yang diberikan kepada al-Walayah. Lalu manusia mengambil keempat-empatnya dan meninggalkan yang ini, iaitu walayah. (Usul al-kafi, t.t.p.Jilid 2: Intisyarat „ilmiyyah Islamiyyah, hlm. 20.)

4. Aqidah Takfir as-Sahabah
KESEMUA kitab-kitab Syiah yang dianggap muktabar oleh puak Syiah mengatakan para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Aalihi Wassallam telah murtad dan kafir khususnya Saiyidina Abu Bakar As Siddiq ra, Saiyidina Umar Al Khatab ra, Saiyidina Osman bin Affan ra. Maka wajib bagi SEMUA pengikut Syiah, mengkafirkan, melaknat, memaki, mengutuk dan berlepas tangan dari mereka. (Sila rujuk mana-mana kitab Syiah, anda akan menemuinya).

”Semua manusia adalah murtad selepas kewafatan nabi saw kecuali tiga orang. Aku (perawi) bertanya: siapakah yang tiga itu? lalu abu ja’far (muhammad al-baqir) menjawab miqdad al-aswad, abu dzar, dan salman al-farisi…”(Ar-raudhah min al-kafi jilid 8 hlm 246) …. Note : Dalam hadis palsu ini, Syiah Laknatullah berdusta dan memfitnah Abu Ja’far (Muhammad Al Baqir)

Kebanyakan para sahabat adalah munafik tetapi cahaya nifaq mereka tersembunyi di zaman mereka. Tetapi apabila wafat nabi s.a.w ternyatalah cahaya nifaq mereka itu melalui wasiat Nabi SAW dan mereka itu kembali secara mengundur ke belakang, dan karena ini Saidina Ali berkata; “Semua manusia murtad selepas wafat nabi s.a.w kecuali empat orang saja yaitu Salman, Abu Zar, Miqdad dan Ammar, dan perkara ini tidak ada masalah lagi.”(Bihar al-Anwar oleh al-Majlisi juz 27, hal 64-66) …. Note : Hadis palsu ciptaan Syiah Laknatullah.

Ayatollah Khomeini Laknatullah dalam kitabnya Kasyful Asrar hal. 113-114 (cet. Persia) menuduh para shahabat kafir (Shurtani Mutadhadataani oleh Abul Hasan All Al-Hasani An-Nadwi : Aqaidus Syi’ah fii Miizan hal. 85-87 oleh DR Muhammad Kamil Al-Hasyim cet. I th, 1409H/1988M)

5. Ar Raj’ah

Syiah beriktiqad, para Imam akan dibangkitkan sebelum kiamat untuk menuntut bela dan menghukum orang-orang zalim yang telah merampas hak-hak mereka. Kepercayaan ini merupakan perkara yang telah diijmakkan oleh para ulama‟ Syiah. Antaranya Syeikh Mufid menyebutkan:

“Golongan Imamiah sependapat tentang wajibnya raj’ah (kembali) sebahagian besar dari orang-orang mati ke dunia sebelum qiamat.” (Awaailu al-Maqaalat, hlm 52).

6. Syiah Beriktiqad bahawa Ahlus Sunnah Wal Jamaah adalah KAFIR

Syiah beriktiqad golongan Ahli Sunnah yang berpegang dengan ajaran al-Quran dan as-Sunnah sebagai kafir dan lebih dahsyat kekufurannya daripada iblis. Syeikh Mufid berkata : “Golongan Imamiah sepakat bahawa semua pendokong-pendokong bidaah adalah kafir.” (Awaailu al-Maqalat, hlm. 15)

Ibnu Babwaih al-Qummi yang dianggap sebagai Syeikh Shaduq (Syeikh yang sangat benar) berkata : “Orang yang tidak menerima (tidak mempercayai) Imam Ghaib adalah lebih kafir dari iblis.” (Ikmalu ad-Din, hlm. 13.)

7. Syiah Beriktiqad bahawa Ahlus Sunnah Wal Jamaah adalah anak zina

Syiah beriktiqad, Ahlus Sunnah Wal Jamaah adalah anak zina kecuali mereka. Al-Kulaini meriwayatkan dalam al-Kafi bahawa manusia semuanya adalah anak zina kecuali Syiah kita.” (Ar-Raudhah min al-Kafi, hlm. 135.)

8. Ahlus Sunnah Wal Jamaah lebih hina dari anjing

Mulla Baqir al-Majlisi menulis :“Mereka (Nashibi atau ahli Sunnah) lebih jelik dari anak zina, sesungguhnya Allah tidak mencipta binatang yang lebih hina dari anjing tetapi Nashibi adalah lebih hina daripadanya lagi.” (8Haqqu al-Yaqin, jilid 2, hlm. 536.)

9. Nyawa dan harta Ahlus Sunnah Wal Jamaah adalah halal

Syiah menganggap harta ahli Sunnah adalah halal, boleh dicuri dan boleh dirampas. Mereka hanya perlu mengeluarkan khumus daripada harta Ahli Sunnah yang dirampas itu. At-Thusi meriwayatkan dari Abi Abdillah, kata beliau : “Ambillah harta Nashibi di mana sahaja kamu temui dan keluarkanlah 1/5 daripada harta yang diambil itu kepada kami.” (Tahzibu al-Ahkam, jilid 4, hlm. 122-123.)

“Daripada Daud bin Farqad, katanya aku bertanya kepada Abu Abdullah a.s.: Apakah hukumnya membunuh al-Nasibi- maksudnya ahli sunnah? Jawabnya: Halal darahnya, tetapi aku ingatkan engkau jika dapat hempapkan dinding atasnya atau engkau lemaskannya di dalam air maka lakukanlah supaya tidak dilihat oleh orang lain. Aku bertanya lagi: Apa pendapatmu tentang hartanya. Jawabnya: Binasakanlah apa sahaja yang engkau dapat lakukan.” (`Ilal al-Syara’i` halaman 601 cetakan Najaf)

Nikmatullah Al Jaziri, seorang ulama besar Syiah menulis dalam kitabnya :

“Harus membunuh mereka (Ahli Sunnah) dan harta-harta mereka adalah halal.” (al-Anwar al-Nu`maniyyah (2/307)

10. Syiah menolak hadis-hadis sahih dan mencipta hadis palsu.

Syiah menolak hadis-hadis yang diriwayatkan oleh muhaddis Ahli Sunnah wal Jamaah, seperti Imam Bukhari, Muslim, Turmizi dan yang lainnya. Sebaliknya Syiah mencipta hadis palsu dan mendakwa Imam-imam mereka yang meriwayatkan hadis palsu berkenaan. Lebih-lebih lagi Syiah beriktiqad, Imam Syiah adalah maksum dan menerima wahyu. Keyakinan bahawa para imam maksum menjadikan semua perkataan yang keluar dari mereka adalah sahih. Maka tidak diperlukan menyandarkan sanadnya kepada Rasulullah s.a.w sebagaimana di kalangan Ahlu Sunnah wal-Jamaah. Lihat: Tarikh al-Imamiyah. Hlm. 140. oleh Abdullah Faiyad.

11. Syiah Mewajibkan Taqiyah

Taqiyah (dissimulation) adalah satu prinsip yang diyakini oleh syiah Imamiyah. Berpegang kepada taqiyah adalah wajib bagi setiap penganut Syiah. Ianya adalah satu sikap yang menyembunyikan kebenaran yang (kononnya) jika didedahkan akan membawa kemusnahan diri atau agama seseorang Syiah.[Al-Qummi, terjemahan Asaf .A Fyze. Hlm. 71.]

Pada mulanya taqiyah dilakukan kerana takut terjadinya penindasan dari pihak pemerintah. Tetapi selanjutnya diamalkan untuk menipu, berbohong dan seterusnya untuk menghalalkan sesuatu yang haram atau sebaliknya.

Orang-orang Syiah akan menyamar sebagai Ahli Sunnah secara taqiyyah untuk memerangkap Ahli Sunnah yang kurang faham akan agama mereka. Tujuannya supaya dapat dirosakkan fahaman, akidah dan amal ibadahnya.

Taqiyah sudah menjadi rukun Islam bagi Syiah.

“Taqiyah adalah agamaku dan agama nenek moyangku. Dan tidak beragama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyah”.[ Usul Min Kafi. (2/219)]
12. Syiah mewajibkab nikah Mut’ah

Syiah menghidupkan amalan jahiliah atas nama Islam dengan mengemukakan syariah mut‟ah, meminjam dan menyewakan faraj dan menghalalkan amalan kaum Luth dengan isteri-isteri mereka. Kedudukan mut‟ah ini begitu penting dalam syariah Syiah . Seseorang itu tidak dianggap sebahagian dari mereka selagi ia tidak menganggap halal amalan mut‟ah.

Al-Kulaini meriwayatkan KONONNYA dari Ja‟afar bin Muhamad al-Baqir bahawa beliau berkata “Bukan dari kalangan kami orang yang tidak mempercayai raj‟ah (kebangkitan semula kami para Imam sebelum kiamat untuk menghukum orang yang menentang dan memusuhi Ahlul Bait) dan tidak menganggap halal mut‟ah kita.” [ Man La Yahdhuru al-Faqih, jilid 3, hlm. 458, Muntaha al-Amal-Syeikh Abbas al-Qummi, jilid 2, hlm.341.]
13. Syiah Menghalalkan Menyewa Faraj

Syiah berpendapat harus menyewakan faraj dan menghadiahkan kepada sahabat handai. At-Thusi meriwayatkan dari Abu Hasan bahawa dia berkata : “Aku bertanya Abi Abdillah A.S. tentang peminjaman faraj. Dia menjawab : “Tidak mengapa.” Dengan pembohongan dan pendustaan yang sedemikian itu pada hakikatnya Syiah mahu membuka pintu pelacuran dan perhubungan seks secara bebas tanpa sebarang sekatan dengan seluas-luasnya. [ Al-Istibsr, jilid 3, hlm. 141. ]
14. Syiah menghalalkan Liwat

Diriwayatkan juga dari Abu Hasan ar-Ridha (Imam Ma‟sum yang kelapan) satu riwayat yang lebih jelas dan lebih jelik daripada riwayat di atas, kerana at-Thusi meriwayatkan bahawa beliau (al-Ridha) ditanya oleh seseorang lelaki tentang seorang yang mendatangi isterinya dari belakang (pada dubur). Al-Ridha menjawab : “Satu ayat dalam kitab Allah telah menghalalkannya” [ Al-Furu‟ Min al-Kafi, jilid 5, hlm. 40, al-Istibsar, hlm. 243 – 244 ]

Begitulah SEBAHAGIAN dari kesesatan yang nyata ajaran Syiah.

