Elias Hj Idris
Fatwa ulama yang lebih muktabar dari Al 'Alamah Yusuf Qardhawi:



Imam Malik

Al-Khalal meriwayatkan dari Abu Bakar Al Marwazi, katanya: Saya mendengar Abu Abdulloh berkata bahawa Imam Malik berkata: “Orang yang mencela sahabat-sahabat Nabi, maka ia tidak termasuk dalam golongan Islam”.( Al Khalal / As Sunnah, 2-557 )

Begitu pula Ibnu Katsir berkata, dalam kaitannya dengan firman Allah swt dalam surat Al-Fath ayat 29, yang ertinya, "Muhammad itu adalah Rasul (utusan Allah). Orang-orang yang bersama dengan dia (mukminin) sangat keras terhadap orang-orang kafir, berkasih sayang sesama mereka, engkau lihat mereka itu rukuk, sujud serta mengharapkan kurnia daripada Allah dan keredhaanNya. Tanda mereka itu adalah di muka mereka, kerana bekas sujud. Itulah contoh (sifat) mereka dalam Taurat. Dan contoh mereka dalam Injil, ialah seperti tanaman yang mengeluarkan anaknya (yang kecil lemah), lalu bertambah kuat dan bertambah besar, lalu tegak lurus dengan batangnya, sehingga ia menakjubkan orang-orang yang menanamnya. (Begitu pula orang-orang Islam, pada mula-mulanya sedikit serta lemah, kemudian bertambah banyak dan kuat), supaya Allah memarahkan orang-orang kafir sebab mereka. Allah telah menjanjikan ampunan dan pahala yang besar untuk orang-orang yang beriman dan beramal salih diantara mereka”.

Beliau berkata: Daripada ayat ini, dalam satu riwayat dari Imam Malik, beliau mengambil kesimpulan bahawa golongan Rofidhoh (Syiah), iaitu orang-orang yang membenci para sahabat Nabi saw adalah kafir. Beliau berkata: “Kerana mereka ini membenci para sahabat, maka dialah kafir berdasarkan ayat ini. Pendapat tersebut disepakati oleh sejumlah ulama (tafsir Ibnu Katsir, 4-219).

Imam Al-Qurthubi berkata: “Sesungguhnya ucapan Imam Malik itu benar dan penafsirannya juga benar. Sesiapapun yang menghina seorang sahabat atau mencela periwayatannyamaka dia telah menentang Allah swt, Tuhan seru sekelian alam dan membatalkan syariat kaum muslimin". (tafsir Al Qurthubi, 16-297).

 Imam Ahmad

Al-Khalal meriwayatkan dari Abu Bakar Al-Marwazi, dia berkata: “Saya bertanya kepada Abu Abdullah tentang orang yang mencela Abu Bakar, Umar dan Aisyah? Jawabnya, saya berpendapat bahwa dia bukan orang Islam”.( Al-Khalal / As Sunnah, 2-557).

Beliau Al-Khalal juga berkata: Abdul Malik bin Abdul Hamid menceritakan kepadaku, katanya: “Saya mendengar Abu Abdullah berkata: “Barangsiapa mencela sahabat Nabi, maka kami khuatir dia terkeluar daripada Islam tanpa disedari” (Al-Khalal / As Sunnah, 2-558). Al-Khalal juga berkata: Abdullah bin Ahmad bin Hanbal bercerita pada kami, katanya: “Saya bertanya kepada ayahku perihal seorang yang mencela salah seorang dari sahabat Nabi SAW. Maka beliau menjawab : “Saya berpendapat ia bukan orang Islam” (Al-Khalal / As Sunnah, 2-558)

Dalam kitab 'As-sunnah' karya Imam Ahmad halaman 82, disebutkan mengenai pendapat beliau tentang golongan Rofidhoh (Syiah): “Mereka itu adalah golongan yang menjauhkan diri dari sahabat Muhammad saw dan mencelanya, menghinanya serta mengkafirkannya kecuali hanya empat orang saja yang tidak mereka kafirkan, iaitu Ali, Ammar, Migdad dan Salman. Golongan Rofidhoh (Syiah) ini sama sekali bukan Islam.

 Al-Bukhori

Iman Bukhori berkata: “Bagi saya sama saja, apakah aku solat di belakang imam yang beraliran Jahme  atau Rofidhoh (Syiah) atau aku solat di belakang Imam Yahudi atau Nasrani. Dan seorang muslim tidak boleh memberi salam pada mereka, dan tidak boleh mengunjungi mereka ketika sakit juga tidak boleh kahwin dengan mereka dan tidak menjadikan mereka sebagai saksi, begitu pula tidak makan haiwan yang disembelih oleh mereka (Imam Bukhori / Kholgul Afail, halaman 125).

Al-Farabi

Al-Khalal meriwayatkan; “Telah menceritakan kepadaku Harb bin Ismail Al-Karmani, katanya: “Musa bin Harun bin Zayyad menceritakan kepada kami: “Saya mendengar Al Faryaabi dan seseorang bertanya kepadanya tentang orang yang mencela Abu Bakar. Jawabnya: “Dia kafir”. Lalu dia berkata: “Apakah orang semacam itu boleh disolatkan jenazahnya?”. Jawabnya: “Tidak”. Dan aku bertanya pula kepadanya: “Mengenai apa yang dilakukan terhadapnya, pada hal orang itu juga telah mengucapkan Laa Ilaaha Illalloh?”. Jawabnya : “Janganlah kamu sentuh jenazahnya dengan tangan kamu, tetapi kamu angkat dengan kayu sampai kamu turunkan ke liang lahadnya”.(Al-Khalal / As Sunnah, 6-566).

 Ahmad Bin Yunus

Beliau berkata: “Sekiranya seorang Yahudi menyembelih seekor binatang dan seorang Rofidhoh (Syiah) juga menyembelih seekor binatang, nescaya aku hanya makan sembelihan si Yahudi dan aku tidak mahu makan sembelihan si Rofidhoh (Syiah) sebab dia telah murtad daripada Islam” (Ash Shariim Al Maslul, halaman 570).

Abu Zur'ah Ar-Rozi

Beliau berkata: “Apabila anda melihat seseorang merendahkan (mencela) salah seorang sahabat Rasulullah saw maka ketahuilah bahwa dia adalah 'zindig' kerana ucapannya itu menjadi akibat membatalkan Al-Qur'an dan As Sunnah” (Al Kifayah, halaman 49).

Abdul Qodir Al-Baghdadi

Beliau berkata: “Golongan Jarudiyah, Hisyamiyah, Jahmiyah dan Imamiyah adalah golongan pengikut hawa nafsu yang telah mengkafirkan sahabat-sahabat terbaik Nabi saw, maka menurut kami mereka adalah kafir. Mereka tidak boleh disolatkan dan tidak sah berma’mum solat di belakang mereka” (Al Fargu Bainal Firaq, halaman 357).

Beliau selanjutnya berkata: “Mengkafirkan mereka adalah suatu hal yang wajib, sebab mereka menyatakan Allah bersifat Al-Bada’.

Ibnu Hazm 

Beliau berkata: “Salah satu pendapat golongan Syiah Imamiyah, baik yang dahulu mahupun sekarang ialah, bahwa Al-Qur'an sesungguhnya sudah diubah”. Kemudian beliau berkata: ”Orang yang berpendapat bahawa Al-Qur'an yang ada ini telah diubah adalah benar-benar kafir dan mendustakan Rasulullah saw” (Al Fashl, 5-40).

Abu Hamid Al-Ghozali 

Imam Ghozali berkata: “Seseorang yang dengan terus terang mengkafirkan Abu Bakar dan Umar Rodhialloh Anhuma, maka bererti dia telah menentang dan membinasakan ijma' kaum muslimin. Padahal tentang diri mereka (para sahabat) ini terdapat ayat-ayat yang menjanjikan syurga kepada mereka dan pujian bagi mereka serta pengukuhan atas kebenaran kehidupan agama mereka, dan keteguhan aqidah mereka serta kelebihan mereka daripada manusia-manusia lain”. Kemudian kata beliau: “Bila mana riwayat yang begini banyak telah sampai kepadanya, namun dia tetap berkeyakinan bahawa para sahabat itu kafir maka orang semacam ini adalah kafir disebabkan dia telah mendustakan Rasulullah saw. Sedangkan orang yang mendustakan satu kata sahaja daripada ucapan Baginda saw, maka menurut ijma’ kaum muslimin orang tersebut adalah kafir” (Fadhoihul Batiniyyah, halaman 149).

Al-Qodhiyadh

Beliau berkata: “Kita telah menetapkan kekafiran orang-orang Syiah yang telah berlebih-lebihan dalam keyakinan mereka, bahawa para imam mereka sebagai lebih mulia daripada para Nabi”. Beliau juga berkata: “Kami juga mengkafirkan siapa sahaja yang mengingkari Al-Qur'an walaupun hanya satu huruf atau menyatakan ada ayat-ayat yang diubah atau ditambah di dalamnya sebagaimana golongan Batiniyah (Syiah) dan Syiah Ismailiyah” (Ar-Risalah, halaman 325).

Al-Fakhrur-Rozi

Ar-Rozi menyebutkan, bahawa sahabat-sahabatnya dari golongan Asyairoh mengkafirkan golongan Rofidhoh (Syiah) kerana tiga alasan: Pertama disebabkan mereka telah mengkafirkan para pemuka kaum muslimin (para sahabat Nabi saw). Setiap orang yang mengkafirkan seorang muslimin maka dia yang kafir. Dasarnya adalah sabda Nabi saw yang ertinya; “Barangsiapa berkata kepada saudaranya, hai kafir, maka sesungguhnya salah seorang dari keduanya lebih patut sebagai orang kafir”. Dengan demikian mereka (golongan Syiah) secara automatik menjadi kafir. Kedua: “Mereka telah mengkafirkan satu umat (kaum) yang telah ditegaskan oleh Rasulullah saw sebagai orang-orang terpuji dan memperoleh kehormatan (para sahabat Nabi)”. Ketiga: Umat Islam telah ijma’ menghukum kafir sesiapa sahaja yang mengkafirkan tokoh daripada kalangan sahabat (Nihaayatul Uguul, Al Warogoh, halaman 212).

Ibnu Taimiyyah

Beliau berkata: “Barangsiapa beranggapan bahawa Al-Qur'an telah dikurangi ayat-ayatnya atau ada yang disembunyikan, atau beranggapan bahawa Al-Qur'an mempunyai penafsiran-penafsiran batin, maka gugurlah amal-amal kebaikannya. Dan tidak ada perselisihan pendapat tentang kekafiran orang semacam ini”. Barangsiapa beranggapan para sahabat Nabi saw itu murtad setelah wafatnya Rasulullah kecuali tidak lebih dari sepuluh orang, atau majoriti daripada mereka sebagai orang fasik, maka tidak diragukan lagi, bahawa orang semacam ini adalah kafir. Dia telah mendustakan penegasan Al-Qur'an yang terdapat di dalam berbagai ayat mengenai keredhoan dan pujian Allah saw kepada mereka. Bahkan kekafiran orang semacam ini adakah orang yang meragukannya? Sebab kekafiran orang semacam ini sudah jelas.(Ash Sharim AL Maslul, halaman 586-587).

Syah Abdul Aziz Dahlawi

Sesudah mempelajari sampai tuntas mazhab Itsna Asyariyah dari sumber-sumber mereka yang boleh dipercayai beliau berkata: “Seseorang yang menyemak aqidah mereka yang busuk dan apa yang terkandung di dalamnya, nescaya dia tahu bahawa mereka ini sama sekali tidak berhak sebagai orang Islam dan tampak jelaslah baginya kekafiran mereka” (Mukhtashor At Tuhfah Al Itsna Asyariyah, halaman 300).

