Elias Hj Idris
Oleh Aidil Khalid
WANG RAKYAT DAN KUIL HARAM?

 thestar.com.my


Hari ini dilaporkan bahawa Kerajaan Selangor berkemungkinan akan membelanjakan wang membeli tanah lokasi kuil haram Sri Maha Mariamman itu, bagi menyelamatkan kuil haram itu daripada dipindahkan. [1]
Ini adalah satu perbuatan yang bercanggah dengan perlembagaan persekutuan, kerana wang bagi membeli tanah itu datangnya daripada hasil negeri. Hasil negeri pula sumbernya adalah sebahagiannya wang cukai rakyat umum. Manakala tanah itu jika dibeli nanti, tujuannya adalah semata-mata supaya kuil haram itu dapat terus berdiri di situ, tiada tujuan lain, hanya itulah tujuannya.

Justeru hal ini bercanggah dengan Perkara 11(2) Perlembagaan Persekutuan, yang memperuntukkan secara jelas, bahawa tiada mana-mana orang boleh diminta membayar apa-apa cukai, jika sebahagian hasilnya digunakan untuk sesuatu agama selain agamanya sendiri.

Ini berbeza dengan wang cukai yang digunakan untuk membina masjid, kerana Islam adalah agama Persekutuan, justeru ianya dibenarkan di bawah peruntukan lain, iaitu Perkara 3(1). Tetapi menggunakan wang cukai daripada kaum Muslimin, untuk menyelematkan sebuah kuil haram di atas tanah yang bukan miliknya, adalah melampau dan biadab.

Perlu diingat, ini bukan soal perkauman, tetapi soal keperlembagaan. Ini adalah isu konstitusional.
Juga tidak timbul soal menganiaya kaum Hindu, kerana pentadbir sah kuil itu sendiri telah mengakui, bahawa sememangnya penghakiman persetujuan telah direkodkan oleh Mahkamah Tinggi pada tahun 2014 — bayaran pampasan telah diterima oleh mereka, tanah ganti telah disediakan, bahkan kuil baharu di lokasi baharu telah siap dibina dan telah pun mula beroperasi! [2]

Takkan apabila kuil baharu telah siap dibina dan telah mula beroperasi, tapi mereka pula tidak mahu pindah — wah, wah, wah, ini sudah melampau, diberi betis, nak minta peha pula, sampai dapat dua kuil!

Ini bukan isu perkauman, tetapi apabila wang hasil negeri nak dibazirkan semata-mata untuk menyelamatkan kuil haram, dalam pada melanggar dan membelakangkan perintah sah mahkamah dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, maka Melayu-Islam wajar mengenang kembali seruan Sasterawan Negara Usman Awang kira-kira 5 dekad yang lalu:

“Panas dadamu membakar baju
...
Anak Melayu, namamu telah diseru;
jawablah sebelum lidahmu jadi bisu.”

[1] https://www.thestar.com.my/…/sgor-govt-may-acquire-seafie…/…
[2] https://www.hmetro.com.my/…/patuhi-arahan-mahkamah-untuk-be…

Elias Hj Idris


Zikir dengan menggunakan lafal “Subhanallah Wa Bihamdihi Subhanallahil Adzim” merupakan salah satu kalimat yang banyak dianjurkan di dalam hadits-hadits Nabi saw, antara lain sebagai berikut:

1) Rasulullah Saw bersabda : “Dua kalimat yang ringan diuca
pkan lidah, berat dalam timbangan, dan disukai oleh (Allah) Yang Maha Pengasih, yaitu kalimat subhanallah wabihamdihi, subhanallahil ‘Azhim (Mahasuci Allah dan segala puji bagi-Nya, Mahasuci Allah Yang Maha Agung).” (HR Bukhari 7/168 dan Muslim 4/2072);

2) Rasulullah Saw bersabda : “Sesungguhnya sebaik-baik ucapan kepada Allah SWT adalah kalimat subhanallah wa bihamdihi.” (HR Muslim dan Tirmidzi).

3) Diriwayatkan dari Abi Dzar. Rasulullah pernah ditanya, “Perkataan apa yang paling utama?” Beliau menjawab, “Yang dipilih oleh Allah bagi para malaikat dan hamba-hamba-Nya, yaitu subhanallah wabihamdihi (Mahasuci Allah dengan segala puji bagi-Nya).” (HR Muslim).

4) Rasulullah Saw bersabda : “Barangsiapa mengucapkan subhanallah wabihamdihi seratus kali dalam sehari, ia akan diampuni segala dosanya sekalipun dosanya itu sebanyak buih di laut.” (HR Muslim dan Tirmidzi)
Elias Hj Idris
Memahami 'Timeline' isu Sri Maha Mariamman Temple, Hicom
.
1. Tanah terletaknya kuil berkenaan asalnya dimiliki oleh Consolidated Plantations Bhd yang merupakan pemilik kepada Seafield Estate.
Ada 2 teori mengenai tarikh asal pembinaan kuil tersebut,
1974: Kuil tersebut dibina pada tahun 1974 oleh seorang individu yang bernama Sabathy Perumal.
1891: Ia dibina pada tahun 1891 di sebahagian tanah yang didedikasikan oleh pemiliknya untuk kegunaan pekerja Hindu di estet tersebut.
.
2. Pada tahun 1987,
SIME UEP membeli tanah tersebut daripada Consolidated Plantations Bhd.
Tanah tersebut asalnya adalah di bawah status tanah pertanian namun kemudiannya SIME UEP telah menukarkannya kepada skim pembangunan perumahan.
.
3. Pada tahun 1992-1993,
Tanah kuil berkenaan telah dituntut oleh pihak SIME UEP yang bertindak sebagai pemilik tanah setelah membeli tanah tersebut daripada pemilik estet pada tahun 1987.
Maka ditubuhkanlah komiti pengurusan kuil berkenaan di bawah ROS dan Chellappa a/l K.Kalimuthu telah dilantik sebagai presiden manakala Nagaraju a/l Merganathan telah dilantik sebagai setiausaha komiti tesebut.
.
4. Pada tahun 1996,
Tuntutan pertama melalui saman sivil : No.MT1-21-353-1996 di antara Chellappa a/l K.Kalimuthu (mendakwa sebagai Pegawai Awam Kuil Sri Maha Mariamman, Hicom Shah Alam Selangor sejajar dengan Seksyen 9 @Akta Pertubuhan 1966) dan Sime UEP Properties Sdn Bhd, Pengarah Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor Darul Ehsan, Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan, One City Development Sdn Bhd, Merganathan a/l Nallo (Defendants) dan Nagaraju a/l Merganathan (perayu/pencelah).
Kes ini juga sebenarnya pernah diwakili oleh mendiang Karpal Singh.
.
5. Pada tahun 2001,
Berlaku salah faham di antara Chellapa dan Nagaraju, di mana Chellapa menuduh Nagaraju telah 'caught red handed' mencuri duit dan barang dapur kuil, Nagaraju kemudiannya meletakkan jawatan sebagai setiausaha, namun kemudiannya kembali bersama Mohan dan Vijayakumar lalu memaksa ahli komiti termasuklah Chelappa untuk mengosongkan kuil dengan cara paksaan dan ugutan.
.
6. Pada tahun 2007,
One City Development telah membeli tanah itu dan telah ada rancangan untuk memindahkan kuil telah bermula sejak saman sivil pertama iaitu No.MT1-21-353-1996 untuk menuntut hak kuil tersebut diteruskan dan akhirnya dapat diselesaikan pada tahun 2014.
.
7. Pada tahun 2012,
Kira-kira 50 penganut Hindu mengadakan protes aman di hadapan bangunan Sekretariat Negeri Selangor dan mendesak kerajaan negeri untuk menghalang perobohan kuil berkenaan dan menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan ura-ura cadangan pemindahan kuil berkenaan di Persiaran Harmoni di Putra Heights.
.
8. Pada tahun 2014,
Mac 2014,
Kedua-duanya Chellapa dan Nagaraju telah bersetuju untuk menyerahkan tanah tersebut kepada One City selepas syarikat itu bersetuju:
   a)  Menyediakan dua tanah lain yang terletak berhampiran kuil yang ada untuk diberikan kepada persatuan kuil berkenaan sebagai pampasan.
   b)  Menderma RM1.5 juta untuk membina kuil baru di salah satu daripada dua bidang tanah yang diberikan oleh One City.

