Elias Hj Idris
Allah berfirman dalam hadis Qudsi;

"Wahai Bani Adam! Aku telah menurunkan kepadamu tujuh ayat.. Tiga di antaranya untuk-Ku.. Tiga lagi untukmu, manakala satu untuk kita bersama.

Adapun yang tiga (3) untuk-Ku ialah;
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.. الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ.. مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

Yang satu (1) untuk kita bersama ialah;
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Dari pihak-mu melakukan ibadah, sementara dari pihak-Ku memberikan pertolongan.

Adapun yang khusus untukmu (3) ialah;
..اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ.. صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ ..غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

(HQR Thabaraani)


Allah berfirman dalam hadis Qudsi;

Allah telah memberi wahyu kepada Musa a.s, Nabi Bani Israel bahawa; "Barangsiapa bertemu dengan Aku, padahal dia engkar kepada Ahmad, nescaya Aku masukkan dirinya ke dalam neraka"

Musa a.s berkata; "Siapakah Ahmad itu wahai Tuhan-ku?"
 

Allah berfirman; "Tidak pernah Aku ciptakan satu ciptaan yang lebih mulia menurut pandangan-Ku daripadanya. Telah Ku-tuliskan namanya bersama nama-Ku di 'Arasy sebelum Aku ciptakan tujuh lapis langit dan bumi. Sesungguhnya syurga itu terlarang bagi semua makhluk-Ku, sebelum dia dan ummatnya terlebih dahulu memasukinya"

Musa a.s berkata; "Siapakah ummatnya itu?"
 

Firman-Nya; "Mereka yang banyak memuji ALLAH. Mereka memuji Allah sambil (nafas) naik sambil (nafas) turun dan pada setiap keadaan. Mereka mengikat pinggang (menutup aurat) dan berwudhu' membersihkan anggota badan. Mereka berpuasa di siang hari bersepi diri dan berzikir sepanjang malam. Aku terima amal yang dikerjakan dengan ikhlas meskipun hanya sedikit. Akan Ku-masukkan mereka ke dalam syurga kerana kesaksian-nya; "tiada Tuhan yang sebenarnya di ibadah selain Allah"

Musa berkata; "Jadikanlah saya Nabi ummat itu?"
 

Allah berfirman; "Nabi ummat itu dari mereka sendiri"

Musa berkata lagi; "Masukkanlah aku ke dalam golongan ummat Nabi itu?"
 

Allah menerangkan; "Engkau lahir mendahului Nabi dan ummat itu, sedang dia lahir kemudian. Aku berjanji kepadamu untuk mengumpulkan engkau bersamanya di Daarul-Jannah."

(HQR Abu Na'im)

Hadis Nabi s.a.w;
"Aku (Muhammad) adalah Ahmad tanpa (huruf) mim (Ahad)"


p/s; "Mereka yang banyak memuji ALLAH ialah mereka yang memuji Allah sambil (nafas) naik.. sambil (nafas) turun.. dan pada setiap keadaan" - Ayat ini merujuk kepada "ZIKIR Nafas" yang membawa kepada pemiliknya kepada "Solaatu Daim", iaitu tenggelam dalam lautan Zaatullah.. Zikrullah..
2 Responses
  1. Anonymous Says:

    SURAH AL-FATEHAH... Dalam peristiwa Israq dan Mikraj bagi Nabi Muhammad SAW, diantaranya adalah utk menerima Rahsia Solat. Salah satu antara Rahsia Solat itu seperti tersurat dan tersirat dlm 7 ayat Surah Al-Fatehah itu. Dalam Syariat Muhammad SAW, maka sebab itu bacaan Surah Al-Fatehah ketika mendirikan solat itu menjadi wajib... Surah Al-Fatehah itu dianggap dari Asmak Al-Husna "Ya-Fatah" - ertinya "Permulaan Kunci Pembuka kepada Yg Ghoib"... Allahu'alam....


  2. Anonymous Says:

    ZIKIR NAFAS... Kalo Al-Fatah itu bermaksod Kunci Pembuka kepada Yg Ghoib, maka bab ghoib itu ada bermacem2 jenis ghoib. Hanya Allah itu jua Yg Maha Ghoib. Malaikat, Nyawa, Ruh, Jin dsbnya itu semuanya dibilang bangsa ato unsur ghoib. Hanya melalui ghoib2 yg banyak itu jua yg bisa menjurus menuju jalan2 mengenal akan Yg Maha Ghoib... Berbalik semula kesah solat. Apakah cuma dlm ketika mendirikan solat Si-Hamba itu hanya bisa mengingati akan Kholiq-nya..?? Apakah setelah keluar dari solat Si-Hamba itu akan lalai lupa bisa jadi Kufur semula..??

    Maka Para Ariffbillah ada bilang, ada satu solat An Solatihim Daimun, solat yg berkekalan dan pujian yg ngak putus2. Maka dinamakan ia Zikir Nafas, karna Nafas itu juga perkara ghoib serta tugasannya juga amat ghoib. Kalo mula datangnya secara ghoib seperti angin suci, maka pulangnya juga sama ghoib seperti angin suci semula. Nafas, Amfas, Tanafas, Nufus...., namun kalo sudah sempot habes Nafas setiap makhluk yg dihidupkan itu pastinya akan mampossss.... Ada pun Ilmu Nafas itu salah satu cabang dari Usul Ilmu Muftaful Ghuyub. Bageimanakah huraiannya..?? Ngak ketahuan... Maka belajarlah hanya kepada ahlinya Para Ariffbillah yg bisa menjelaskan.... Allahu'alam.....