Bagi orang yang mempunyai mentaliti paling rendah sekali pun akan memahami tajuk ini - iaitu jalan paling selamat.
1). Jalan paling selamat itu bermaksud jalan yang terlebih baik dan terlebih selamat berbanding yang lain-lain tanpa menafikan kebaikan jalan-jalan yang lain itu.
2). Pengertian jalan paling selamat adalah berdasarkan keterangan-keterangan seluruh ulama ahlus-sunnah yang terpercaya; yang diyakini tidak mungkin mereka berpakat untuk melakukan pendustaan! Bahkan tiada seorang ulama pun dari kalangan ahlus-sunnah wal-jamaah yang ternama dan terkemuka melainkan menilai jalan toreqat ahli sufi sebagai yang terbaik. (Di sinilah timbul perlunya renungan yang tajam dan saksama daripada mereka yang baru lahir, tiba-tiba mengaku sebagai yang terbaik, sedangkan tiada seorang ulama pun yang berani berbuat demikian. Apa lagi cuba memandang remeh toreqat ahli sufi ini).
3). Pengertian bagi 'jalan paling selamat' dirujuk kepada sistem dakwah, tarbiyyah dan jihad yang diambil dan diamalkan daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم lalu dipindahkan atau diwarisi dengan kaedah 'talaqi mushafahah' dari satu generasi ke generasi berikutnya tanpa putus.
Matlamat toreqat ahli sufi
Perkara ini sudah dijelaskan berulang kali, namun bagi mereka yang masih kesamaran atau terlupa, sayugia diingatkan matlamat toreqat ahli sufi adalah mencari redha dan kasih Ilahi. Matlamat mereka adalah matlamat Islam sepenuhnya; berpegang teguh dengan Al-Qur'an, sunnah Nabi dan ulama mu'tabar. Kemudian diamalkan perintah Allah dan Rasul-Nya dalam kehidupan, membina keluarga muslim, berda'wah mendirikan ma'ruf sambil mencegah kemungkaran, berusaha membina masyarakat dan negara muslim.
** Sila baca balik tajuktajuk sebelum ini darihal 'konsep da'wah, tarbiyyah dan jihad ahli-ahli sufi.
Amalkan sufi, bukan bermakna meninggalkan urusan dunia!
Di seluruh dunia, di sebalik lahirnya individu-individu muslim yang hebat adalah hasil didikan ulama ahli sufi, tetapi kebanyakannya tidak menyedari akan hal ini.
Setelah menerima tarbiyyah dan tazkiyyah daripada syeikh-syeikh sufi mereka keluar ke muka masyarakat. Mereka adalah jurutera, doktor, pendidik pendakwah dan mujahid. Mereka yang terdidik dengan kesufian wujud di kalangan masyarakat awam. Namun kemuliaan mereka dilindungi untuk memelihara mereka daripada kerosakan.
Sufi - da'wah, tarbiyyah dan jihad
Sebagaimana yang telah dihuraikan berulang kali, seluruh ajaran toreqat ahli sufi adalah berdasarkan Al-Qur'an dan as-Sunnah!
Ulama syeikh sufiyyah merupakan pendakwah ulung yang bertanggungjawab membawa Islam ke nusantara ini. Bahkan mereka telah berda'wah menyampaikan Islam ke seluruh dunia.
Kesan-kesan da'wah mereka di negara-negara orang bukan Islam seperti di Canada, SA, Britain dll boleh dilihat sehingga sekarang. Bahkan golongan sufi juga terus-menerus menjadi penyumbang besar kepada perkembangan Islam di sana. Sebahagian mereka terlibat di dalam da'wah dan perdebatan dengan paderi-paderi Kristian bagi memecahkan kebatilan mereka.
Mereka yang menuduh ahli-ahli sufi sebagai tiada da'wah, tiada jihad adalah orang-orang yang dangkal pemikirannya, tidak mengetahui sejarah perkembangan dunia Islam dan jahil dalam memahami petunjuk!
Semua jamaah ada peranan
Ahli-ahli sufi melihat bahawa semua jamaah yang wujud memberikan sumbangan masing-masing kepada perjuangan Islam. Namun ia mesti dengan bersyarat - jamaah-jamaah ini tetap berpegang teguh dengan ahlus sunnah wal-jamaah sementara pemimpinnya wajib bersifat dan memenuhi syarat-syarat sebagai ulama.
Mana-mana jamaah yang tidak meletakkan Al-Qur'an dan sunnah Nabi sebagai matlamat perjuangan mereka adalah batil dan tertolak sebagai jamaah Islam!
Menyertai parti politik dan pilihanraya masakini
Ini adalah suatu hal yang telah menjadikan perselilisihan yang banyak di kalangan ulama ahlus sunnah. Masing-masing berjalan mengikut manhaj yang telah menjadikan ia perselisihan.
