Elias Hj Idris
Qorin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping atau kembar kepada setiap insan yang dilahirkan (manusia). Dia dikatakan sebagai 'syaitan' kepada manusia itu. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qorinnya sendiri. Rasulullah saw pun tidak terkecuali. Cuma bezanya, qorin Rasulullah saw adalah muslim. Manakala yang lain-lainnya adalah kafir belaka.

Pada umumnya qorin kafir ini mendorong si kembar 'dampingan'nya itu membuat kejahatan. Dia membisikkan rasa was-was, melalaikan ibadah seperti solat, malas membaca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang manusia dampingannya daripada melakukan ibadah dan kebaikan.

Bagi tujuan mengimbangi usaha qorin ini Allah swt mengutuskan malaikat (sesungguhnya Maha Adil Allah). Malaikat ini akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak kepada membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihannya.

Walau bagaimanapun orang-orang Islam diberi kelebihan mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qorinnya lemah tidak berdaya.

Qorin la yang mengajar manusia untuk berlaku biadab!
Angkuh pun sama juga...

Caranya ialah dengan membaca 'Bismillahir Rahmanir Rahim' (basmalah) sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran, melakukan kebaikan dan taat melaksanakan segala perintah Allah swt. Secara tidak langsung manusia itu akan meninggalkan nafsu syahwat dan sifat-sifat tercela; membersihkan dirinya bersesuaian dengan 'martabat' malaikat tersebut.

Pernah satu ketika dulu para ‘ustaz' pendakwah menceritakan bahawa apabila kita makan berserta dengan Bismillah… syaitan akan kelaparan dan menjadi kurus, tetapi jika sebaliknya ia semakin gemuk. Pada awalnya memang mengelirukan dan sukar difahami bagaimana syaitan itu boleh kurus kerana bukan kita seorang sahaja manusia di muka bumi ini. Bukan kesemuanya mereka membaca basmalah bila hendak makan dan minum. Setelah dibangkitkan soal qorin ini barulah kita faham tentang kedudukan sebenarnya. Syaitan yang dimaksudkan itu ialah jin qorin ini (di mana sifatnya berlawanan dengan sifat malaikat – sebab itu dia disebut syaitan) dan ia khusus untuk setiap individu manusia.

Sabda Rasulullah saw daripada Abdullah Mas’ud r.a. maksudnya: 'Setiap kamu ada Qorin daripada bangsa jin, dan juga Qorin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: 'Engkau juga ya Rasulullah.' Sabda baginda: 'Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qorin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.'   -  riwayat Ahmad dan Muslim

Kewujudan qorin ialah untuk menggoda manusia, menampakkan hal-hal yang buruk dan hal-hal yang jahat seolah-olah ia baik pada anggapan manusia, lalu akhirnya manusia itupun terpengaruh atau terpesong.

Dalam surah al-An’am: 112 terdapat firman Allah: "Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu”.

Ath-Thabarani mengisahkan riwayat dari Syuraik bin Thariq. Dia berkata, Rasulullah saw bersabda, yang ertinya: “Tidak ada seseorang di antara kalian melainkan ada baginya seorang syaitan.” Mereka bertanya, “Juga bagimu, ya Rasulullah?” “Ya, juga bagiku, tetapi Allah melindungiku sehingga aku selamat .”  -  hadith riwayat Ibnu Hibban

Jin ini, menurut para alim ulama’ bukanlah dari kalangan jin yang biasa. Jin ini tugasnya hanya untuk menyesatkan ‘tuan' yang didampingi sejak dari awal kelahiran sehingga kematian manusia tersebut. Ada juga qaul yang menyatakan bahawa jin ini dilahirkan bersama-sama kita, akan tetapi ia tidak mati apabila kita meninggal dunia kerana hayat mereka dipanjangkan Allah. Mereka hanya dimatikan menjelang hari kiamat.

Ketika manusia mati sama ada dalam keadaan beriman kepada Allah atau mati dalam keadaan murtad, syirik atau kufur adalah hasil daripada tipu helah iblis dan syaitan ini. Mereka sentiasa berada di samping manusia, menemani manusia ke mana dia pergi, ataupun ada yang mati dalam Islam tetapi bergelumang dalam maksiat!

Manusia yang bermewah kerana menurutkan nafsu...

