Belum pun sempat manusia terkukur bercerita banyak, dia menerima panggilan telefon. Ada lori yang nak datang menghantar beras dari Kedah. Ia sudah pun sampai ke tol USJ5, tetapi tidak tahu nak menghala ke mana untuk pergi ke gudang Encik Aley? Lori yang datang dari jauh selalunya begitu. Tak tau jalan...
Mustafa mencapai telefon lalu menerangkan yang Encik Aley dan dia akan tunggu di tol Puchong. Mereka terus bangun sambil Mustafa meminta diri, sementara Kamal sejak tadi sudah berpindah meja - mendapatkan seorang bakal pelanggan. Dia sibuk menjual 'suppliment' untuk elakkan penyakit zaman sekarang.
Teman bawakan kisah seperti semalam kerana nak menunjukkan arah haluan yang dipilih oleh manusia seperti Encik Aley - yang gemar menceritakan kehebatan diri dalam merebut peluang niaga. Pokok penting baginya adalah wang, tanpa menitikberatkan soal cara; seperti kata Nabi bahawa manusia itu setelah mempunyai selembah emas, dia masih mahukan lembah emas yang ketiga. Dia tidakkan pernah cukup sehingga mulutnya dipenuhi dengan tanah. Para sahabat segera bertanya; "Apakah maksudnya itu, wahai Rasulullah?" Maka jawab baginda... 'mati!' Ini semua bertujuan untuk mengingatkan bahawa kita pun mungkin akan ikut tersasar jika tidak berhati-hati.
Setiap insan yang sedar diri akan sentiasa melihat dorongan-dorongan yang kuat dalam hatinya yang menggerak atau menarik minatnya menuju ke jalan Allah swt dan menuju ke jalan akhirat. Dia akan membelakangi dunia dan meninggalkan segala yang biasanya dikejar oleh manusia yang cenderung kepada hal kebendaan seperti Encik Aley tadi. Mereka hanya gemar mengumpul harta dan kekayaan, bersenang-senang menurut kehendak syahwat dan hawa nafsu, kemudian bermegah-megah dengan keindahan dan kemewahannya.
Dorongan tersebut merupakan rahsia ketuhanan yang dilimpahkan ke dalam batin seseorang hambaNya. Itulah yang dinamakan inayah Allah dan tanda-tanda petunjukNya. Biasanya, inayah serupa ini dilimpahkan ke dalam batin hambaNya ketika dalam keadaan menakutkan, atau menggembirakan, atau dengan mendatangkan perasaan rindu terhadap ZatNya, ataupun menerusi pertemuan dengan para wali Allah, atau ketika mendapat pandangan daripada mereka. Kadang-kadang dorongan itu datang tanpa ada sesuatu sebab yang pasti.
Namun bercita-cita untuk mendapatkan dorongan serupa itu memang dituntut dan digalakkan. Namun sekadar bercita-cita dan mengharap tanpa usaha tentu belum cukup; terkadang-kadang menampakkan kebodohan diri, sedangkan Nabi saw telah bersabda;
"Sesungguhnya Tuhan telah menyediakan berbagai-bagai kelimpahan pada setiap masa, maka hendaklah kamu menuntutnya."
Jadi sesiapa yang telah diberikan penghargaan oleh Allah swt dengan dorongan yang mulia itu, maka hendaklah dia meletakkan dirinya pada tempat yang sesuai. Dan hendaklah dia mengetahui bahawa kurniaan Allah swt itu adalah nikmat yang tertinggi di antara nikmat-nikmatNya yang lain; yang tidak dapat ditentukan darjat dan nilai kesyukuran atasnya.
Lantaran seseorang itu hendaklan memperlipatgandakan kesyukuran terhadap Allah swt atas nikmat besar yang dikurniakan itu. Dia saja yang dipilih dan diutamakan di antara sekian ramai orang lain yang setaraf, atau di kalangan rakan-rakan seperjuangan. Ia disebabkan, sudah berapa ramai insan yang sudah menjangkau usia 80an pun masih belum lagi dikurniakan dorongan serupa itu. Dan hatinya seakan-akan tidak pernah dipeluk oleh rahsia kebatinan ini.