Sekiranya tidak menyertai parti politik (khususnya PAS) bukan bermakna da'wah tidak berjalan. Bahkan da'wah, tarbiyyah dan jihad boleh dilakukan dengan lebih penumpuan tanpa gangguan yang tidak sepatutnya.
Apa tuntutan sebenar Allah dan RasulNya?
Dari kesemua perbincangan di atas dan juga perbincangan sebelum ini, kita ingin melontarkan persoalan apakah sebenarnya tuntuan Allah dan Rasul-Nya ke atas setiap muslim?
Kita baca dengan tartil dan fahami tuntutannya pada firman Allah ini:
قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (١) ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى صَلَاتِہِمۡ خَـٰشِعُونَ (٢) وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَنِ ٱللَّغۡوِ مُعۡرِضُونَ (٣) وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِلزَّكَوٰةِ فَـٰعِلُونَ (٤) وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِفُرُوجِهِمۡ حَـٰفِظُونَ (٥) إِلَّا عَلَىٰٓ أَزۡوَٲجِهِمۡ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُہُمۡ فَإِنَّہُمۡ غَيۡرُ مَلُومِينَ (٦) فَمَنِ ٱبۡتَغَىٰ وَرَآءَ ذَٲلِكَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡعَادُونَ (٧)
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. (1) Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. (2) Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. (3) Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). (4) Dan mereka yang menjaga kehormatannya. (5) Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. (6) Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas."(7)
Ayat-ayat di atas menjelaskan sifat-sifat seorang mu'min. Ini di antara perkara yang paling asas bagi seseorang mu'min.
Perkara pertama di sebut di atas adalah
ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى صَلَاتِہِمۡ خَـٰشِعُونَ - "Mereka yang khusyu' dalam solatnya"
Apa pengertian khusyu'? Apa hakikatnya? Bagaimana 'husyu' yang dikehendaki Allah swt? Apakah sistem atau kaedah2-kaedah amal yang wajar dilakukan sehingga terhasil 'khusyu' ini?
Siapakah di antara kita di sini yang boleh jelaskan apa kaedahnya?
Imam Ghazali tiada mendapat khusyu' dalam solatnya walaupun beliau seorang ulama besar, sudah hafal Al-Qur'an, menghafal ratusan ribu hadith dan menguasai berbagai-bagai disiplin ilmu. Beliau tetap tiada memperoleh khusyu' ini sehingga beliau berkhadam dengan ulama ahli sufi.
Bagaimana pula kita yang baru hafal beberapa kerat ayat Al-Qur'an, hafal sedikit hadis, ilmu-ilmu alat - nahwu, syarf, mantiq, bayan sangat jauh sekali daripada boleh mendapat khusyu' ini, sedangkan Allah swt telah meletakkannya sebagai syarat pertama dan utama bagi seorang mu'min. Ertinya seseorang itu wajib berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapatkannya!
Bagaiman pula halnya dengan percubaan orang Islam pada masa ini yang cuba mengenepikan toreqat ahli sufi konon sebagai sudah tidak 'relevan' lagi'?
Jika sesiapa pun tidak mahu menyertai toreqat ahli sufi adalah satu hal. Sementara tindakan memperkecil, mempersoalkan keutamaan malah menafikan kemuliaan jalan ini adalah percubaan yang sangat-sangat merugikan diri sendiri!

... JALAN2 KETUHANAN - TAREQAT, KESUFIAN & SI-SALIK ...
Tareqat ertinya jalan koq cara jalannya Taraqqi Tanazzul menyampaikan.
Si-Sufi orang yg menyucikan hatinya dari katrah2 bisekan dan kekotoran.
Si-Salik orang yg sentiasa dlm pengembaraan mencari itu jalan kebeneran.
Koq rupanya yg dicari ngak jauh amat dekat tetapi ada batasan sempadan...
Hampirnya Dia malah Dia bersertaan semenjak "Aku Tiupkan Ruh-Ku" kebadan.
Setelah kelahiran kelupaan kedap kedip lihat warna-warni dunia keindahan.
Semakin lama gumpalan hitam hijab ghain semakin menebal membaluti badan.
Hingga jalan berpulang koq kegelapan penuh siksaan menyeremkan ketakutan...
Apakah dgn jalan2 Tareqat Sufi dijamin kita sudah beriman dekat dgn Tuhan?
Walo pun dibilang itu jalan2nya namun hanya anugerah dan izin-Nya Tuhan.
Karna maseh ramei berputer2an perasan dunia khayalan sangka2an kedapatan.
Pasrah terus pada-Nya secara total nescaya dibimbing-Nya Jalan Kebeneran...
..... Allahu'alem... hanya Allah Al-Hadi Yg Maha Membimbingkan .....