ATAU

Mengejar sekelian wanita lawa... adalah mainan si qorin

Qorin hanya akan berpisah dengan 'kembar'nya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qorin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya bakal dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili dan diperhitungkan.

Malangnya, si qorin itu akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab di atas kesesatan atau kederhakaan manusia kembarnya itu - walaupun ia yang mendorongkannya.

http://www.kedaibuku.net/?id=zalzalah
22 Responses
  1. Salam
    Tahniah atas kejayaan novel KEHILANGAN... dan saya amat meminati novel BUNGA BUKAN SEMUSIM... masih membacanya buat kali keempat..

    ada masa singgahlah di blog saya...

    SK78


  2. Wlkm-slm.
    Time kasih di atas keraian itu.
    Apa nama blognye?


  3. H.Sakinah Says:

    Assalamualaikum w.b.t

    "...ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang manusia dampingannya daripada melakukan ibadah dan kebaikan..."

    Petikan yg tu agak menakutkan. Maknanya kita kena berjihad juga menentangnya. T.kasih sbb jelaskan caranya. Bagaimana pula dgn saka yg dipercayai org Melayu? Adakah same dgn qarin, ye?


  4. Saka tu dah lain... ia parasit yg dtg kemudian - pun utk menyesatkan juga. Selalunya, ia tolong 'anak-cucu' sewaktu hidup ini, kemudian akan menuntut 'jasa'nya ketika sakarat.
    Ia mau kita mengakuinya sebagai Tuhan ikutan - beserta air lunak yg dibawa sewaktu kita dahaga yang amat sangat.


  5. H.Sakinah Says:

    Oh, saka pulak macam tu, dahsyat jgk..Banyak betul saya taktau lagi. Harapnya, ada juga tulisan pasal saka yang P.Elias boleh kongsi nti?


  6. Ble, insyaAllah... cara nk buang pun ble. Ada tempatnya.


  7. H.Sakinah Says:

    InsyaAllah,timekaseh!


  8. Anonymous Says:

    QARIN (KEMBARAN MANUSIA).... Bermula ujudnya Qarin Manusia itu tatakala kita sebagei Sang Bayi berada didalam kandongan Ibu. Maka diAlam Ilmu Jawa, Qarin itu dibilang Sedulur Papat Kelima Pancer. DiAlam Melayu pula mereka itu dinamakan Kembaran Manusia, ato Sahabat 4 : Uri, Tembuni, Mentuban, Bali. Mereka itulah saudara2 sekandongan kita tatakala sama2 diRahim Ibu yg satu, lahir bersama mengiringi Si-Bayi.....

    Mereka itulah "Kekitaan" kita itu sendiri, bukan yg laen. Maka taraf mereka itu bisa dinamakan Jin Sama Jadi, ato Malaikat Sama Jadi. Maka naseb dan taraf mereka itu mengikut lakuan afaal budi pekerti Si-Tuan Badan itu sendiri. Jika Si-Tuan Badannya hidupnya berakal matinya berhantu, maka Kembarannya turut sama jadi Hantu. Begitulah koq sebaliknya yg diperintahkan Tuhan membawa kejalan kebenaran Al-Haqq. Dlm Ilmu Hakeqat ianya dinamakan Ilmu JIRIM. Sangat rumit memperkatakan kewujudan Jirim itu. Maka kajian Alam Ajsyam (Kandongan Ibu) itu mahulah cukup masak....

    JIN SAKA TIDAK SAMA DGN KEMBARAN MANUSIA.... Tuhan jadikan Manusia itu berpasang2an dgn pasangan ghaibnya itu. Maka oleh karna tak kenal makanya tak cinta hinggakan saudara sekandongan telah terbuang. Maka manusia mula mencari kekuatan, sandaran, lalu berkapit membuat akuan dgn JIN LUARAN yg dinamakan SAKA itu. Akibatnya akhirnya menjadi virus yg membarah pada diri sendiri hingga keketurunannya.. Panjang sangat Bab Qarin (Kembaran Manusia) itu. Sebaik2nya biarlah dihuraikan oleh mereka itu yg benar2 ariff mengenainya.... Allahu'alam.....

    (Sedikit kutipan dari Kitab "MENGENAL RUH" karya Al-Marhum Syeikh Taleb Naem As-Saufi)


  9. Black Ops Says:

    SANG SAKA MERAH PUTIH... Jika diAlam Melayu terkenal dgn istilah Jin Saka dan Saka-Baka, maka diAlam Nusantara terkenal pula dgn istilah Sang Saka Merah Putih. Maka pengertian Sang Saka Merah Putih itu tidak sama dgn istilah Jin Saka, yaitu Jin luaran hasil dari akuan perjanjian utk dijadikan sahabat kapitan dsbnya diantara Manusia dgn Jin. Maka Sang Saka Merah Putih itu bisa dikaitkan dgn Saka-Baka dari Nasabnya Nabi...

    Maka Sang Saka Merah Putih itu adalah istilah yg dilambangkan pada baraqah keramah kekuatan amalan 2 beradik Wali Ahlulbait dari Nasab Rasulullah SAW dizaman Wali 7 Beradik Nusantara. Bermula dari Abang Tua salah saorang Wali 7 diJawa itu dikurniakan 2 Putra. SiAbang dikiaskan sebagai SiMerah, manakala SiAdik dikiaskan sebagai SiPutih. Maka jadilah keramah pusaka 2 Ahlulbait itu dgn gelaran Sang Saka Merah Putih..

    Maka Pusaka Kewalian 2 Ahlulbait itu didaulatkan dimartabatkan lalu dilambangkan pada bendera Indonesia. Maka berkibarlah dgn megahnya bendera Sang Saka Merah Putih itu diseluruh Indonesia. Sedangkan JuruKunci kewalian Sang Saka Merah Putih itu bukan warga Indonesia dan bukan berada diIndonesia. Siapakah dia dan dari manakah orangnya yg telah Allah nobatkan sebagai JuruKunci nya..?? Wallahu'alam...



  10. Anonymous Says:

    QARIN BUKAN BERMAKSUD KEMBARAN.

    Allah SWT mencipta Adam AS dari dua kejadian: 1.Kejadian zahir. 2. Kejadian batin.

    Kejadian zahir Adam adalah dari zarah yang diekstrak dari tanah terdiri dari gas, vitamin, protin, mineral dan zat.

    Setelah sempurna jasad Adam, Allah hembuskan JIWA CIPTAAN ALLAH ke jasad Adam (Surah Sajjadah) terdiri dari ROH ALLAH, ANNUR & ANNAR di dalam diri Batin

    Dari TANAH tinggal di KUBURAN...dari Ghaib kembali ke Barzakh (Al Mukminun 100), dimensi yg terdinding antara dunia dan akhirat terdiri dari SIJJIN & ILLIYIN.

    Diri zahir manusia didatangi diri Batin asal KEJADIAN SYAITAN & MALAIKAT serta YA'AIYA TUHAN NAFSUL MUDMA'INNAH atau JIWA YG TENANG.

    5 malaikat yg terdiri dri KIRAMAN, KARTIBIN, RAQIB, ATID dan satu lagi disembunyikan Allah sentiasa silih berganti mengawasi manusia. Begitu juga dengan JIN, IBLIS dan SYAITAN mereka juga sentiasa menggoda manusia.

    Jadinya tidak ada kejadian BATIN yg tinggal di bumi selepas mati...yang tinggal di bumi itu diri zahir.

    TIDAK ADA ISTILAH QARIN YG TINGGAL DI BUMI.

    Wassalam.


  11. Unknown Says:

    SAKA ITU DARAH. BAKA ITU MANI. SAKA ITU IBU. BAKA ITU BAPA. SAKA ITU KETURUNAN. BAKA ITU BANI/BIN/BINTI ATAU SALASILAH KELUARGA.

    APABILA MATI SAJA UMAT MUSLIM MUHAMMAD SAW AKN DI BINKAN PADA BIN IBU.

    DARAH KETURUNAN DARI IBU...AYAH HANYA MENABUR BENIH.

    IMAM MAHADI ATAU PUTERA AHLUL BAIT AKAN LAHIR DARI KETURUNAN IBU...BKN DARI NASAB BAPA!!!! ITU KEPERCAYAAN JAWA GILA YG IKUT CARA HINDU.


  12. Unknown Says:

    Al Ahzab ayat 33:33 menyebut ‘AHLUL BAIT atu SAKA itu adalah ISTER-ISTERI NABI SAW’terdapat 3 ayat Al Quran menyebut tentang Ahlul Bait atu SAKA...semuanya merujuk pada IBU.