Mahkamah mengarahkan tapak di mana kuil itu terletak untuk diserahkan kepada One City dalam masa dua bulan selepas pembinaan kuil baru oleh pemaju.

Julai 2014,
Sebuah lagi saman sivil yang melibatkan pertelingkahan di antara Chellapa dan Nagaraju telah dibuat: No.MT1-22-491-2001 (MT5) di antara Chellappa a/l K.Kalimuthu (mendakwa sebagai Pegawai Awam Kuil Sri Maha Mariamman, Hicom Shah Alam Selangor sejajar dengan Seksyen 9 @Akta Pertubuhan 1966) (as Plaintiff) and Merganathan a/l Nallo, Nagaraju a/l Merganathan, Sangguletchumi isteri kepada Sanggu, Thanabalan a/l Murugiah, Low Kok Beng, Mohan a/l Muniandy, Subramaniam, Subramaniam a/l Sarangabani, Sarathy a/l Muthan, and Vello s (as Defendants). Saman ini telah didengar dan Orders telah dimasukkan pada 25 Julai 2014.
.
9. Pada tahun 2016,
Berdasarkan keputusan mahkamah pada 2014, Chellappa telah dinobatkan sebagai pengurus kuil yang sah.
Persatuan kuil berkenaan juga secara sukarela melepaskan hak mereka ke salah satu tanah yang dijanjikan dan dibayar ganti rugi RM1 juta oleh One City sebagai pampasan.
.
10. Pada tahun 2017,
May 2017,
Pihak One City telah menghantar Notis Pengusiran (Eviction Notice) kepada pihak kuil.
Lokasi baru itu juga telah diwartakan oleh kerajaan negeri sebagai tempat ibadat.
Kawasan tanah untuk lokasi baru adalah satu hektar, dan ruang tambahan 0.86 ekar di sebelah kuil akan membolehkan para penganut memarkir kenderaan mereka
.
1 Jun 2017,
Isu menjadi panas semula apabila, Nagaraju bersama beberapa NGO telah menolak untuk mematuhi penghakiman persetujuan untuk berpindah, walaupun beliau telah menyetujui keputusan mahkhamah pada 2014.

Nagaraju dan NGO seperti Malaysian Indian Progressive Association (Mipas), Malaysian Indian Education Transformation Association (Mieta) telah menggunakan beberapa hujah untuk menolak cadangan pemindahan kuil berkenaan ke tapak baru (2.7 KM) dari tapak lama.

Berikut adalah hujah mereka:
  1. Sebuah pokok ara yang berusia 140 tahun ada di atas tanah tersebut, yang dianggap keramat kepada masyarakat Hindu.
  2. Mempunyai merit sejarah bahawa kuil berkenaan adalah berusia lebih 140 tahun dan perlu dikekalkan.
  3. Tapak baru bagi kuil adalah di kawasan Muslim yang mana acara sambutan di kuil mungkin akan mengganggu masyarakat setempat dan mewujudkan racial-tension.

Mereka juga memberi amaran kepada kerajaan negeri Selangor untuk menyelesaikan masalah ini jika tidak mahu menerima 'political backlash'.

6 Jun,
Dato Seri Azmin (MB Selangor ketika itu) telah menasihatkan dan memujuk pemaju untuk meletakkan notis eviction mereka sebagai on-hold.
.
Disember 2017,
Isu ini 'panas' sebentar apabila dibangkitkan semula oleh Sivarasa and Santiago yang mana kuil tersebut harus dikekalkan berdasarkan sejarah yang panjang sebagai kuil di tanah bekas estet tersebut.
.
11.Pada tahun 2018,
28 September,
Isu menjadi panas semula apabila satu notis pengosongan dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengarahkan penghuni kuil mengosongkan tapak pada atau sebelum 15 Oktober lalu.
.
16 Oktober,
Menteri Perpaduan YB Senator P.Waytha Moorthy menasihatkan masyarakat India untuk bertenang dan menegaskan bahawa beliau sedang menghubungi kesemua pihak yang terlibat untuk menyelesaikan masalah tersebut.
.
25 Oktober,
Menerusi hantaran yang tular di laman Facebook, kira-kira 300 individu yang tidak bersetuju kuil itu dipindahkan telah bertindak berkumpul di kuil berkenaan semasa urusan pemindahan dijalankan menyebabkan kesesakan teruk di LDP.

Seramai kira-kira 300 orang anggota polis ditempatkan di lokasi terlibat bagi mengawal sebarang situasi tegang yang tercetus.
Selepas perbincangan, pemaju (One City) bersetuju untuk menangguhkan perobohan sehingga 22 November, iaitu selepas perayaan Deepavali.

Pengurusan kuil itu akan diambil-alih oleh pasukan petugas khas yang diketuai oleh aktivis Hindraf "Ramaji", yang nama sebenarnya M Ramachandran.

YB Sivarasa berjanji untuk bertemu dengan MB Selangor sebelum 22 November untuk mencari penyelesaian isu tersebut.
.
31 Oktober,
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin, V. Ganabatirau menasihatkan kepada pihak yang membantah untuk mengikut keputusan dan perjanjian di mahkahamah pada 2014, beliau juga mengingatkan bahawa arahan untuk kuil itu dipindah atas arahan mahkamah bukan arahan kerajaan negeri.

17 November,
Kumpulan yang membantah persetujuan antara jawatankuasa kuil dan pemaju untuk berpindah merancang satu tunjuk perasaan di luar parlimen minggu depan bagi meminta campurtangan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, walaupun mahkamah sudah membuat keputusan pada 2014.

Malah ada 2 orang penganut Hindu dikalangan jawatankuasa juga telah memulakan mogok lapar menentang pemindahan kuil tersebut.

Kumpulan “Save Seafield Sri Maha Mariamman Temple” berkata kuil itu, yang dibina lebih 40 tahun lalu, adalah warisan sejarah dan tidak patut dipindahkan.

Ketua kumpulan itu, S Ramaju, menuduh kerajaan tidak peduli akan bantahan mereka.
“Ini adalah kerajaan baharu, tetapi tidak menawarkan penyelesaian dan tidak proaktif,” katanya, dan menambah mereka akan berhimpun di luar Parlimen pada 21 November ini, sehari sebelum perpindahan kuil itu.
“Kami mahu Perdana Menteri campurtangan dan bantu kami cari satu penyelesaian. Tiada orang dengar rayuan kami,” katanya.
.
21 November,
Sekumpulan penganut Hindu berdemonstrasi di depan bangunan parlimen bagi mempertahankan kuil tersebut daripada dirobohkan pada tarikh akhir, iaitu 22 November 2018.

Mereka telah menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad supaya segera memberi perhatian kepada isu Kuil Sri Sakthi Maha Mariamman di Ladang Seafield.
Memorandum tersebut diterima oleh seorang pegawai tugas-tugas khas di Jabatan Perdana Menteri yang berjanji akan membawa isu itu ke perhatian Dr Mahathir.
.
23 November,
Sekali lagi memorandum cuba dibawa ke parlimen oleh Ramaji, yang juga Pengerusi Badan Bertindak Kuil Sri Sakthi Maha Mariamman namun telah dihalang masuk kira-kira jam 5.50 petang ketika ingin menghadiri perjumpaan bersama Menteri Perpaduan, P Waythamoorthy berhubung isu kuil.

