Sabda Rasulullah saw;
"Sesungguhnya di dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging, apabila baik ia nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan apabila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah, iaitu kalbu (hati!)." Riwayat Bukhari dan Muslim.
Dari keterangan tersebut jelaslah bahawa kemuncak perbicaraan dalam asal-usul manusia adalah hati (kalbu). Hati di dalam itu bak raja pemerintah yang sangat ditaati oleh sekelian rakyat - anggota tubuh badan. Jadi anggota lahir seperti kaki, tangan, mata, hidung, mulut, telinga, perut, faraj, zakar dsb bagaikan rakyat jelata. Apabila raja (hati) itu memerintah tangan supaya menampar, maka menamparlah si tangan itu ke sasarannya. Jika diperintahkan kaki itu untuk menyepak, maka menyepaklah si kaki itu; demikian seterusnya.
Hati itu dinamakan 'hakikat keakuan' - aku itu dan aku ini. Aku pergi, aku mencari, rumah aku, besarnya perniagaan aku, pandainya aku, hebatnya aku, aku menteri... dan aku yang pelbagai ibarat burung terkukur - kur... kur... kur.... Aku itulah yang sebenarnya 'hakikat insan' kerana ia ganti nama bagi roh atau kalbu seumpama tuk selampit, dalang wayang kulit yang menggerakkan tubuh kasar; iaitu belulang kering itu menjadikan sebuah cerita.
Apabila bercerai ia dari tubuh kasar itu, tinggallah tubuh itu sebatang kara (dalam mengenali sifat 20, iaitulah 'hayyat'), bak tunggul kayu yang menanti masa untuk reput! Kaki-tangan dan anggota badan itu akan reput membusuk - satu sen pun tiada guna!
Sedangkan hati (kalbu dan roh) itu tinggal untuk menerima hukuman pembalasan sama ada baik atau jahat di negeri akhirat; sebab dialah raja pembesar yang memerintah satu alam tubuh ketika hidup di atas muka dunia dahulu. Dialah yang menakluki makhluk anggota tubuh menjadi hambanya; dia yang menundukkan benda-benda jamadat, nabatat, dan hayawanat taat di bawah perintahnya. Maka kerana dialah punca hikmat jadinya alam ini - dan tanpanya tidakkan terjadi makhluk dan syurga-neraka.
Dia datang dari alam ghaib, iaitu alam al-amr dan selepas itu dia juga akan kembali ke alam yang ghaib juga. Ia wujud sebelum alam kasar atau alam syahadah (kenyataan - nyata) itu wujud. Ia ditumpangkan ke alam dunia tempat persinggahan sementara ini kerana bertujuan untuk dikenakan ujian. Ia datang dari alam kejadian Tuhan yang aneh (ruhaniah) yang tidak menerima binasa dan fana selama-lamanya.
Dialah yang akan menanggung segala rasa bahagia atau celaka di akhirat. Dia jugalah yang menerima suka-duka dunia-akhirat. Sedangkan sebelumnya dia telah pun mengenali Tuhan di alam arwah - sebelum benda atau apa jua dijadikan. Dia yang mengetahui segala hakikat dengan tanggapan ilmunya. Dia yang sudah hidup, melihat, mendengar, bercakap dan seterusnya bersifat dengan sifat-sifat ma'ani sebelum ia bercantum dengan tubuh kasar yang bermula dengan kejadian janin pada usia 120 hari itu - apabila dia, iatu roh ditiupkan.
Dia inilah yang dinamakan fitrah Allah (tabiat semulajadi penerimaan agama dan makrifat pada Allah) yang sudah mengenali dan mengetahui agamanya dengan tidak perlu belajar atau mentelaah kitab di alam arwah; yakni dia sudah mengenali segala-galanya sebelum dia dihantar atau dicantumkan dengan alam kasar (syahadah) ini. Malah dia yang pernah mengaku dan menyaksikan di alam arwah bahawa Tuhan Yang Esa itu adalah Allah sebagaimana yang diceritakan dalam al-Quran; "Tidakkah Aku ini Tuhan kamu? Mereka menjawab, bahkan!"
