Syukur alhamdulillah, setelah ditinggalkan kira-kira setahun laman blog ini baru dapat dijenguk, disingkap, disisip serta diperkemaskan. Bukan apa, teman (cakap Perak le ye...) ni memang buta kayu sikit; apatah pula dalam bidang IT, lagi la jauhnya.
Namun apa pun kita tidakkan pernah lari daripada ketentuan Ilahi yang telah siap dilakarkan sewaktu 'kita' seusia 4x40 hari di dalam kandungan ibu. Di waktu itu ruh yang menjadikan 'kita' ini kita ditiupkan oleh Tuhan Yang Maha Esa. Dan perlu diingat, tidakkan ada sesiapa yang mengetahui mengenai ruh itu; dan Allah swt sendiri enggan memberitahu selain daripada firmanNya;
"Hai iblis, kerana apa engkau tidak mahu sujud kepada apa yang telah Kujadikan dengan keduatanganKu dan telah Kutiup padanya daripada ruhKU."
Jadi ruh yang ditiupkan Tuhan kepada tubuh 'bakal manusia' itu datangnya daripada Tuhan Yang Maha Esa sendiri. Selebihnya, Dia pun enggan untuk menyatakan. Apa yang jelas ruh yang ditiupkan itu memang diperhubungkan Allah swt dengan diriNYA. Sebab, Dia menyatakan secara tegas bahawa "... dan Aku telah tiupkan padanya daripada ruhKU."
Apakah ertinya perhubungan ruh itu dengan Tuhan Yang Maha Esa adalah terlalu amat besar dan memerlukan penjelasan yang luas. Jadi, sebelum ia diperjelaskan... yalah sebagai hamba yang sentiasa berada di bawah ketentuan iradahNYA jadi teman redha dengan apa jua yang dihadapkan dan ditentukan. Maka teman lalu dipertemukan dengan beberapa orang sahabat (suka teman nyatakan di sini - Pak Syed dan Sdra Hairul, khususnya) yang telah bersungguh-sungguh ingin menghidupkan kembali blog yang 'hampeh' ini.
Ia ibarat sebuah kereta tua yang telah sekian lama tersadai. Maka usaha pemulihan dan 'pemutihan'nya bukan semudah yang dijangka - di mana tidakkan sedikit tumpuan yang perlu dilambakkan. Menurut Pak Syed, ada beberapa orang teman lagi yang sedia membantu - menyusun tabik dan langkah buat memeriahkan, namun hasrat itupun sudah cukup bermakna buat teman. Terima kasih diucapkan.
Dan hasilnya, inilah yang dapat kita tatapi bersama dan teman cukup bersyukur di samping menarik nafas lega dan derga. Teman didorongkan dengan satu lagi medium buat memanjangkan sumbangan selayak 'manusia berguna' sebagaimana yang Rasullah pernah sabdakan; "Manusia berguna adalah mereka yang paling banyak memberi munafaat kepada orang lain."
Jadi, sebelum kita mengorak langkah lebih jauh, teman tidakkan lari daripada tujuan kerasulan baginda Rasulullah saw; yang mengajak umatnya kepada kebaikan dan menjauhkan diri daripada lembah kebinasaan. Dan baginda dengan tegas telah menetapkan bahawa sempadan di antara seseorang yang mukmin dengan kafir adalah solatnya. Ia adalah penentu dan kayu ukurnya.
Di dalam solat itu terkandung untaian kata-kata yang cukup menusuk dan mengasyikkan. Di dalamnya terdapat puji-pujian dan permohonan seorang hamba serta jaminan daripada Khaliqnya.
Solat meliputi tubuh badan, bacaan-bacaan yang penuh hikmat dan erti, pemusatan fikiran yang tidak berbelah bahagi. Ia diikuti dengan pencurahan perasaan khusyuk, tawaddu’ dan penyerahan diri yang mutlak kepada Allah s.w.t.
Ia merupakan pentas kegiatan anggota jasmani, tindakan perasaan, akal dan jiwa yang menghayati detik-detik perhubungan yang suci dengan Allah, Tuhan Pencipta seluruh alam di empat penjuru alam, pagi-petang, siang dan malam yang tidak berwaktu selama-lamanya. Dialah sifat yang Maha Kaya, segala-galanya datang dari-Nya dan akan dikembalikan pun kepada-Nya juga. Hanya Dia yang boleh mengadakan dan Dia juga yang boleh mentiadakan. Kita sebagai hamba tidak mempunyai apa-apa keupayaan, segala-galanya terserah kepada-Nya.
Maka dengan sebab itu kita dipinta datang bermunajat, menyatakan rasa hati kita yang serba lemah dan kekurangan ini; sebagaimana Dia menjemput Rasulullah s.a.w. datang dengan tujuan yang satu; kefarduan SOLAT.

Tanpa saya sedar, menitis airmata membaca coretan blog ini, terasa sangat akan kejahilan diri, terlalu kerdil diri ini.
Yeah... kita sekadar hamba yang tidak punya apa-apa. Untung kita ditakdirkan jadi manusia,kalau yang lain drp itu!
Terlalu besar kejahilan diri ini... semoga pencerahan ini membawa sinar yang telah lama di dambakan...