Beliau mendakwa telah dilarang masuk parlimen kerana berpakaian Hindu.
Pada hari yang sama juga pihak pemaju dari One City menafikan bahawa mereka telah menangguhkan tarikh akhir 22 November kepada 29 November.
.
25-26 November,
Satu mesyuarat tergempar telah diadakan bahawa akan ada usaha daripada pihak pemaju untuk datang menghalau orang-orang di dalam kuil dan memulakan kerja pembersihan kuil mulai Isnin (26 November). Maka ramailah turun tunggu di kuil tersebut.

Pada pukul 2 pagi, sekumpulan lelaki Melayu (50-100 orang) berpakaian hitam yang dipercayai telah dibayar oleh pihak pemaju datang menyerbu kuil dan mengarahkan mereka yang ada di situ untuk keluar, dan keadaan menjadi tidak terkawal di mana ia telah diviralkan di media sosial menggunakan fungsi live facebook.

Unsur-unsur orang Melayu vs India, dan kononnya jeritan Allahu Akbar dijerit oleh kumpulan berkenaan telah didendangkan di dalam seruan meminta bantuan oleh pihak dari dalam kuil berkenaan.

Maka ramailah dari kalangan orang India yang turun ke kuil berkenaan dan berlakulah pertempuran dan pergaduhan di antara kumpulan lelaki Melayu tadi dengan mereka yang turun memberi bantuan kepada persatuan kuil. Kesannya, ada yang cedera parah akibat dipukul secara beramai-ramai dari kedua-dua belah pihak.

Pertempuran tersebut akhirnya telah berjaya dikawal oleh LPF dan FRU dan beberapa orang telah berjaya digari dan ditangkap oleh pihak polis. Dalam kekecohan tersebut, beberapa buah truck pickup telah diterbalikan dan beberapa buah kereta juga telah dibakar.
.
Sebagai kesimpulan, isu ini bukanlah isu 'planted' yang dirancang secara tiba-tiba, isu ini adalah isu lama yang sudah berpanjangan sejak bertahun-tahun walaupun sepatutnya telah diselesaikan dengan cara mahkahmah.

Namun mungkin kerana ada agenda daripada pihak-pihak tertentu isu ini menjadi panas dan semakin 'complicated' (25 November 2007 adalah hari ulang tahun Hindraf! - blogger)
Diharapkan, kita sebagai rakyat Malaysia tidak termakan akan provokasi atau hasutan yang tidak sepatutnya seperti, bahawa kejadian semalam adalah kejadian rusuhan di antara orang Melayu dan kaum India, orang Melayu nak robohkan kuil Hindu, ekstrimis Melayu atau Muslim dsbnya.

Walhal ia adalah pergeseran di antara pihak pengurusan kuil dan juga pihak pemaju yang telah memakan masa hampir 20 tahun namun tidak dapat diselesaikan lagi.

Dan sejujurnya kita rasa, kesemua pihak yang terlibat termasuklah pemaju harus dipanggil dan disiasat sebelum benda ni lebih merebak dan tidak terkawal.

Sekian.
.
.
Rujukan:
1. The Truth and Lies about Sri Maha Mariamman Temple, Hicom - Malaysia Hindu Sangam
http://www.malaysiahindusangam.org/…/the-truth-and-lies-ab…/
2. Mariamman temple in Subang Jaya finds new permanent home
https://www.malaymail.com/…/mariamman-temple-in-subang-jaya…
3. Tussle over Hindu temple, S'gor gov't urged to step in
https://www.malaysiakini.com/news/384199
4. Objection to Seafield temple demolition not valid, says Selangor exco
https://www.malaymail.com/…/objection-to-seafield-temple-de…
5. Press Statement – Seafield Sri Maha Mariamman Temple, USJ 25, Puchong - Azmin Ali
http://azminali.com/press-statement-seafield-sri-maha-mari…/
6. S'gor MB confirms freeze on eviction plan for Seafield temple
https://www.malaysiakini.com/news/384722
7. Seafield temple issue: Abusive speeches won’t help, says MP
https://www.freemalaysiatoday.com/…/seafield-temple-issue-…/
8. MPs want dialogue over fate of century-old temple
https://www.freemalaysiatoday.com/…/mps-want-dialogue-over…/
9. Minister urges calm over temple demolition in Subang Jaya
https://www.malaymail.com/…/minister-urges-calm-over-temple…
10. Pindah kuil ikut penghakiman persetujuan – Ganabatirau
https://selangortv.my/pindah-kuil-ikut-penghakiman-persetu…/
11. Seafield temple relocation postponed to after Deepavali following standoff with protesters
https://www.edgeprop.my/…/seafield-temple-relocation-postpo…
12. Tense Seafield Hindu temple standoff defused with relocation postponed to after Deepavali
https://www.thestar.com.my/…/tense-seafield-hindu-temple-s…/
13. Seafield temple demolition postponed again, following fresh protests
https://www.malaysiakini.com/news/448990
14. Kuil dipindah atas arahan mahkamah
http://www.sinarharian.com.my/…/kuil-dipindah-atas-arahan-m…
15. Bantah pindah kuil, laluan sesak
http://www.sinarharian.com.my/…/bantah-pindah-kuil-laluan-s…
16. Kuil Seafield Sri Maha Mariamman dipindah atas arahan mahkamah - Exco Selangor
http://www.astroawani.com/…/kuil-seafield-sri-maha-mariamma…
17. Kumpulan tolak pemindahan kuil rancang tunjuk perasaan di Parlimen
https://www.freemalaysiatoday.com/…/kumpulan-tolak-pem…/what
18. We don’t own the land, govt tells group opposed to temple relocation
https://www.freemalaysiatoday.com/…/we-dont-own-the-land-g…/
19. Respect the law and allow relocation, developer urges temple management
https://www.nst.com.my/…/respect-law-and-allow-relocation-d…
20. Seafield temple devotees take complaint to PM in protest at Parliament
https://www.freemalaysiatoday.com/…/seafield-temple-devote…/
21. Demo pertahan kuil 100 tahun di parlimen hari ini
https://www.malaysiakini.com/news/452765
22. Hindu Sangam: Handling of Seafield temple relocation good model to follow
https://www.freemalaysiatoday.com/…/hindu-sangam-handling-…/
23. Sami dakwa dilarang masuk parlimen kerana berpakaian Hindu
https://www.malaysiakini.com/news/453097
24. We didn’t agree to postpone temple relocation, says developer
https://www.freemalaysiatoday.com/…/we-didnt-agree-to-post…/
25. Violence erupts over relocation of Seafield temple
https://www.thestar.com.my/…/riot-breaks-out-over-relocati…/
26. Violence as devotees scuffle over relocation of Seafield temple
https://www.malaysiakini.com/news/453399
27. Violent scuffle erupts over relocation of Seafield temple
https://www.freemalaysiatoday.com/…/violent-protest-erupts…/
28. Hicom Maha Mariamman Temple, 22 November
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1438665266266262&set=a.1407654886033967&type=3
29. Devotees are beginning to gather to safeguard Seafield Maha Mariamman temple upon strong rumours of attempt by the Developer to demolish the temple anytime between 4pm till 9am. 25.11.2018 @ 10.20pm.
No automatic alt text available.
Elias Hj Idris
Pada 26 Nov 2018, jam lebih kurang 0230, bertempat di Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam Seafield, USJ 25, SUBANG JAYA telah berlaku insiden pergaduhan di antara sekumpulan lelaki Melayu dan penganut agama Hindu di kawasan kuil.

