Elias Hj Idris
Ni adalah di antara contoh bagaimana orang lain boleh kena warning dalam TKO (TranungkiteOnline). si bijigetah akan guna apa saja perkataan yang akan mencabar kesabaran manusia lain; bangang, haramjadah, hakikat petola, hakikat buku lali, hakikat mabuk ketum dan segala macam perkataan jelik.

Kesannya timbul tindak-balas, contoh di sini ayambapok pun boleh hilang pertimbangannya apabila asyik diterjah oleh manusia yang tiada hati perut. Namun pihak TKO atau moderator bengong tak nampak keceluparan si bijigetah. Dan percayalah lambat-laun ayambapok pun akan kena juga diberikan amaran kerana menggunakan bahasa yang agak keras.

Pelik pihak TKO ni (tu yang teman kata kat sana tu ada moderator kepala hangin!).

Lebih kelakar si bijigetah pun buka satu thread ucapan terima kasih sebab dia diberikan tag amaran itu. Konon dia terima keadaan itu dengan hati terbuka (sambil kondem teman yang dikira berkepala leper sebab cabut lari). Maka datang satu moderator jawab, "Sama-sama". Jadi, kita boleh tahu la siapa yang punya kerja?

Teman cabut lari bukan disebabkan tidak berani menghadapi kenyataan (mengikut persepsi negatif!). Sama seperti apa yang berlaku pada ayambapok sekarang - terikut-ikut rentak celupar dan biadab si bijigetah; apabila dia maki 'haramjadah', teman jelaskan itulah tanda 'kifarah' bagi seorang anak haram atau anak tidak sah taraf. Kesan kifarah itu dia akan berwirid perkatan yang jelik-jelik - sembrono n bodo.

Kesannya, teman ikut diberikan amaran oleh moderator yang hilang kewarasannya. Sebagai manusia ada maruah (yang tidak hard-up dengan kewujudan TKO) apa perlu tunggu di sana? Teman bekas pengamal media - bukan setakat menulis, malah mengendalikan akhbar n majalah; bekerja di kumpulan NSTP berselang bilik di kiri dengan Dr Munir Majid (in-charge majalah 'Malaysian Business') dan selang bilik di sebelah kanan ialah Marina Mahathir (in-charge majalah 'Her World'). Jadi teman sudah biasa terdedah dengan segala macam rentak medium media perdana.

Tiba-tiba di media 'nyamuk' ini (TKO) teman menghadapi para moderatornya hilang pertimbangan dan kewarasan. Teman pun ikut dihukum oleh mereka yang 'buta' media! And now... just to show that I'm not that si bijigetah's standard - apa yang nak dihairankan? Pada suatu waktu dahulu pun teman pernah wujudkan beberapa buah thread popular  - mencakup 250-300 hits/jam! Malah ada yang ditutup atas alasan memberatkan 'server' sebab ada yang melihat populariti nick 'ikanlepu' yang tidak terkawal itu.

Sekarang ini, 4-5 menu forum pun payah nak bergerak. Sekadar 30-50 orang 'online'. Geli hatinya, ada pula moderator yang cakap 'hits'nya mencapai 500-600k/hari!

Wayang atau gazet serupa ini cukup mudah untuk dibaca oleh mereka yang waras. Biarkan mereka itu tenggelam dalam dunia ciptaan mereka sendiri. Kalau nak dikatakan 'bodoh yang tidak dapat diajar, cerdik tidak boleh diikut' mungkin agak terlalu kasar dan keterlaluan. Namun hakikatnya itulah TKO yang tidak akan ke mana-mana? Walaupun letak basenya di Dungun - dikendalikan oleh Pemuda PAS Dungun, namun sejak 2004, PAS Terengganu masih tersembam di kaki tangga. Patah batang hidungnya... tetapi lukanya tidak berdarah!

ayambapok
Lans Koperal
Lans Koperal


Joined: Jun 23, 2010
Posts: 547
PostPosted: Fri Jun 14, 2013 2:12 pm    Post subject: Reply with quote




bijigetah wrote:
Orang hakikat dikhobarkan dalam kitab tidak memikirkan "Barang Selain dari Allah".

ayambapok wrote: if so where is Allah?
if not, where is Allah n where is other than Allah?
which one is yours hj?

bijigetah wrote:
Ana cakap enta ni mabuk ketum nanti marah pulak.
Elok ana cakap enta ni budus yang amat.

Orang cakap lain
ko cakap lain.
tak faham orang cakap tapi gamok gamok dan rasa rasa macam faham , kununnya FANA.....

Bangang adalah yang aula bagi mereka yang gemar memberikan soalan sebegitu bagi Allah.

Standard tak mengaji ikut salibus jadi lagu nim la.

Mereng sokmo kalamnya....

ayambapok wrote:
hj bodoh, boleh tak ko guna bahasa mcm org yg ada akai sikit , jgn tunjuk kelembuan n kebinatangan ko kat sini?

kalu tak reti jawap, diam2 sudah la, abih cerita, jgn duk jadi lembu sgt dgn tudahan mcm2, menyampah aku, puuuiiii
 








1 Response
  1. Teman lari buat sementara ini bukan kerana takut atau merajuk. Protes pun ya juga.
    Sebenarnya, sebagai manusia berwibawa kita malu dengan keadaan maki-hamun di sana. Kita pun ikut termaki-hamun!
    Apa cerita?
    Puncanya, itulah ada forumer yang tatau medium di mana dia berada.
    Ikut sedap tangan nak menaip; maki 'haramjadah' pun kami la.
    Makian yang dtg drp org yg kononnya penuh isi agama dalam dada!
    So, kita ikut berasa malu - walaupun dah terikut-ikut sama pi gunakan bahasa kurang baik.
    Jadi, di kesempatan itu elok kita mengundurkan diri - memisahkan diri drp keceluparan manusia yang tiada harga diri.
    Jika terus berada di sana, serasa seakan-akan diri ini bertambah pula bodohnya.
    Ya... masuk kandang lembu, kita pun ikut jadi lembu!