Elias Hj Idris
Berikut ini adalah persoalan aqidah dan iman sedutan daripada muka surat 605-611 novel ‘Kembang Tak Jadi...’. Novel ini diterbitkan pada tahun 2007 serentak dengan novel 'Anak Perempuan Kabaret' yang kedua-duanya memakan masa penulisan cuma 5 bulan kerana ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-50.


“PEMIMPIN Melayu ni pun ada yang belajar ilmu tuk guru saya sewaktu di Batu Kurau dan Port Weld dulu,” jelas Dr. Heikal apabila mengingatkan Tuk Su, iaitu guru ayahnya dan dia juga yang sempat mengaji tasauf dan ilmu jabat. Tuk Su yang terus merahsiakan identitinya. Dia hanya diketahui seorang panglima di Istana Jugra pada zaman Sultan Abdul Samad memerintah negeri Selenge.

Dialah orang yang melarikan Raja Mudanya apabila berlaku perang saudara. Ada pihak yang cuba membunuh putera raja itu ketika campurtangan orang putih dan baginda pun dibawa ke Matang dekat Taiping.

“Mereka mengaji ilmu hakikat dan mengenali Zat Wajib-al Wujud. Mereka tahu secara tuntas pengasingan di antara kehendak iblis yang merosak dan menyesatkan itu dengan kehendak Allah swt. Itu sebab pergerakan mereka lincah walaupun sekadar tinggal dalam hutan... dan mereka berjiwa kental.”

“Sebab mereka yakin... hanya Allah swt saja yang boleh memberi bekas dalam kehidupan mereka. Allah swt yang boleh mengadakan dan Dia juga yang mentiadakan. Iktiqad mereka bulat terserah sepenuhnya kepada Allah swt tanpa iring-iringan lain. Ini menjadikan mereka berani menentang peluru musuh, lalu dikatakan orang sebagai kebal. Sedangkan, kecelakaan yang ada di sebalik peluru itu adalah hasil daripada dambaan dan permintaan Iblis. Namun sekiranya bukan ia dengan keredaan dan izin Allah swt, peluru itu tidak mampu menjejaskan. Ia tidak boleh mencederakan apatah pula untuk membunuh.”

Kata Tuk Su; Kenapa mesti takut kepada peluru sedangkan ia makhluk ciptaan tangan kita sendiri? Sama seperti tangan yang mencipta patung, kemudian patung itu digeruni lalu disembah menjadi ‘Tuhan’. Tangan kita yang mencipta pisau, tetapi kemudian kita menggeruni pisau itu pula. Pisau itu ditakuti!

“Di sinilah berkisarnya persoalan aqidah,” kata Tuk Su seterusnya. “Di zaman para sahabat dulu mereka berani berjihad atas keyakinan ini. Kalau tidak bagaimana tiga ratus tiga belas orang tentera Islam mampu menghadapi empat ribu tentera kuffar dan mereka boleh mencapai kejayaan cemerlang.”

“Keyakinan ini juga yang dipegang oleh pahlawan-pahlawan MelayDeutro terdahulu sejak zaman Raja Haji membawa ke zaman Tuk Gajah dan Dato’ Maharajalela.”

“Di antara pejuang dalam hutan tu adalah anak murid Tuk Su yang berpegang kepada aqidah ini.”

“Akhirnya pihak orang putih tidak tertahan lagi dan berusaha untuk menyerahkan kemerdekaan negara,” jelas Tuk Su dengan wajah yang sedih. Dia tunduk lalu menyambung, “Tapi ya la... bukan pejuang kemerdekaan yang bermati-matian dalam hutan itu yang dapat habuan. Sebaliknya, anak-anak didik orang putih yang diberikan peranan untuk menerajui negara kita kemudiannya....”

Lanjutan daripada keyakinan tersebut, kefahaman agama orang MelayDeutro cukup jelas dan mereka jadi berani. Itu sebab sejak awal orang putih cuba agar kefahaman ini disisihkan. Caranya ialah melalui pengasingan agama daripada kehidupan seharian, termasuk politik yang dikenali dengan nama sekularisme. Kemudian mereka kepung kefahaman agama itu melalui pemberian tauliah. Para guru yang tidak disenangi tidak mungkin diberikan tauliah dan guru-guru itu tidak boleh mengajar agama yang benar kepada orang ramai.

Secara bersistematik, orang-orang MelayDeutro dipisahkan dan diremehkan keyakinan aqidah mereka. Orang Melayu sekadar mempelajari hal-hal ibadat seperti solat, puasa, zakat, haji dan hal yang berkait dengan sifat dua puluh. Pelajaran itulah yang diulang-ulang sejak kecil hingga ke tua bangka. Orang-orang Melayu lalu ditanamkan satu penyakit yang bernama ‘al-wahnu’, iaitu cintakan dunia dan takut mati!

Sebab pihak musuh sedar, kekuatan sebenar orang Islam adalah pada keyakinan aqidah mereka. Keyakinan ini akan membawa kepada pengertian dan kesediaan untuk jihad yang menjadi tunjang perjuangan Islam.

Setiap mukmin sejati sentiasa ditanam kepercayaan untuk merindui mati. Sebab mati itu adalah pembukaan kepada kehidupan yang sebenar; iaitu hidup selepas matinya! Saat indah ini yang paling dirindui oleh orang-orang beriman sebab di sana mukmin sejati akan dapat mengecap segala janji Allah swt. Apa yang paling dinanti-nantikan mereka ialah saat bertemu dengan Khaliq, Tuhan Pencipta. Dialah Tuhan yang menjadikan mereka daripada tidak ada kepada zahir dan wujud di atas dunia.

