Tasauf Islam sebenarnya, tidak lain ialah gambaran tentang seluruh masyarakat Islam dengan penganut putera dan puteri 200ribu di zaman baginda. Ini adalah gambaran tasauf Islam 100%. Kemudian gambaran masyarakat Islam di zaman sahabat, kemudian di zaman tabi'in dan zaman tabi'ut-tabi'in. Hingga kini ia sudah bukan lagi 100% tentang gambaran masyarakat Islam.
Lebih parah dengan keadaan Melayu yang menolak Islam, Melayu Islam yang tidak solat, dan ramai pula di antara kita yang telah kufur dan murtad. Na'uzubillah.
Dengan lain perkataan, tasauf Islam adalah intipati keharuman yang terdapat dalam seluruh adab Islam; inti segala fadilat dalam sifat-sifat Nabi Muhammad saw dan pengajaran baginda yang mulia. Itulah semua pengajaran yang baik serta suci yang dikerjakan bersama oleh akal dan ruh sama seiring beratnya.
Tasauf Islam adalah Nur, iaitu cahaya Allah yang menerangi seluruh langit dan bumi alam ini.
Cahaya Allah menurut Al-Ghazali dll.
Dr Muhammad Al-Bahi menulis dalam kitabnya, al-Janibul Ilahi minat-Tafkiril Islami (Perkembangan pemikiran umat Islam terhadap Ketuhanan Allah) beliau kaitkan Surah an-Nur: 35 yang isinya memperkatakan tentang cahaya Allah yang menerangi langit dan bumi;
"Allah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahayanya laksana sebuah misykat yang di dalamnya ada lampu. Lampu itu di dalam sebuah kaca. Kacanya itu laksana bintang yang bergemerelapan (bercahaya-cahaya), dipasang dari sebatang kayu yang beroleh berkat, iaitu (minyak) pohon zaitun - tidak timur dan tidak barat; hampir saja minyaknya itu bernyala-nyala walaupun ia belum pun disentuh api. Cahaya di atas cahaya. Allah menunjukki siapa yang dikehendaki-Nya kepada cahaya-Nya itu. Demikianlah Allah memberikan perumpamaan bagi sekelian manusia, dan Allah Maha Mengetahui dengan setiap sesuatu."
Menurut huraian Ibnu Sina bahawa kata langit dan bumi itu mencakup sekelian alam ini selaras dengan tahap pemikiran manusia.
Cahaya Allah atau agama Allah, iaitu petunjuk Allah swt itu ibarat lampu di dalam lampu. Lampu luar itu misykat, sementara lampu dalamnya ialah lampu yang memakai kaca, sehingga ia tidak mungkin mati ditiup angin. Kaca lampu itupun sebelum dipasang lampunya sudah bersinar-sinar mengerelap kerana bahannya yang sedemikian indah ibarat bintang yang sentiasa berkerlipan cahayanya.
Minyak lampu itu pula terdiri daripada minyak pohon zaitun, di mana pohon itu pula ditanam di suatu tempat yang tidak terlindung daripada cahaya waktu pagi dan petang. Jadi, hasil minyaknya banyak dan berkualiti jauh berbeza dengan pohon yang terlindung dengan hasil minyak yang kurang dan rendah nilainya. Maka cahaya yang dipancarkan daripadanya amat terang dan bersinar.
Kemudian, minyak itu setelah diletakkan dalam lampu dan belum pun dipasang sudah mengeluarkan cahaya yang indah. Jelasnya, ada dua bahan yang bercahaya-cahaya sebelum lampu itu dipasang; iaitu kaca dan minyaknya. Jadi apatah pula tatkala lampu itu dipasang menjadikan tiga cahaya bercantum menjadi satu. Dan lampu itu pula memakai pelindung yang tidak dapat dihembus oleh angin - tidak rosak oleh gangguan luar dan tidak ada cahaya lain yang akan menggugat kegemilangannya.
Demikian cahaya Allah yang menerangi langit dan bumi; cahaya di atas cahaya. Perumpamaan ini diberikan Allah swt bagi sekelian manusia biar mereka mengerti akan hakikat cahaya Allah, iaitu agama Islam ini.