Muhammad Bin Ali Syaukani

Perbuatan yang mereka (Syiah) lakukan mencakup empat dosa besar, masing-masing dari dosa besar ini merupakan kekafiran yang terang-terangan.Pertama : Menentang Allah.Kedua : Menentang Rasulullah.Ketiga : Menentang Syariat Islam yang suci dan upaya mereka untuk melenyapkannya.Keempat : Mengkafirkan para sahabat yang diridhoi oleh Allah, yang didalam Al-Qur'an telah dijelaskan sifat-sifatnya, bahwa mereka orang yang paling keras kepada golongan Kuffar, Allah SWT menjadikan golongan Kuffar sangat benci kepada mereka. Allah meridhoi mereka dan disamping telah menjadi ketetapan hukum didalam syariat Islam yang suci, bahwa barangsiapa mengkafirkan seorang muslim, maka dia telah kafir, sebagaimana tersebut di dalam Bukhori, Muslim dan lain-lainnya.(Asy Syaukani, Natsrul Jauhar Ala Hadiitsi Abi Dzar, Al Warogoh, hal 15-16)


Para ulama sebelah timur Sungai Jaihun

Al-Alusi (seorang penulis tafsir) berkata: “Sebahagian besar ulama di sebelah timur sungai ini menyatakan kekafiran golongan Itsna Asyariyah dan menetapkan halalnya darah mereka, harta mereka dan menjadikan wanita mereka menjadi budak sebab mereka ini mencela sahabat Nabi saw, terutama Abu Bakar dan Umar yang menjadi telinga dan mata Rasulullah saw, mengengkari kekhilafahan Abu Bakar, menuduh Aisyah Ummul Mukminin berbuat zina padahal Allah swt sendiri menyatakan kesuciannya, melebihkan Ali r.a. daripada rasul-rasul Ulul 'Azmi. Sebahagian mereka melebihkannya dari Rasulullah saw dan mengengkari terpeliharanya Al-Qur'an daripada kekurangan dan tambahan” (Nahjus Salaamah, halaman 29-30).

Demikian fatwa-fatwa daripada para imam dan para ulama yang dengan tegas mengkafirkan golongan Syiah yang telah mencaci maki dan mengkafirkan para sahabat serta menuduh Ummul mukminin Aisyah berbuat serong. Mereka berkeyakinan bahawa Al-Qur'an yang ada sekarang ini tidak asli lagi (mukharrof). Mereka meletakkan imam-imam mereka lebih tinggi (afdhol) daripada para Rasul. Semoga fatwa-fatwa tersebut dapat membantu pembaca dalam mengambil sikap tegas terhadap golongan Syiah.

“Yaa Allah tunjukkanlah pada kami bahawa yang benar itu benar dan jadikanlah kami sebagai pengikutnya, dan tunjukkanlah pada kami bahawa yang batil itu batil dan jadikanlah kami sebagai orang yang menjauhinya.”

Elias Hj Idris

17 alasan ulama' Islam mengkafirkan kaum Syi’ah.

Sebanyak tujuh belas doktrin Syi'ah yang selalu mereka sembunyikan daripada kaum muslimin sebagai sebahagian daripada amalan doktrin taqiyyah (menyembunyikan Syi'ahnya). Kesemua  doktrin tersebut terdapat dalam kitab suci Syiah:

1). Dunia dengan seluruh isi kandungannya adalah milik para imam Syiah. Mereka akan memberikan dunia ini kepada sesiapa yang dikehendaki dan mencabutnya daripada sesiapa yang dikehendaki (Ushulul Kaafi, hal.259, Al-Kulaini, cet. India).

Jelas Doktrin seperti ini bertentangan dengan firman Allah swt dalam surah Al-A'raf 7: 128, "Sesungguhnya bumi adalah milik Allah, Dia dikurniakan kepada siapa yang Dia kehendaki". Kepercayaan Syi'ah itu menunjukkan penyetaraan kuasa para imam Syi'ah dengan Allah swt dan doktrin ini merupakan aqidah syirik.

2). Ali bin Abi Talib yang didakwa sebagai imam Syi'ah yang pertama dinyatakan sebagai zat yang pertama dan terakhir, yang zahir dan yang batin sebagaimana termaktub dalam surah Al-Hadid, 57: 3 (Rijalul Kashi hal. 138).

Doktrin seperti ini jelas merupakan kekafiran Syi'ah yang berdusta atas nama Khalifah Ali bin Abi Talib. Dengan doktrin seperti ini Syi'ah menempatkan Ali sebagai Tuhan. Dan hal ini sudah pasti merupakan tipu daya Syiah terhadap kaum muslimin dan kesucian aqidahnya.

3). Para imam Syi'ah merupakan wajah Allah swt, mata Allah swt dan tangan-tangan Allah swt yang membawa rahmat bagi para hamba Allah swt (Ushulul Kaafi, hal. 83).

4). Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib oleh Syi'ah dikatakan menjadi wakil Allah swt dalam menentukan syurga dan neraka, memperoleh sesuatu yang tidak diperolehi oleh manusia sebelumnya, mengetahui yang baik dan yang buruk, mengetahui segala sesuatu secara terperinci yang pernah terjadi dahulu mahupun yang ghaib (Ushulul Kaafi, hal. 84).

5). Keinginan para imam Syiah adalah keinginan Allah swt juga (Ushulul Kaafi, hal. 278).

6). Para imam Syi'ah mengetahui bila datang ajalnya dan mereka sendiri yang menentukan saat kematiannya kerana apabila imam tidak mengetahui hal-hal seperti itu maka dia tidak berhak menjadi imam (Ushulul Kaafi, hal. 158).

7). Para imam Syi'ah mengetahui apa-apa yang tersembunyi dan dapat mengetahui dan menjawab apa saja apabila kita bertanya kerana mereka mengetahui hal yang ghaib sebagaimana yang Allah swt ketahui (Ushulul Kaafi, hal. 193).

8). Allah itu bersifat bada', iaitu baru mengetahui sesuatu apabila sudah terjadi. Akan tetapi para imam Syi'ah telah mengetahui lebih dahulu hal yang belum terjadi itu (Ushulul Kaafi, hal. 40).

Menurut Al-Kulaini (ulama besar ahli hadis Syi'ah), bahawa Allah swt tidak mengetahui bahawa Husein bin Ali akan mati dibunuh. Menurut mereka Tuhan pada mulanya tidak tahu kerana itu Tuhan membuat ketetapan baru sesuai dengan keadaan yang ada. Akan tetapi imam Syi'ah telah mengetahui apa yang akan terjadi. Oleh sebab itu menurut doktrin Syi'ah Allah swt bersifat bada' (Ushulul Kaafi, hal. 232).

9). Para imam Syi'ah merupakan gudang ilmu Allah swt dan juga penterjemah ilmu Allah swt. Para imam Syiah pula bersifat ma'sum (bersih dari kesalahan dan tidak pernah lupa apa lagi berbuat dosa). Allah swt menyuruh manusia mentaati imam Syi'ah; tidak boleh mengingkarinya dan mereka menjadi hujjah (hujah kebenaran) Allah swt atas langit dan di bumi (Ushulul Kaafi, hal. 165).

10). Para imam Syi'ah sama taraf dengan Rasulullah saw (Ibid).

11). Apa yang dimaksudkan para imam Syiah adalah Ali bin Abi Talib, Husein bin Ali, Ali bin Husein, Hassan bin Ali dan Muhammad bin Ali (Ushulul Kaafi, hal. 109)

12). Al-Qur'an yang ada sekarang telah berubah, dikurangkan dan ditambah (Ushulul Kaafi, hal. 670). Salah satu contoh ayat Al-Qur'an yang dikurangkan daripada teks asalnya, iaitu ayat Al-Qur'an dalam surah An-Nisa ': 47, menurut versi Syi'ah berbunyi: "Ya ayyuhalladziina uutul kitaaba aaminuu bimaa nazzalnaa fie' Aliyyin nuuran mubiinan". (Fashlul Khitab, hal. 180).

13). Menurut Syiah, Al-Qur'an yang dibawa Jibril kepada Nabi Muhammad saw ada 17 ribu ayat, namun yang tinggal sekarang hanya 6,660 ayat (Ushulul Kaafi, hal. 671).

14). Menyatakan bahawa Abu Bakar, Umar, Utsman bin Affan, Muawiyah, Aisyah, Hafsah, Hindun, dan Ummul Hakam adalah makhluk yang paling jelik di muka bumi. Mereka ini adalah musuh-musuh Allah. Sesiapa yang tidak memusuhi mereka, maka tidaklah sempurna imannya kepada Allah swt, Rasul-Nya dan imam-imam Syi'ah (Haqqul Yaqin, hal. 519 oleh Muhammad Baqir Al-Majlisi).

15). Menghalalkan nikah mut'ah, bahkan menurut doktrin Syi'ah orang yang melakukan kahwin mut'ah 4 kali darjatnya lebih tinggi daripada Nabi Muhammad saw. (tafsir Minhajus-Shadiqin, hal. 356, oleh Mullah Fathullah Kassani).

16). Menghalalkan perbuatan saling tukar-menukar budak perempuan untuk disetubuhi kepada sesama temannya. Kata mereka, imam Ja'far berkata kepada temannya: "Wahai Muhammad, kumpulilah budakku ini sesuka hatimu. Jika engkau sudah tidak suka kembalikan lagi kepadaku." (Al-Istibshar III, hal. 136, oleh Abu Ja'far Muhammad Hasan At-Thusi).

17). Rasulullah saw dan para sahabat akan dibangkitkan sebelum hari kiamat. Imam Mahdi sebelum hari kiamat akan datang dan dia membongkar kuburan Abu Bakar dan Umar yang ada berhampiran kubur Rasulullah saw. Setelah dihidupkan maka kedua orang ini akan disalib (Haqqul Yaqin, hal. 360, oleh Mullah Muhammad Baqir al-Majlisi).

Ketujuh-tujuh belas doktrin Syi'ah tidak boleh dianggap sebagai aqidah Islam sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah saw dan dipegang teguh oleh para sahabat serta kaum muslimin yang hidup sejak zaman Tabi'in hingga sekarang. Adakah orang masih percaya bahawa Syi'ah itu sebahagian daripada umat Islam? Menurut Imam Malik dan Imam Ahmad, sesiapa yang tidak 'mengkafirkan' aqidah Syi'ah ini, maka dia termasuk daripada kalangan kafir.

Semua kitab di atas adalah kitab induk atau rujukan pokok kaum Syi'ah yang kedudukannya sama seperti kitab-kitab hadis Imam Bukhari, Muslim, Ahmad bin Hanbal, Nasa'i, Tirmizi, Abu Daud, dan Ibnu Majah bagi sekelian kaum muslimin. Oleh kerana itu, usaha-usaha Syi'ah untuk menanamkan kesan bahawa Syiah adalah sebahagian daripada kaum muslimin, hanya berbeza dalam beberapa hal yang tidak prinsip, adalah dusta dan harus ditolak tegas.


Sumber: Risalah Mujahidin, edisi 9, th 1 Jumadil Ula 1428 / Jun 2007
Elias Hj Idris
Oleh: jaketkulit (TKO)

Martabat Tujuh 


                                                  Avatar 'ikanlepu' (TKO)

1.1 Alam Ahdah

Pada memperkatakan Alam Qaibull-Quyyub, iaitu pada martabat 'ahdah' di mana belum ada sifat, belum ada ada asma', belum ada afa'al dan belum ada apa-apa lagi, iaitu pada martabat 'La Takyin', Zat Ul-Haki telah menegaskan untuk memperkenalkan Diri-Nya dan untuk diberi tanggungjawab ini kepada manusia dan ditajallikan-Nya Diri-Nya dari satu peringkat ke peringkat sampai zahirnya manusia berbadan rohani dan jasmani.

Adapun martabat 'ahdah' ini terkandung di dalam surah al-Ikhlas pada ayat pertama, iaitu (QulhuwallahuAhad), iaitu 'sa' pada Zat semata-mata dan inilah yang dinamakan Martabat Zat.

Pada martabat ini diri Empunya Diri (Zat Ul-Haki) Tuhan Rabbul-Jalal adalah dengan dia semata-mata, iaitu dinamakan juga Diri Sendiri.