Sesungguhnya ajaran Syiah ini adalah sesat, menyesatkan, rosak aqidah, terkeluar dari Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan dilaknat ALLAH.

Elias Hj Idris
Akhir-akhir ini terdapat kecenderungan sebahagian umat Islam mencemuh dan mengutuk para sahabat Nabi r.hum. seperti Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan lain-lain, bahkan lebih parah lagi melabelkan sahabat-sahabat tersebut sebagai munafiq dan kafir. Mereka melontarkan tuduhan bahawa sahabat menyembunyikan fakta-fakta penting agama dan juga menyelewengkan al-Quran. Mereka meragui kebenaran dan kesahihan ajaran Islam yang ada pada hari ini kerana ia dibawa oleh sahabat Nabi s.a.w yang dikatakan munafik dan kafir. Jadi sebagai alternatif mereka cuba menampilkan satu bentuk ajaran lain (Syi'ah) yang kononnya datang dari anak cucu Nabi s.a.w. (Ahlul bait).


Ali k.w. dan 11 imam Syi'ah (ikut kepercayaan Syi'ah saja!)

Risalah ini bertujuan untuk memberi maklumat dan penjelasan kepada masyarakat mengenai fahaman Syi‘ah* supaya mereka menjauhi serta tidak terpengaruh dengan fahaman tersebut dan juga bertujuan untuk menyedarkan mereka yang terbabit bahawa fahaman Syi‘ah adalah bercanggah dengan ajaran Islam.

“Individu yang dikatakan Imam oleh golongan Syiah sebenarnya tidak pernah mengaku menjadi imam atau mengajar segala ajaran yang dipegang oleh Syi’ah. Mereka diangkat sebagai imam oleh golongan Syi'ah sebagaimana orang Kristian mengangkat Nabi Isa a.s. sebagai anak tuhan (walhal Nabi Isa a.s. sendiri tidak pernah mengaku menjadi anak tuhan).”

SIAPAKAH SYI‘AH?

Syi‘ah ialah golongan yang mendakwa Sayyidina ‘Ali lebih utama daripada sahabat-sahabat lain lalu mereka mengkafirkan kesemua sahabat kecuali beberapa orang sahaja. Inilah perkara pokok yang membezakan golongan Syi‘ah daripada golongan-golongan yang lain. Terdapat beberapa aliran dalam Syi‘ah itu sendiri, tetapi pada dasarnya masing-masing tetap mempunyai konsep yang tersebut di atas, iaitu mengkafirkan sahabat.

Risalah ini akan memberikan tumpuan kepada Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah (Syiah Imam 12) kerana kekeliruan yang timbul di dalam masyarakat sekarang ini ialah berhubung dengan Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah. Syi‘ah inilah yang dipertikaikan oleh para ‘ulama’ di setiap tempat pada masa ini. Mereka ramai bilangannya dan agak popular, terutama selepas tercetus revolusi Iran 1979.

SYI‘AH IMAMIYYAH ITHNA ‘ASYARIYYAH

Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah ialah Syi‘ah mempercayai 12 orang imam yang dilantik oleh Allah swt (menurut rekaan mereka) secara berturutan seperti di bawah ini:-

1. ‘Ali bin Abi Talib (wafat 40 H)
2.  Hasan bin ‘Ali (wafat 50 H)
3.  Husain bin ‘Ali (wafat 61 H)
4. ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Husain (wafat 94 H)
5.  Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin (wafat 117 H)
6.  Ja‘far as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir (wafat 148 H)
7.  Musa al-Kazim bin Ja‘far as-Sadiq (wafat 183 H)
8.  ‘Ali ar-Ridha bin Musa Kazim (wafat 202 H)
9.  Muhammad al-Jawaad bin ‘Ali ar-Ridha (wafat 220 H)
10. ‘Ali bin Muhammad al-Jawaad (wafat 254 H)
11. Hasan bin ‘Ali al-‘Askari (wafat 260 H)
12. Muhammad bin Hasan al-‘Askari al-Mahdi (ghaib 260 H)

Muzakarah Jawatankuasa FatwaMajlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam dalam keputusannya yang bertarikh 5 Mei 1996 telah mewartakan kesesatan Syi‘ah dan mengharamkan pengamalannya di Malaysia. Antara negeri yang telah mewarta dan mengharamkan Syi‘ah;

Selangor: 19 Januari 1998

W.Persekutuan: 3 April 1997

Terengganu: 25 September 1997

P. Pinang: 16 Januari 1997

N.Sembilan: 12 Mac 1998

Kelantan: September 1987

Rujukan Lanjut: http://www.islam.gov.my/e-rujukan/syiah.html

Implikasi sekiranya ajaran Syiah menular terhadap;

Agama Islam:
Asas-asas agama Islam seperti al-Quran dan Sunnah ditolak. Islam diberi gambaran yang buruk.

Kerajaan:
Jatuhnya kerajaan seperti Iraq dan Iran. Umat Islam Ahlus Sunnah akan dizalimi, dianiayai dan didiskriminasi.

Ummah:
Perpecahan, persengketaan malah pembunuhan akan berlaku di kalangan ummah.
Keluarga: Keruntuhan rumahtangga, perbalahan antara anggota keluarga dan lain-lain.


Amalan dan ajaran Syi'ah yang bertentangan dengan Islam (Bersumberkan Kitab-kitab Syiah)

*Imam Ja’far as-Sadiq berkata: “Pada tanah perkuburan Husain a.s. terdapat penawar daripada segala penyakit dan ia adalah ubat yang paling besar.” (Man La Yahdhuru al-Faqih j.2 hal. 600, Tahzib al-Ahkam j.2 hal. 26)

*Abu Hasan a.s. berkata: “Aurat itu ada dua iaitu qubul (kemaluan) dan dubur, dubur ditutup oleh dua papan punggung, apabila telah ditutup kemaluan dan dua telurnya maka auratnya telahpun ditutup.” (Al-Furu’ min al-Kaafi j.6 hal.51, Tahzib al-Ahkam j.1 hal. 374)

*Imam Hassan al-Askari berkata: “Sesungguhnya ibu-ibu kami tidak mengandungkan kami para imam di dalam perut mereka tetapi dipinggang dan kami dilahirkan bukan melalui rahim tetapi melalui paha sebelah kanan kerana kami adalah titisan cahaya Allah yang bersih dan dijauhkan daripada sebarang kotoran.” (Bihar al-Anwar j. 51 hal. 2, 13, dan 17, I`lam al-Wara hal. 394)

*Khomeini berfatwa: “Mengikut pendapat yang kuat dan masyhur harus menyetubuhi isteri pada dubur walaupun hal itu tidak disukai.” (Tahrir al-Wasilah masalah ke 11 hal. 241)

*Abu Hasan bertanya Ja’far as-Sadiq tentang menyewa faraj, meminjamnya dan menghadiahkan kepada sahabat-sahabat lalu beliau berkata: “Tidak mengapa.” (AlIstibsar j. 3 hal. 141)

*Memenuhi kehendak syahwat seperti meraba dengan penuh syahwat, memeluk, mengacukan kemaluan ke paha kanak-kanak termasuk ke paha bayi yang masih menyusu adalah diharuskan. (Khomeini, Tahrir al-Wasilah j. 2 hal. 216)
*Tafsiran pelik Syi’ah antaranya ayat 19,20 surah ar-Rahman yang bermaksud: “Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu, Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya”. Imam tafsir Syi’ah Ali bin Ibrahim al-Qummi menukilkan riwayat daripada Ja’far as-Sadiq, katanya: “Ali dan Fatimah adalah dua laut yang dalam salah satu tidak melampaui satu lagi”. (Tafsir al-Qummi jil. 2

hal.345)



Kaabah yang dibangunkan Syiah di Karbal: punca
perlencongan aqidah drp Ka'abah yang ada di Mekah


*Tulisan di atas ka'abah Syiah

‘Ali Jaan’ yang bermaksud ‘Ali adalah Kesayanganku’


Tanda-tanda seseorang itu telah dipengaruhi/terjebak dengan Syi'ah
Ciri-ciri di bawah adalah sebahagian dari petanda seseorang yang menganut ajaran Syiah. Berwaspadalah jika anda dapati tanda-tanda sebegini ini tampak mula kelihatan pada orang-orang yang anda sayang.

* Senantiasa memuja Sayyidina Ali dan melebihkan beliau daripada Sayyidina Abu Bakar & Umar
* Memperlekeh dan memandang rendah kepada sahabat-sahabat Nabi s.a.w.
* Sering menghimpunkan (jamak) sembahyang Zuhur bersama Asar dan Maghrib bersama Isya’ tanpa sebarang sebab.
* Kaki tidak dibasuh ketika berwuduk sebaliknya hanya disapu sahaja.
* Sujud di atas batu Karbala ketika solat.
* Menepuk paha ketika memberi salam sesudah sembahyang.
* Tidak mahu makan ikan yang tidak bersisik.
* Melewatkan berbuka puasa sehingga hampir waktu Isya’.
* Memarahi orang yang puasa Asyura.
* Sering memperkatakan tentang keperluan kepada imam zaman ini (imam Mahdi).

Maklumat lanjut berkenaan Syiah boleh didapati melalui laman web di bawah:
1. http://www.islam.gov.my/e-rujukan/syiah.html
2. http://www.abunaaielah.blogspot.com
3. http://www.tenteradajjal.blogspot.com
4. http://www.hakekat.com
5. http://www.kr-hcy.com/shia
6. http://www.ansar.org/english
7. http://www.alburhan.com/

12 orang Imam dengan ciri-ciri yang tertentu. Mereka juga dikenali dengan Imamiyyah sahaja. Nama lain bagi mereka ialah Ja’fariyyah kerana sebahagian besar ajaran mereka dikaitkan dengan Imam Ja’far as-Sadiq. Rafidhah juga merupakan gelaran mereka kerana fahaman-fahaman dan ‘aqidah-‘aqidahnya yang melampau.

Mereka percaya Imam Kedua Belas (Muhammad bin Hasan al-Askari) telah ghaib dan akan bangkit sebagai Imam Mahdi sebelum kiamat untuk menghukum Abu Bakar, Umar, Aisyah dan sahabat2 yang lain di dalam peristiwa raj’ah (kebangkitan sebelum kiamat).