Hadir
2. Seramai lebih kurang 200 orang yang terdiri daripada penganut agama Hindu telah hadir semasa rusuhan tersebut. Tiada terkesan kehadiran personaliti yang dikenali hadir.

Kronologi Insiden Pergaduhan
3. Pada jam 0200 seramai lebih kurang 140 orang lelaki Melayu dipercayai daripada kumpulan ‘’Selempang Merah’’ dan “Kucing Merah” yang diketuai kanda Nizam Kajang dan Abang Ebar - Kucing Merah, Cheras telah berkumpul di Restoran Nasa Bistro, One City USJ 23. Ahli kumpulan tersebut telah diterangkan berkaitan tugasan mengawal kuil dan dijanjikan bayaran sebanyak RM300 sekiranya berjaya mengawal kuil sehingga ketibaan pihak pemaju One City Development Sdn Bhd dan pihak polis.

4. Pada jam 0230 kumpulan tersebut telah bergerak ke perkarangan kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam dan memasuki kawasan kuil. Kumpulan tersebut telah bertindak menghalau keluar sekumpulan penganut agama Hindu yang berada dalam kawasan kuil.

5. Pada jam 0240 telah berlaku pertengkaran di antara kumpulan lelaki Melayu yang berada dalam kawasan kuil dan penganut agama Hindu yang berada di luar kawasan kuil. Suasana tegang berlaku ekoran provokasi yang dilakukan oleh kumpulan tersebut dan tindakan ahli kumpulan yang melontar objek dari dalam dan luar kawasan kuil.


6. Pada jam 0420,kehadiran penganut Hindu dari kawasan sekitar semakin bertambah dan mereka berkumpul di luar kuil. Kumpulan penganut Hindu yang berada di luar kawasan kuil telah bertindak memotong pagar dan merempuh masuk ke dalam kawasan kuil serta bertindak memukul kumpulan lelaki Melayu yang berada dalam kawasan kuil. Sebahagian daripada ahli kumpulan tersebut telah berjaya melarikan diri melalui pagar di belakang kuil.

Insiden Membakar Kenderaan
7. Pada jam lebih kurang 0500, kumpulan penganut agama Hindu telah bertindak membakar kenderaan yang dikatakan milik kumpulan lelaki Melayu yang masuk ke dalam kawasan kuil. Sejumlah 22 buah kereta dan 5 buah motosikal telah dibakar oleh kumpulan penganut agama Hindu. Walau bagaimanapun,insiden membakar kenderaan telah dapat dikawal setelah kehadiran pihak bomba.

Kecederaan
- 3 orang cedera dari kumpulan Melayu (2 dihantar hospital dan 1 ditangkap cedera ringan)
- 2 orang cedera dari kumpulan kuil
- 1 cedera (anggota polis)

Ulasan
8. Pihak One City Development Sdn Bhd pada awalnya merancang kerja-kerja pemindahan kuil pada hari ini setelah tamat tempoh pengurusan kuil tersebut diambil-alih oleh task force yang bertanggungjawab mencari jalan penyelesaian berakhir pada 22 Nov 2018. Tindakan sekumpulan lelaki Melayu yang masuk ke dalam kawasan kuil telah mencetuskan kemarahan penganut agama Hindu sehingga mencetuskan pergaduhan. Jumlah kehadiran penganut Hindu yang ramai telah menaikkan semangat penganut Hindu untuk terus mempertahankan kuil tersebut.

Setakat jam 1020 kumpulan FRU telah bersurai dan pemantauan diteruskan oleh pihak polis. Arahan Dato’ Pahlawan Selangor memutuskan untuk menangguhkan operasi tersebut dan satu sidang media telah dibuat di IPD Subang Jaya. Pemantauan diteruskan sebarang perkembangan akan menyusul.

Cnp

https://www.facebook.com/fordlynx.lee88/videos/310175109829990/?t=3   -

https://www.facebook.com/ghauso/videos/1950114398358212/?t=156

** video kad pengenalan, kad silat mrk yg terlibat sblm kereta2 mrk dibakar.
Elias Hj Idris
Perghhh... Unit trust ape citer?jahanam la camni.. Huhu
#RinduZamanTungku









Najib Razak
Oleh kerana keyakinan pelabur telah terhakis akibat langkah-langkah yang tidak bijak dari kerajaan PH dan ekonomi yang semakin menyusut selepas PRU14, pelabur asing telah banyak menarik keluar dana mereka dari Malaysia.
Seperti di dalam carta ini, pelabur asing telah menambah pelaburan mereka di dalam Bursa Malaysia sebelum PRU14 tetapi telah tarik keluar pelaburan mereka hampir setiap bulan.

Pengaliran masuk tiba-tiba berubah kepada pengaliran keluar.

Sebanyak RM14.2 bilion dana pelaburan asing sudah keluar dari Bursa Malaysia sejak bulan Mei sehingga kini.

Indeks Bursa Malaysia juga jatuh sebanyak 200 mata berbanding bulan sebelum PRU14.
Saya tengok harga saham-saham yang paling terkesan ialah kebanyakkan GLC dan telah rata-rata turun.

Ini membimbangkan kerana pemegang saham terbesar GLC-GLC disenarai ialah tabung-tabung simpanan rakyat dan kerajaan seperti Khazanah, KWSP, LTAT, PNB dan Tabung Haji.

Berdasarkan jumlah saham yang dipegang oleh mereka, kejatuhan harga saham Telekom Malaysia sahaja telah menyebabkan Khazanah rugi RM3.9 bilion, KWSP rugi RM2.5 bilion dan ASB rugi RM1.8 bilion berbanding sebelum PRU14.

Saya perhatikan juga kebanyakan harga unit amanah (unit trust) yang diurus oleh pelbagai institusi kewangan swasta dan kerajaan telah jatuh. Ada yang jatuh 5% dan ada yang jatuh sebanyak 25% berbanding permulaan tahun ini.

Satu contoh ialah nilai satu unit ASN yang diurus oleh PNB. Harganya jatuh 13% dari 0.785 sen ke 0.68 sen hari ini.

Inilah petanda bahawa dividen ASB, KWSP, LTAT dan Tabung Haji untuk tahun ini mungkin jauh lebih rendah berbanding tahun lepas.

Sudah tentu dividen KWSP untuk tahun ini juga akan jauh lebih rendah dari kadar 6.9% yang diberi tahun lepas, iaitu kadar tertinggi selama 20 tahun.

Harga minyak dan kos sara hidup tidak turun, tetapi harga saham dan nilai simpanan rakyat yang turun?
Elias Hj Idris

100 dalil gabungan Pas-Umno bakal tumbangkan PH

Kerjasama strategik Pas-Umno dinilai bakal mengalahkan PH dalam PRU15 nanti berdasarkan 100 dalil yang dikongsikan seorang pemerhati politik. Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Abdul Muein Abadi melalui perkongsiannya menggariskan keputusan PRU14 yang diraih Pas dan Umno yang berada dalam komponen BN.

Antara dalil itu adalah kerana hanya perubahan sekitar 11% undi Melayu diperlukan Pas dan Umno untuk menguasai majoriti di parlimen berdasarkan kajian kuantitatif Ilham Centre.

Berikut merupakan 100 dalil bertajuk Kerjasama Pas-Umno: 100 Fakta Kuasa Melayu-Islam yang dikongsikan Abdul Muein:

1. Kerjasama strategik Pas-Umno bakal mengalahkan PH dalam PRU15 kelak kerana hanya perubahan sekitar 11% undi Melayu diperlukan Pas dan Umno untuk menguasai majoriti di parlimen (kajian kuantitatif Ilham Centre).