Tidak ada permulaan dan tiada akhirnya, iaitu 'wujud hakiki lagi qodim'.

Pada masa ini tidak sifat, tidak asma dan tidak afa'al dan tiada apa-apa pun kecuali Zat Mutlak semata-mata maka berdirilah Zat itu dengan Dia semata-mata dalam keadaan ini dinamakan 'Ainul Kaffur' dan diri zat dinamakan 'ahdah' jua atau dinamakan 'Kunnah Zat' (Kunhi Zat).

1.2 Alam Wadah 

Alam Wahdah merupakan peringkat kedua dalam proses pentajalliannya diri Empunya Diri telah mentajallikan diri ke suatu martabat sifat, iaitu 'La Tak Yin Sani' - sabit nyata yang pertama atau disebut juga martabat noktah mutlak, iaitu ada permulaannya.

Martabat ini dinamakan martabat noktah mutlak atau dipanggil juga 'Sifat Muhammadiah'.

Juga pada menyatakan martabat ini dinamakan martabat 'wahdah' yang terkandung ia pada ayat 'Allahus-Shomad', iaitu tempatnya Zat Allah tiada terselindung sedikit pun meliputi 7 petala langit dan 7 petala bumi.

Pada peringkat ini Zat Allah Taala mulai bersifat. SifatNya itu adalah sifat batin jauh dari Nyata dan boleh diumpamakan seperti sepohon pokok besar subur yang masih di dalam keadaan sifat biji, tetapi ia telah wujud, tidak nyata, tetapi nyata sebab itulah ia dinamakan Sabit Nyata Pertama, martabat 'La Takyin Awwal', iaitu keadaan nyata tetapi tidak nyata (wujud pada Allah) tetapi tidak zahir.

Maka pada peringkat ini tuan Empunya Diri tidak lagi beras'ma dan di peringkat ini terkumpul Zat Mutlak dan Sifat Batin. Maka di saat ini tidaklah berbau, belum ada rasa, belum nyata di dalam nyata, iaitu di dalam keadaan apa yang dikenali 'Roh Addhafi'.

Pada peringkat ini sebenarnya pada 'Hakiki Sifat' (Kesempurnaan Sifat) Zat Ul-Haki yang ditajallikannya itu telah sempurna cukup lengkap segala-gala. Ia terhimpun dan tersembunyi di samping telah zahir pada hakikinya.

1.3 Alam Wahdiah

Pada peringkat ketiga setelah tajalli akan dirinya pada peringkat "La takyin Awal", maka Empunya Diri kepada Diri rahsia manusia ini, mentajallikan pula diri-Nya ke satu martabat as'ma yakni pada martabat segala Nama dan dinamakan martabat (Muhammad Munfasal), iaitu keadaan terhimpun lagi bercerai-cerai atau di namakan "Hakikat Insan."

Martabat ini terkandung ia di dalam "Lam yalidd" iaitu Sifat Khodim lagi Baqa, tatkala menilik wujud Allah. Pada martabat ini keadaan tubuh diri rahsia pada masa ini telah terhimpun pada hakikinya Zat, Sifat Batin dan Asma Batin.

Apa yang dikatakan berhimpun lagi bercerai-cerai kerana pada peringkat ini sudah dapat ditentukan bangsa masing-masing, tetapi pada masa ini ia belum terzahir lagi di dalam ilmu Allah swt, iaitu dalam keadaan "Ainul Sabithaah" (A'yan sabithah). Ertinya sesuatu keadaan yang tetap dalam rahsia Allah, belum terzahir malah untuk mencium baunya pun belum dapat lagi.

Ini dinamakan juga martabat wujud Ardhofi dan martabat wujud am kerana wujud di dalam sekelian bangsa dan wujudnya bersandarkan Zat Allah dan Ilmu Allah.

Pada peringkat ini juga telah terbentuk diri rahsia Allah swt dalam hakiki dalam batin, iaitu bolehlah dikatakan juga roh di dalam roh - pada menyatakan Nyata tetapi Tetap Tidak Nyata.

1.4 Alam Roh 

Pada peringkat keempat di dalam Empunya Diri, Dia menyatakan, mengolahkan diri-Nya untuk membentuk satu batang tubuh halus yang dinamakan roh.

Jadi pada peringkat ini ia dinamakan Martabat Roh pada Alam Roh. Tubuh ini merupakan tubuh batin hakiki manusia di mana batin ini sudah nyata Zatnya, Sifatnya dan Afa'alnya.

Ia menjadi sempurna, cukup lengkap seluruh anggota batinnya, tida cacat, tiada cela dan keadaan ini dinamakan (Alam Khorijah), iaitu nyata lagi zahir pada hakiki daripada Ilmu Allah.

Tubuh ini dinamakan Jisim Latif, iaitu satu batang tubuh yang liut lagi halus. Ia tidak akan mengalami cacat-cela dan tidak mengalami suka, duka, sakit, menangis, asyik dan hancur binasa dan inilah yang dinamakan 'KholidTullah'.

Pada martabat ini terkandung ia di dalam "Walam Yalidd". Dan berdirilah ia dengan diri tajalli Allah dan hiduplah ia buat selama-lamanya. Inilah yang dinamakan keadaan Tubuh Hakikat Insan yang mempunyai awal tiada kesudahannya, dialah yang sebenarnyanya dinamakan Diri Nyata Hakiki Rahsia Allah dalam Diri Manusia.

1.5 Alam Misal 

Alam Misal adalah peringkat kelima dalam proses pentajallian Empunya Diri dalam menyatakan rahsia diri-Nya untuk ditanggung oleh manusia.

Untuk menyatakan dirinya Allah swt terus menyatakan diri-Nya melalui diri rahsia-Nya secara lebih nyata dengan membawa diri rahsia-Nya untuk dikandung pula oleh bapa, iaitu dinamakan Alam Misal.

Untuk menjelaskan lagi Alam Misal ini adalah di mana unsur rohani, iaitu diri rahsia Allah belum bercantum dengan badan kebendaan. Alam misal jenis ini berada di Alam Malakut.

Ia merupakan peralihan daripada alam Arwah (alam Roh) menuju ke alam Nasut maka itu dinamakan Alam Misal di mana proses peryataan ini, pengwujudan Allah swt pada martabat ini belum zahir, tetapi Nyata dalam tidak Nyata.

Diri rahsia Allah pada martabat Wujud Allah ini mulai ditajallikan kepada ubun-ubun bapa, iaitu permidahan dari alam Roh ke alam Bapa (misal).

Alam Misal ini terkandung ia di dalam "Walam yakullahu" dalam surah Al-Ikhlas, iaitu dalam keadaan tidak boleh dibagaikan.

Dan seterusnya menjadi "Di", "Wadi", "Mani" yang kemudiannya disalurkan ke satu tempat yang bersekutu di antara diri rahsia batin (roh) dengan diri kasar Hakiki di dalam tempat yang dinamakan rahim ibu.

Maka terbentuklah apa yang di katakan "Maknikam" ketika berlakunya persetubuhan di antara laki-laki dengan perempuan (ibu dan bapa).

Perlu diingat tubuh rahsia pada masa ini tetap hidup sebagaimana awalnya, tetapi di dalam keadaan rupa yang elok dan tidak binasa dan belum lagi terzahir. Dan ia tetap hidup tidak mengenal ia akan mati.

1.6 Alam Ijsan 

Pada peringkat keenam, selepas sahaja rahsia diri Allah pada Alam Misal yang dikandung oleh bapa , maka berpindah pula diri rahsia ini melalui "mani" bapa ke dalam rahim ibu dan inilah dinamakan Alam Ijsan.

Pada martabat ini dinamakan ia pada martabat "Inssanul-Kamil", iaitu batang diri rahsia Allah telahpun di'Kamil'kan dengan kata diri manusia, dan akhirnya ia menjadi "Kamilul-Kamil".

Iaitu menjadi satu pada zahirnya kedua-dua badan rohani dan jasmani. Kemudian lahirlah seorang insan melalui faraj ibu dan sesungguhnya martabat kanak-kanak yang baru dilahirkan itu adalah yang paling suci yang dinamakan "Insanul-Kamil".

Pada martabat ini terkandung ia di dalam "Kuffuan", iaitu bersekutu dalam keadaan "Kamilul-Kamil" dan nyawa pun dimasukkan ke dalam tubuh manusia.

Selepas cukup tempoh dan ketikanya maka diri rahsia Allah swt yang menjadi "Kamilul-Kamil" itu dilahirkan dari perut ibunya, maka di saat itu sampailah ia ke martabat Alam Insan.

1.7 Alam Insan

Pada alam ketujuh, iaitu alam Insan ini terkandung ia di dalam "Ahad", iaitu sa (satu). Di dalam keadaan ini, maka berkumpullah seluruh proses pengwujudan dan peryataan diri rahsia Allah swt di dalam tubuh badan insan yang mulai bernafas dan dilahirkan ke alam maya yang fana ini.

Maka pada alam Insan ini dapatlah dikatakan satu alam yang mengumpul seluruh proses pentajallian diri rahsia Allah dan pengumpulan seluruh alam yang ditempuhi dari satu peringkat ke satu peringkat dan dari satu martabat ke satu martabat.

Oleh kerana ia merupakan satu perkumpulan seluruh alam - alam lain, maka mulai alam maya yang fana ini, bermulalah tugas manusia untuk menggembalikan balik diri rahsia Allah itu kepada Tuan Empunya Diri dan proses penyerahan kembali rahsia Allah ini hendaklah bermula dari alam maya ini lantaran itu persiapan untuk balik kembali ke asalnya mula kembalimu semula hendaklah disegerakan tanpa berlengah-lengah lagi.
Elias Hj Idris
Oleh: jaketkulit (TKO)

Siapakah yang digolongkan ke dalam firqah Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah?


                    Di antara golongan sesat masa kini - 'I want to touch a dog!'

Ia ada dicatatkan oleh al-Baghdadi dalam al-Farq baina'iFiraqnya.'
Dinyatakan bahawa mereka itu terdiri daripada lapan golongan.

Pertama: Mereka yang mempunyai dan berkeyakinan tentang bab-bab mengesakan Allah, nubuwwah, hukum-hukum wa'd Oanjl memberi balasan baik kepada mereka yang melakukan kebaikan) dan wa'id (iaitu janji memberi balasan jahat kepada mereka yang melakukan kejahatan jika tidak diampunkan), pahala, balasan azab, syarat-syarat ijtihad dan imamah, serta mereka yang menjalani jalan agama. Mereka termasuk golongan mutakallimin yang bebas daripada tashbih dan ta'til daripada perkara-perkara bid'ah Rawafid, Khawarij, Jahmiyah, Najjariyah dan lain-lain golongan sesat yang mengikuti hawa nafsu.

Kedua: Mereka yang terdiri daripada imam-imam dalam ilmu fiqh yang terdiri daripada dua golongan, iaitu mereka yang berpegang kepada hadis (dan tidak begitu berpegang kepada fikiran, ra'y) dan yang berpegang kepada hadis (selepas daripada berpegang kepada Qur'an); mereka ini terdiri daripada golongan yang beri'tikad tentang dasar-dasar agama (usulu'd-din) mazhab yang percaya kepada sifat-sifat Allah, Zat-Nya dan mereka yang bersih daripada pegangan Qadariyah dan Mu'tazilah.

Mereka percaya kepada harusnya memandang Wajah Allah di akhirat dengan pandangan mata tanpa tashbih dan ta'til, serta mereka mempercayai bangkit dari kubur serta soalan Munkar dan Nakir di dalamnya. Mereka percaya kepada kolam Nabi, sirat, syafa'at serta keampunan dosa dan tidak mensyirikkan Allah swt. Mereka percaya kepada kekalnya ni'mat syurga kepada ahlinya dan kekalnya azab neraka kepada ahlinya. Na,udhi billahi min dhalik.