Mereka juga percaya kepada al-bada’ (tuhan jahil), penyelewengan al-Qur’an, kemurtadan para sahabat termasuk Sayyidina Abu Bakar, ‘Umar, ‘Utsman r.a. dan sahabat-sahabat besar Rasulullah s.a.w. yang lain, kemaksuman (tidak berdosa) para imam.

Fahaman Syi’ah dipercayai mula merebak di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Khomeini di Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman ini menular ke negara ini melalui propaganda-propaganda mereka seperti bahan cetak, teknologi internet, orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran dan sebagainya.

Fahaman Syi‘ah ini semakin tersebar luas apabila beberapa orang pensyarah universiti tempatan telah memainkan peranan untuk menyebarkannya secara serius kepada para pelajar di Institut Pengajian Tinggi. Pengaruh fahaman ini kian menular ke negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, antaranya Kedah, Kelantan, Johor, Perak, Wilayah Persekutuan, Selangor dan lain-lain.
Antara Aqidah Syi'ah yang menyeleweng dan bercanggah dengan ajaran Islam
AGAMA SYI‘AH- Penyelewengan Al-Quran. Golongan Syi’ah terutamanya ulama-ulama yang menjadi paksi kepada agama mereka beri’tiqad bahawa al-Quran yang dihimpunkan oleh sahabat-sahabat r.a. dan berada di tangan umat Islam sekarang telah diselewengkan dan ditokok tambah. Antaranya Sayyid Ni`matullah al-Jazaairi mengatakan:

“Bahawa tokoh-tokoh Syi‘ah telah sepakat tentang sahihnya hadits-hadits yang sampai ke peringkat mutawaatir yang menunjukkan dengan jelas tentang berlakunya penyelewengan al-Quran (An-Nuuri At-Thabarsi, Fashlu al-Khitaab, hal.

30). Pegangan tersebut adalah berdasarkan kepada lebih daripada dua ribu riwayat sahih daripada imam-imam maksum di sisi mereka yang jelas menunjukkan berlakunya tahrif (penyelewengan) di dalam al-Quran.

AGAMA ISLAM- Ulama-ulama Islam sepakat kepercayaan bahawa al-Quran telah diselewengkan adakan satu kekufuran. Ibnu Qudamah berkata: “Tiada khilaf di kalangan orang-orang Islam pendapat tentang kufurnya orang yang mengingkari al-Quran sama ada satu surah atau satu ayat atau satu kalimah yang disepakati bahawa ia adalah alQuran.” (Lam’ah al-I’tiqad Bab Al-Quran Adalah Kalam Allah jil. 1 hal. 17).
AGAMA SYI‘AH- Kepercayaan Bahawa Imam 12 Dilantik Dari Pihak Allah, Mempunyai Sifat-Sifat Kenabian Bahkan Imam Dianggap Lebih Tinggi Daripada Nabi. Dinyatakan dalam Kitab `Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 72: Akidah Kami Tentang Imam itu Maksum Kami mempercayai bahawa imam-imam itu seperti nabi-nabi, ia wajib maksum dan terpelihara daripada sifat-sifat yang buruk dan keji yang nyata dan yang tersembunyi, semenjak daripada kecil sehinggalah mati, sengaja atau lupa sebagaimana mereka juga terpelihara daripada sifat lupa, tersalah dan lain-lain. Khomeini menyatakan: “Kita tidak dapat menggambarkan para imam itu mempunyai sifat lupa dan lalai.” (Khomeini, Al-Hukumah Al-Islamiyah, hal. 91) Khomeini berkata lagi: “Sesungguhnya imam itu mempunyai kedudukan yang terpuji yang tidak sampai kepadanya malaikat yang hampir kepada Allah dan nabi lagi rasul”. (Al-Hukumah al-Islamiah – hal 52)

AGAMA ISLAM- Maksum adalah sifat khusus para nabi dan rasul. Memberikan sifat tersebut kepada orang lain selain dari mereka bermakna menafikan ‘akidah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah penyudah sekalian nabi-nabi. Allah berfirman: “Nabi Muhammad itu bukan bapa bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah dan penutup Nabi-nabi.” (Al-Ahzab 40)

AGAMA SYI‘AH- Al-Bada.’ Dari segi bahasa al-Bada’ bermaksud nyata sesuatu yang sebelumnya tersembunyi.

Menurut akidah Syi‘ah, al-Bada’ ialah ilmu Allah berubah-ubah berdasarkan sesuatu peristiwa yang berlaku. Dalam kata lain, Allah mengetahui sesuatu perkara hanya selepas berlakunya perkara tersebut. Ini bermaksud Allah jahil atau tidak mempunyai ilmu yang meliputi. An-Naubakhti menyebutkan bahawa Ja’afar bin Muhammad al-Baqir telah menentukan anaknya Ismail sebagai Imam sesudahnya (sebagaimana ketentuan Allah kerana Syi’ah mengatakan imam-imam dilantik dari pihak Allah) dan beliau telah mengisyaratkan kepadanya semasa hidup lagi, tiba-tiba Ismail mati ketika beliau masih hidup. Maka Ja’afar pun berkata: “Tidak pernah berlaku kepada Allah (al-Bada’) berhubung dengan sesuatu seperti mana berlaku kepadanya berhubung dengan Ismail anakku.” (Firaq as-Syiah hal. 84).

AGAMA ISLAM- Ilmu Allah sejak azali adalah meliputi segala sesuatu dan tidak berlaku sebarang perubahan kepadanya mengikut peristiwa yang berlaku kepada manusia. Allah menjelaskan perkara ini di dalam al-Quran alKarim: “Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan tidak jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati.”(Al-Mukmin 19). Dan: “Dan sesungguhnya Allah ilmunya meliputi segala sesuatu”.(Al-Talaq 12).

AGAMA SYI‘AH – Taqiyyah (berpura-pura). Taqiyyah merupakan konsep atau ciri penting yang tidak dapat dipisahkan dari ajaran Syi‘ah . Taqiyyah pada hakikatnya adalah “berdusta dan berbohong”. Riwayat-riwayat tentang pentingnya taqiyyah di sisi Syi’ah banyak terdapat di dalam kitab-kitab utama mereka. Antaranya apa yang dikemukakan oleh alKulaini: Abu Umar al-A’jami katanya Ja’far as-Sadiq a.s. berkata kepadaku “Wahai Abu Umar, Sesungguhnya sembilan persepuluh daripada agama itu terletak pada Taqiyyah dan tidak ada agama bagi orang yang tidak mempunyai Taqiyyah dan Taqiyyah itu ada pada tiap-tiap sesuatu, kecuali dalam masalah arak dan menyapu dua khuf (al-Usul Min al-Kafi, jil. 2 hal. 217).” Di antara hakikat taqiyyah ialah apa yang disebutkan oleh Imam Jaa’far As-Sadiq a.s. kepada Sulaiman bin Khalid (perawi hadis): “Wahai Sulaiman! Sesungguhnya engkau berada di atas agama yang sesiapa menyembunyikannya akan dimuliakan oleh Allah dan sesiapa yang menyebarkannya akan dihina oleh Allah.” (Al-Kafi jil. 2, hal. 222)

AGAMA ISLAM – Jujur dan amanah adalah merupakan ciri penting di dalam Islam sehingga ia menjadi salah satu syarat kesempurnaan iman. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak beriman orang yang tidak mempunyai sifat amanah.” (Riwayat Imam Ahmad). Kerana itu ulama Islam di zaman lampau tidak mahu menerima riwayat yang dikemukakan oleh Syi‘ah kerana mereka mengamalkan pembohongan. Sehubungan dengan itu Imam Syafie berkata: “Tidak pernah aku melihat golongan yang menurut hawa nafsu yang lebih pembohong dari golongan Syi‘ah .” (Al-Kifayah, hal. 49, asSuyuti, Tadrib Ar-Rawi, jilid 1, hal. 327)

AGAMA SYI‘AH – Mengkafirkan Para Sahabat Rasulullah s.a.w. Akidah ini merupakan salah satu ciri yang tidak dapat dipisahkan dari ajaran Syi’ah dan memisahkannya bermakna meruntuhkan ajaran Syi’ah itu sendiri. Al-Majlisi mengemukakan satu riwayat berbunyi: Kebanyakan sahabat adalah munafik, tetapi cahaya nifaq tersembunyi di zaman nabi. Tetapi apabila wafat Nabi s.a.w ternyatalah cahaya nifaq itu melalui wasiat Nabi s.a.w. dan mereka itu kembali murtad”. (Bihar al-Anwar jil. 27, hal 64). Al-Kulaini meriwayatkan dari Muhammad al-Baqir a.s. katanya: “Para sahabat telah menjadi murtad sepeninggalan Rasullullah s.a.w kecuali tiga orang dari mereka.” Aku bertanya (kata perawi): “Siapakah yang tiga itu?” Abu Jaafar menjawab: “Miqdad bin al-Aswad, Abu Zar al-Ghifari dan Salman al-Farisi.”(ar-Raudhah Min al-Kafi, jil. 8 hal 245)

AGAMA ISLAM – Keadilan dan kedudukan sahabat yang tinggi adalah jelas berdasarkan al-Quran. Antaranya: “Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar”.(at-Taubah: 100). Mengingkari yang sahabat adalah adil bererti mengingkari al-Quran.

AGAMA SYI‘AH – Menghalalkan Nikah Mut’ah. Nikah Mut’ah adalah sebenarnya perzinaan di atas nama Islam.

Nikah Mut’ah ialah satu bentuk perkahwinan kontrak tanpa wali dan saksi, untuk suatu tempoh waktu tertentu dengan sedikit maskahwin sahaja dengan tiada sebarang tanggungjawab, nafkah, pusaka dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan perkahwinan biasa. (al-Kafi jilid 5, ms 286), Perkahwinan ini semata-mata berlandaskan nafsu dan untuk berseronok. Boleh dikahwini sehingga seribu wanita (Wasaailu As Syiah jil. 14 hal. 480). Diriwayatkan daripada Muhammad Al-Baqir berkenaan mut’ah katanya: “Ianya bukan termasuk daripada empat (isteri). Mereka tidak diceraikan dan tidak mewarisi. Mereka hanyalah perempuan yang disewakan.” (al-Kafi jilid 5, ms 284). Tidak menganggap halal mut’ah seolah-olah tidak beriman. Diriwayatkan daripada Muhammad al-Baqir katanya: “Bukan dari kalangan kami orang yang tidak mempercayai raj’ah dan tidak menganggap halal mut’ah kita”. (Man La Yahduruhu alFaqih jil.3 hal 458)

AGAMA ISLAM – Nikah Mut’ah yang diamalkan oleh Syi’ah tiada bezanya dengan perzinaan dan pelacuran di samping merendahkan martabat wanita serendah-rendahnya. Kerana itu ia telah diharamkan oleh Nabi Muhammad s.a.w buat selama-lamanya sehingga hari kiamat menerusi hadits-hadits sahih sebelum Baginda wafat melalui beberapa orang sahabat dan salah seorangnya adalah Saidina Ali sendiri seperti katanya: “Bahawa Rasulullah s.a.w. melarang nikah mut’ah pada hari peperangan Khaibar dan melarang juga memakan daging keldai kampung.” (Riwayat Ibn Majah dan al-Nasa’i)

Gambar-gambar sekitar perayaan kufur Syi`ah pada 10 Muharram


Cara-cara Ajaran syi'ah dikembangkan dalam masyarakat
1. Menghantar pelajar-pelajar dari Iran ke Universiti Awam dan Swasta
2. Menyiarkan artikel berbau Syiah di akhbar perdana dan majalah-majalah
3. Menyebarkan risalah dan buku-buku propaganda Syiah di tempat awam
4. Menyertai expo-expo terutamanya anjuran badan-badan Islam
5. Meresapi dalam jemaah-jemaah Islam
6. Menganjurkan kelas-kelas tahfiz dan terlibat dalam sistem pendidikan bermula dari pra sekolah.
7. Berkahwin dengan pemuda-pemudi Sunni
8. Bergerak aktif di alam siber dengan menyebarkan dakyah Syiah dan berdebat di forum-forum sunni


Nota: Sebarluaskan risalah ini jika anda prihatin terhadap ancaman yang melanda akidah umat Islam.

Berikut dikepilkan bersama beberapa video sebagai pencerahan buat tatapan kalian. Semoga jelas.

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=dXCoQho16e8
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=rFX-lcMDb9s
Elias Hj Idris
Sebaik membaca artikel berkenaan ramalan kononnya profesor ulung merangkap Timbalan Pengerusi, Majlis Profesor Negara, Shamsul Amri Baharuddin bahawa Barisan Nasional cuma mampu memperoleh 120 kerusi sekiranya pilihanraya umum diadakan, sangat tidak bertanggungjawab.

Di sini saya berikan hujah balas berdasarkan apa yang diperkatakan Shamsul.

1) Empat tahun lalu, BN memperoleh 140 kerusi, manakala pembangkang 84. Ia pencapaian terburuk dalam sejarah BN.

Fakta: BN menang 140 kerusi manakala Pakatan Rakyat 82 kerusi, bukannya 84. Fakta ini sahaja sudah cukup membuktikan bahawa Shamsul tidak mengkaji keputusan pilihanraya, jauh sekali menganalisis keputusan mengikut parlimen dan DUN.

2) Berdasarkan statistik semasa, BN memiliki 137 kerusi, manakala KEADILAN (23), DAP (29), Pas (22) dan Parti Sosialis Malaysia (satu), Bebas (lapan) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (satu). Satu kerusi kosong.

Fakta: Kesemua fakta betul kecuali KITA sudah tidak mempunyai kerusi berikutan ahli parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng yang keluar dari KEADILAN kemudian menjadi wakil Bebas sebelum menyertai KITA, dipecat pada September lalu.

3) “Ini kerana berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak Pakatan Rakyat, pihak Anwar Ibrahim... mengatakan mereka akan menang banyak kerusi di Johor, dan itu pun jumlah kerusi berkemungkinan diperoleh mereka hanya 109.

Fakta: Sekali lagi Shamsul berbohong. Pakatan kini sudah memperolehi 114 kerusi berdasarkan dua kerusi SAPP dan dua kerusi yang BN hilang berikutan perletakan jawatan ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin dan ahli parlimen Tuaran, Wilfred Mojilip Bumburing. Satu lagi kerusi bakal diperolehi menerusi penyertaan seorang lagi ahli parlimen BN dari Sabah, tidak lama lagi.

4) Mengulas lanjut, Shamsul tidak menolak kemungkinan kerusi yang bakal diperoleh BN akan naik tetapi tidak akan menurun daripada 120 kerusi yang diramalkan sekarang.

Fakta: Daripada 166 kerusi parlimen di Semenanjung, BN tidak boleh memperolehi lebih daripada 85 kerusi kerana beberapa kerusi di Johor, Terengganu dan Negeri Sembilan bakal ditawan Pakatan Rakyat. Dengan meletakkan Pakatan Rakyat memperolehi satu pertiga kerusi di Sabah dan Sarawak, jumlah keseluruhannya ialah 20 kerusi. Bagaimana Shamsul boleh memberi fakta pincang seperti ini? Apakah dia berani meletakkan 120 sedangkan dia sendiri tahu BN sudah hilang pengaruh di Felda dan kebangkitan anak muda?

5) “Ia sangat penting untuk Najib sebab populariti Najib ini 70 peratus, Anwar 43 peratus sahaja lebih kurang, dia kelihatan lebih munasabah dari hari ke hari, persepsi orang ialah apa yang beliau tak buat, semua dia bagi,” katanya.

Fakta: Ini pembohongan paling besar Shamsul dalam segala banyak pembohongan. Populariti NAJIB ALTANTUYA kini cuma 56 peratus dan BN kini hanya 43 peratus berdasarkan kajian Merdeka Center pada Ogos lalu. Dari mana datang peratusan sokongan Anwar sedangkan Merdeka Center sendiri atau mana-mana pusat kajian seperti UMCEDEL tidak membuat kajian khusus tentang Anwar? Apakah dia hanya seronok sendiri menghentam Anwar dan terus memuji langit Najib Altantuya yang memberi dia makan selama ini?

Keseluruhannya, kesemua fakta yang dibentangkan profesor tahap 'kangkung' ini langsung tidak boleh diterima pakai melainkan ia hanya dibuat untuk meneruskan khidmatnya sebagai profesor di Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan terus mengampu Najib Altantuya bagi mengekalkan kedudkannya paling BANGSAT sepenggal lagi!


Sumber: jalanpulang1978.blogspot.com
Elias Hj Idris

Di antara kelakuan sesat Rafidhah (dibaca: Syi’ah) adalah memukul dada, menampar-nampar pipi, memukul bahu, menghiris-hiris kepala mereka dengan pedang sampai menumpahkan darah. Semua ini dilakukan pada hari ‘Asyura, 10 Muharram. Hal ini dilatarbelakangi kecintaan mereka pada Husain bin ‘Ali bin ‘Abi Tholib. Mereka sedih atas kematian Husain, cucu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang mati dibunuh.


Kenapa Kelakuan Mereka Dikatakan Sesat?

Perlakuan sesat Syiah

Setiap perkara muhdats yang tidak pernah dicontohkan dalam Islam, tentu saja sesat. Hal-hal semacam di atas jelas suatu kemungkaran dan telah dilarang oleh Nabi kita, Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam. Dalam Islam tidak boleh dilakukan perbuatan semacam itu baik kerana kematian seseorang yang dianggap mulia atau kematian seorang yang syahid di jalan Allah. Kita tahu bahawa di masa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam banyak di antara para sahabat yang mendapati syahid seperti Hamzah bin Abdul Muthollib (bapa saudara Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam), Zaid bin Haritsah, Ja’far bin Abi Tholib, ‘Abdullah bin Rowahah. Namun tidak pernah di masa beliau waktu itu mereka melakukan seperti yang dilakukan oleh puak Rafidhah. Law kaana khoiron, la-sabaqunaa ilaih, seandainya perkara tersebut baik, tentu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang lebih dahulu melakukannya.

Cuba lihat pula bagaimana ketika Nabi Ya’qub ‘alaihis salam ditimpa musibah dengan hilangnya Yusuf ‘alaihis salam, apakah beliau sampai memukul-mukul dadanya? Apakah Nabi Ya’qub sampai menampar wajahnya sendiri? Apakah sampai ingin menumpahkan darahnya dengan mengores-ngores di badan? Apakah sampai dijadikan ‘ied (perayaan) atau hari berduka seperti yang dilakukan puak Rafidhah? Amalan yang dilakukan puak Rafidhah ini tidak lain hanyalah warisan daripada zaman jahiliyah, masa suram sebelum kedatangan Islam. Sedangkan Islam dengan tersangat jelas telah melarangnya.

 
Hadits yang membicarakan tentang berduka yang terlarang

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari, dari ‘Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, ia berkata,
لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَطَمَ الْخُدُودَ وَشَقَّ الْجُيُوبَ وَدَعَا بِدَعْوَى الْجَاهِلِيَّة

“Tidak termasuk golongan kami siapa saja yang menampar pipi (wajah), merobek saku, dan melakukan amalan Jahiliyah.” (HR. Bukhari no. 1294 dan Muslim no. 103).

Namun lihatlah bagaimana yang dilakukan oleh puak Rafidhah di hari ‘Asyura. Apa yang mereka lakukan jelas bukan datangnya dari ajaran Islam. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam begitu pula para sahabat radhiyallahu ‘anhum tidak pernah melakukannya. Mereka tidak pernah melakukannya ketika ada yang meninggal dunia. Padahal wafatnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lebih daripada kematian Husain radhiyallahu ‘anhu.

