Setiap orang murid harus menjadi orang yang paling jauh dari segala rupa bentuk maksiat dan perkara-perkara yang dilarang. Ia termasuk begitu menjaga segala yang fardu dan setiap yang dianjurkan. Dia hendaklah menjadi seorang yang cukup memelihara segala amal yang boleh mendekatkan dirinya kepada Allah swt. Dia seorang yang amat cenderung untuk berbakti dan membuat kebajikan.
Setiap murid itu tidak seharusnya berbeza daripada kebanyakan manusia ramai, kecuali dari sudut sifat-sifat keistimewaan yang sentiasa berada di jalan Allah, selalu berlaku taat kepada-Nya serta mengasingkan diri daripada segala perkara yang boleh menghalangnya daripada beribadat kepada Allah swt.
Seseorang murid tidak harus mensesiakan nafasnya, cukup berkira dengan masanya dengan tidak membiarkan masa itu berlalu - sedikit atau banyak melainkan dihabiskan dalam membuat kerja-kerja yang akan mendekatkan dirinya kepada Tuhan; iaitu amal bakti yang mendatangkan munafaat untuk hari akhiratnya.
Seseorang itu harus mengatur satu masa yang khusus bagi setiap amal dan ibadatnya, ditunaikan segala amal dan ibadat itu pada masa-masa yang tertentu. Ia tidak dicuaikan atau ditinggalkan sama ada semasa dia susah ataupun senang. Murid seperti ini perlu memperbanyakkan membaca al-Quran dengan mentadabbur, iaitu meneliti makna-maknanya serta mentartilkan lafaz-lafaznya.
Dalam masa membaca itu, seseorang murid hendaklah dapat merasakan kebesaran Zat Tuhan yang seolah-olah sedang berkata-kata kepadanya, sedangkan dia sendiri yang membacakan bicara Tuhan itu. Jangan sesekali membaca al-Quran, sebagaimana mereka yang lalai dan alpa. Lantaran ada orang yang membaca al-Quran dengan lidah yang fasih dan bersuara merdu serta gemersik, tetapi hatinya kosong daripada rasa kusyuk dan takzim.
Mereka membaca al-Quran dari awal ke akhir, sedangkan mereka tidak faham satu pun daripada maksud dan maknanya. Malah mereka tidak tahu pun kenapa al-Quran itu diturunkan? Jika mereka tahu, nescaya mereka akan cuba mengamalkan segala isi kandungan dan saranan di dalamnya. Sesungguhnya, setiap ilmu itu hanya akan berguna jika diamalkan.
Orang yang berilmu, tetapi tidak mengamalkan ilmunya sama taraf dengan si jahil. Malah dari satu segi, kelebihan dan kekurangan ini akan menjadi hujah Allah di akhirat nanti di mana si jahil itu akan lebih bernasib baik berbanding dengan si alim yang tidak beramal. Sebab ada pepatah yang mengatakan, "Setiap ilmu yang tidak membawa munafaat ke atas diri seseorang, adalah lebih baik baginya untuk kembali menjadi jahil!"
Solat Tahajjud di Tengah Malam
Seseorang yang terpuji bergantung kepada kesediaannya untuk bangun bertahajjud di waktu tengah malam. Sebab, malam itu adalah waktu bagi seseorang hamba berkhalwat dengan tuannya. Oleh itu kita hendaklah memperbanyakkan 'tadharru' dan istighfar di waktu tersebut.
Jangan sekali-kali lupa bermunajat kepada Tuhan dengan merendah diri dan berserah dengan hati yang penuh yakin tentang kelemahan dan ketidak-upayaan diri yang serba kekurangan itu.
Jadi, jangan sekali-kali kita mengabaikan bangun bagi tujuan tersebut; berjaga malam dengan banyak berzikir kepada Allah swt.

Salam. Peringatan yang baik buat semua termasuk saya, terima kasih. Soalan saya, amalan murid kadang2 goyah akibat dunia yang serba-serbi mengancam. Nama pun murid. Jadi macamana nak istiqamah sebagai murid yang baik? Supaya tak dihukum sebagai orang yang tak beramal.
Kurangkan perhatian pd dunia - jgn ikut nafsu. Elakkan cite filem/tv/video.
Banyak zikir n baca al-Quran.
Terima kasih. Yang itu2 sudah kurang. Lagi satu, internet, insyaAllah.
internet pun banyak faedah.
Pada org yg menuju jln sufi, dia kurangkan sume benda sbb perhatian cuma tertumpu pada DIA yang satu.
Zikir la.