2. Undi Umno dalam PRU14 lalu ialah 2.5 juta.

3. Undi Pas dalam PRU14 lalu ialah 2.04 juta.

4. Usaha PH mengubah sistem pilihan raya daripada ‘First Past the Post’ kepada ‘Proportionate Representative’ dalam PRU15 juga akan memberi kelebihan besar kepada gabungan Pas-Umno berdasarkan pola undi popular dalam PRU14 lalu.

5. Undi popular kedua-dua Pas dan Umno jauh meninggalkan undi Bersatu, iaitu 700 ribu dalam PRU14 lalu.

6. Undi Amanah pula sekitar 640 ribu – dan rentetan kenyataan apologetik menteri daripada Amanah dalam isu sebatan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan ‘Hifz al-Din’ serta persepsi syiah yang sukar ditepis, pengaruh parti tersebut dijangka terus merosot teruk.

7. Demikian juga undi Melayu-Islam yang diperoleh PKR boleh digugat dengan pelbagai isu dalaman dan luaran yang bakal menjejaskan 2.1 juta undi popular mereka dalam PRU14 lalu.

8. Pengakuan terbuka Datuk Seri Dr Zahid Hamidi bahawa Umno sedang berusaha untuk kembali menjadi kerajaan dengan kaedah rundingan seolah-oleh membenarkan desas-desus kerjasama Umno-PKR (Anwar) di balik tabir.

9. Tindakan Zahid ‘merestui’ niat Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim untuk berkempen menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PRK Port Dickson menjadi petunjuk tambahan.

10. Sekiranya terbukti benar, maka Zahid kini sedang dalam langkah membentuk kerjasama bukan sahaja Umno-Pas, tetapi juga Umno-PKR (Anwar).

11. Ditambah pula dengan kunjungan hormat Anwar bertemu Tan Sri Taib Mahmud, tokoh Parti PBB yang paling berpengaruh di Sarawak memberi satu bayangan: 13 kerusi parlimen diterajui PBB yang kini dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terlibat dengan percaturan penting.

12. Malah, jika Tun Dr Mahathir Mohamad bertindak mengharamkan Umno susulan isu 1MDB, ahli Umno boleh segera menyertai Pas – atas dasar kerjasama pemimpin Pas-Umno ketika ini – sebagai reaksi balas untuk mewujudkan blok lawan yang kuat menghadapi PH dalam PRU15.

13. Demikian juga jika PKR berpecah susulan pemilihan 2018, kem PKR yang mesra dengan rundingan Zahid boleh bekerjasama secara tidak langsung dengan Pas dalam menghadapi lawan PKR yang pastinya cenderung kepada calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Dr Mahathir.

14. Penguasaan Pas di Kelantan dan Terengganu serta Umno di Perlis dan Pahang bakal diperkukuhkan hasil pemupukan persefahaman Pas-Umno menjelang PRU15.

15. Isu kebajikan rakyat terutamanya di bawah rejim PH yang bersifat neoliberal dengan mengutamakan pengurangan perbelanjaan awam boleh dipantau bersama Lajnah Kebajikan Pas dan Biro Kebajikan Umno.

16. Melalui kerjasama strategik Pas-Umno, mereka boleh melimpahkan lebihan undi mereka di Pantai Timur ke Pantai Barat melalui penempatan semula daftar pengundi dalam kalangan penyokong mereka.

17. Malah penguasaan PH yang diterajui Bersatu di Kedah juga bakal ditamatkan – dibantu kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang masih tiada visi dan dipersoalkan ahli bawahan PH sendiri.

18. Kerajaan PH di Perak juga akan runtuh memihak kerjasama Pas-Umno. Ditambah pula dengan sikap DAP yang dikenang cukup mendesak jawatan Speaker Dun dan tuntutan tanah 999 tahun.

19. Pergolakan dalaman PKR antara kem Anwar-Rafizi-Abdullah Sani-Nurul Izzah-Saifuddin Nasution bertembung dengan Azmin-Zuraida Kamaruddin-Amirudin Shari-Tian Chua-Dr Afif Bahardin-Latheefa Koya bakal memungkinkan cah keting berlaku sesama PKR pasca Pemilihan 2018 menuju PRU15.|

20. Isu peralihan kuasa antara Dr Mahathir kepada Anwar bukan sahaja bakal memberi impak kepada politik dalaman PKR, bahkan juga perpecahan antara sesetengah pemimpin dan ahli parti PH; terutama sekali antara Bersatu dengan PKR, PKR dengan Amanah. Kemungkinan besar ‘cah keting’ antara Bersatu dengan PKR (Kem Rafizi-Abdullah Sani-Anwar) dalam PRU15 kelak juga sukar untuk dinafikan.

21. Kewujudan gabungan Pas-Umno sebagai satu benteng yang kukuh dalam menghadapi PRU15 bakal menarik undi protes segmen PKR, Bersatu, mahu pun Amanah yang terpinggir susulan peralihan kuasa Dr Mahathir-Anwar.

22. Pemberian royalti petroleum lima peratus (5%) kepada Kelantan dan Terengganu bakal membantu kedua-dua kerajaan negeri Pas tersebut untuk melonjakkan prestasi kerajaan negeri sekali gus mengukuhkan sokongan kepada kerjasama Melayu Islam Pas-Umno. Apatah lagi jika 20% diberi seperti mana Manifesto PH.

23. Perlu diingat, pihak berkuasa di Sabah dan Sarawak kedua-duanya masih menuntut royalti petroleum daripada PH seperti mana yang dijanjikan PH dalam PRU14 lalu. Sabah secara khusus menuntut 20% royalti seperti mana yang terkandung dalam Buku Harapan.

24. Sebaliknya, kerajaan PH, khususnya Azmin dan Dr Radzi Jidin jelas cuba mengelak daripada memberikan 20% royalti kepada semua negeri pengeluar minyak dengan pelbagai alasan. Sepatutnya royalti petroleum juga dibayar kepada empat negeri pengeluar setidak-tidaknya Oktober 2018. Namun hingga kini keputusan akhir belum dibuat PH.

25. Berbeza dengan pemahaman kebiasaan pemberian royalti yang melibatkan ‘hasil pengeluaran’, PH sebaliknya cuba mencari jalan dengan mereka kaedah pengagihan baharu, iaitu pemberian berdasarkan ‘hasil keuntungan’.

26. Cadangan pembayaran daripada hasil keuntungan ini ditolak keras Kerajaan Pas Terengganu, PAS Kelantan dan GPS Sarawak kerana ia bertentangan dengan Akta Kemajuan Petroleum 1974. Malah, ia juga mengurangkan hasil yang sepatutnya menjadi hak negeri-negeri pengeluar petroleum.

27. Negeri-negeri majoriti Melayu, iaitu Terengganu, Kelantan, Pahang, dan Perlis juga dihukum dari segi agihan ahli parlimen di mana ahli parlimen PH menerima RM500k berbanding RM100k sahaja bagi ahli parlimen pembangkang termasuklah Umno dan Pas.

28. Malah, tindakan PH cuba membatalkan projek ECRL sepenuhnya di Pantai Timur seolah-olah menghukum dan menafikan majoriti orang Melayu Pantai Timur dari mencapai pembangunan strategik jangka panjang – tanpa sebarang perancangan alternatif.

29. Berdasarkan pengumuman Dr Mahathir bahawa bajet 2019 bakal menyaksikan banyak pihak tidak berpuas hati, ia akan menjadi kesilapan besar jika royalti kepada Kelantan, Terengganu, Sabah, dan Sarawak dikurangkan.

30. Kerjasama Pas-Umno di Semenanjung bakal menarik (atau memperkuat) Umno Sabah (bahkan juga Warisan) dan GPS Sarawak seandainya cara PH menangani isu royalti berterusan tidak cermat.