Selengkapnya di Rumaysho.com: http://rumaysho
Elias Hj Idris
Tulisan ini adalah daripada terjemahan kitab AL-KHOMEINIAH/KHOMEINISMA karangan ulamak terkenal di abad ini Saied Hawwa… Dan telah diterjemahkan oleh Muhammad Zuhairi bin Zainal Abidin Felo MANHAL PMRAM


**Adakah kita tidak merenung kejadian yang berlaku di Syria dahulu, al-Khomeini juga telah memberikan bantuan kepada kerajaan Syria yang dipimpin Hafiz al-Assad (yang diteruskan sekarang oleh anaknya Basya al-Assad) yang membunuh umat Islam kerana kepentingan politik dan pegangan Syiahnya – Said Hawa

**Telah jelas bahawa al-Khomeini dan pengikutnya telah memerangi dan berlaku zalim kepada para sahabat-sahabat Nabi s.a.w. dan sekalian Sunni. Mereka dengan sewenang-wenang mencemuh dan mencerca bahkan sehingga mengkafirkan sahabat-sahabat agung dalam kacamata Islam. Mereka telah menghalalkan darah-darah umat Islam lain dan harta mereka adalah halal untuk dirampas – Said Hawa

**Aqidahnya bukan aqidah kita, ibadahnya bukan ibadah kita, sistem hidupnya bukan sistem hidup kita. Ini adalah kerana pendirian asal mereka adalah untuk menyalahi dan berselisih dengan kita (ASWJ). – Said Hawa

**Demi melunaskan hasrat, al-Khomeini telah merancang beberapa strategi dengan bekomplot demi mencapai keinginannya untuk memerintah Negara-negara Islam yang lain. Pasti kita akan dapati mereka pernah mewujudkan kerjasama dan pakatan yang aneh secara sulit antara Iran dan beberapa negara serta pemerintahan besar dunia. Antaranya dengan Syiah Nusairiah Syiria, Israel, Soviet Union dan Barat (Amerika)- Said Hawa

**Ada beberapa pegangan dan pendirian pelik Syiah yang dipelopori oleh al-Khomeini bakal mengancam kebangkitan semula umat Islam. Kerinduan umat islam kepada Khilafah Islamiah akan terkubur seandainya ada dikalangan Ahli Sunnah wal Jamah yang menyokong baik tindakan-tindakan pelik al-Khomeini tersebut dan menyanka bahawa Iran itu adalah sebuah Daulah Islam yang sebenar- Said Hawa

**Jangan terpedaya dengan helah al-Khomeini. Apa yang didakwanya bahawa Iran adalah sebuah “Komuniti yang Hak, Komuniti yang Merdeka, Komuniti yang Kuat”, sedangkan slogan sebuah Gerakan Islam sebenar adalah berdasarkan aqidah yang sahih (Ahli Sunnah wal Jamah) – Said Hawa

**Idamlah kamu semua akan sebuah daulah Islam yang Hak, jangan ditipu oleh al-Khomeini yang mengispirasikan daulah Islam yang batil yang akan membawa umat Islam terkebelakang. Cukuplah sekadar al-Khomeini yang melakukan kebiadaban dengan jalinan persepakatan dan saling tolong menolong bersama Israel. Dia selama-lamanya tidak akan keluar daripada Iran melainkan setelah melakukan pelbagai kekacauan, kerosakan dan wala’ (tunduk) kepada musuh-musuh Allah.” – Said Hawa

……………………………………………….

Setelah kita membaca keseluruhan tulisan Said Hawa yang telah diterjemahkan di bawah ini, maka fahamlah kita dengan lebih jelas apakah sebenarnya Syiah dan kesesatan yang terdapat dalam ajarannya; di mana kita dapat membezakan Islam dan Syiah. Kita dapat mengenali Islam yang tulen dengan Syiah yang sesat. Kita tidak boleh ditipu oleh mereka yang mengatakan sangat mencintai ahlul-bait kerana ahlul-bait bukanlah Syiah dan bukanlah orang-orang yang berpaling daripada Khulafa ar-Rasyidin. Ketaksuban yang diwujudkan ini menyebabkan mereka ‘membenci’ Khulafa ar-Rasyidin. Sebenarnya, Yahudilah yang memainkan peranan besar dalam menimbulkan bibit-bibit kemunculan golongan syiah bermula pada zaman Khulafa ar-Rasyidin Abu Bakar r.a. Pengusiran Yahudi daripada Madinah, serta kekalahan Yahudi dalam Peperangan Khaibar menyemarakkan dendam mereka ke atas Islam.

Dan yang paling jelas sekali setelah membaca tulisan Said Hawa ini kita dapat mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku di Syria sekarang ini. Apa yang berlaku di Syria adalah kesempatan, persengkongkolan dan kerjasama Syiah Iran, Syiah Lubnan, Syiah Iraq bersama Syiah Nusairi Basyar untuk menghapuskan Sunni di bumi Islam Syria.

……………………………………………………………………………………

Syiah al-Khomeiniah (Bahagian 1)

Sesungguhnya cinta kepada ahli keluarga Nabi s.a.w. merupakan kefardhuan kepada tiap-tiap muslim lelaki dan perempuan. Akan tetapi telah tersebarnya pengaruh dan dakyah-dakyah pelik sepanjang sejarah dengan pelbagai pegangan aqidah yang fasik dan pendirian-yang buruk lagi jahat menyebabkan kecintaan kepada Ahli Bait Nabi s.a.w disalah ertikan.

Sejak muncul Ayatullah al-Khomeini, ramai yang beranggapan bahawa dia pemimpin yang berkarisma dan mampu membawa proses penjernihan serta membebaskan ajaran syiah daripada aqidah yang palsu dan tipu.

Namun dia terus menggubal kerajaannya dengan menyebarkan fahaman syiah acuannya (Khomenisme) secara meluas dengan pelbagai penyelewengan dan pengubahsuaian yang pelik dan ganjil. Akibatnya konsep taqrib (pendekatan) antara syiah dan sunni semakin tidak menemui jalan penyelesaian.

Maka seharusnya bagi setiap penuntut ilmu membongkar kebenaran dan menjelaskan keadaan sebenar tentang sikap melampau dan kebiadaban mereka terhadap Islam, Rasul dan umatnya. Ia supaya kita tidak tertipu dan dijauhi daripada penyelewengan tersebut yang boleh membawa kepada gugurnya iman kita.

Al-Khomeini telah mencampur-adukkan dalam manhaj gerakan dakwahnya dengan dakyah kebatinan, bermuka-muka dengan konsep taqiyyah dan mendapatkan pertolongan daripada zoroastrianisme (pemuja-pemuja api) untuk menjayakan rancangan dan tujuannya.

3 tujuan utamanya:

*  merosakkan aqidah umat Islam;
*  menghapuskan petanda Islam dan memutar-belitkan petunjuk-petunjuk yang mulia;
*  emenuhi keinginannya untuk menguasai dan memerintah

Kitab kecil ini mengandungi dua bab: bab pertama menceritakan tentang aqidah dan pegangan-pegangan pelik oleh al-Khomeini, manakala bab kedua pula menjelaskan beberapa pendirian pelik beliau. Penutup kitab bakal menerangkan kepada pemuda-pemudi di kalangan umat Islam supaya berpegang dengan aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah kerana kebenaran yang ada padanya dan keadilan yang sejagat.

BAB PERTAMA: Antara Pegangan Syiah Yang Diseleweng Oleh Ayatullah Khomeini

Sejak tersebarnya pengaruh syiah yang mempunyai pelbagai tafsiran dan pandangan agama yang pelik-pelik menyebabkan banyak kerosakan berlaku, lebih-lebih lagi dalam aspek aqidah. Adapun pengaruh tersebut kadang-kadang mampu membawa kepada kekufuran.

Setelah itu timbullah pelbagai firqah (puak/kumpulan) dalam syiah seperti Ismailiah, Nusairiah, Alawiyyah, Druze dan lain-lain yang merupakan puak batiniah yang bersepakat dalam mengkafirkan kelompok Ahli Sunnah wal Jamah dan syiah Isna ‘Asyar.

Sesungguhnya syiah Isna ‘Asyar (yang diimani oleh al-Khomeini) banyak berselisih dalam pelbagai masalah usul dan furu’ dengan puak-puak tersebut namun mereka itu tetap dianggap rakan karib dalam memerangi kelompok Ahli Sunnah wal Jamah.

Antara aqidah dan pegangan pelik yang diimani oleh Khomeini secara ringkas:

1. Melampau dalam berpegang kepada 12 Imam mereka (konsep imamah)

Sebagaimana maklum bahawa pengikut agama Kristian (setelah agama mereka diubah) menjadikan Nabi Isa a.s. sebagai tuhan, begitulah juga al-Khomeini dan pengikutnya, mendakwa imam-imam mereka itu maksum (daripada tersalah, lupa, lalai, tidak pernah lakukan dosa) bahkan wajib bagi setiap pengikut syiah menganggapnya sebagai perkara usul yang perlu diimani.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Kulaini dalam kitabnya 'Usul al-Kafi' (kitab yang paling muktabar selepas Al-Quran di sisi syiah) mereka mengatakan bahawa imam-imam mereka lebih tinggi kedudukan daripada para nabi termasuk Nabi Muhammad s.a.w.[2]

Mereka juga berpendapat bahawa imam-imam mereka menyamai dengan ilmu Allah dalam mengetahui perkara-perkara ghaib. [3]

Hal tersebut telah dinyatakan sendiri oleh Khomeini dalam kitabnya: “Adapun perkara yang wajib berpegang dalam mazhab kita bahawa tidak ada yang boleh menyamai kedudukan imam-imam kita walaupun oleh mana-mana malaikat dan nabi sekalipun yang diutus.”[4]

2. Berpegang bahawa Al-Quran telah diubahsuai dan diputarbelitkan

Mereka berpendapat bahawa Al-Quran telah dipinda dengan beberapa tambahan dan pengurangan. Aqidah ini muncul secara jelas ketika kurun ke-2 Hijrah. Kemudian ia dihidupkan kembali pada era kerajaan Safavid oleh Mirza Hussien al-Nuri al-Thabarisi pada kurun ke-13 Hijrah melalui kitabnya 'Faslu al-Khitab fi Ithbat Tahrifi Kitabi Rabbil Arbab'. Di dalamnya memuatkan lebih daripada 2,000 riwayat yang dianggap syiah sebagai sudah diseleweng.

Imam al-Kulaini ada menyatakan dalam kitabnya: “Sesungguhnya apa yang benar pada kita sekarang adalah mushaf daripada Fatimah sahaja”[5]

Begitu juga Imam al-Baqir ada menyatakan: “Sesungguhnya banyak dan jelas tentang pengurangan Al-Quran dan penukarannya”[6]

Al-Khomeini ada menyatakan dalam Kasyful Asrar: “Perkara ini amatlah mudah bagi mereka (sahabat-sahabat Nabi), bahawasanya mereka semua telah mengeluarkan sebahagian daripada riwayat dan ayat-ayat Al-Quran dan memindah masuk daripada kitab-kitab Samawi lain dengan penyelewengan”.

3. Pandangan mereka terhadap hadith-hadith Nabi s.a.w.

Telah bersepakat kesemua pengikut syiah bahawasanya tidak boleh behujjah (tidak boleh dijadikan hukum dan panduan) daripada sunnah Nabi kecuali apa yang selari dengan pegangan mereka. Mereka menyatakan bahawa umat Islam keseluruhannya telah murtad selepas kewafatan Nabi s.a.w. kecuali empat orang sahaja (Ali bin Abi Thalib, Hasan, Hussin, Fatimah).