    Cuba bayangkan jika kita bacakan Talkin pada Hassan atau Hussin RA ‘Wahai Hussin BIN Fatimah’ siapa Fatimah RAA? TENTUNYA PUTERI NABI SAW, begitu juga jika kita bacakan Talkin pada ANAK CUCU NABI JURAI IBU...tetap akan menjurai pada PERUT FATIMAH...ini tidak mungkin berlaku pada NASAB atu JURAI BAPA...kerna para isteri cucu Nabi yg lelaki bkn dari KETURUNAN NABI SAW.

    IMAM MAHADI ATU MUHAMMAD BIN ABDULLAH akan lahir dari perut IBU atu SAKA RasulAllah SAW dan akan diiringi oleh 313 Pemuda dar Nasab atu BAKA Tamim atu Bani Tamim yg terlalu rendah tahapnya jika dibandingkan dengan SAKA IBU...serta akan disertai oleh PUTERA AHLUL BAIT SAKA Siti Mariam Isa AS.


  13. Unknown Says:

    YG GHAIB atu DIRI BATIN TERDIRI DARI ‘TUHAN NAFSUL’ ATU JIWA YG TENANG DI TEMPATKAN DI BARZAKH...YA! ALAM YG TERDINDING YG TIADA DOA, TAHLIL, ZIKIR DSB DRI DUNIA BOLEH MENEMBUSI...SATU ALAM YG HANYA ALLAH SWT YG TAHU TERDIRI DARI LAPANG DAN SEMPIT atu SIJJIN dan ILLIYIN...DI SINILAH QARIN ATU ANNAR INSAN JUGA ANNUR ATU ZAT MUHAMMAD INSAN DI TEMPATKAN...

    QARIN BERMAKSUD ‘HAWA PANAS’YG MENGANDUNGI NAFSU & SYAWAT atu ANNAR (KEJADIAN JIN, IBLIS & SYAITAN)

    ANNUR AKN PULANG KE JAHANNAM. ANNAR AKAN PULANG KE JANNAH BERSAMA ‘TUHAN NAFSUL MUDMA'INNAH’IRJI ILLA RABBIKA RADIATUL MARDIAH, FAD KHULLI FI IBADI, WAD KHULLI JANNATI...kekal bersama Jemaah di JANNAH...YG PANAS PULANG KE PANAS...SEJUK PULANG KE SEJUK.

    BERSAMA ‘HUR 'AIN’atu PERMANDANGAN YG BERGEMERLAPAN, BERSERI DAN BERCAHAYA (DISALAH TAFSIRKAN SEBAGAI BIDADARI) JUGA BERSAMA ‘KENIKMATAN, KELAZATAN, KEENAKKAN DAN KEMANISAN (YG JUGA DISALAH TAFSIRKAN SEBAGAI ARAK, MADU, SUSU DSB)...GAMBARAN JANNAH & JAHANNAM TIADA SEDIKIT PUN ADA PERSAMMAN DI DUNIA.


  14. Unknown Says:

    Pembetulan: ANNUR AKAN PULANG KE JANNAH. ANNAR AKAN PULANG KE JAHANNAM.


  15. Anonymous Says:

    Di dunia Annur dan Annar terpisah dan diawasi oleh Raqib dan Atid juga Kiraman dan Kartibin. Roh Allah menjadi saksi ke dua-duanya.

    Di barzakh juga terpisah malah di Alam Akhirat juga terpisah...Annur pulang ke Jannah...Annar pulang ke Jahannam.

    Jng smpai Annur menjadi Annar...bkn perkara susah bagi kepanasan mempengaruhi kesejukkan dan bkn jgak susah bagi Annur mempengarugi Annar.

    Jadikanlah Annar sebagai Annur. Kita sebagai TUHAN NAFSUL berkuasa membawa ke dua-duanya ke Jannah...FAD KHULLI FI IBADAI. WAD KHULLI JANNATI.


  16. Anonymous Says:

    Teramat banyak KESESATAN YG BERLAKU di Nusa Seratau ini, antaranya ‘ALLAH YG SATU’Al Quran menyebut Allah tiada bilangan dan tiada sebarang bandingan...dlm konteks AHAD itu bermaksud ESA...kenapa plk diletakkan Allah SWT dlm bilangan 1.

    Dalam Syahadah islam menafikan TUHAN...TIADA TUHAN SEMATA-MATA ALLAH, kenapa pula dikatakan TUHAN YG STU? dan MEMBAWA TUHAN YG SECARA NYATANYA ‘TIDAK WUJUD’dan dinafikan dlm setiap doa ‘Ya Allah ya Tuhanku?'