Mereka percaya kepada Imamah Abu Bakar, 'Umar, 'Uthman dan 'Ali serta memuji golongan salaf as-Salih dengan pujian yang baik dan berpegang kepada wajibnya sembahyang juma'at di belakang para imam juma'at. Bersih diri mereka daripada bid'ah ahli hawa. Mereka ini juga berpegang kepada wajibnya istinbat hukum-hukum Syari'at daripada Qur'an dan Sunnah dan ijma' para sahabat, serta memegang kepada ajaran harus menyapu kasut panjang (dalam wudhu') dan berlakunya tiga talak, dan juga mereka mengharamkan mut'ah serta berpegang kepada wajibnya taat kepada sultan di dalam perkara yan bukan ma'siat terhadap Allah.

Golongan ini termasuk para pengikut imam-imam Malik, Syafi'i, Auza'i, al-Thauri Abu Hanifah, Ibn Abi Laila juga para pengikut Abi Thaur, Ahmad b. Hanbal dan ahli zahir dan lain-lain ulama fiqh yang berpegang kepada perkara-perkara yang boleh dicapai dengan akal dan berpegang kepada asal-usul sifat Allahswt. Mereka tidak mencampurkan fiqhnya dengan bid'ah-bid'ah sesat daripada kalangan orang yang mengikut hawa nafsu.

Golongan Ahlis-Sunah yang ketiga ialah mereka yang mempunyai cukup ilmu tentang jalan-jalan riwayat hadis Nabi saw serta sunnah-sunnah yang datang daripada Baginda. Mereka dapat  membezakan antara riwayat-riwayat yang sahih, yang 'sakit'. Mereka tahu tentang sebab-sebab 'cedera'nya para periwayat, dan 'adil'nya mereka (dan oleh itu riwayat mereka boleh diterima). Jelasnya, mereka tidak mencampur-adukkan ilmu mereka itu dengan sesuatu daripada ahli hawa nafsu yang sesat.

Golongan yang keempat ialah mereka yang mempunyai ilmu mencukupi tentang sastera dan nahu serta tasrif. Mereka mengikuti perjalanan imam-imam dalam ilmu bahasa seperti al-Khali'l, Abu 'Amru bin al-'Ala, Sibawaih, al-Farra', al-Akhfash, al-Asma'i, al-Mazini dan Abi 'Ubaid, dan lain-lain imam dalam nahu yang terdiri daripada golongan orang-orang Kufah dan Basrah. Mereka ini tidak mencampur-adukkan ilmu mereka dengan bid'ah-bid'ah sesat daripada kaum-kaum sesat seperti Qadariyah, Rafidah atau Khawarij.

Golongan yang kelima ialah mereka mempunyai ilmu yang mencukupi berkenaan dengan sudut pembacaan Qur'an (qira'at) serta tafsir ayat-ayat Qur'an dan ta'wilnya sesuai dengan mazhab Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah, dan bukan ta'wil-ta'wil mengikut ahli-ahli aliran-aliran yang sesat itu.

Golongan yang keenam ialah golongan ahli-ahli zuhud dan sufiyah (al-zuhhad al-sufiyah) yang mempunyai pandangan tajam, serta dapat mengawal diri daripada apa yang tidak sepatutnya. Mereka mampu menguji diri dan mendapat pengalaman dalam bidang rohaniah (absaru fa aqsaru wa'khtabaru) serta mengambil i'tibar sebaiknya. Mereka redha dengan apa yang ditakdirkan oleh Allah swt.

Mereka rasa memadai dengan rezeki yang sedikit (yang dikurniakan oleh Allah swt), dan tahu bahawa pendengaran, pemandangan dan fu'ad atau hati, itu semuanya akan ditanya tentang kebaikan dan kejahatan yang dilakukan. Mereka menghisab diri di atas amalan yang dilakukan walau sebesar zarah. Malah mereka mempersiapkan bagi diri dengan persiapan yang sebaik-baiknya untuk hari yang penghabisan, iaitu akhirat.

Mereka menghuraikan ilmu mereka dengan menggunakan jalan 'ibarat dan isyarat mengikut perjalanan ahli-ahli ilmu hadis. Mereka tidak mengikut pihak yang mengeluarkan kata-kata kosong dan tidak melakukan apa yang baik kerana ria' dan tidak meninggalkan apa yang baik itu kerana malu kepada sesiapa. Agama golongan sufiyah ini adalah agama tauhid yang menolak tashbih dan mazhab. Mereka menyerah diri tunduk kepada Allah swt, bertawakkal kepada-Nya serta tunduk taslim bagi perintahnya. Mereka rasa memadai dengan apa yang direzekikan oleh-Nya serta berpaling daripada menentang apa yang ditentukan Allah swt. Ia ada digambarkan dalam Qur'an, maksudnya:

'Itulah pemberian daripada Allah yang dikurniakan kepada sesiapa vang dikehendakinya dan Allah mempunyai pemberian yang amat besar'.

Golongan yang ketujuh ialah mereka yang bersiap sedia menjaga kubu-kubu muslimin (di sempadan Negeri Islam) dalam menghadapi orang-orang kafir, berjuang melawan seteru muslimin. Mereka menjaga kawasan muslimin dan juga memberi perlindungan kepada para wanita dan rumah tangga mereka serta menzahirkan pada kubu-kubu mereka itu mazhab Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah. Dalam hubungan dengan mereka inilah Allah turunkan firmannya:

Maksudnya: "Dan mereka yang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami".

Mudah-mudahan Allah kurniakan kepada mereka itu taufik dengan pemberian dan kemurahannya.

Golongan kelapan ialah negeri-negeri yang mendokong mazhab Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah, bukannya mendokong tempat-tempat yang merupakan syi'ar bagi golongan mereka yang sesat dan mengikut hawa nafsu. Golongan ini ialah golongan orang ramai yang beri'tikad tentang benarnya ulama' Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah. Mereka yang berpegang kepada bab-bab keadilan Tuhan dan tauhid-Nya, wa'd, wa'id, dan mereka merujuk kepada ulama' Ahli's-Sunnah dalam bimbingan ajaran agama. Mereka mengikuti para ulama' dalam perkara-perkara furu' berkenaan dengan halal dan haram. Mereka tidak beri'tikad suatupun daripada pegangan golongan-golongan ahli kesesatan itu. Inilah golongan yang berada dalam kalangan Ahli's-Sunnah wal-Jama ah. Mereka pemegang agama yang benar dan berada di atas sirat al-mustaqim. Moga-moga Allah tetapkan mereka di atas kalimah yang hak dan tetap di atas dunia ini dan akhirat. 

Inilah yang dikatakan golongan Ahli's-Sunnah yang dicatatkan daripada huraian 'Abdul-Qahir al-Baghdadi sebagai sesuatu yang sudah jelas daripada perjalanan sejarah Islam selama empat abad lebih lamanya (Al-Baghdadi meninggal pada tahun 429 Hijrah/1037 Masehi). Gambarannya adalah sesuatu yang merupakan 'crystallization' daripada pegangan insan dan sejarahnya yang boleh rnenjadi sebagai indeks buat kita memahami persoalan ini. Dengan berdasarkan kepada neraca yang diberikan oleh al-Baghdadi, kita boleh menentukan kedudukan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah dan mereka yang berpegang kepadanya, dalam keadaan menghadapi berbagai aliran faham timur dan barat yang datang dari dalam masyarakat Islam sendiri dan juga dari luarnya.


Sejarah terjadinya firqah-firqah sesat

Untuk meneliti beberapa tahap perkembangan sejarah Islam yang membawa kepada berbagai perselisihan dan khllaf itu, munasabah kita mengingati kembali beberapa persoalan yang berhubungan dengan hal itu. Di antaranya ialah sebagaimana yang disebutkan oleh al-Baghdadi rahimahu'Llahu Ta'ala dalam al-Farq baina'i-Firaqnya. Dinyatakan oleh beliau bahawa pada masa wafat Baginda saw (iaitu pada tahun 10 Hijrah) berada dalam perjalanan agama yang satu dalam dasar-dasar agama (usulu'ddin) dan cawangan-cawangannya, selain daripada mereka yang menzahirkan persetujuan dan yang menyembunyikan kemunafikan. Perkara khilaf yang pertama berlaku ialah berkenaan dengan kewafatan Baginda saw. Akhimya mereka yang menyangka Baginda saw tidak mati, tetapi diangkat oleh Allah swt sebagaimana Sayyiduna 'Isa a.s bersetuju bahawa Baginda  saw memang wafat apabila Abu Bakar radiya'Llahu 'anhu membaca ayat yang bermaksud:

"Sesungguhnya engkau mati dan mereka pun mati'.

Beliau juga berkata kepada mereka, "Sesiapa yang menyembah Muhammad, maka sesungguhnya Baginda telah wafat, dan sesiapa yang menyembah Tuhan Muhammad, maka Dia Maha Hidup dan tidak mati".

Kemudian timbul khilaf tentang tempat hendak dikebumikan Baginda saw. Akhimya ia selesai dengan Abu Bakar radiya'Llahu 'anhu meriwayatkan kepada mereka hadis daripada Nabi saw yang bermaksud: "Sesungguhnya para anbiya' dikebumikan di mana mereka wafat". Maka Baginda pun disemadikan dalam biliknya di Madinah. Kemudian timbul ikhtilaf berkenaan dengan khilafah, pihak al-Ansar ingin memberi bai'ah kepada Sa'd bin 'Ubadah; kemudian pihak Quraisy menyatakan bahawa imamah mestilah di tangan orang-orang Quraisy berdasarkan kepada hadis yang bermaksud, "Imam-imam hendaklah dari kalangan orang-orang Quraisy". Ikhtilaf berkenaan dengan Imamah ini berterusan sampailah ke zaman 'Abdul Qahir al-Baghdadi rahimahu'Llahu Ta'ala dan boleh dikatakan kesan-kesannya sampai sekarang masih ada di kalangan kaum muslimin.

Kemudian timbul pula ikhtilaf berkenaan dengan harta Fadak, akhimya diselesaikan dengan Abu Bakar radiya'Llahu 'anhu meriwayatkan hadis yang berinaksud: "Sesungguhnya para anbiya' tidak dipusakai. Kemudian timbul pula masalah tentang mereka yang tidak mahu menunaikan zakat? Selepas itu mereka bersetuju dengan keputusan Abu Bakar bahawa golongan yang enggan itu hendaklah diperangi. Kemudian mereka sibuk dengan peperangan melawan Tulaihah apabila dia mengaku menjadi nabi dan murtad daripada agama Islam. Selepas dia lari ke Syam, kemudian kembali dalam zaman Umar kepada agama Islam - dia keluar jihad bersama Sa'ad bin Abi Waqqas dalam peperangan Qadissiyyah dan ia syahid dalam peperangan Nehawand.

Kemudian kaum muslimin sibuk dengan peperangan melawan Musailamah al-Kadhdhab yang mengaku nabi, serta al-Aswad bin Zaid'ansi. Kemudian mereka sibuk dengan peperangan melawan kerajaan Rom Timur dan juga kerajaan Farsi, dan Allah membuka negeri-negeri untuk mereka. Pada masa itu mereka berperang berdasarkan pegangan yang satu tentang bab-bab keadilan Tuhan, Tauhid, al-Wa'd, al-Wa'id, dan lain-lain hal dalam usulu'd-din.

Adapun dalam masalah-masalah fiqh ada berlaku perselisihan pendapat di kalangan mereka misalnya keadaan datuk menerima pesaka berserta saudara lelaki dan saudara-saudara perempuan serta dengan bapa dan emak atau serta dengan bapa, demikian seterusnya, tetapi perselisihan atau kelainan pendapat itu tidak membawa kepada timbulnya kekafiran atau kesesatan. Demikianlah keadaannya di zaman pemerintahan Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman radiya'Llahu 'anhum ajma'in.

Kemudian berlaku khilaf di kalangan mereka berkenaan dengan 'Uthman bin 'Affan dan perkara-perkara yang dituduh ke atasnya sehingga para penzalim membunuhnya; kemudian mereka berikhtilaf lagi tentang para pembunuhnya dan mereka yang menghasut manusia supaya menentangnya itu; demikianlah khilaf itu masih ada sampai zaman kemudian, sampailah pada zaman al-Baghdadi, dan boleh kita katakan sampai abad kita ini.