Banyak daripada hadith yang sampai kepada tahap Mutawatir[7] mereka menafikannya daripada Nabi s.a.w. Begitu juga hadith-hadith sahih yang tidak selari dengan pandangan mereka lalu dikatakan palsu.

Sebagaimana yang dikatakan oleh Syeikh Muhammad Hassan Ali Kasyif al-Ghita’: “Adapun periwayatan Hadis Nabi s.a.w. yang sanadnya melalui Abu Hurairah, Samurah bin Jundub, Marwan bin al-Hakam, Imran bin Hattan, Amru bin al-As, di sisi Syiah Imamiah, tidak mengiktiraf kedudukan mereka”.[8]

Al-Khomeini dalam kitabnya ada menyebut: “Bahawasanya Abu Bakar al-Siddiq telah mereka-reka hadith palsu, begitu juga Samurah bin Jundub”[9]

Sebagai ganti kepada sunnah yang didustakan, mereka beriman pula dengan pendapat-pendapat khurafat yang dinisbahkan kepada para imam-imam mereka sebagaimana yang terdapat dalam Usul Min Al-Kafi oleh Al-Kulaini. Majoriti riwayat di dalam ‘kitab suci’ syiah ini adalah riwayat marfu’ yang dinisbahkan kepada para imam oleh perawi yang ada di antaranya hidup beberapa kurun selepas imam berkenaan!

Al-Khomeini mengangkat riwayat-riwayat khurafat ini ke martabat Al-Quran dengan kata-katanya: “Sesungguhnya pengajaran para imam adalah seperti pengajaran Al-Quran yang wajib dilaksana dan dipatuhi”.

3. Pandangan mereka terhadap para sahabat Nabi s.a.w.

Mereka secara terang-terangan mencerca para sahabat Nabi s.a.w. Mereka telah mengecap sesat dan terang-terangan melafazkan laknat kepada Abu Bakar, Umar, Uthman, Talhah, Zubair, Abu Ubaidah, Abdurrahman bin ‘Auf, Sayyidah ‘Aisyah dan lain-lain. Bahkan sesetengah mereka ada yang mengkafirkan sahabat.

Al-Khomeini ada menyebut: “Adapun kita tidak bersama dengan kedua-duanya (Abu Bakar dan Umar) terhadap apa yang mereka berdua telah bersalahan dengan Al-Quran dan bermain-main dengan hukum-hukum Allah, apa yang yang dihalal dan diharamkan dalam Al-Quran adalah daripada pandangan mereka berdua, mereka berdua telah menindas Fatimah dan bermusuh dengan anak cucunya, bahkan apa yang kita dapati daripada mereka berdua itu adalah jahil dengan hukum Allah dan agama”[10]

Mereka tetap berpegang bahawa Nabi s.a.w. telah melantik Ali bin Abi Thalib sebagai khalifah selepas kewafatan baginda dengan berpegang kepada hadith Nabi s.a.w. Namun para sahabat telah mengingkari dan mengkhianati Ali melalui arahan Nabi lalu memilih Abu Bakar sebagai pengganti.

4. Merendah-rendahkan kedudukan Nabi sebagai Rasul.

Pada pandangan mereka, wajib bagi Nabi s.a.w. mempunyai sifat taqiyyah (berolok-olok demi melepaskan diri sebagaimana sifat munafik dengan perbuatan atau lisan) kerana takut apabila menerima ancaman dan ugutan dalam melakukan dakwah. Bahkan harus bagi Nabi nyatakan kekufuran demi menjaga nyawa baginda.

Mereka menyamakan kedudukan Nabi s.a.w. dengan Ali bin Abi Thalib. Bahawa Nabi s.a.w. bersama-sama dengan Ali ketika peristiwa Isra’ Mi’raj dan masing-masing menerima wahyu. Cume bezanya adalah Nabi s.a.w. secara musyahadah (bersaksi dengan mata kepala akan dzat Allah yang Maha Agung) adapun Ali mendengar kalamullah al-Qadim sahaja.[11]

5. Mengingkari dan menyalahi daripada ijma’

Antaranya adalah mereka mengharuskan nikah mut’ah[12] yang menyalahi dengan ijma’ (Imam Malik, Hanbali, Syafie, Hanafi dan semua imam-imam Muslim kecuali syiah).

Sedangkan Ibn ‘Abbas pernah menyatakan dalam khutbahnya yang diriwayatkan oleh Sa’ied bin Jabir bahawa: “Sesungguhnya nikah mut’ah itu seumpama bangkai, darah dan daging babi (yang haram dimakan)”.

Ia seumpama memperdagangkan wanita dengan beberapa perjanjian berbentuk kontrak dan sedikit bayaran demi memuaskan nafsu. Boleh dijual beli tanpa harga diri sedangkan Islam mengambil berat tentang keturunan dan maruah.[13]

7. Pendirian Syiah terhadap Ahli Sunnah wal Jamaah

”Syiah Isna ‘Asyar berpendapat, sesiapa sahaja yang tidak beriman kepada 12 imam mereka maka diharamkan baginya syurga dan wajib masuk neraka. Bagi mereka, Al-Quran dan Sunnah telah diubahsuai maka harus untuk menyalahi dan menyanggahi kedua-duanya.

Al-Khomeini dalam kitabnya: “Bahawa boleh jadi nas-nas daripada Ahli Sunnah wal Jamah terbahagi kepada dua: Selari dengan Al-Quran dan Sunnah, bersalahan kesemuanya”.[14]

Sebab itulah mereka tidak berpegang dengan sunnah Nabi dan fatwa imam-imam mujtahid seperti Imam Malik, Hanbali, Syafie dan Hanafi bahkan mereka menyarankan untuk mengingkarinya. Apabila bergaul dengan pengikut Ahli sunnah wal Jamaah mereka anggap samalah bergaul dengan Yahudi dan Kristian yang wajib untuk diperbalahinya.

8. Melampau mereka terhadap memuja Fatimah al-Zahra’

Dalam kitab-kitab syiah ada menyebutkan bahawa Fatimah al-Zahra’ juga menerima wahyu daripada Allah Taala seusai ayahnya (Rasulullah s.a.w.) menerima wahyu. Al-Khomeini menambah dalam kenyataannya bahawa Fatimah al-Zahra’ diangkat kedudukannya sehingga sebaris bersama Nabi-nabi a.s.

Kenyataannya ketika menghuraikan Usul al-Kafi: “Setelah wafat Rasulullah 75 hari, telah datang Jibril menemui Fatimah dengan mengucapkan takziah dan memberitahu perkara-perkara yang akan berlaku nanti (sebagaimana wahyu yang diterima oleh Rasulullah)”.Al-Khomeini mendakwa bahawa keberjayaannya dalam Revolusi Iran adalah sebahagian daripada apa yang diberitakan Jibril kepada Fatimah.

Dia berkata lagi: “Turunnya Jibril kepada kepada seseorang bukanlah perkara yang remeh-temeh melainkan terhadap mereka yang benar-benar agung, ini boleh dinisbahkan tingkatan yang pertama (paling agung) sebagaimana turunnya Jibril kepada Isa, Musa, Ibrahim dan seumpama mereka para Nabi dan Rasul”.[15]

……………………….

[1] Ayatullah Khomeini lahir di Khomein pada 24 oktober 1902. Khomein, merupakan dusun yang terletak di Iran Tengah. Keluarga Khomeini adalah keluarga Sayyid Musawi, keturunan Nabi melalui jalur Imam ketujuh syi’ah, Imam Musa Al-Kazhim.

[2] Kitab Hayatil Qulub oleh Imam Muhammad al-Baqir al-Majlisi: juzu’ 3 m/s 10

[3] Kitab Usul al-Kafi oleh Imam Muhammad bin Yaakub al-Kulaini: m/s 287

[4] Kitab al-Hukumah Islamiyyah oleh Ayatullah Khomeini: m/s 52

[5] Usul al-Kafi: m/s 239

[6] Kitab Mir’aatul Qulub oleh Muhammad al-Baqir al-Majlisi: m/s 253

[7] Mutawatir ialah Hadith Nabi yang diriwayatkan oleh ramai sahabat yang tidak mungkin bersepakat para sahabat untuk menipu dan memalsukannya.

[8] Kitab Aslu al-Syiah wa Usuliha oleh Syeikh Muhammad Husain Ali Kasyif al-Ghita’:

m/s 79

Beliau juga daripada syiah Isna ‘Asyar namun beliau banyak menyingkapkan pelbagai kerosakan dan penyelewengan yang dilakukan oleh syiah Isna ‘Asyar.

[9] Kitab Kasyful Asrar karangan Ayatullah al-Khomeini: m/s 112

[10] Kasyful Asrar: m/s 107-108

[11] Kitab al-Syiah baina al-I’tidal wal Ghuluw oleh Dr. Anuar Hamid Isa: m/s 90

[12] Nikah mut’ah adalah nikah untuk melepaskan keinginan nafsu dan bersedap-sedap. Hukum ini telah dinasakh dan Ijma’ mengharamkan pada zaman sekarang. Jika dilakukan juga ianya menjadi zina.

[13] Al-Syiah baina al-I’tidal wal Ghuluw: m/s 163

[14] Kitab al-Ta’adil wa al-Tarjih oleh Ayatullah al-Khomeini: m/s 82

[15] Pada hari Ahad bersamaan 2/3/1986 ketika sambutan kelahiran Sayyidah Fatimah al-Zahra

Syiah al-Khomeiniah (Bahagian 2)

BAB KEDUA: Pendirian-pendirian Pelik Syiah yang diasaskan oleh al-Khomeini

Pelbagai cerita dan kisah menunjukkan syiah bersekongkol dengan pengkhianat agama sehingga sanggup bergabung tenaga dengan golongan kafir semata-mata untuk menjayakan misinya, lebih-lebih lagi dalam mencetuskan pertembungan yang hebat dengan kelompok Ahli Sunnah wal Jamah.

Antara mereka yang tidak akan dilupakan dalam memori umat Islam adalah Nasiruddin al-Tusi yang pernah menolong Hulagu Khan demi menggulingkan khalifah Abbasiah semata-mata kerana bermusuhan dengan kelompok Ahli Sunnah wal Jamah.[1]

Begitu juga Muhammad Ibn ‘Alqami yang telah mengkhianati khalifah Abbasiah ketika itu demi menolong Tatar menjatuhkan pemerintahan Abbasiah[2]. Kedua-dua mereka adalah merupakan menteri kepada al-Mu’tasim Billah.

Setelah Monggol berkuasa menjatuhkan kerajaan Abbasiah, mereka berdua dilantik sebagai Gabenor sebagai penghormatan dan imbalan ketika zaman pemerintahan Monggol.

Namun al-Khomeini dalam kitabnya ada menyebutkan dengan mengagung-agungkan pengkhianat kepada umat Islam: “Sekian orang akan merasa kerugian atas kehilangan al-Khawwajah Nasiruddin al-Tusi dan selainnya, dari mereka yang telah menyumbangkan khidmat yang agung buat Islam”.[3]

Sultan Abdul Hamid[4] dalam peringatannya: “Sesungguhnya permusuhan antara kerajaan Safavid (syiah) dan Uthmaniah (sunni) bukanlah untuk kepentingan umat Islam tetapi merupakan keperluan kepada kufur dan kaumnya.”

Kita sebenarnya tidak menginginkan persengketaan antara syiah dan sunni, akan tetapi al-Khomeini telah mencetuskan kembali konflik tersebut bahkan menjadikannya sebagai satu kewajipan kepadanya sehingga mengundang kerugian kepada umat Islam seluruhnya.

Begitulah kanvas sejarah telah memprtontonkan kepada kita pengkhianatan syiah Safavid yang bekerjasama dengan Belanda menentang kerajaan Islam Uthmaniah. Bahkan sebelum itu mereka telah berperanan menjatuhkan kerajaan Abbasiah lalu berterusan ke zaman Salahuddin al-Ayyubi bersama kerajaan Syiah Fatimiah.

Seterusnya membawa kepada jangka masa yang panjang dan diteruskan lagi oleh al-Khomeini sekarang.

Pendirian pelik dan konflik yang telah dilakukan oleh al-Khomeini/Khomeinisma:

1. Semangat ingin menguasai dunia Islam dan berusaha ingin menyebarkan fahamannya.

Apa yang berlaku di Turki, Lubnan dan Syiria, begitu juga proses Revolusi Iran, peperangan di Iraq, merupakan langkah awal bagi al-Khomeini untuk mengusai dunia Islam dan menyebarkan fahamannya. Mereka mula membenihkan pelbagai propaganda dan memaksa sunni untuk bersama memeluk syiah.

Mereka telah mewujudkan Gerakan Amal Syiah[5] dan Gerakan Hizbullah[6]merupaka gerakan bersenjata syiah yang kononnya diasaskan di Lebanon untuk membantu rakyat Palestin yang ditawan dengan mendapatkan bantuan daripada Syria. Namun tujuan sulit sebenar mereka adalah untuk mengadakan proses penjernihan daripada rakyat sunni secara sulit di Beirut melalui cara ketenteraan[7].

Mereka juga mendapatkan bantuan daripada kerajaan syiah Syria untuk penyingkiran kelompok sunni di Tripoli (Lebanon Utara). Dalam masa yang sama, bantuan ketenteraan melalui Gerakan Amal Syiah dan Hizbullah disalurkan kepada Israel untuk membasmi sunni di bumi Palestin.

Dendam mereka kepada sunni yang membuak menggalakkan kerajaan syiah Syria juga berusaha sedaya upaya membantu penyingkiran Kerajaan Turki dengan menolong parti-parti berhaluan kiri dan Armenia. Mereka masuk meresap ke dalam pelbagai pertubuhan dan kumpulan-kumpulan yang melampau sebagai propaganda menimbulkan provokasi kepada kerajaan Uthmaniah.

Syiah juga melalui perancangannya untuk menghapuskan kelompok sunni di Sind, salah satu wilayah di Pakistan, dengan menyertai parti-parti di sana dan mewujudkan gelombang penentangan terhadap sunni agar mereka dapat kekal dan berpengaruh di Pakistan.

Catatan paling hitam penah berlaku apabila tercetusnya peperangan syiah Iran dan sunni Iraq sehingga Iran mengugut dan mengancam bagi mendapatkan teluk-teluk yang bersempadanan.[8] Ia nyata meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada umat Islam daripada perang saudara yang berlaku itu.

Itulah revolusi yang telah dilakukan oleh puak syiah demi meluaskan pemerintahan mereka dan menguasai seluruh semenanjung Tanah Arab dan Dunia Islam.

2. Strategi pakatan yang jahat (Tahaluf)

Demi melunaskan hasrat, al-Khomeini telah merancang beberapa strategi dengan bekomplot demi mencapai keinginannya untuk memerintah negara-negara Islam yang lain. Di sana dalam sejarah telah tercatat bahawa al-Khomeini melalui kerajaan Republik Iran melakukan banyak pakatan.

Pasti kita akan dapati mereka pernah mewujudkan kerjasama dan pakatan yang aneh secara sulit antara Iran dan beberapa negara serta pemerintahan besar dunia. Antaranya dengan syiah Nusairiah Syiria, Israel, Soviet Union dan Barat (Amerika).[9]

Apa yang kita dapati, terdapatnya delegasi daripada Soviet Union yang datang ke Iran, begitu juga delegasi Iran sentiasa mengunjungi Soviet Union.

Semua ini adalah bukti daripada keinginan dan hasrat al-Khomeini demi mendapatkan seluruh dunia Islam dalam menyebarkan fahamannya dan mengusai dunia umat Islam dengan pelbagai cara dan bermacam-macam pakatan rahsia. Ia benar-benar bertentangan dengan slogan dan dakwaannya ketika mula-mula mencetuskan era Revolusi Iran dahulu.

3. Kemajuan umat Islam dan kekayaan mereka dirampas

Kekayaan umat Islam terbuang semata-mata untuk menghadapi gejala ini. Al-Khomeini mempergunakan hasil bumi negara dan menguasai ekonomi rakyat untuk melunaskan kehendaknya yang ingin berkuasa.

Dia sanggup mencagarkan pelbagai janji demi meminta pertolongan daripada kerajaan-kerajaan besar dunia ketika itu (Russia) dalam tempoh dan jangka masa yang panjang sehinggalah berkahirnya peperangan.[10]

Peperangan tersebut tidak ada keuntungan langsung kepada kebangkitan Islam melainkan memberi pengaruh dan keluasan kepada kuasa-kuasa besar ketika itu untuk menebus balik apa yang dipinjamkannya dengan beberapa siri perkomplotan dan kerjasama.

Bahkan kebangkitan umat Islam juga mengalami kerugian akibat penglibatan syiah dalam gelanggang kebangkitan umat Islam pasca moden.

4. Melembabkan kebangkitan Islam

Sebelum kedatangan al-Khomeini, dunia Islam ketika itu sedang membina tenaga dan posisi masing-masing di setiap penjuru dunia umat Islam demi kebangkitan Islam.

Namun, apabila muncul al-Khomeini, dia telah membawa satu gambaran buruk kepada sebuah bentuk pelaksanaan sistem Republik Iran teokratis. Ini telah melembabkan kebangkitan umat Islam apabila dalam dustur (perlembagaan) yang dipindanya banyak membawa kepada ketidakseimbangan politik umat Islam ketika itu.

Penglibatan syiah di persada gelanggang kebangkitan umat Islam pasca moden ini tidak menunjukkan sesuatu perubahan positif melainkan umat Islam dimusibahkan dengan pelbagai kerugian. Pihak yang untung hanyalah syiah semata-mata.

Ketika mana ada tangan-tangan mujaddid dan reformasi yang ingin mengembalikan kedaulatan Islam, lalu disekat dan dibantutkan perancangan tersebut dengan pelbagai cara dan helah.

Antara strategi dan perancangannya sejak awal lagi adalah dengan meletakkan mazhab syiah sebagai tunjang dan akta dalam perlembagaan negaranya. Minoriti daripada pihak sunni di sana dinafikan hak-hak mereka.

Sebagaimana yang diketahui, tidak ada walaupun satu daripada mesjid kepada penduduk sunni. Begitulah sepanjang tempoh pemerintahannya, dia menyempitkan pengamalan bagi puak-puak yang tidak sealiran dengan mazhab mereka dengan pelbagai kekangan tanpa diberikan peluang.

Dalam pentadbirannya, kesemua kanak-kanak telah dikerah dan dipaksa untuk direkrut sebagai tentera sebelum mencapai usia dewasa. Kehidupan remaja mereka dikekang dengan pelbagai latihan ketenteraan.

Al-Khomeini sentiasa menghadang telinga dan menutupnya daripada mendengar rintihan suara-suara yang menginginkan hak mereka yang diabaikan daripada didengari. Apa yang kita dapati sekarang bahawasanya dunia sedang mencemuhnya dengan pelbagai cacian dan penghinaan akibat daripada kekerasaan sistem perundangan yang dipeloporinya.

5.  Pura-pura (taqiyyah) dan Persenjataan.

Kebanyakan daripada puak syiah, mereka telah memanipulasi konsep taqiyyah (berpura-pura) melebihi daripada apa yang diharuskan dalam syariat Islam. Apa yang kita dapati selepas Revolusi Iran, al-Khomeini mengharuskan penipuan dan kepua-puraan dalam apa jua keadaan sehingga menjangkau kepada penglibatan senjata api.

Apa yang berlaku, pemerintahan puak al-Nasiriah di Syria, Gerakan Amal Syiah, Gerakan Hizbullah, kerajaan Iran menggunakan konsep taqiyyah tersebut untuk mengadakan kerjasama dan kesepakatan bersama Israeil secara rahsia untuk mendapatkan bekalan persenjataan. Itulah yang berlaku sekarang.

Mereka sentiasa bertaqyyiah dalam slogan memerangi golongan-golongan anti Islam dan isme-isme berhaluan kiri namun apa yang berlaku adalah sebagai mengaburi mata umat Islam semata-mata. Sedangkan mereka bersembunyi dengan penipuan tersebut untuk menjaga modus operandi utama mereka dalam menawan seluruh dunia Islam.

Kita boleh lihat apa yang telah dan sedang berlaku di Syria, Turki, Pakistan, Afghanistan dan lain-lain negara umat Islam. Mereka meresap masuk secara sulit dalam parti-parti dan kumpulan-kumpulan NGO di sana. Mereka menjalankan beberapa perancangan dan strategi secara halus bagi menguasai kelompok-kelompok tersebut untuk mencapai kehendak mereka.