31. Apatah lagi dengan Pilihan Raya Negeri Sarawak bakal diadakan sekitar 2 ke 3 tahun sahaja lagi, tentunya GPS ingin memanfaatkan royalti minyak tersebut untuk membuktikan kewibawaan kerajaan mereka.

32. Senario ini membayangkan kemungkinan PH terpinggir ke sokongan masyarakat Cina bandar di Pantai Barat Semenanjung – dengan Umno-Pas-PKR (Anwar) bakal berpeluang menubuhkan kerjasama politik berskala besar bersama-sama Gabungan Bersatu Sabah (GBS) atau bahkan Warisan Sabah dan GPS di Sarawak.

33. Tindakan PH mengangkat individu yang mendedahkan perbelanjaan Yang Dipertuan Agong sebagai Penasihat Perdana Menteri akan dikenang sebagai cabaran kepada institusi Beraja. Demikian juga tindakan PH yang tidak mengambil tindakan ke atas pengarang Sarawak Report yang memfitnah Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah dalam kes Jho Low dan TIA bakal memberi mesej kelemahan memelihara maruah institusi beraja.

34. Timbulnya cadangan untuk menurunkan had usia layak mengundi juga bakal memberi impak ke atas pola undian PH – dengan demografi Melayu dan Bumiputera mengatasi kadar kelahiran bukan Melayu. Sekali gus manfaat kepada Pas-Umno (+PKR Anwar).

35. Tindakan Dr Mahathir yang berterus-terusan melempar tuduhan bahawa Orang Melayu ‘malas’ dan ‘mengharapkan bantuan tongkat kerajaan’- sedangkan keluarga beliau sendiri kaya-raya dilimpahi projek-projek kerajaan - bakal memberi kesan jangka panjang mengalih sokongan kepada Pas-Umno.

36. Kegagalan Manifesto PH seperti Janji 100 Hari PH juga bakal mengalih sokongan PH kepada gabungan Pas-Umno sebagai satu-satunya blok pembangkang tunggal.

37. Isu kegagalan menunaikan manifesto ini lebih terkesan ke atas undi PH di kawasan bandar dan separa bandar dijangka memberi impak di Selangor dan Johor.

38. Senario sebegini dibuktikan dengan jelas dalam PRK Seri Setia di mana PH hilang 15,000 undi yang mereka perolehi dalam PRU14 lalu. Demikian juga kemerosotan teruk undi PH di Sungai Kandis.

39. Tindakan PH mengurangkan bantuan kepada segmen penerima BR1M – dengan cadangan jelas Dr Mahathir untuk menghapuskan BR1M secara perlahan-lahan akan memberi kelebihan besar kepada kewujudan blok pembangkang Pas-Umno tanpa tiga penjuru.

40. Gandingan Pemuda Pas dan Pemuda Umno akan dapat disinergi di bawah pimpinan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi lulusan Portsmouth University United Kingdom (UK) dan Ketua Pemuda Umno, Dr Asyraf Wajdi Dusuki lulusan Loughborough University, UK.

41. Saiz jentera penerangan dan media Pas dan Umno bakal mengasak kerajaan PH dengan lebih agresif hasil kerjasama Pas-Umno. Koordinasi pemilihan isu untuk dipermasalahkan antara Pas dan Umno juga akan wujud, menjadikan tekanan ke atas PH seperti dalam sistem politik dwi-parti.

42. Pas Sabah juga berpeluang untuk bekerjasama dengan Gabungan Bersatu Sabah (GBS) yang sedang didaftarkan sebagai blok pembangkang tunggal di Sabah. Setakat ini GBS menyatukan Umno, Parti Bersatu Sabah (PBS), dan STAR.

43. Polemik yang tidak sepatutnya dalam hal-ehwal agama Islam seperti isu sebatan LGBT di Terengganu boleh dihadapi dengan suara yang lebih besar hasil kerjasama Pas-Umno.

44. Lajnah Perpaduan Nasional Pas dan Biro Pendidikan Politik Umno boleh memantau kemaraan agenda ‘Malaysian Malaysia’ dalam pentadbiran PH hari ini.

45. Dalam isu pemilikan hartanah Bumiputera, Lajnah Ekonomi, Hartanah, & Pembangunan Usahawan Pas boleh bekerjasama dengan Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Umno serta Biro Hal Ehwal Bandar dan Perumahan Umno untuk memantau dan memberi input berguna kepada kementerian PH yang berkaitan.

46. Lajnah Kesenian dan Kebudayaan Pas boleh bekerjasama dengan Biro Kebudayaan Umno dalam memantau dan menambah baik garis panduan hiburan di bawah kerajaan PH.

47. Dalam isu hal-ehwal pertanian dan alam sekitar, Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar Pas boleh bekerjasama dengan Biro Asas Tani Umno di seluruh negara untuk mengimbangi dasar-dasar pertanian dan alam sekitar PH di samping saling menambah baik tadbir urus berkaitan petani dan nelayan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perlis.

48. Perkiraan undi yang tidak terpecah tiga juga bakal memberi impak ke atas kerjasama Pas-Umno.  Selain daripada PRK Seri Setia baru-baru ini, keputusan PRU14 yang lalu juga boleh dijadikan seperti yang telah disenaraikan oleh Prof Madya Dr Kamarul Yusoff dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berikut:

49. Di Perlis, iaitu di kerusi P002 Kangar, di mana gabungan undi calon BN-Umno (15306) dan Pas (8465), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (20909) sebanyak 2862 undi.

50. Di Kedah, iaitu di kerusi P005 Jerlun, di mana gabungan undi calon BN-Umno (12413) dan Pas (12829), mengatasi undi calon PH-Bersatu yang menang (18695) sebanyak 6547 undi.

51. Kerusi P006 Kubang Pasu, di mana gabungan undi calon BN-Umno (16975) dan Pas (13375), mengatasi undi calon PH-Bersatu yang menang (29984) sebanyak 366 undi.

52. Kerusi P008 Pokok Sena, di mana gabungan undi calon BN-Umno (18390) dan Pas (23401), mengatasi undi calon PH-Amanah yang menang (28959) sebanyak 12832 undi.

53. Kerusi P010 Kuala Kedah, di mana gabungan undi calon BN-Umno (19400) dan Pas (23143), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (36624) sebanyak 5919 undi.

54. Kerusi P014 Merbok, di mana gabungan undi calon BN-Umno (20830) dan Pas (19618), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (30902) sebanyak 9546 undi.

55. Kerusi P015 Sungai Petani, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (23963) dan PAS (22760), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (45532) sebanyak 1191 undi.

56. Kerusi P017 Padang Serai, di mana gabungan undi calon BN-MCA (15449) dan Pas (22911), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (31724) sebanyak 6636 undi.

57. Kerusi P018 Kulim-Bandar Baharu, di mana gabungan undi calon BN-Umno (18299) dan Pas (12885), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (23159) sebanyak 8025 undi.

58. Di Perak pula ialah di kerusi P057 Parit Buntar, di mana gabungan undi calon BN-Umno (13655) dan Pas (12312), mengatasi undi calon PH-Amanah yang menang (16753) sebanyak 9214 undi.

59. Kerusi P063 Tambun, di mana gabungan undi calon BN-Umno (33341) dan Pas (14948), mengatasi undi calon PH-Bersatu yang menang (38661) sebanyak 9628 undi.

60. Kerusi P074 Lumut, di mana gabungan undi calon BN-Umno (21555) dan Pas (10135), mengatasi undi calon PH-Amanah yang menang (21955) sebanyak 9735 undi.

61. Kerusi P077 Tanjong Malim, di mana gabungan undi calon BN-MCA (19314) dan Pas (10311), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (24672) sebanyak 4953 undi.

62. Di Pahang pula di Kerusi P080 Raub, di mana gabungan undi calon BN-MCA (17500) dan PAS (7866), mengatasi undi calon PH-DAP yang menang (20659) sebanyak 4707 undi.