Selepas itu berlaku ikhtilaf pula dalam hubungan dengan keadaan 'Ali bin Abi Talib radiya'Llahu 'anhu dan mereka yang terlibat dalam peperangan al-Jamal, juga tentang kedudukan Mu'awiyah dan mereka yang terlibat dalam peperangan Siffin serta dua orang hakam, iaitu Abu Musa al-Ash'ari dan 'Amru bin al-'As; ikhtilaf yang melibatkan mereka ini kekal sampailah ke zaman kemudian, dan kita boleh mengatakan ia kekal sampai hari ini.

Kemudian dalam zaman muta'akhkhirin dari kalangan para sahabat berlakulah khilaf golongan Qadariyah berkenaan dengan Qadar dan istita'ah atau ikhtiar makhluk, yang datang dari Ma'bad al-Juhani dan Ghailan al-Dimashqi serta Ja'd bin Darham. Mereka yang muta'akhkhirin di kalangan para sahabat bebas daripada perkara itu semua - seperti 'Abdullah bin 'Amr, Jabir bin 'Abdullah, Abu Hurairah, Ibn 'Abbas, Anas bin Malik, 'Abdullah bin Abi Aufa, 'Uqbah bin 'Amir al-Juhani dan yang semasa dengan mereka. Mereka ini mewasiatkan orang ramai supaya jangan memberi salam kepada golongan Qadariyah dan jangan pergi sembahyang jenazah mereka itu.

Kemudian berlaku ikhtilaf di kalangan golongan Khawarij sehingga mereka berpecah menjadi dua puluh golongan, tiap-tiap satu daripadanya mengkafirkan yang lain. Kemudian berlakulah pada zaman al-Hassan al-Basri radiya'Llahu 'anhu khilaf dengan Wasil bin 'Ata' dalam masalah Qadar dan masalah manzilah bainal-manzilatain (iaitu kedudukan antara dua kedudukan: antara iman dan kufr); masalah itu menjadi bertambah dengan timbulnya bid'ah daripada 'Amru bin 'Ubald bin Bab yang keduanya disingkir oleh al-Hasan daripada majlisnya. Mereka berdua meninggalkan jamaah di Masjid Basrah. Kedua mereka dan para pengikutnya dipanggil mu'tazilah kerana mereka memisahkan diri daripada pegangan ummat apabila mereka mendakwa bahawa orang fasiq dari kalangan muslimin tidak mukmin dan juga tidak kafir.

Golongan Rawafid yang dipanggil al-Sababiyah menzahirkan bid'ah mereka itu pada zaman 'Ali bin Abi Talib lagi. Mereka dihukum oleh 'Ali dan Ibn Saba dikenakan hukuman pembuangan kerana bid'ahnya. Golongan ini tidak termasuk umat Islam kerana mereka berpendapat 'Ali radiya'Llahu 'anhu sebagai Tuhan. Selepas zaman 'Ali, golongan Rafidah itu berpecah menjadi empat golongan laitu Zaidiyah, Imamiyah, Kaisaniyah dan golongan ghulat (pelampau). Golongan Zaidiyah pula berpuak-puak, di mana satu golongan mengkafirkan yang lainnya. Seluruh golongan ghulat terkeluar daripada Islam. Adapun golongan Zaidiyah dan Imamiyah, mereka terbilang daripada golongan Islam (firaq al-Islam) ; 28 Golongan Bakhkhariyah berpecah dan mereka saling kafir mengkafirkan; timbul khilaf dari golongan Bakriyah, iaitu dari seorang yang bernama Bakr, dari saudara perempuan 'Abdul Wahid bin Ziyah, juga timbul khilaf golongan Dirariyah dari Dirar bin 'Amr, dan khilaf al-Jahmiyah dari Jahm bin Safwan. Kemunculan Jahm, Bakr dan Dirar adalah pada zaman Wasil bin 'Ata' dengan kesesatannya.

Dalam zaman al-Ma'mun al-'Abbasi timbullah seruan Batiniyah dan mereka ini bukanl dari golongan Islam, bahkan mereka ini adalah daripada golongan Majusi. Dan muncul dalam zaman Muhammad bin Tahir bin 'Abdullah bin Tahir di Khurasan khilaf al-Karramiyah al-Mujassimah.

Mengenai golongan Zaidiyah dari kalangan Rawafid, yang kuat di kalangan mereka ialah tiga, iaitu Janidiyah, Sulaimaniyah juga dipanggil Haririyah dan al-Batriyah. Tiga golongan ini bersepakat tentang imamah Zaid bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Talib pada hari keluarnya, iaitu pada zaman Hisham bin 'Abdul Malik.

Dari golongan Kaisaniyah pula timbul banyak golongan, bagaimanapun akhimya tinggal dua golongan sahaja. Satunya yang mendakwa bahawa Muhammad bin al-Hanaflyah hidup tidak mati dan mereka menantinya timbul sebagai al-Mahdi yang dinanti-nantikan itu. Satu golongan lagi yang mempercayai imamahnya pada masa hidupnya sahaja dan apabila meninggal dunia imamahnya itu berpindah kepada orang lain.

Golongan Imamiyah yang mufarawah bagi Zaidiyah, Kisa'iyah dan Ghulat, mereka ini menjadi lima belas firqah, iaitu Muhammadiyah, al-Baqiriyah, al-Nawisiyah, Shumaitiyah,'Ammariyah, Isma'iliyah, Mubarakiyah, Musawiyah, Qat'iyah dan Ithna 'Ashariyah, Hishamiyah daripada pengikut Hisharn bin al-Hakam, atau dari pengikut Hisham bin Salim al-Jawaliqi, Zharariyah, dari pengikut Zurarah bin U'yun dan Yunusiyah dari pengikut Yunus al-Qummi dan Shaitaniyah dari pengikut Shaitan al-Taq dan Kamiliyah dari pengikut Abu Kamil; beliau inilah yang mengeluarkan kata-kata yang paling keji tentang 'Ali dan para sahabat yang lain, radiya'Llahu 'anhum. Inilah dua puluh golongan yang merupakan golongan Rawafid; tiga daripada Zaidiyah, dua dari Kaisaniyah dan lima belas dari Imamiyah.

Golongan Ghulat yang berpegang kepada ketuhanan imam-imam mereka dan mengharuskan perkara-perkara yang diharamkan oleh syara'; menggugurkan kewajipan atas perkara-perkara yang wajib daripada syariat seperti puak Bayyaniyah, Mughiriyah, Janahiyah, Mansuriyah, Khattabiyah dan Hululiyah dan yang mengikuti perjalanan mereka itu. Maka mereka itu bukan daripada golongan Islam walaupun mereka itu dikaitkan dengannya.

Golongan Khawarij pula apabila berlaku perpecahan jadi dua puluh golongan, iaitu Muhakkimah Ula, Azraqiyah, Najdlyah, Sifriyah, 'Ajradiyah dan daripada 'Ajradiyah itu berpecah menjadi Khazimiyah, Shu'aibiyah, Ma'lumiyah, Majhuliyah, Ma'badiyah, Rashidiyah, Mukarramiyah, Hamziyah, Ibrahimiyah dan Wafiqiyah. Dari golongan lbadiyah timbul berpecah menjadi Hafsiyah, Harithiyah,Yazidiyah dan para ahli taat yang bukan terhadap Allah swt. Yazidiyah ialah dari kalangan mereka yang mengikuti Ibn Yazid bin Unais dan mereka bukan daripada golongan Islam apabila mereka berpegang kepada pendapat bahawa syari'at Islam termansukh di akhir zaman dengan adanya nabi yang dibangkitkan dari kalangan orang-orang bukan Arab (al-'Ajam).

Demikian juga daripada 'Ajradiyah itu timbul golongan Maimuniyah yang juga bukan daripada golongan Islam kerana mereka mengharuskan perkahwinan anak perempuan dari anak perempuan dan anak perempuan dari anak lelaki sebagaimana yang diharuskan oleh orang-orang Majusi.

Golongan Qadariyah Mu'tazilah yang memisahkan diri mereka dari yang baik berpecah kepada dua puluh golongan, tiap satunya mengkafirkan yang lainnya. Mereka itu ialah daripada golongan lsliyah, 'Umariyah, Hudhailiyah, Nazzamiyah, Amwariyah, 'Umariyah, Thumamiyah, Jahiziyah, Hayitiyah, Himariyah, Khayyatiyah, Sahhamiyah dan para pengikut Salih Qabah, Muwaisiyah, Kalblyah, Jubba'iyah, Hashimiyah, dinisbahkan kepada Abu Hashim ibn alJubba'i. Mereka terdiri daripada dua puluh golongan, dua daripadanya bukan daripada golongan Islam iaitu golongan Hayitiyah dan Himariyah.

Zaidiyah pula menjadi berpuak-puak, demikian juga Imamiyah dan Ghulat, satu golongan mengkafirkan yang lainnya. Seluruh golongan Ghulat terkeluar daripada Islam. Golongan Zaidiyah dan Imamiyah masih dikira golongan Islam (firaq al-Islam). Golongan Bakhkhariyah berpecah dan mereka saling kafir mengkafirkan; timbul khilaf dari golongan Bakriyah, iaitu dari seorang yang bemama Bakr, dari saudara perempuan 'Abdul Wahid bin Zlyah, juga timbul khilaf golongan Dirariyah dari Dirar bin 'Amr, dan khilaf al-Jahmiyah dari Jahm bin Safwan. Kemunculan Jahm, Bakr dan Dirar adalah pada zaman zahir Wasil bin 'Ata' dengan kesesatannya.

Dalam zaman al-Ma'mun al-'Abbasi timbullah seruan Batiniyah dan mereka ini juga bukan daripada golongan Islam, bahkan mereka ini adalah daripada golongan Majusi. Dan muncul dalam zaman Muhammad bin Tahir bin 'Abdullah bin Tahir di Khurasan khilaf al-Karramiyah al-Mujassimah.

Banyak lagi ceritanya tentang puak-puak sesat ini dan boleh dirujuk di sini - http://tayibah.com/eIslam/Artikel/sunnahwaljamaah.htm

Dalam Bughyatu'I-Mustarshidin 32 disebutkan bahawa yang dikatakan tujuh puluh dua golongan yang sesat itu ialah mereka yang terdiri daripada tujuh golongan.

Pertama, kaum Syiah yang terlalu melebihi dan memuja Ali dan keluarganya; mereka sampai tidak mengakui khalifah-khalifah Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman. Mereka ini berpecah menjadi dua puluh dua golongan.

Kedua, golongan Khawarij yang terlalu berlebihan dalam membenci Sayyidina 'Ali radiya'Llahu 'anhu. Antara mereka ada yang mengkafirkan beliau. Pada pandangan mereka, orang-orang yang melakukan dosa besar menjadi kafir. Mereka ini kemudiannya berpecah kepada dua puluh golongan.

Ketiga, kaum Mu'tazilah yang mempunyai fahaman bahawa Allah swt tidak mempunyai sifat-sifat-Nya yang tersendiri, di mana manusia melakukan amalnya sendiri dengan bebas merdeka, dan bahawa Tuhan tidak boleh dilihat dalam syurga. Pada mereka orang-orang yang melakukan dosa besar diletakkan DI antara syurga dan neraka; mereka juga beranggapan bahawa Mi'raj Nabi saw adalah dengan dengan roh sahaja. Kemudiannya mereka ini berpecah menjadi dua puluh golongan.

Keempat ialah kaum Murji'ah yang mempunyai pegangan bahawa sesiapa yang melakukan dosa, tidak mendatangkan mudharat apabila sudah beriman, sebagaimana katanya bila seseorang itu kafir maka kebajikan yang bagaimanapun dilakukan tidak memberi manfaat juga. Mereka ini kemudiannya berpecah kepada lima golongan.

Kelima ialah golongan Najjariyah yang berpegangan bahawa perbuatan manusia dijadikan oleh Tuhan dan Tuhan tidak mempunyai sifat-sifat-Nya. Mereka berpecah kepada tiga aliran.