Nasihat Saied Hawwa kepada pemuda-pemudi Islam

“Seharusnya umat Islam menyedari penipuan-penipuan yang telah dilakukan. Apa yang dirancang oleh al-Khomeini merupakan pengkhianatan besar-besaran ke atas umat Islam. Kegilaan ingin menguasai dalam dirinya merupakan jenayah besar kepada Islam. Berhati-hatilah umat Islam daripada disengat dalam satu lubang sebanyak dua kali.

Begitulah sebagaimana dinyatakan, beberapa pegangan dan pendirian pelik syiah yang dipelopori oleh al-Khomeini yang kelak mengancam kebangkitan semula umat Islam. Kerinduan umat Islam kepada Khilafah Islamiah akan terkubur seandainya ada di kalangan ahli Sunnah wal Jamah yang menyokong baik tindakan-tindakan pelik al-Khomeini tersebut dan menyangka bahawa Iran itu adalah sebuah daulah Islam yang sebenar.

Jangan terpedaya dengan helah al-Khomeini. Apa yang didakwanya bahawa Iran adalah sebuah “Komuniti yang Hak, Komuniti yang Merdeka, Komuniti yang Kuat”, sedangkan slogan sebuah Gerakan Islam sebenar adalah berdasarkan aqidah yang sahih (Ahli Sunnah wal Jamah).

Wahai para pemuda, idamlah kamu semua akan sebuah daulah Islam yang Hak, jangan ditipu oleh al-Khomeini yang mengispirasikan daulah Islam yang batil yang hanya akan membawa umat Islam terkebelakang.

Cukuplah sekadar al-Khomeini yang melakukan kebiadaban dengan jalinan persepakatan dan saling tolong menolong bersama Israel. Dia selama-lamanya tidak akan keluar daripada Iran melainkan setelah melakukan pelbagai kekacauan, kerosakan dan wala’ (tunduk) kepada musuh-musuh Allah.”

Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: “Bahawasanya Dajjal akan keluar daripada Khurasan, bersamanya 70 ribu daripada kota Yahudi Isfahan (Khurasan)”.[11]

Bersambung pada Bab Penutup… (nasihat Saied Hawwa supaya berpegang dengan aqidah ahli Sunnah al Jamaah)

[1] Peperangan tersebut berlaku selama 40 hari sehinggalah pada tanggal 10 Februari 1259. Setelah itu, Baghdad dikuasai sepenuhnya secara rasmi oleh Mongol.

[2] Imam ibn Kathir menyatakan bahawa 800,000 atau 1,000,000 umat Islam terbunuh.

[3] Kitab al-Hukumah al-Islamiah oleh Ayatullah al-Khomeini: m/s 128

[4] Sultan Abdul Hamid adalah sultan ke-34 bagi kerajaan Khilafah Uthmaniah. Beliau merupakan sultan terakhir yang memerintah dengan kuasa mutlak dalam khilafah Uthmaniah sebelum jatuhnya pada tahun 1924 M.

[5] Gerakan Amal Syiah diasaskan di Lebanon oleh Musa al-Sadr pada tahun 1975 M disebabkan konflik bersenjata. Beliau berpegang dengan mazhab Syiah Ja’fariah.

[6] Gerakan Hizbullah adalah sebuah parti politik di Lebanon yang beroreantasikan persenjataan. Ia diasaskan pada tahun 1982 oleh Hassan Nasrallah melalui inspirasi Revolusi Iran 1979 M.

[7] Peristiwa ini berlaku di Lebanon pada 1982. Pengusiran besar-besaran sunni di sana melalui persepakatan antara syiah Isna ‘Asyar, Syiah Nasiriah, Druze, dan Israel dengan memerangi Organisasi Pembebasan Palestin.

[8] Peperangan ini dikenali dengan Perang Teluk Pertama. Ia berlaku pada tahun 1980-1988

[9] Akhbar al-Ra’y al-Am bertarikh 24 April 1988 melaporkan penjualan senjata Israel kepada Iran di sepanjang tahun 1980-1987 dan melaporkan daripada Perdana Menteri Israel, Syamir sendiri tentang bantuannya kepada Iran. Katanya: “Menjadi kewajipan kepada Israel menjaga hubungannya dengan kepimpinan ketenteraan Iran. Sesungguhnya peperangan yang berterusan melemahkan Iraq, musuh tradisi Israel. Peperangan itu menyebabkan lebih banyak lagi pembahagian negara-negara Arab”.

[10] Perang Teluk Pertama (Iran-Iraq) pada tahun 1980-1988.

[11] Hadis sahih riwayat Imam Tarmizi. Ulama’ bersepakat bahawa Isfahan itu adalah Khurasan yang merupakan kota ketiga terbesar di Iran.

Syiah al-Khomeiniah (Bahagian 3)

Nasihat al-Mursyied Saied Hawwa terhadap pengaruh Khomeinisma

Ibn Umar pernah menyebut tentang keadaan sahabat-sahabat Nabi s.a.w: “Sesungguhnya kami telah hidup dalam satu jangka masa yang kami telah membawa keimanan dalam diri sebelum Al-Quran (sebelum al-Quran memperincikan secara menyeluruh tentang manhaj/sistem kehidupan)”.

“Perkara mula-mula disebut dalam surah al-Fatihah adalah berkenaan aqidah, kemudian berkenaan ibadah dan yang ketiga tentang manhaj (sistem) hidup. Apa yang kita cuba ketengahkan di sini adalah tentang kelompok aqidah yang sahih dan benar di sisi Allah itu adalah acuan utama Islam kepada umatnya; berpegang dengannya, tindakannya, pendiriannya dan barulah kepada seluruh sistem hidupnya.

Dalam satu hadith daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. telah brsabda: “Akan berpecah umatku kepada 73 kelompok, semuanya akan ke neraka melainkan satu kelompok, lalu para sahabat bertanya: Siapakah mereka Ya Rasulullah ? Nabi menjawab: Apa yang aku dan para sahabatku berada di atasnya (islam yang tulen)” -  Riwayat Sunan Tarmizi

Akan tetapi al-Khomeini berbeza dengan kita. Aqidahnya bukan aqidah kita, ibadahnya bukan ibadah kita, sistem hidupnya bukan sistem hidup kita. Ini adalah kerana pendirian asal mereka adalah untuk menyalahi dan berselisih dengan kita (ASWJ).

Kepada golongan intelektual diharap agar membuka mata kalian semua supaya dapat melihat keburukan rancangan al-Khomeini. Dipohon secara bersungguh-sungguh agar para ilmuan boleh menggunakan mata pena dan lidah mereka untuk mencegah pengaruhnya.

Ini kerana “wabak taun” yang dibawa oleh al-Khomeini telah mula meresap masuk ke dalam negara-negara Islam yang lain (Malaysia juga tidak terlepas).

Umat Islam mestilah bersama membuka kembali tanah Iran dengan aqidah yang tulen, bukan sebagaimana tindakan syiah yang mereka-reka acuan aqidah sendiri. Kita juga wajib untuk menghentikan penindasan dan pelbagai ugutan yang dilakukan mereka ke atas umat ini.

Setiap “slogan transformasi” oleh al-Khomeini dan sekutunya merupaka pegkhianatan terhadap Allah, Rasul-Nya dan sekalian orang mukmin. Adakah kita semua masih buta untuk melihat dengan kedua mata kita dan masih pekak untuk mendengar terhadap apa yang telah berlaku di sebalik sorotan sejarah yang lepas dan peristiwa yang berlaku sekarang?

Sesungguhnya mereka itu sesat lagi menyesatkan kaum muslimin. Mereka tidak sesekali akan dimaafkan terhadap konflik dan persengketaan yang telah diadaptasikan oleh mereka sendiri.

Daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w. melalui hadith qudsi pernah bersabda: “Allah berfirman : Sesiapa yang memusuhi wali-waliKu (sahabat-sahabat Nabi s.a.w. dan penolong-penolong agama Allah), maka Aku isytiharkan perang terhadapnya”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah Taala: “Janganlah kamu cenderung kepada orang yang zalim yang akan menyebabkan kamu disentuh oleh api neraka, sedangkan kamu tidak mempunyai seorang penolong pun melainkan Allah, sehinggalah kamu tidak akan diberikan pertolongan”.(Surah Hud : 113)

Telah jelas bahawa al-Khomeini dan pengikutnya telah memerangi dan berlaku zalim kepada para sahabat-sahabat Nabi s.a.w. dan sekalian sunni. Mereka dengan sewenang-wenangnya mencemuh dan mencerca bahkan sehingga mengkafirkan sahabat-sahabat agung dalam kacamata Islam. Mereka telah menghalalkan darah umat Islam lain dan harta mereka adalah halal untuk dirampas.

Adakah tidak kita lihat bahawa di Iran, 1/3 daripadanya adalah kelompok sunni namun tidak diberikan pengiktirafan kepada mereka untuk mendapatkan hak. Mesjid tidak dibina, bantuan ekonomi tidak disalur, pemimpin tidak dilantik melainkan hanya beberapa orang sahaja yang mewakili suara rakyat sunni di Iran dalam dewan parlimen, namun dikunci mulut dan dirantai tengkuk mereka.

Adakah kita juga tidak melihat apa yang telah dilakukan kepada sunni di Lebanon, sama ada sunni Lebanon ataupun rakyat Palestin yang berteduh bagi mendapatkan perlindungan di sana.

Adakah kita tidak merenung kejadian yang berlaku di Syria dahulu, al-Khomeini juga telah memberikan bantuan kepada kerajaan Syria yang dipimpin Hafiz al-Assad (yang diteruskan sekarang oleh anaknya Basya al-Assad) yang membunuh umat Islam kerana kepentingan politik dan pegangan syiahnya.

Adakah itu semua memadai untuk menyedarkan kita? Ataupun kita akan memaafkan mereka atas tipu-daya dan helah jahat yang telah dilakukan mereka?

Mereka itu adalah musuh kepada Islam, musuh kepada umat Islam, musuh kepada rakyat mereka, serta musuh kepada tanahair mereka.

“Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kelepasan daripada-Mu terhad al-Khomeini dan pengiku-pengikutnya, aku mohon kelepasan daripada penguasaannya, sekutu-sekutunya dan daripada menjadi sekutunya.. Ya Allah, erkenankanlah doa kami.”


Diterjemahkan oleh: Muhammad Zuhairi bin zainal Abidin

Felo MANHAL PMRAM