Malah kerana dialah juga maka diutuskan para nabi dan rasul-rasul ke alam dunia untuk mengawasi dan mengingatkan kembali mengenai perkara agama yang sudah manusia kenali sewaktu di alam arwah dahulu. Tujuannya, agar manusia tidak mengotorkan fitrah-Nya, malah sebaliknya terpelihara agar sentiasa bersih dari awal hingga ke akhir.
"Dialah fitrah yang Allah jadikan sesuai pada manusia, tidak dapat diubah-ubah lagi pada kejadian Allah, itulah agama Allah yang benar."
Bagi orang-orang yang tidak menerima dan tidak mempercayai akan Allah swt seperti yang disampaikan oleh nabi dan rasul-rasul di dunia ini maka itulah tanda yang mereka telah mengotorkan fitrah bersih mereka yang asli dan sudah terpesong daripada konsep kebersihannya. Mereka mendambakan dan berhak untuk mendapat gelaran 'kufur' di sisi Allah dan sewajarnyalah mereka itu kekal di dalam neraka - na'uzubillahi-minzaalik.
"Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat menyembah-Ku semata-mata." - az-Zariaat: 56
Jadi, daripada penjelasan ringkas itu dapatlah kita mengertikan dan faham tentang;
- siapakah kita?
- dari mana kita datang?
- di mana kita sekarang?
- dan ke manakah arah tujuan kita?
Bersambung...
"Sesungguhnya di dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging, apabila baik ia nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan apabila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah, iaitu kalbu (hati!)." Riwayat Bukhari dan Muslim.
Dari keterangan tersebut jelaslah bahawa kemuncak perbicaraan dalam asal-usul manusia adalah hati (kalbu). Hati di dalam itu bak raja pemerintah yang sangat ditaati oleh sekelian rakyat - anggota tubuh badan. Jadi anggota lahir seperti kaki, tangan, mata, hidung, mulut, telinga, perut, faraj, zakar dsb bagaikan rakyat jelata. Apabila raja (hati) itu memerintah tangan supaya menampar, maka menamparlah si tangan itu ke sasarannya. Jika diperintahkan kaki itu untuk menyepak, maka menyepaklah si kaki itu; demikian seterusnya.
Hati itu dinamakan 'hakikat keakuan' - aku itu dan aku ini. Aku pergi, aku mencari, rumah aku, besarnya perniagaan aku, pandainya aku, hebatnya aku, aku menteri... dan aku yang pelbagai ibarat burung terkukur - kur... kur... kur.... Aku itulah yang sebenarnya 'hakikat insan' kerana ia ganti nama bagi roh atau kalbu seumpama tuk selampit, dalang wayang kulit yang menggerakkan tubuh kasar; iaitu belulang kering itu menjadikan sebuah cerita.
Apabila bercerai ia dari tubuh kasar itu, tinggallah tubuh itu sebatang kara (dalam mengenali sifat 20, iaitulah 'hayyat'), bak tunggul kayu yang menanti masa untuk reput! Kaki-tangan dan anggota badan itu akan reput membusuk - satu sen pun tiada guna!
'Dia' yang amat mengerti itu ada pada mana-mana jasad manusia;
termasuk Fidelma O'Leary, Prof Bio-technology US ini
Dia datang dari alam ghaib, iaitu alam al-amr dan selepas itu dia juga akan kembali ke alam yang ghaib juga. Ia wujud sebelum alam kasar atau alam syahadah (kenyataan - nyata) itu wujud. Ia ditumpangkan ke alam dunia tempat persinggahan sementara ini kerana bertujuan untuk dikenakan ujian. Ia datang dari alam kejadian Tuhan yang aneh (ruhaniah) yang tidak menerima binasa dan fana selama-lamanya.
Dialah yang akan menanggung segala rasa bahagia atau celaka di akhirat. Dia jugalah yang menerima suka-duka dunia-akhirat. Sedangkan sebelumnya dia telah pun mengenali Tuhan di alam arwah - sebelum benda atau apa jua dijadikan. Dia yang mengetahui segala hakikat dengan tanggapan ilmunya. