Elias Hj Idris

Cara Buat Baja Ikan Organik (FAA, Fish Amino Acid)

Baja ikan atau baja FAA (fish amino acid) ialah baja yang dihasilkan melalui kaedah penapaian sisa ikan termasuk sisa perut, insang dan seluruh isi serta tulang ikan. Bagi mendapatkan baja ikan yang berkualiti saya sarankan penggunaan ikan berwarna biru gelap dan hitam kerana kandungan asid amino yang tinggi dalam ikan tersebut. Walaupun begitu, jika tidak dapat jenis ikan tersebut kita tetap boleh mengguna ikan sungai seperti tilapia, keli ataupun haruan.
Penggunaan baja ini sesuai untuk tanaman di kebun halaman rumah, kebun skala kecil sehingga lah ladang skala komersial.
Sejarah pembuatan baja ini bermula sejak tahun 1970-an dari Korea. Biasalah orang Korea kan suka makan benda peram. Jadi seorang lelaki ini dapat idea untuk buat baja peram daripada ikan. Maka terhasil lah resipi yang hebat ini.

Kebaikan Baja Ikan

Asid amino adalah antara bahan penting untuk pembentukan protein. FAA ini membantu pertumbuhan mikrob baik sekitar tumbuhan. Seterusnya baja FAA ini akan membantu:
  • Baja ikan mudah diserap oleh akar dan liang stomata daun semasa peringkat pertumbuhan
  • Daun akan berwarna lebih hijau pekat dan subur
  • Mengandungi nitrogen yang tinggi
  • Buah nampak berkilat
  • Bunga tidak mudah gugur
  • Kaya dengan kalsium dan unsur mikro bagi membantu perkembangan pokok yang sihat
  • Tanaman akan lebih rintang penyakit dan tumbuh subur

Bagaimana Baja Ikan Berfungsi?

Mengurangkan stres pokok

Stress seperti suhu tinggi, kelembapan rendah atau kekeringan, serangan hamama atau serangga, hujan berlebihan ( lembab), banjir dan kekurangan nutrients memberi efek negatif pada metabolisme tanaman dan akan membantutkan kualiti dan penghasilan tanaman. Penggunaan amino asid semasa penanaman secara berterusan akan mengubah fisiologi tanaman denagn pengawalan dan penghindaran stress menjadikan pokok sentiuasa dalam keadaan baik dan subur dan berupaya menentang penyakit.

Pengaruh Fotosintesis

Untuk kesuburan pokok, karbohidrat di sintesiskan oleh prosess fotosintesis, pada peringkat fotosintesis yang rendah mengakibatkan pertumbuhan yang lambat dan menyebabkan kebantutan dan kematian tanaman, klorofil adalah molekul yang bertanggung jawab untuk penyerapan tenaga cahaya. Glumate acid dan glisine merupakan enzime untuk proses sintesis dan pembentukan klorofil pada daun. Asid amino ini membantu untuk meningkatkan konsentrasi klorofil dan memantapkan proses fotosintesis lebih tinggi. Hal ini membuat tanaman menghijau dan subur bila proses sintesis berlaku secara maksima.

Tindakan Pada Liang Stomata

Stomata adalah struktur selular yang mengontrol atau mengawal keseimbangan hydro atau air dalam tanaman, penyerapan unsur makro dan mikro nutrients dan penyerapan udara. Pembukaan dan penutupan stomata dikendalikan oleh dua faktor external (cahaya, kelembaban, suhu dan konsentrasi garam) dan faktor internal (konsentrasi amino asid, abscisic acid dan lain2). Stomata akan menutup ketika cahaya dan kelembaban rendah atau kering dan juga jika keadaan suhu dan konsentrasi garam yang tinggi, ketika stomata tertutup proses fotosintesis dan transpirasi atau perpeluhan berkurang dan berlaku penyerapan yang rendah pada unsur baja makro dan mikro dan respirasi meningkat yang memerlukan tenaga dari kabohidrat. Dalam hal ini keseimbangan metabolisme tanaman adalah negatif.
Catabolism ( penguraian protein dan kabohidrat) lebih tinggi dari anabolisme. Ini berarti metabolisme lambat dan menghentikan pertumbuhan tanaman. Asid L-glutamat bertindak sebagai agen osmotic citoplasm dari sel pengawal. Penggunaan amino acid akan memudahkan pembukaan stomata dengan pengawalan dari keseimbangan catabolism.

Chelating Effect Amino Acid

Amino acid merupakan agen chelating atau pengurai untuk micronutrients. Penggunaan bersama atau sebagai siraman atau campuran dalam tangki baja memudahkan, penyerapan dan transportation zat2 micro nutrients oleh akar dan pokok. Effect ini disebabkan tindakan asid dapat mengawal serapan dan permiability cell membrane dengan pertolongan dari acid L – Glycine dan L – glutamate yang terkenal sebagai chelating agen yang sangat effective.

