Elias Hj Idris
Oleh: Najib Razak
19 September 2019


PM ke-7 akhirnya mengaku banyak aset negara telah dijual.
Lalu dia kata saya tak patut kritik PH jual aset negara.
Kerana dia dakwa wang itu adalah untuk bayar hutang negara tinggalan saya.

Tapi realitinya ialah hutang negara telah terus naik RM124 bilion (termasuk bon Samurai pertama) daripada RM686b pada akhir 2017 masa BN ke RM810 bilion sekarang!

Defisit kerajaan juga meningkat berbanding masa BN.
Nisbah hutang kerajaan meningkat dari 48.7% pada suku pertama 2018 kepada 52.7% sekarang.

Satu sen prinsipal hutang 1MDB juga tidak berkurang sejak PH ambil-alih kuasa.

Hutang mana yang telah dibayar balik?

Untuk makluman umum, ini adalah di antara aset-aset negara yang PH telah confirm jual dalam tempoh 16 bulan mereka memerintah:

1. Khazanah jual IHH berhad kepada Jepun - RM8.41 bilion (Nov 2018)
2. Khazanah jual saham CIMB - RM364 juta (Dis 2018)
3. Axiata jual M1 Singapura kepada Singapura - RM1.65 bilion (Feb 2019)
4. Khazanah jual saham Bank Filipina BDO Unibank kepada Filipina - RM415 juta (Feb 2019)
5. Boustead jual Hotel Royale Chulan kepada Singapura - RM197 juta (Feb 2019)
6. Khazanah jual saham Tenaga Nasional - RM1.05 bilion (April 2019)
7. DRB-Hicom jual 48% kepentingan MODENAS kepada Kawasaki Jepun - anggaran RM175 juta (April 2019).
(**Bila syarikat swasta DRB-Hicom jual Proton, ada yang menangis, tapi menjual syarikat motosikal nasional kepada Jepun boleh pula).
8. Axiata jual aset digital kepada Singapura - RM580 juta (April 2019)
9. Menteri Kewangan jual sebahagian dari projek Bandar Malaysia kepada syarikat Malaysia-China- RM7.41 bilion (Apr 2019)
10. Khazanah jual hartanah DUO kepada Singapura - RM4.73 bilion (Julai 2019).
11. Khazanah jual kepentingan saham dalam syarikat elektrik Arab Saudi kepada Malakoff - RM289 juta (Julai 2019)
12. Khazanah jual saham CIMB dengan cara pajakan- RM2 bilion (Julai 2019)
13. Khazanah jual Pusat Perubatan Prince Court kepada IHH yang kini milik Jepun- RM1.02 bilion (Sep 2019)
14. Khazanah jual lebuhraya tol Jakarta kepada syarikat Kanada- RM2.1 bilion (Sept 2019).

Masih dalam rundingan: MAHB, MAS, UEM Sunrise dan lain-lain pun dalam proses untuk jualan.

Aset-aset yang dijual oleh GLC lain seperti Tabung Haji, PNB, Sime Darby, FGV kita ketepikan dulu  untuk seketika.
0 Responses