63. Kerusi P082 Indera Mahkota, di mana gabungan undi calon BN-Umno (17628) dan Pas (17515), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (28578) sebanyak 6565 undi.

64. Kerusi P083 Kuantan, di mana gabungan undi calon BN-MCA (13667) dan Pas (14696), engatasi undi calon PH-PKR yang menang (22807) sebanyak 5556 undi.

65. Kerusi P088 Temerloh, di mana gabungan undi calon BN-Umno (22094) dan Pas (14734), mengatasi undi calon PH-Amanah yang menang (23998) sebanyak 12830 undi.

66. Kerusi P089 Bentong, di mana gabungan undi calon BN-MCA (23684) dan Pas (5706), mengatasi undi calon PH-DAP yang menang (25716) sebanyak 3674 undi.

67. Di Selangor pula melibatkan kerusi P093 Sungai Besar, di mana gabungan undi calon BN-Umno (16636) dan Pas (7220), mengatasi undi calon PH-Bersatu yang menang (17350) sebanyak 6506 undi.

68. Kerusi P094 Hulu Selangor, di mana gabungan undi calon BN-MIC (27392) dan Pas (16620), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (40783) sebanyak 3229 undi.

69. Kerusi P096 Kuala Selangor, di mana gabungan undi calon BN-Umno (21344) dan Pas (8535), mengatasi undi calon PH-Amanah yang menang (29842) sebanyak 37 undi.

70. Kerusi P109 Kapar, di mana gabungan undi calon BN-MIC (26412) dan Pas (31425), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (47731) sebanyak 10106 undi.

71. Kerusi P112 Kuala Langat, di mana gabungan undi calon BN-Umno (26127) dan Pas (18731), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (43239) sebanyak 1619 undi.

72. Kerusi P119 Titiwangsa, di mana gabungan undi calon BN-Umno (19701) dan Pas (6845), mengatasi undi calon PH-Bersatu yang menang (23840) sebanyak 2706 undi.

73. Di Negeri Sembilan pula di Kerusi P129 Kuala Pilah, di mana gabungan undi calon BN-Umno (17845) dan Pas (4347), mengatasi undi calon PH-Bersatu yang menang (18045) sebanyak 4147 undi.

74. Kerusi P133 Tampin, di mana gabungan undi calon BN-Umno (21433) dan Pas (4598), mengatasi undi calon PH-Amanah yang menang (22435) sebanyak 3596 undi.

75. Di negeri Melaka pula melibatkan Kerusi P136 Tangga Batu, di mana gabungan undi calon BN-Umno (27761) dan Pas (8961), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (32420) sebanyak 4302 undi.

76. Kerusi P149 Sri Gading, di mana gabungan undi calon BN-Umno (18223) dan Pas (4548), mengatasi undi calon PH-Bersatu yang menang (21511) sebanyak 1260 undi.

77. Di Johor pula adalah di Kerusi P165 Tanjung Piai, di mana gabungan undi calon BN-MCA (20731) dan Pas (2962), mengatasi undi calon PH-Bersatu yang menang (21255) sebanyak 2438 undi.

78. Maka sekiranya PH mengekalkan sistem ‘First Past the Post’, selain 54 kerusi yang dimenangi Umno dan 18 kerusi yang dimenangi Pas, adanya 29 kerusi lagi yang berpotensi besar untuk dirampas ke tangan Umno-Pas.

79. Jumlah 101 kerusi ini (54 Umno campur 18 Pas campur 29 Pas-Umno) menyaksikan hanya 11 kerusi Parlimen sahaja yang perlu dirampas daripada PH untuk mencapai angka 112 bagi membentuk kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah.

80. Kerjasama strategik Pas-Umno juga menepati empat kaedah feqah menurut neraca siyasah syariah (politik Islam). Pertamanya ialah Fiqh Muwazanah (pertimbangan) yang dimaksudkan Presiden Pas Abdul Hadi Awang bererti “...membuat pertimbangan yang wajar dalam beberapa perkara untuk dipilih menjadi keputusan yang terbaik dari segi Maqasid As-Syariah (tujuan mencapai matlamat menegakkan Islam), bukannya meninggalkan syariat”.  Keputusan bekerjasama dengan Umno dan mengelakkan tiga penjuru menjelang PRU15 kelak bakal memberi tamparan hebat kepada lawan politik Melayu-Islam dalam Pakatan Harapan.

81. Seterusnya dari perspektif fiqh waqi’ (setempat) atau realiti atau fakta, yakni yang dimaksudkan Abdul Hadi sebagai “...perkara yang benar-benar berlaku dalam masyarakat, khususnya yang berkait dengan perkara yang mengalami perubahan apabila berlainan zaman dan situasi, sama ada zaman yang berbeza atau daerah yang berbeza jarak jauhnya di antara satu sama lain, serta berlainan kefahaman manusia dan kemampuan”.  Demikianlah Umno hari ini bukan lagi Umno yang dahulu – di mana Umno hari ini lunak dengan agenda ‘Islam Memimpin’ oleh Pas. Kerajaan Pusat hari ini juga bukan kerajaan pusat yang dahulu di mana segmen Melayu-Islam kelihatan lemah berhadapan campur tangan bukan Melayu-Islam yang lantang dan lancing saban hari dalam isu hal-ehwal agama Islam.

82. Perspektif ketiga ialah fiqh aulawiyyat (keutamaan) yang menurut Abdul Hadi bermaksud “...memilih keutamaan daripada beberapa pendekatan, apabila tidak ada pilihan yang lain melainkan memilih yang lebih membawa maslahah (yang terbaik dari segi kebaikan atau manfaat) dalam perkara agama dan dunia, di antara perkara-perkara yang disenaraikan semuanya baik…Begitu juga dalam aspek menolak keburukan dengan memilih yang lebih ringan keburukan atau kurang mudharatnya, apabila tidak ada cara yang lain dalam perkara yang disenaraikan”. Kerjasama dengan Umno mengundang maslahat politik Melayu-Islam di Malaysia, yakni penguasaan ke atas kuasa eksekutif, manakala kerjasama dengan PH berisiko seperti kes Raja Kamarul Bahrin (Amanah) yang menyokong pelaksanaan sebat ke atas pasangan lesbian Terengganu, tetapi kemudiannya ditolak hebat oleh Dr Mahathir yang jelas apologetik dan tiada ‘izzah memelihara dan mengangkat kemuliaan Islam secara bertahap-tahap.


83. Fiqh ma’alat (implikasi hukum) menurut Abdul Hadi maksudnya ialah “...memahami dan mengambil kira natijah atau akibat yang positif atau negatif disebabkan daripada melaksanakan sesuatu hukum, sama ada dalam perkara wajib, haram atau harus”. Contoh menarik yang disebut presiden Pas berkenaan ialah cara Rasulullah S.A.W “...merahsiakan perkara strategik atau menyembunyikan beberapa tindakan yang diambil mengikut hukumnya kerana mengambil kira akibat selepasnya seperti menangguhkan tindakan meroboh berhala di sekitar Kaabah sebaik sahaja Fathu Makkah…Tujuannya mengambil kira tahap kefahaman penduduk Makkah baru sahaja menganut Islam dan mempersucikan Kaabah secara jahiliah”.  Demikian juga kerjasama Pas-Umno ini mungkin kurang disenangi sebahagian pendukung Pas yang sekian lama berhadapan dengan Umno. Namun harus mereka ingat bahawa Umno yang ditentang selama 22 tahun dahulu kini menjadi Perdana Menteri PH. Bukannya Umno hari ini yang dipimpin Ahmad Zahid.

