Elias Hj Idris
Qorin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping atau kembar kepada setiap insan yang dilahirkan (manusia). Dia dikatakan sebagai 'syaitan' kepada manusia itu. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qorinnya sendiri. Rasulullah saw pun tidak terkecuali. Cuma bezanya, qorin Rasulullah saw adalah muslim. Manakala yang lain-lainnya adalah kafir belaka.

Pada umumnya qorin kafir ini mendorong si kembar 'dampingan'nya itu membuat kejahatan. Dia membisikkan rasa was-was, melalaikan ibadah seperti solat, malas membaca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang manusia dampingannya daripada melakukan ibadah dan kebaikan.

Bagi tujuan mengimbangi usaha qorin ini Allah swt mengutuskan malaikat (sesungguhnya Maha Adil Allah). Malaikat ini akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak kepada membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihannya.

Walau bagaimanapun orang-orang Islam diberi kelebihan mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qorinnya lemah tidak berdaya.

Qorin la yang mengajar manusia untuk berlaku biadab!
Angkuh pun sama juga...

Caranya ialah dengan membaca 'Bismillahir Rahmanir Rahim' (basmalah) sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran, melakukan kebaikan dan taat melaksanakan segala perintah Allah swt. Secara tidak langsung manusia itu akan meninggalkan nafsu syahwat dan sifat-sifat tercela; membersihkan dirinya bersesuaian dengan 'martabat' malaikat tersebut.

Pernah satu ketika dulu para ‘ustaz' pendakwah menceritakan bahawa apabila kita makan berserta dengan Bismillah… syaitan akan kelaparan dan menjadi kurus, tetapi jika sebaliknya ia semakin gemuk. Pada awalnya memang mengelirukan dan sukar difahami bagaimana syaitan itu boleh kurus kerana bukan kita seorang sahaja manusia di muka bumi ini. Bukan kesemuanya mereka membaca basmalah bila hendak makan dan minum. Setelah dibangkitkan soal qorin ini barulah kita faham tentang kedudukan sebenarnya. Syaitan yang dimaksudkan itu ialah jin qorin ini (di mana sifatnya berlawanan dengan sifat malaikat – sebab itu dia disebut syaitan) dan ia khusus untuk setiap individu manusia.

Sabda Rasulullah saw daripada Abdullah Mas’ud r.a. maksudnya: 'Setiap kamu ada Qorin daripada bangsa jin, dan juga Qorin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: 'Engkau juga ya Rasulullah.' Sabda baginda: 'Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qorin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.'   -  riwayat Ahmad dan Muslim

Kewujudan qorin ialah untuk menggoda manusia, menampakkan hal-hal yang buruk dan hal-hal yang jahat seolah-olah ia baik pada anggapan manusia, lalu akhirnya manusia itupun terpengaruh atau terpesong.

Dalam surah al-An’am: 112 terdapat firman Allah: "Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu”.

Ath-Thabarani mengisahkan riwayat dari Syuraik bin Thariq. Dia berkata, Rasulullah saw bersabda, yang ertinya: “Tidak ada seseorang di antara kalian melainkan ada baginya seorang syaitan.” Mereka bertanya, “Juga bagimu, ya Rasulullah?” “Ya, juga bagiku, tetapi Allah melindungiku sehingga aku selamat .”  -  hadith riwayat Ibnu Hibban

Jin ini, menurut para alim ulama’ bukanlah dari kalangan jin yang biasa. Jin ini tugasnya hanya untuk menyesatkan ‘tuan' yang didampingi sejak dari awal kelahiran sehingga kematian manusia tersebut. Ada juga qaul yang menyatakan bahawa jin ini dilahirkan bersama-sama kita, akan tetapi ia tidak mati apabila kita meninggal dunia kerana hayat mereka dipanjangkan Allah. Mereka hanya dimatikan menjelang hari kiamat.

Ketika manusia mati sama ada dalam keadaan beriman kepada Allah atau mati dalam keadaan murtad, syirik atau kufur adalah hasil daripada tipu helah iblis dan syaitan ini. Mereka sentiasa berada di samping manusia, menemani manusia ke mana dia pergi, ataupun ada yang mati dalam Islam tetapi bergelumang dalam maksiat!

Manusia yang bermewah kerana menurutkan nafsu...

ATAU

Mengejar sekelian wanita lawa... adalah mainan si qorin

Qorin hanya akan berpisah dengan 'kembar'nya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qorin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya bakal dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili dan diperhitungkan.

Malangnya, si qorin itu akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab di atas kesesatan atau kederhakaan manusia kembarnya itu - walaupun ia yang mendorongkannya.

http://www.kedaibuku.net/?id=zalzalah
10 Responses
  1. Salam
    Tahniah atas kejayaan novel KEHILANGAN... dan saya amat meminati novel BUNGA BUKAN SEMUSIM... masih membacanya buat kali keempat..

    ada masa singgahlah di blog saya...

    SK78


  2. Wlkm-slm.
    Time kasih di atas keraian itu.
    Apa nama blognye?


  3. H.Sakinah Says:

    Assalamualaikum w.b.t

    "...ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang manusia dampingannya daripada melakukan ibadah dan kebaikan..."

    Petikan yg tu agak menakutkan. Maknanya kita kena berjihad juga menentangnya. T.kasih sbb jelaskan caranya. Bagaimana pula dgn saka yg dipercayai org Melayu? Adakah same dgn qarin, ye?


  4. Saka tu dah lain... ia parasit yg dtg kemudian - pun utk menyesatkan juga. Selalunya, ia tolong 'anak-cucu' sewaktu hidup ini, kemudian akan menuntut 'jasa'nya ketika sakarat.
    Ia mau kita mengakuinya sebagai Tuhan ikutan - beserta air lunak yg dibawa sewaktu kita dahaga yang amat sangat.


  5. H.Sakinah Says:

    Oh, saka pulak macam tu, dahsyat jgk..Banyak betul saya taktau lagi. Harapnya, ada juga tulisan pasal saka yang P.Elias boleh kongsi nti?


  6. Ble, insyaAllah... cara nk buang pun ble. Ada tempatnya.


  7. H.Sakinah Says:

    InsyaAllah,timekaseh!


  8. Anonymous Says:

    QARIN (KEMBARAN MANUSIA).... Bermula ujudnya Qarin Manusia itu tatakala kita sebagei Sang Bayi berada didalam kandongan Ibu. Maka diAlam Ilmu Jawa, Qarin itu dibilang Sedulur Papat Kelima Pancer. DiAlam Melayu pula mereka itu dinamakan Kembaran Manusia, ato Sahabat 4 : Uri, Tembuni, Mentuban, Bali. Mereka itulah saudara2 sekandongan kita tatakala sama2 diRahim Ibu yg satu, lahir bersama mengiringi Si-Bayi.....

    Mereka itulah "Kekitaan" kita itu sendiri, bukan yg laen. Maka taraf mereka itu bisa dinamakan Jin Sama Jadi, ato Malaikat Sama Jadi. Maka naseb dan taraf mereka itu mengikut lakuan afaal budi pekerti Si-Tuan Badan itu sendiri. Jika Si-Tuan Badannya hidupnya berakal matinya berhantu, maka Kembarannya turut sama jadi Hantu. Begitulah koq sebaliknya yg diperintahkan Tuhan membawa kejalan kebenaran Al-Haqq. Dlm Ilmu Hakeqat ianya dinamakan Ilmu JIRIM. Sangat rumit memperkatakan kewujudan Jirim itu. Maka kajian Alam Ajsyam (Kandongan Ibu) itu mahulah cukup masak....

    JIN SAKA TIDAK SAMA DGN KEMBARAN MANUSIA.... Tuhan jadikan Manusia itu berpasang2an dgn pasangan ghaibnya itu. Maka oleh karna tak kenal makanya tak cinta hinggakan saudara sekandongan telah terbuang. Maka manusia mula mencari kekuatan, sandaran, lalu berkapit membuat akuan dgn JIN LUARAN yg dinamakan SAKA itu. Akibatnya akhirnya menjadi virus yg membarah pada diri sendiri hingga keketurunannya.. Panjang sangat Bab Qarin (Kembaran Manusia) itu. Sebaik2nya biarlah dihuraikan oleh mereka itu yg benar2 ariff mengenainya.... Allahu'alam.....

    (Sedikit kutipan dari Kitab "MENGENAL RUH" karya Al-Marhum Syeikh Taleb Naem As-Saufi)


  9. Black Ops Says:

    SANG SAKA MERAH PUTIH... Jika diAlam Melayu terkenal dgn istilah Jin Saka dan Saka-Baka, maka diAlam Nusantara terkenal pula dgn istilah Sang Saka Merah Putih. Maka pengertian Sang Saka Merah Putih itu tidak sama dgn istilah Jin Saka, yaitu Jin luaran hasil dari akuan perjanjian utk dijadikan sahabat kapitan dsbnya diantara Manusia dgn Jin. Maka Sang Saka Merah Putih itu bisa dikaitkan dgn Saka-Baka dari Nasabnya Nabi...

    Maka Sang Saka Merah Putih itu adalah istilah yg dilambangkan pada baraqah keramah kekuatan amalan 2 beradik Wali Ahlulbait dari Nasab Rasulullah SAW dizaman Wali 7 Beradik Nusantara. Bermula dari Abang Tua salah saorang Wali 7 diJawa itu dikurniakan 2 Putra. SiAbang dikiaskan sebagai SiMerah, manakala SiAdik dikiaskan sebagai SiPutih. Maka jadilah keramah pusaka 2 Ahlulbait itu dgn gelaran Sang Saka Merah Putih..

    Maka Pusaka Kewalian 2 Ahlulbait itu didaulatkan dimartabatkan lalu dilambangkan pada bendera Indonesia. Maka berkibarlah dgn megahnya bendera Sang Saka Merah Putih itu diseluruh Indonesia. Sedangkan JuruKunci kewalian Sang Saka Merah Putih itu bukan warga Indonesia dan bukan berada diIndonesia. Siapakah dia dan dari manakah orangnya yg telah Allah nobatkan sebagai JuruKunci nya..?? Wallahu'alam...