    Dlm konteks lain pula Al Quran menyebut ‘TUHAN NAFSUL’ itu KITA JIWA YG TENANG...jiwa yg tenanglah TUHAN...kenapa pula dlm Talkin disebut ‘Ma Rabbuka, siapa tuhan kamu?’ sedang maana sebenar Rab itu adalah PENTADBIR!!!

    HAMPIR 70% UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA MENYEBUT DAN MENGAMALKAN PERKARA YG SAMA.

    JAHANNAM ISLAM.


  17. Unknown Says:

    Pembetulan: ANNUR AKAN PULANG KE JANNAH. ANNAR AKAN PULANG KE JAHANNAM.


  18. Unknown Says:

    YG GHAIB atu DIRI BATIN TERDIRI DARI ‘TUHAN NAFSUL’ ATU JIWA YG TENANG DI TEMPATKAN DI BARZAKH...YA! ALAM YG TERDINDING YG TIADA DOA, TAHLIL, ZIKIR DSB DRI DUNIA BOLEH MENEMBUSI...SATU ALAM YG HANYA ALLAH SWT YG TAHU TERDIRI DARI LAPANG DAN SEMPIT atu SIJJIN dan ILLIYIN...DI SINILAH QARIN ATU ANNAR INSAN JUGA ANNUR ATU ZAT MUHAMMAD INSAN DI TEMPATKAN...

    QARIN BERMAKSUD ‘HAWA PANAS’YG MENGANDUNGI NAFSU & SYAWAT atu ANNAR (KEJADIAN JIN, IBLIS & SYAITAN)

    ANNUR AKN PULANG KE JAHANNAM. ANNAR AKAN PULANG KE JANNAH BERSAMA ‘TUHAN NAFSUL MUDMA'INNAH’IRJI ILLA RABBIKA RADIATUL MARDIAH, FAD KHULLI FI IBADI, WAD KHULLI JANNATI...kekal bersama Jemaah di JANNAH...YG PANAS PULANG KE PANAS...SEJUK PULANG KE SEJUK.

    BERSAMA ‘HUR 'AIN’atu PERMANDANGAN YG BERGEMERLAPAN, BERSERI DAN BERCAHAYA (DISALAH TAFSIRKAN SEBAGAI BIDADARI) JUGA BERSAMA ‘KENIKMATAN, KELAZATAN, KEENAKKAN DAN KEMANISAN (YG JUGA DISALAH TAFSIRKAN SEBAGAI ARAK, MADU, SUSU DSB)...GAMBARAN JANNAH & JAHANNAM TIADA SEDIKIT PUN ADA PERSAMMAN DI DUNIA.


  19. Anonymous Says:

    *
    .... SAYYEDINA HUSSEIN AS "BIN" SAYYEDINA MUHAMMAD RASULULLAH SAW ....

    Sayyedina Hussein AS dia dari Saka Siti Khodijah dari Sulbi Baka Rasulullah SAW.
    Bermakna Hussein AS adalah sebenar2 Putra kpd Rasulullah SAW dan Siti Khodijah.
    Barangsiapa bilang Imam Hussein itu dari Saka Fatimah dan dari Baka Tok Imam Ali,
    Hahahaha.... bermakna dia telah ribuan tahun tersesat melarat ditipu oleh Syaitan.

    ( Dari Dairi Wali 7 - Zulqarnaen / Nabi Khidir AS / Imam Mahdi AS )


  20. Anonymous Says:

    @ zainudin jani
    January 1, 2016 at 5:13 PM

    Al Ahzab ayat 33:33 menyebut ‘AHLUL BAIT atu SAKA itu adalah ISTER-ISTERI NABI SAW’terdapat 3 ayat Al Quran menyebut tentang Ahlul Bait atu SAKA...semuanya merujuk pada IBU.

    Cuba bayangkan jika kita bacakan Talkin pada Hassan atau Hussin RA ‘Wahai Hussin BIN Fatimah’ siapa Fatimah RAA? TENTUNYA PUTERI NABI SAW, begitu juga jika kita bacakan Talkin pada ANAK CUCU NABI JURAI IBU...tetap akan menjurai pada PERUT FATIMAH...ini tidak mungkin berlaku pada NASAB atu JURAI BAPA...kerna para isteri cucu Nabi yg lelaki bkn dari KETURUNAN NABI SAW.