Keenam ialah kaum Jabbariyah yang mempunyai keyakinan bahawa manusia tidak berdaya apa-apa; usaha atau ikhtiar manusia tidak ada sama sekali. Mereka terdiri daripada satu golongan sahaja.

Ketujuh ialah kaum Musyabbihah, iaitu kaum yang mempunyai pegangan bahawa Tuhan mempunyai sifat-sifat sebagaimana yang ada pada manusia. Jelasnya, Tuhan ada tangan, ada kaki, duduk atas 'Arsy, naik tangga dan turun tangga dan sebagainya. Mereka terdiri daripada satu golongan sahaja. Dengan itu maka jumlah mereka semua adalah tujuh puluh dua golongan.

Golongan yang selamat ialah golongan yang satu sahaja iaitu golongan Ahli'sSunnah wal-Jama'ah.

Sebagai reaksi daripada apa yang membawa kepada timbulnya berbagai firqah itu, maka muncullah golongan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah yang diketuai oleh dua orang ulama' besar dalam Usulu'd-din, iaitu Syaikh Abu'l Hasan al-Ash'ari radiya'Llahu 'anhu dan Syaikh Abu Mansur al-Maturidi radiya'Llahu 'anhu. Dari segi 'aqidah seseorang itu boleh dipanggil sunni sahaja, yang menunjukkan bahawa ia tergolong ke dalam golongan Ahli's-Sunnah; ataupun ia boleh dipanggilkan Asy'ari atau Asya'irah.

Abu-Hasan al-Asy'ari lahir di Basrah pada tahun 260 Hijrah dan meninggal dunia di Basrah tahun 324 Hijrah. Mula-mulanya beliau berpegang kepada fahaman Mu'tazilah sebagaimana diajarkan oleh gurunya al-Jubba'i. Kemudian beliau meninggalkan aliran itu setelah mendapat hidayat daripada Allah swt. Di antara kitab-kitab yang dihasilkannya ialah al-Ibanah fi Usuli'd-Diyanah, Maqalat al-Islam dan al-Mujaz.

Di antara para ulama besar yang menyebarkan aliran al-Asy'ari ini ialah Imam Abu Bakar al-Qaffal (men. 365 Hijrah), Abu Ishaq al-Isfara'ylni (men. 411 Hijrah), Imam Hafiz al-Baihaqi (wafat 458 Hijrah), Imam al-Haramain, al-Juwaini, guru pada Imam al-Ghazali (wafat 460 Hijrah), Imam al-Qusyairi (wafat 465 Hijrah), Imam a]-Baqillani, dengan kitab at-Tamhidnya yang terkenal (wafat 403 Hijrah), Imam al-Ghazali (wafat 505 Hijrah), Imam Fakhruz-Razi (meninggal 606 Hijrah), Imam 'Izzud-Din ibn 'Abdiss-Salam (men. 606 Hijrah) yang semuanya pendokong aliran Ahli's-Sunnah sebagaimana yang dihuraikan oleh Imam Abdul Hasan al-Asy'ari.

Kemudiannya para ulama' yang mendokong faham al-Asy'ari ini di antaranya ialah Syaikhul-Islam Syaikh Abdullah asy-Syarqawi (men. 1227 Hijrah), Syaikh Ibrahim al-Bajuri (men. 1272 Hijrah), Syaikh Nawawi a]-Bantani (men. 1315 Hijrah) dengan kitab tauhidnya Tijanu'd-Darari, FathulMajid, antara lainnya Syaikh Zainul 'Abidin bin Muhammad al-Fatani dengan 'Aqidatun-Najin, Syaikh Husain al-Tarabalasi dengan al-Husun alHamidiyahnya yang terkenal itu.

Imam Abu Mansur al-Maturidi radiya'Llahu 'anhu juga dianggap sebagai pengasas usulu'd-din di kalangan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah, dan namanya biasa disebut-sebut bersekali dengan nama Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari. Beliau dilahirkan di kampung Maturid di Samarqand, Asia Tengah dan meninggal dunia di sana juga pada tahun 333 Hijrah, sepuluh tahun setelah meninggalnya Imam Abu Hasan al-Asy'ari. Beliau mempertahankan pegangan Ahli's-Sunnah dalam menghadapi pelbagai fahaman yang batil pada zamannya sebagaimana juga keadaannya dengan Imam Abul Hasan al-Asy'ari. Oleh kerana jasanya dalam mengemukakan pandangan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah sebagaimana yang disebutkan dalam Syarah Ihya' oleh Murtada az-Zabidi, apabila dikatakan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah, maka yang dimaksudkan ialah aliran yang diajarkan oleh Imam Abul Hasan al-Asy'ari dan Abu Mansur al Maturidi.
Elias Hj Idris
            Kelompok yang tersasar - sang murtad sebagai musuh Allah swt!

Pada peringkat permulaannya seseorang itu memerlukan pengetahuan syariat. Ini memerlukan pendidikan yang mengenalkan dalil-dalil luar tentang Zat Allah yang menyata di dalam alam sifat  dan nama-nama ini. Apabila bidang ini telah sempurna sampailah giliran pendidikan kerohanian tentang rahsia-rahsia, di mana seseorang itu masuk ke dalam bidang makrifat yang murni untuk mengetahui yang sebenarnya (hakikat).

Pada peringkat yang pertama seseorang itu mestilah meninggalkan segala-galanya yang tidak dipersetujui oleh syariat malah, kesilapan di dalam melakukan perbuatan yang baik mestilah dihapuskan. Perbuatan yang baik mestilah dilakukan dengan cara yang betul, sebagaimana keperluan pada jalan sufi. Keadaan ini boleh dicapai dengan melatihkan diri dengan melakukan perkara-perkara yang tidak dipersetujui oleh ego diri sendiri dan melakukan amalan yang bertentangan dengan kehendak hawa nafsu. Berhati-hatilah di dalam beramal agar amalan itu dilakukan bukan untuk dipertontonkan atau diperdengarkan kepada orang lain. Semuanya mestilah dilakukan semata-mata kerana Allah, demi mencari keredaan-Nya. Allah berfirman:

“Barangsiapa berharap menemui Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal salih dan janganlah dia mempersekutukan sesuatu dengan Allah dalam ibadatnya kepada Tuhannya”. (Surah Kahfi: 110).

Apa yang dihuraikan sebagai daerah makrifat itu adalah tahap penghabisan bagi daerah kejadian yang pertama. Ia adalah permulaan dan merupakan rumah yang setiap orang kembali ke sana. Di sanalah roh suci dijadikan. Apa yang dimaksudkan dengan roh suci adalah roh insan. Ia dijadikan dalam bentuk yang paling baik.

Kebenaran atau hakikat tersebut telah ditanam di tengah-tengah hati sebagai amanah Allah, diamanahkan kepada manusia agar disimpan dengan selamat. Ia bangkit dan menyata melalui taubat yang sungguh-sungguh dan usaha sebenar mempelajari agama. Keindahannya akan memancar ke permukaan apabila seseorang itu mengingati Allah terus menerus, mengulangi kalimah “La ilaha illah Llah”. Pada mulanya kalimah ini diucapkan dengan lidah. Bila hati sudah hidup ia diucapkan di dalam, dengan hati.

Sufi menggambarkan keadaan kerohanian yang demikian dengan menganggapnya sebagai bayi, iaitu bayi yang lahir di dalam hati, dibela dan dibesarkan di sana. Hati memainkan peranan seperti ibu, melahirkannya, menyusun, memberi makan dan memeliharanya. Jika anak-anak diajarkan kepakaran keduniaan untuk kebaikannya, bayi hati pula diajarkan makrifat rohani. Sebagaimana kanak-kanak bersih daripada dosa, bayi hati adalah tulen, bebas daripada kelalaian, ego dan ragu-ragu. Kesucian bayi biasanya menyata dalam bentuk zahir yang cantik. Dalam mimpi, kesucian dan ketulenan bayi hati muncul dalam rupa malaikat. Manusia berharap mendapat ganjaran syurga sebagai balasan kepada perbuatan baik tetapi hadiah-hadiah yang didatangi dari syurga didatangkan ke mari melalui tangan-tangan bayi hati.

“Dalam kebun-kebun kenikmatan…melayani mereka anak-anak muda yang tidak berubah keadaan mereka”.  -  surah Waqi’ah, ayat 12 – 17 

“Melayani mereka adalah anak-anak muda laksana mutiara yang tersimpan”.  -  surah Tur: 24

Mereka adalah anak-anak kepada hati, menurut yang diilhamkan kepada sufi, dipanggil anak dek  kerana keelokan dan ketulenan mereka. Keindahan dan ketulenan mereka menyata dalam kewujudan zahir, dalam darah daging, dalam bentuk manusia. Oleh kerana keelokan dan kelembutan sifatnya ia dinamakan anak-anak hati, tetapi dia adalah manusia sejati yang mampu mengubah bentuk kejadian atau ciptaan kerana dia berhubung erat dengan Pencipta sendiri. Dia adalah wakil sebenar kemanusiaan. Di dalam kesedarannya tidak ada sesuatu malah dia tidak melihat dirinya sebagai sesuatu. Tiada hijab, tiada halangan di antara kewujudannya dengan Zat Allah.

Nabi Muhammad s.a.w menggambarkan suasana demikian sebagaimana sabda baginda s.a.w, “Ada masa aku dengan Allah di mana tiada malaikat yang hampir dan tidak juga nabi yang diutus”. Maksud ‘nabi’ di sini ialah kewujudan lahiriah yang sementara bagi Rasulullah s.a.w sendiri. Malaikat yang paling hampir dengan Allah ialah cahaya suci Muhammad s.a.w, kejadian pertama. Dalam suasana kerohanian itu baginda s.a.w sangat hampir dengan Allah sehingga wujud zahirnya dan rohnya tidak berkesempatan menghijabkannya dengan Allah. Baginda s.a.w menggambarkan lagi suasana demikian, “Ada syurga Allah yang tidak ada mahligai dan taman-taman atau sungai madu dan susu, syurga yang di dalamnya seseorang hanya menyaksikan wajah Allah Yang Maha Suci”.

Allah s.w.t berfirman:

“Beberapa muka pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannya dia memandang”. (Surah Qiamat: 22 & 23).

Pada suasana atau makam tersebut jika seseorang makhluk termasuklah malaikat mendekatinya kewujudan badannya akan terbakar menjadi abu. Allah s.w.t berfirman melalui rasul-Nya:

“Jika Aku bukakan penutup sifat keperkasaan-Ku dengan bukaan yang sangat sedikit sahaja, semua akan terbakar sejauh yang dilihat oleh pandangan-Ku”.

Jibrail yang menemani Nabi Muhamamd s.a.w pada malam mikraj, apabila sampai di Sidratul Muntaha, telah mengatakan jika dia melangkah satu langkah sahaja lagi dia akan terbakar menjadi abu.

HAKIKAT INSANI

Cara hakikat: 

(Amaran!)  Dalam pengajian Ilmu Hakikat adalah dilarang sama sekali mendatangi dan juga pengetahuan ini disampaikan kepada ulama syarii dan adalah dinasihatkan supaya bertanya, berguru dengan ahli hakikat lagi makrifat lagi mursyid. Jangan sesekali kata sesat nescaya sesat itu akan balik pada diri sendiri yang mengata.

Selain daripada cara syariat dan cara toreqat, terdapat satu lagi untuk merapatkan hubungan antara hamba dan tuhannya iaitu cara jalan hakikat. Cara hakikat merupakan cara yang ketiga, iaitu satu cara mendalami ilmu hakikat dengan menyelami dan mengenali diri sendiri, yang merupakan satu – satu jalan yang dilalui oleh wali-wali Allah, ariffinbillah dan para aulia.

Mereka yang menjalani pengajian ilmu hakiki ini akan beriktiar dengan tekun dan tabah untuk merapatkan hubungan dengan dirinya dengan Allah swt dengan cara membongkar, menyeliki dan menyaksikan diri sendiri, iaitu diri rahsia yang ditanggung oleh dirinya dan berusaha untuk membentuk dinya menjadi kamil-mukamil.