Amino Acid dan & phytohormones

Amino acid merupakan precussor atau aktivator dari phytohormones dan zat pertumbuhan. L – Metionine merupakan precussor dari ethylene dan faktor pertumbuhan seperti Espermine dan Espermidine, yang di synsthesized dari 5 – Adenosyl Metionine. L – Triptophane ( sebahagian dari AA) adalah precussor untuk sintesis Auksin. Triptophane tersedia hanya jika hidrolisis protein dilakukan oleh enzim.

Pembuahan dan Pembentukan Buah

Pembuahan adalah perpindahan putik sari ke bunga putik buah, sehingga terjadinya pembentukan buah . L – Proline ( komponen AA) membantu dalam kesuburan pollen. L – Lysine, L – Metionine, L – glutamate adalah komponen amino asid yang esential untuk pembuahan. Amino asid meningkatkan kadar pembentukan putik sari dan pembesaran kantung polen.

Keseimbangan Microbes Tanah

Keseimbangan microbe tanah pertanian merupakan asas yang baik untuk penguraian dan peroses mineralisation untuk menguraikan bahan organik dan juga structure tanah untuk melepaskan unsur baja pada pokok dalam bentuk yang mudah di serap. L-metionine salah satu komponen dari AA adalah faktor pertumbuhan precussor yang menstabilkan dinding sel microbes dalam proses penguraian.
Sehubungan dengan itu, penggunaan FAA atau amino acid amat baik untuk menentukan kesuburan pokok yang meksima dan ketahan dari penyakit, serta untuk penghasilan buah yang berkualiti dan meningkatkan production.

Resipi Baja FAA

Bahan:
  • Ikan laut – 1 kg (paling bagus ikan berwarna biru gelap atau hitam sebab kaya dengan asid amino)
  • Gula merah – 1 kg
  • Baldi – 5 L
  • Kain kasa
  • Botol 1.5 L
Cara buat:
  1. Cincang ikan kepada beberapa bahagian kecil. Jangan buang isi perut atau insang.
  2. Masukkan ikan dan gula merah dengan nisbah 1:1 iaitu 1 kg ikan + 1 kg gula merah ke dalam baldi
  3. Gaul sehingga semua bahan sebati
  4. Tutup baldi dengan kain kasa dan ikat dengan tali atau gelang getah
  5. Label tarikh pada bekas
  6. Selang 3-4 hari kacau bahan peraman agar proses penapaian berlaku dengan lebih pantas. Sekali sekala akan kelihatan buih muncul tanda mikrob sedang menjalankan tugas mereka.
  7. Peram selama 10 hari. Jika ada lapisan lemak selepas 10 hari, boleh bubuh 1-2 sudu makan mikrob baik.
  8. Tapis dan masukkan ke dalam botol 1.5L
  9. Simpan baja ini di tempat gelap dan dingin
  10. Baja ini boleh bertahan 6-12 bulan.
Penggunaan:
  1. Campurkan 3 mL baja ikan + 1L air.
  2. Boleh juga guna sukatan satu sudu makan baja ikan ini dicampurkan dengan 2L air.
  3. Sembur pada daun, batang dan pangkal pokok
  4. Boleh juga siram keliling pangkal pokok.
Pilih lah mana-mana cara yang mudah bagi kita. Yang penting kita berikan pada tanaman kita baja FAA ini. Barulah nampak kesan yang bagus.
Nota Tambahan:
  • FAA kaya dengan nitrogen N merupakan baja yang bagus untuk siraman atau semburan foliar untuk mempertingkatkan pertumbuhan semasa fasa pertumbuhan (vegetatif) dan sesuai digabungkan dengan baja cecair lain seperti MOL
  • Jika kita membuat mikrob baik (EM) untuk digunakan pada proses pengkomposan bahan organik, campuran FAA yang dicairkan 1:500 akan mempertingkatkan aktiviti mikrob baik seterusnya mempercepatkan proses bahan organik menjadi kompos.
  • Untuk sayuran berdaun, menggunakan FAA secara berterusan (semburan seminggu sekali) akan meningkatkan hasil dan memberi rasa sayur yang enak dan beraroma.
  • Disebabkan FAA kaya dengan unsur N, maka tidak digalakan sembur atau siram FAA semasa pokok masuk fasa pembungaan kerana akan mengurangkan putik bunga muncul dan hanya pucuk serta daun sahaja keluar.
  • FAA daripada ikan sardin, kayu atau tongkol amat baik untuk menghalau serangga perosak. FAA ini mengandungi minyak ikan hasil fermentasi yang mengeluarkan bau agak ketara. Ini merupakan penghalau terhadap sesetengah serangga seperti hamama, lalat putih, afid, bena dan koya.
  • Jika terdapat tulang-tulang ikan yang tidak hancur selepas ditapis, masukan ke dalam cuka kayu atau cuka nipah bagi menukarkan bahan ini kepada baja kalfos.
0 Responses