84. Ulama Pas dan ulama Umno bakal menjadi kuasa semak dan imbang yang bersepadu ke atas setiap langkah yang diambil oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa serta kelancangan anasir yang cuba mengambil kesempatan di atas sikap apologetik PH seperti Ambiga yang jelas ‘menampar’ Fuziah Salleh dengan pendirian keras dalam hak perjuangan promosi LGBT.

85. Dalam mendepani isu-isu hal-ehwal antarabangsa juga, termasuklah isu dasar luar negara di bawah PH, kerjasama Pas-Umno melalui Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Pas dengan Biro Antarabangsa Umno misi bantuan kemanusiaan ke luar negara juga boleh diselaraskan antara Pas dan Umno, tidak bersifat ‘ad hoc’ seperti misi bantuan kepada Rohingya sebelum ini.

86. Kerjasama kewangan pendanaan politik untuk agenda Melayu-Islam juga akan dapat dirangka melalui kerjasama Umno-Pas.

87. Suara untuk mempertahankan identiti Melayu Islam sebagai teras peradaban Malaysia bakal diperkasakan melalui persepakatan ini – cukup penting dalam menghadapi kemaraan agenda ‘Malaysian Malaysia’ Dap.

88. Kepentingan Melayu-Islam dalam aspek pendidikan seperti pemerkasaan Bahasa Melayu akan dapat dipantau dengan lebih agresif melalui persepaduan Lajnah Pendidikan Pas dan Biro Pendidikan Umno.

89. Institusi Pendidikan Pas seperti Taman Asuhan Tunas Insan (Tasti), Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (Sriti), Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI), Kolej Islam Darul Ulum (KIDU), dan pelbagai sekolah serta kolej akan turut menerima sokongan dan dukungan dalam kalangan ahli Umno.

90. Kerjasama Pas-Umno juga akan dapat dilimpahkan ke kerjasama Pas-BN seperti mana kunjungan MIC kepada presiden Pas baru-baru ini. Begitu juga dengan Pas tidak meletakkan calon di PRK Dun Balakong memberi laluan sepenuhnya kepada MCA.

91. Dakwah Pas melalui Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) boleh dilebarkan dengan kerjasama parti komponen BN seperti MIC dan MCA dengan syarat agenda Islam tidak diganggu-gugat.

92. Cabaran dalaman Umno seperti kewujudan suara sumbang yang menyeru Umno ke arah liberal dari dalam boleh diimbangi menerusi kerjasama dengan Pas.

93. Isu pindaan Rang Undang-undang 355 (RUU 355) bagi memperkasakan Mahkamah Syariah dapat diperjuangkan bersama Pas dan Umno ke atas pihak Pakatan Harapan.

94. Kerjasama NGO dan parti politik termasuklah NGO Melayu-Islam dengan dua parti Melayu Islam terbesar negara Umno dan Pas boleh diselaraskan untuk penambahbaikan tadbir urus negara.

95. Biro Agama Umno dan Lajnah Dakwah Pas boleh bekerjasama termasuklah dengan kerajaan PH dalam memperkasakan syiar Islam di Malaysia.

96. Muslimat Pas dan Wanita Umno boleh menyelaraskan gerak kerja besar-besaran dalam mempertahankan nilai kekeluargaan Melayu-Islam yang terlalu dilihat ditolak ansur dalam PH.

97. Pembangunan sahsiah dalam kalangan remaja wanita boleh diusahakan secara intensif melalui kerjasama Ameerah Pas dan Puteri Umno agar tidak hanyut mengharungi keterbukaan di bawah PH.

98. Dalam isu hak pekerja dan gaji minimum, Lajnah Pekerja dan Pengguna Pas juga boleh menjalinkan kerjasama strategik dengan Biro Sumber Manusia Umno dalam pelaksanaannya di Terengganu, Kelantan, Pahang, dan Perlis serta di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri yang dikuasai PH menjelang PRU15.

99. Golongan berpendapatan menengah dan rendah seperti B40 juga memperoleh suara pengimbang melalui kerjasama strategik dua Lajnah Pas dengan dua Biro Umno iaitu Lajnah Ekonomi, Hartanah, & Pembangunan Usahawan Pas dan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pas dengan Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Umno serta Biro Kebajikan Masyarakat Umno. Apatah lagi dengan dasar PH yang semakin hari semakin jelas memihak kapitalis kroni sahaja.

100. Kesimpulannya, kerjasama Umno-Pas melalui kerangka fiqh Muwazanah (pertimbangan), fiqh Waqi’ (setempat), fiqh Aulawiyyat (keutamaan), dan fiqh Ma’alat (implikasi hukum) menjelang PRU15 bakal membawa kuasa politik Melayu-Islam menerajui Malaysia – Islam memimpin mengalahkan anasir-anasir kapitalis kroni, apologis agama, nepotisme keluarga, liberal, dan sekular yang jelas mengambil kesempatan ke atas kerapuhan ideologi PH hari ini.
Elias Hj Idris





























LINK FAKTA MENGENAI PENGKHIANAT INI 👇
http://cempedakcheese.com/fakta-mengenai-waytha-moorthy-da…/


SITI NOOR AISHAH DIPENJARAKAN,
MOORTHY DIANGKAT JADI MENTERI PERPADUAN.
DI MANA SIALNYA UNDANG-UNDANG?


Apabila tersebar video Moorthy memburukkan nama tanah air di luar negara, apakah tindakan PDRM? Dakwaan Moorthy melalui video itu berniat jahat, penuh dengan auta (bukan fakta) yang boleh mengancam keselamatan negara.
Apakah fitnahnya tidak bercanggah dengan undang-undang negara?

Rakyat tertanya-tanya, apakah kes sebegini perlu laporan polis untuk PDRM bertindak? Kenapa Siti Noor Aishah, seorang bekas pelajar sarjana, pernah ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1956 (Poca) dan Sosma hanya kerana memiliki 12 buah buku yang didakwa berkaitan dengan kumpulan pengganas?
Pernahkah ada laporan polis terhadap Siti Noor Aishah?

Nampaknya bukan bangsa lain didiskriminasi seperti dakwaan Moorthy. Yang nyata, Melayu pribumi inilah yang didiskriminasikan oleh bangsanya sendiri. Bangsanya yang bernama pihak berkuasa mahupun para menteri. Dasar khianat bangsa sendiri.

Kenapa pihak berkuasa kerajaan sendiri mengamalkan sikap double standard? Pengganas asal ada saja nama Islam, pecah berita ditangkap. Biar pun hanya memiliki buku-buku untuk rujukan pelajaran. Pengganas agama lain, walaupun pernah terlibat dengan pertubuhan bersenjata, didiamkan begitu saja.

Rakyat bertanya, di manakah kesudahan kes P. Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang menghina Islam? (Dia juga bekas Ketua Penerangan LTTE, Sri Langka - pengarang).

Berapa laporan polis yang diperlukan oleh PDRM untuk menahan dan mendakwa Moorthy yang lacur dan lancang? Sepuluh? Seratus? Apakah rasionalnya laporan polis dalam kes yang mengancam keselamatan negara dan perpaduan kaum ini? Apakah tunggu negara berantakan, baru mahu bertindak? Dan apakah pilihan kamu? Sekali lagi mengutip Melayu-Melayu, yang seagama dan sebangsa denganmu?

Apabila kami rakyat marhaen bercakap dengan laras bahasa tersirat kemarahan, kamu tangkap atas nama pencegahan lebih baik daripada rawatan. Baka pendatang pemecah perpaduan pula kamu lantik jadi senator, jadi menteri.

PDRM mahu bukti apa lagi? Rakyat marhaen minta penjelasan.

*#NekadBersamaISLAM*
*#PRU15UntukPAS*
BDA
20/11/2018
Elias Hj Idris
Majlis Gerakan AJ KB