Bagi mereka yang ingin melalui cara hakiki ini adalah dinasihatkan terlebih dahulu melalui cara toreqat dan berjaya pula membersihkan dirinya dari dari segala bentuk syirik “saghir”, syirik “khafi” dan dan syirik “jalli.” Mereka hendaklah menjalani perguruan dengan guru-guru hakiki dan makrifat serta muryid yang mempunyai pengetahuan yang luas serta mencapai pula ke tahap martabatnya.

Untuk pengetahuan lebih jelas silalah bertanya dengan guru-guru, makrifat lagi mursyid.

Orang-orang hakiki yang sampai pada martabatnya bukan sahaja mulia di sisi Allah malah mendapat pula kemuliannya di tengah masyarakat. Adalah perlu ditegaskan di sini matlamat akhir pengajian hakikat adalah untuk megembalikan diri Asal Mu Mula Allah, iaitu pada zahir dan batin yakni pada diri zahir dan diri batin pada martabat kemuliaan insan kamil-mukamil. Tiada sesuatu pun pada dirinya kecuali Allah semata-mata. Dan balik mu semula Allah.

Untuk itu pengajian hakikat ini mestilah ada kesinambungan dengan pengajian makrifat. Sesungguhnya kata hakikat dan makrifat dua perkataan yang tidak boleh dipisahkan. Dan tidaklah SALAH sama sekali kalau sesiapa pun yang hanya mahu berpegang pada syariat semata-mata. Cumanya bagi ahli hakikat mereka memakrifatkan diri mereka kepada Allah swt dan hanya orang-orang tertentu sahaja yang dipilih oleh Allahswt.

Jalan orang hakikat ini adalah jalan orang yang benar-benar menunjukkan rasa cintanya kepada Allah swt sebab itu dalam hal berkaitan dengan makrifat ini, 'RASA' itulah yang dikejar oleh para ahli hakikat dan makrifat.

'Rasa' itu merupakan kelazatan yang sukar diungkapkan.

Tujuan Martabat 'Alam Insan'

Tujuan utama pengkajian dan keyakinan martabat 'alam insan' ini ialah untuk;

-  memahami dan memegang satu keyakinan mutlak bahawa diri kita ini sebenar-benarnya bukanlah diri kita, tetapi dikembalikan semula ke asalnya Tuhan.

Dengan kata lain untuk memperpanjangkan kajian, kita juga dapat mengetahui pada hakikatnya dari mana asal mula diri kita sebenarnya hinggalah kita zahir ke alam maya ini.

Dalam pada itu dapat pula kita mengetahui pada hakikatnya ke mana diri kita harus kembali dan apakah tujuan sebenar diri kita dizahirkan?

Dengan memahami martabat 'alam insan' ini maka sudah pastilah kita dapat mengetahui bahawa diri kita ini adalah Sifat-Nya Allah Taala semata-mata. Diri sifat yang ditajallikan bagi menyatakan Sifat-Nya sendiri - yakni pada alam saghir dan alam kabir. Dan Allah swt memuji Diri-Nya dengan Asma’Nya sendiri dan Allah swt memuji Diri-Nya sendiri dengan Afa’al-Nya sendiri.

Dalam memeperkatakan martabat 'alam insan' ini kita memperkatakan tentang diri kita sendiri. Diri kita daripada Sifat Tuhan yang berasal daripada Qaibull-Quyyub (martabat Ahdah), iaitu pada martabat Zat hinggalah zahir kita bersifat dengan sifat bangsa Muhammad saw. Oleh yang demikian wujud atau zahirnya kita ini bukan sekali-kali diri kita, tetapi sebenarnya diri kita ini adalah penyataan kepada diri Tuhan semesta alam semata-mata.

Sama seperti FirmanNya;

‘Innalillahi wainna ilaihiroji'uun' yang bermaksud: “Sesungguhnya diri mu itu Allah (Tuhan Asal Diri-Mu) dan hendaklah kamu pulang menjadi Tuhan kembali”.

Setelah mengetahui dan memahami secara jelas lagi terang bahawa asal kita ini adalah daripada Tuhan pada martabat Ahdah dan Nyata-Nya kita sebagai Sifat-Nya pada martabat 'alam insan' dan pada 'alam insan' inilah kita memulakan langkah untuk mensucikan sifat diri kita ini pada martabat Sifat kepada martabat Tuhan kembali, iaitu asal mula diri kita sendiri atau martabat Zat.

Sesungguhnya Allah swt diri kita pada martabat Ahdah menyatakan diri-Nya dengan Sifat-Nya sendiri dan memuji Sifat-Nya sendiri dengan Asma-Nya sendiri serta menguji Sifat-Nya dengan Afa’al-Nya sendiri. Sesungguhnya tiada sesuatu sebenarnya pada diri kita ini kecuali diri Sifat Allah, Tuhan semesta semata-mata.

Proses Mengembalikan Diri

Dalam proses menyucikan diri dan mengembalikan rahsia kepada 'tuan empunya rahsia', maka manusia itu semestinya mempertingkatkan kesuciannya sampai ke peringkat asal kejadian rahsia Allah Taala.

Manusia ini sebenarnya mesti menerokai dan melalui daripada 'alam insan' pada nafsu amarah ke martabat Zat, iaitu nafsu Kamaliah pada maqam “Izzatul-Ahdah”. Lantaran itulah tugas manusia semestinya mengenal hakikat diri ini lalu balik untuk mengembalikan amanah Allah swt tersebut sebagaimana mula proses penerimaan amanahnya pada peringkat awal.

Sesunggunya Allah dalam mengenalkan diri-Nya melalui lidah dan hati manusia, maka Dia telah mentajallikan Diri-Nya menjadi rahsia kepada diri manusia. Sebagaimana diperkatakan dalam hadis Qudsi;

“Al-insanul sirruhu wa ana sirruhu" yang bermaksud, 'Manusia itu adalah rahsia-Ku dan Aku adalah rahsia diri manusia itu sendiri'.

Mengenai martabat pengujudan diri rahsia Allah swt atau dikenali juga 'Martabat Tujuh' itu terbahagi kepada TUJUH Alam.

Ketujuh-tujuh martabat atau alam ini terkandung di dalam surah -Al Ikhlas -

QulhuwallahuAhad – Ahdah

Allahushomad – Wahdah

Lamyalidd – Wahdiah

Walamyuladd – Alam Roh (Alam Malakut)

Walamyakullahu – Alam Misal (Alam Bapa)

Kuffuan – Alam Ijsan

Ahad – Alam Insan

... seperti firman-Nya lagi dalam Al-Quran,

"Setelah diketahui demikian maka tidaklah patut disamakan Allah Tuhan yang berkuasa mengawas tiap-tiap diri dan mengetahui akan apa yang telah diusahakan oleh diri-diri itu, (dengan makhluk yang tidak bersifat demikian). Dalam pada itu, mereka yang kafir telah menjadikan beberapa makhluk sebagai sekutu bagi Allah. Katakanlah (wahai Muhammad): Namakanlah kamu akan mereka (yang kamu sembah itu). Atau adakah kamu hendak memberi tahu kepada Allah akan apa yang tidak diketahuiNya di bumi? Atau adakah kamu menamakannya dengan kata-kata yang lahir (sedang pada hakikatnya tidak demikian)? Bahkan sebenarnya telah diperhiaskan oleh Iblis bagi orang-orang yang kafir itu akan kekufuran dan tipu-daya mereka (terhadap Islam) dan mereka pula disekat oleh hawa nafsu mereka daripada menurut jalan yang benar dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah) maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya"  -  surah Ar-Rad: 33.

Nur, Mata hati dan hati

Nur-nur Ilahi hati dan rahsia hati. Nur itu ialah tentera hati sebagaimana kegelapan sebagai tentera nafsu. Jika Allah swt mahu menolong hamba-Nya maka dibantu dengan tentera Anwar (Nur-nur) dan dihentikan bekalan kegelapa. Nut itu baginya menghakimkan dan hati itu baginya menghadap atau membelakangi.

Allah s.w.t hanya boleh dikenal jika Dia sendiri mahu Dia dikenali. Jika Dia mahu memperkenalkan Diri-Nya kepada hamba-Nya maka hati hamba itu akan dipersiapkan dengan mengurniakannya warid. Hati hamba diterangi dengan Nur-Nya. Tidak mungkin mencapai Allah s.w.t tanpa dorongan yang kuat daripada Nur-Nya. Nur-Nya adalah kenderaan bagi hati untuk sampai ke Hadrat-Nya. Hati adalah umpama badan dan roh adalah nyawanya. Roh pula berkait dengan Allah s.w.t dan perkaitan itu dinamakan as-Sir (Rahsia). Roh menjadi nyawa kepada hati dan Sir menjadi nyawa kepada roh. Boleh juga dikatakan bahawa hakikat kepada hati adalah roh dan hakikat kepada roh adalah Sir. Sir atau Rahsia yang sampai kepada Allah s.w.t dan Sir yang masuk ke Hadrat-Nya. Sir yang mengenal Allah s.w.t. Sir adalah hakikat kepada sekalian yang maujud.

Nur Ilahi menerangi hati, roh dan Sir. Nur Ilahi membuka bidang hakikat-hakikat. Amal dan ilmu tidak mampu menyingkap rahsia hakikat-hakikat. Nur Ilahi yang berperanan menyingkap tabir hakikat. Orang yang mengambil hakikat dari buku atau dari ucapan orang lain, bukanlah hakikat sebenar yang ditemuinya. Ia hanyalah sangkaan dan khayalan semata-mata. Jika mahu mencapai hakikat perlulah mengamalkan wirid sebagai cara pembersih hati. Kemudian bersabar menanti sambil terus juga berwirid. Sekiranya Allah s.w.t kehendaki warid akan didatangkan-Nya kepada hati yang asyik dengan wirid itu. Itulah kejayaan yang besar boleh dicapai oleh seseorang hamba semasa hidupnya di dunia ini.

Alam ini pada hakikatnya adalah gelap. Alam menjadi terang kerana ada kenyataan Allah s.w.t padanya. Misalkan kita berdiri di atas puncak sebuah bukit pada waktu malam yang gelap gelita. Apa yang dapat dilihat hanyalah kegelapan? Apabila hari siang, matahari menyinarkan sinarnya, kelihatanlah tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang menghuni bukit itu. Kewujudan di atas bukit itu menjadi nyata kerana diterangi oleh cahaya matahari. Cahaya menzahirkan kewujudan dan gelap pula membungkusnya. Jika kegelapan hanya sedikit maka kewujudan kelihatan samar. Sekiranya kegelapan itu tebal maka kewujudan tidak kelihatan lagi. Hanya cahaya yang dapat menzahirkan kewujudan, kerana cahaya dapat menghalau kegelapan. Jika cahaya matahari dapat menghalau kegelapan yang menutupi benda-benda alam yang nyata, maka cahaya Nur Ilahi pula dapat menghalau kegelapan yang menutup hakikat-hakikat yang ghaib.

Mata di kepala melihat benda-benda alam dan mata hati melihat kepada hakikat-hakikat. Banyaknya benda alam yang dilihat oleh mata kerana banyaknya cermin yang membalikkan cahaya matahari, sedangkan cahaya hanya satu jenis sahaja dan datangnya dari matahari yang satu jua. Begitu juga halnya dengan pandangan mata hati. Mata hati melihat banyaknya hakikat kerana banyaknya cermin hakikat yang membalikkan cahaya Nur Ilahi, sedangkan Nur Ilahi datangnya dari nur yang satu yang bersumberkan Zat Yang Maha Esa.

Kegelapan yang menutupi mata hati menyebabkan hati terpisah daripada kebenaran. Hatilah yang tertutup sedangkan pada hakikat sebenarnya, kebenaran tidak tertutup. Dalil atau bukti yang dicari bukanlah untuk menyatakan kebenaran, tetapi adalah untuk mengeluarkan hati dari lembah kegelapan kepada cahaya yang terang-benderang bagi melihat kebenaran yang sememangnya telah tersedia ada, bukan mencari kebenaran yang baru. Cahayalah yang menerangi atau membuka tutupan hati. Nur Ilahi adalah cahaya yang menerangi hati dan mengeluarkannya dari kegelapan serta membawanya menyaksikan sesuatu dalam keadaannya yang asli.

Apabila Nur Ilahi sudah membuka tutupan dan cahaya terang telah bersinar maka mata hati dapat memandang kebenaran dan keaslian yang selama ini disembunyikan oleh alam nyata. Bertambah terang cahaya Nur Ilahi yang diterima oleh hati bertambah jelas kebenaran yang dapat dilihatnya. Pengetahuan yang diperolehi melalui pandangan mata hati yang bersuluhkan Nur Ilahi dinamakan ilmu laduni atau ilmu yang diterima dari Allah s.w.t secara langsung. Kekuatan ilmu yang diperolehi bergantung kepada kekuatan hati menerima cahaya Nur Ilahi.

Murid yang masih pada peringkat permulaan hatinya belum cukup bersih, maka cahaya Nur Ilahi yang diperolehinya tidak begitu terang. Oleh itu ilmu laduni yang diperolehinya masih belum mencapai peringkat yang halus-halus. Pada tahap ini hati boleh mengalami kekeliruan. Kadang-kadang hati menghadap kepada yang kurang benar dengan membelakangkan yang lebih benar. Orang yang pada peringkat ini perlu mendapatkan penjelasan daripada ahli makrifat yang lebih arif. Apabila hatinya semakin bersih cahaya Nur Ilahi semakin bersinar meneranginya dan dia mendapat ilmu yang lebih jelas. Lalu hatinya menghadap kepada yang lebih benar, sehinggalah dia menemui kebenaran hakiki.

Terbuka mata hati memperlihatkan kepada kita akan hampirnya Allah swt. Penyaksian mata hati memperlihatkan kepada kita akan ketiadaan kita di samping wujud Allah swt. Penyaksian hakiki mata hati dapat memperlihatkan kita bahawa hanya Allah swt yang wujud - sudah tidak terlihat lagi akan ketiadaan kita atau wujudnya kita.

Apabila hati sudah menjadi bersih maka hati itu akan menyinarkan cahayanya. Cahaya hati ini dinamakan 'Nur Kalbu'. Ia akan menerangi akal lalu akal dapat memikirkan dan merenungi tentang hal-hal ketuhanan yang menguasai alam dan juga dirinya sendiri. Renungan akal terhadap dirinya sendiri membuatnya menyedari akan perjalanan hal-hal ketuhanan yang menguasai dirinya. Kesedaran ini membuatnya berasakan dengan mendalam betapa hampirnya Allah s.w.t dengannya.

Maka lahirlah di dalam hati nuraninya perasaan bahawa Allah s.w.t sentiasa mengawasinya. Allah s.w.t melihat segala gerak-gerinya, mendengar pertuturannya dan mengetahui bisikan hatinya. Jadilah dia seorang mukmin yang cermat dan berwaspada.

Di antara sifat yang dimiliki oleh orang yang sampai kepada martabat mukmin ialah:

a)  Cermat dalam pelaksanaan hukum Allah s.w.t.

b)  Hati tidak cenderung kepada harta, berasa cukup dengan apa yang ada dan tidak sayang membantu orang lain dengan harta yang dimilikinya.

c)  Bertaubat dengan sebenarnya (taubat nasuha) dan tidak kembali lagi kepada kejahatan.

d)  Rohaninya cukup kuat untuk menanggung kesusahan dengan sabar dan bertawakal kepada Allah s.w.t.

e)  Kehalusan jiwa kerohaniannya membuatkan dia berasa malu kepada Allah s.w.t dan sentiasa merendah diri kepada-Nya.

Orang Mukmin yang taat kepada Allah s.w.t, kuat melakukan ibadat, di mana akan meningkatlah kekuatan dalaman rohaninya. Dia akan kuat melakukan tajrid, iaitu menyerahkan segala urusan kehidupannya kepada Allah s.w.t. Dia tidak lagi khuatir terhadap sesuatu yang menimpanya, walaupun bala yang besar.

Dia tidak lagi meletakkan kepergantungannya kepada sesama makhluk. Hatinya telah teguh dengan perasaan reda terhadap apa jua yang ditentukan Allah s.w.t untuknya. Bala tidak lagi menggugat imannya dan nikmat tidak lagi menggelincirkannya. Baginya bala dan nikmat adalah sama, iaitu takdir yang Allah s.w.t tentukan untuknya.

Apa yang Allah s.w.t takdirkan itulah yang paling baik. Orang yang seperti ini sentiasa di dalam penjagaan Allah s.w.t kerana dia telah menyerahkan dirinya kepada Allah s.w.t. Maka Allah s.w.t kurniakan kepadanya keupayaan untuk melihat dengan mata hati dan bertindak melalui petunjuk Laduni - tidak lagi melalui fikiran, kehendak diri sendiri atau angan-angan. Pandangan mata hati kepada hal ketuhanan memberi kesan kepada hatinya (kalbu). Dia mengalami suasana yang menyebabkan dia menafikan kewujudan dirinya dan diisbatkannya kepada Wujud Allah s.w.t. Suasana ini timbul akibat hakikat ketuhanan yang dialami oleh hati.. Dia berasa benar-benar akan keesaan Allah s.w.t bukan sekadar mempercayainya.

Pengalaman tentang hakikat bisa dikatakan memandang dengan mata hati. Mata hati melihat atau menyaksikan keesaan Allah s.w.t dan hati merasakan akan keadaan keesaan itu. Mata hati hanya melihat kepada Wujud Allah s.w.t, tidak lagi melihat kepada wujud dirinya. Orang yang di dalam suasana seperti ini telah berpisah dari sifat-sifat kemanusiaan. Dalam berkeadaan demikian dia tidak lagi mengendahkan peraturan masyarakat. Dia hanya mementingkan soal perhubungannya dengan Allah s.w.t.

Soal duniawi seperti makan, minum, pakaian dan pergaulan tidak lagi mendapat perhatiannya. Kelakuannya boleh menyebabkan orang ramai menyangka dia sudah gila. Orang yang mencapai peringkat ini dikatakan mencapai makam tauhid sifat. Hatinya jelas merasakan bahawa tidak ada yang berkuasa melainkan Allah s.w.t dan segala sesuatu datangnya dari Allah s.w.t.

Rohani manusia bisa melalui beberapa peningkatan dalam proses mengenal Tuhan. Pada tahap pertama terbuka mata hati dan Nur Kalbu memancar menerangi akalnya. Seorang mukmin yang akalnya diterangi Nur Kalbu akan melihat betapa hampirnya dia dengan Allah s.w.t. Dia melihat dengan ilmunya dan mendapat keyakinan yang dinamakan ilmul-yaqin. Ilmu berhenti di situ. Pada tahap keduanya mata hati yang terbuka sudah boleh melihat. Dia tidak lagi melihat dengan mata ilmu, tetapi melihat dengan mata hati. Keupayaan mata hatinya memandang itu dinamakan kasyaf. Kasyaf melahirkan pengenalan atau makrifat. Seseorang yang berada di dalam makam makrifat dan mendapat keyakinan melalui kasyaf dikatakan memperolehi keyakinan yang dinamakan ainul-yaqin. Pada tahap ainul yaqin makrifatnya ghaib dan dia juga ghaib daripada dirinya sendiri. Maksud ghaib di sini adalah hilang perhatian dan kesedaran terhadap sesuatu perkara.

Beginilah hukum makrifat yang berlaku.

Makrifat lebih tinggi nilainya daripada ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan adalah pencapaian terhadap persoalan yang terpecah-pecah bidangnya. Makrifat pula adalah hasil pencapaian terhadap hakikat-hakikat yang menyeluruh, iaitu hakikat kepada sekelian hakikat. Pun begitu, penyaksian mata hati jauh lebih tinggi daripada ilmu dan makrifat kerana penyaksian itu adalah hasil daripada  kemahuan keras dan perjuangan yang gigih disertai dengan upaya hati dan pengalaman.

Penyaksian (shahadul Haq) adalah setinggi-tinggi keyakinan. Penyaksian yang paling tinggi ialah penyaksian hakiki oleh mata hati atau penyaksian yang haq. Ia merupakan keyakinan yang paling tinggi dan dinamakan haqqul-yaqin. Pada tahap penyaksian hakiki mata hati, mata hati itu sudah tidak lagi melihat kepada ketiadaan dirinya atau kewujudan dirinya, tetapi Allah s.w.t dilihat dalam segala sesuatu, segala kejadian, dalam diam dan dalam tutur-kata. Penyaksian hakiki mata hati melihat-Nya tanpa dinding penutup antara kita dengan-Nya. Tiada lagi antara atau ruang antara kita dengan Dia.

Allah swt berfirman;

“Dan Dia (Allah) tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada.”  - Surah Al-Hadid: 4

Dia tidak terpisah daripada kamu. Penyaksian yang hakiki ialah melihat Allah s.w.t dalam segala sesuatu dan pada setiap waktu. Pandangannya terhadap makhluk tidak menutup pandangannya terhadap Allah s.w.t. Inilah makam keteguhan yang dipenuhi oleh ketenangan serta kedamaian yang sejati dan tidak berubah-ubah - yang bernaung di bawah payung Yang Maha Agung dan Ketetapan Yang Teguh. Pada penyaksian yang hakiki tiada lagi ucapan, tiada bahasa, tiada ibarat, tiada ilmu, tiada makrifat, tiada pendengaran, tiada kesedaran, tiada hijab dan kesemuanya sudah tiada. Tabir hijab telah tersingkap, maka Dia dipandang tanpa ibarat, tanpa huruf, tanpa abjad. Allah s.w.t dipandang dengan mata keyakinan bukan dengan mata zahir atau mata ilmu atau kasyaf. Yakin, semata-mata yakin bahawa Dia yang dipandang sekalipun tidak ada sesuatu pengetahuan untuk diceritakan dan tidak ada sesuatu pengenalan untuk dipamerkan.

Orang yang memperolehi haqqul-yaqin berada dalam suasana hatinya kekal bersama-sama Allah s.w.t pada setiap ketika, setiap ruang dan setiap keadaan. Dia kembali kepada kehidupan seperti manusia biasa dengan suasana hati yang demikian, di mana mata hatinya sentiasa menyaksikan Yang Hakiki. Allah s.w.t dilihat dalam dua perkara yang berlawanan dengan sekali pandang. Dia melihat Allah s.w.t pada orang yang membunuh dan orang yang kena bunuh. Dia melihat Allah s.w.t yang menghidupkan dan mematikan, menaikkan dan menjatuhkan, menggerakkan dan mendiamkan. Tiada lagi perkaitannya dengan kewujudan atau ketidakwujudan dirinya. Wujud Allah Esa, Allah s.w.t meliputi segala sesuatu.
Elias Hj Idris




Adab berdakwah atau berhujah adalah untuk mencari kebenaran. Oleh itu;


a)  Jaga tutur-kata supaya tidak emosional di samping menyertakan sumber dalil daripada Al-Quran, sunnah Rasulullah saw ataupun ijma' dan qias para ulama.

b)  Dalam berdakwah, kita tidak menghina agama lain.

c)  Kita juga tidak menghina bangsa lain.

d) Kita menjelaskan apa yang dibenarkan oleh Islam serta arif tentang apa yang diharamkan.

e)  Kita perlu memastikan dakwah itu mengajak umat manusia biar bersatu dengan Islam - berpaksi kepada aqidah, syariat dan akhlak Islam.

f)  Dalam menjalankan tugas ini pastikan tujuan berdakwah ialah untuk menjelaskan kepada masyarakat tentang perkara yang dibenarkan dan dilarang oleh Islam.

Jelaskan tentang nasib umat manusia di akhirat kelak, iaitu di syurga atau neraka.

g)  Dalam berdakwah hindari sama sekali sifat dendam dan hasad dengki.