Ini keindahan Islam. Dan keindahan ini tidak ada pada mana-mana agama, baik agama samawi ataupun agama duniawi.

“Dengan keyakinan ini, mana ada orang MelayDeutro yang sanggup untuk murtad dan mencari agama lain selain daripada Islam?” tegas Dr. Heikal sambil memeluk tubuhnya menghadap ke luar. Renungannya melangkau hingga ke puncak-puncak bangunan tinggi yang berserakan di sekitar ibu negara. Kemudian dia berpaling.

“Tubuh badan kita ini umpama sebuah sangkar yang kosong... Islam mengajar kita berusaha memasukkan denak ke dalam sangkar tersebut, iaitu iman dan keyakinan. Yakin pada Allah, Pencipta sekelian alam ni.”

“Sejak di alam kandungan, janin itu sentiasa diliputi oleh iman terhadap Allah swt. Ia bermula pada saat rohnya ditiupkan ketika berusia seratus dua puluh hari... ketika qada’ dan qadarnya dituliskan dan tersimpan di Luh Mahfuz sana.”

“Apabila lahir ke alam dunia ini, iman itu beterbangan keluar dari gengamannya bersama keluarnya suara tangisan pertama bayi tersebut. Iman yang beterbangan itu perlu dipanggil kembali. Maka azan dilaungkan ke telinga bayi tersebut seolah-olah memberitahu dan memperdengarkan kepadanya kalimat suci yang terawal. Itulah kalimah Allahhu-akbar dan kalimah syahadah, iaitu iman yang baru terbang tu.”

“Itu sebab kanak-kanak dianjurkan solat sejak berusia tujuh tahun dan dirotan apabila masuk sepuluh tahun; tujuannya untuk memelihara iman itu biar kekal dalam hayat dan nalurinya sehingga umur baligh.”

“Selepas baligh baru Allah swt letakkan tanggungjawabnya terhadap iman tersebut. Setiap insan mesti memelihara iman yang ada padanya dan hidup sebagai orang beriman. Kemudian nanti apabila mahu mati pun mesti dalam iman untuk dipersoalkan. Sebab iman itu adalah hak dan amanah Allah swt yang diberi pinjam dan mesti pelihara dengan sebaik-baiknya. Aku ada voucer yang perlu dijelaskan bilnya....”

“Itu sebab menurut kata Tuan Guru Nik, matlamat hakiki seseorang insan adalah mati. Ia adalah pembukaan kepada kehidupan kita yang sebenar, iaitu hidup sesudah mati. Kemudian di sanalah kelak iman itu diperhitungkan. Barulah ada ertinya balasan syurga dan neraka.”

Sedangkan pada orang-orang yang berfaham sosialis, mereka tidak percayakan agama. Fahaman mereka sama dengan fahaman komunis. Agama itu ibarat candu dan ia membelenggu kehidupan. Mereka percaya kehidupan manusia ini ibarat sehelai daun. Ia hidup subur, menghijau, kemudian kuning lalu gugur ke bumi... kering, kemudian reput dan menjadi tanah. Itu saja.

“Mereka ini tidak punya perhitungan akhirat,” jelas Dr. Heikal sambil menggeleng. “Itu sebab segala yang berkait dengan agama... dimusuhi. Ia termasuk membenci institusi agama dan orang-orang beragama.”
“Maka sekolah agama rakyat pun menjadi mangsa,” celah Sariah sambil tertawa.

Natijahnya, maka segala yang berunsurkan agama diperlekehkan. Para ulama dituduh merapu. Kemudian dikatakanlah bahawa hukum agama kononnya ketinggalan zaman dan tidak dapat dijalankan.... Hasilnya maka generasi muda yang tidak mendapat bekalan iman dan agama itu yang menjadi pertaruhan. Generasi yang akan jadi manusia rosak seperti yang ada di Barat sana.

Manusia akan rosak sekiranya tidak kembali kepada fitrah kejadiannya, kembali kepada agama yang suci ini.

“Orang jahil tidak tau bahawa hidup yang paling indah dan seronok adalah di sana,” kata Dr. Heikal sambil merenung jauh. “Hidup sekarang ni cuma pura-pura dan main-main saja!”

Sariah hanya mampu menelan liur keringnya. Benaknya ligat berputar dan berlegar. Dr. Heikal seorang tokoh kaya dan ternama, tetapi kekayaan tidak pernah menghalangnya daripada memiliki kefahaman yang melangkaui alam malakut dan jabarut itu.

Sikap dan pendirian inilah agaknya yang dikatakan oleh tuk-tuk alim bahawa; kita berada di peringkat redha dan Allah meredhainya pula.

Sariah pun tidak mengetahui apa-apa tanpa dijelaskan oleh Dr. Heikal. Mungkin kalau ditakdirkan dia kembali ke pangkuan Ilahi pun dalam keadaan tenggelam punca dan tidak mengerti apa-apa.

“Tapi err... kalau dengar dek orang-orang seperti tiga orang mufti mengarut tu, dah sah dia katakan ajaran sesat ni,” celah Sariah dengan nada jengkel.

“Pengaruh Wahabi dan Kaum Muda memang macam tu... segala yang berbau tasauf aje... sesat. Khurafat le... macam-macam!”

“Ya la... dia orang tu pun benihnya dari mana? Kan termasuk dalam agenda Islam liberal. Pengaruh Ladies In Islam dan golongan anti hadis pun kuat.”

“Kenapa pemimpin parti kebangsaan MelayDeutro tak ambil peduli?”

“Mereka pun sekular!”

0 Responses