    IMAM MAHADI ATU MUHAMMAD BIN ABDULLAH akan lahir dari perut IBU atu SAKA RasulAllah SAW dan akan diiringi oleh 313 Pemuda dar Nasab atu BAKA Tamim atu Bani Tamim yg terlalu rendah tahapnya jika dibandingkan dengan SAKA IBU...serta akan disertai oleh PUTERA AHLUL BAIT SAKA Siti Mariam Isa AS.


    ........ IMAM MAHDI AS - SANG JURU PENYELAMAT DI AKHIRUL ZAMAN ........

    (1) IMAM SAYYEDINA HUSSEIN AS : Hmmm... Imam Sayyedina Hussein AS sebenernya dia dari Saka Siti Khodijah dari Sulbi Baka Rasulullah SAW. Bermakna AlHussein AS itu dia sebenar2 Putra dari DNA Baka Rasulullah SAW itu sendiri. Dia bukan cucu Rasulullah SAW seperti yg dipercayai oleh Puak Sunni ASWJ dan Puak Syiah. Dia tiada kena mengena dgn Siti Fatimah AzZaharah. Malah musuh utama Imam Mahdi AS adalah Siti Fatimah Putrinya Rasulullah SAW, dari karna Fatimah telah merampok hak2 Imam Sayyedina Hussein AS sebagei satu2nya "PEWARIS RASULULLAH SAW".

    Oleh karna Syaitan telah tahu Sayyedina Hussein AS itu Putra Rasulullah SAW, itulah sebabnya Yazid Muawiyyah Laknatullah & His Gangs telah membunuh habis2an Nasab Rasulullah SAW pada 10 Muharram di Padang Karbala Iraqi.... Kepalanya dipancung dipisah diasingkan supaya tidak berlaku berulang lagi Mukjizat Nabi... Utk elakkan keraguan sementara ini katakanlah Imam Sayyedian Hussein AS itu dia "ANAK PINTAK" atau "ANAK MUKJIZAT NABI SAW"...

    (2) IMAM MAHDI AS (AKA RATU ADIL SEJATI) : Antaranya satu2nya Ahlulbait yg terselamat dari komplot pembunuhan penghapusan DNA Rasulullah SAW diPadang Karbala diketika itu saorang Sang Bayi cucu kpd Rasulullah SAW - dialah Sayyedina Ali Zainal Abideen AS. Kapan beliau dewasa bermulalah tugas2 Sayyedina Ali Zainal Abideen sebagei Penyambung Warisan Nasab DNA Rasulullah SAW... Diringkaskan riwayatnya setelah beliau berkeluarga dan dgn dari Isteri Pertamanya dikurniakan dgn 7 Putra2 Ahlulbait.

    (3) IMAM MAHDI AS DARI PUTRA2 WALI 7 ALAM MELAYU : Makanya Putra2 Ahlulbait 7 beradik itulah yg pertama2 telah berhijrah belayar kaluar dari Bumi Arab menuju Nusantara dan China menyebarkan Islam serta mengembangkan Baka2 Nabi Muhammad SAW. Makanya di Alam Kewalian 7 beradik Putra2 Ahlulbait itu disebut sebagei "WALI 7 ALAM MELAYU". Kini Putra2 Putri2 Ahlulbait dari Nasab Wali 7 Alam Melayu telah berkembang berpuluh2an juta jumlahnya. Maka hanya mereka itu yg dari DNA Wali 7 itu jua yg layak yg bisa dibilangkan sebagei "BANI TAMIM". Yg laen2 itu cukuplah saja hanya jadi hahaha... Penggemar2 Kicap Tamin....

    Salah saorang dari diantara jutaan mereka itu telah dipilih telah pun dinobatkan sebagei "IMAM MAHDI AS (RATU ADIL SEJATI)". Rasulullah SAW, termasuk Imam Mahdi AS itu sendiri sangat mementingkan Baka Lelaki sebagei Penyambung Warisan Kenabian Muhammad SAW....

    Sang Penjaga Air Membimbingi / Imam Mahdi Memerhati / Sang Zulqarnaen Menghukumi...

    ( Sedikit dari Diari Wali 7 Alam Melayu... )

    ..... WALLAHU'ALEMMMM .....


  21. Anonymous Says:

    Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.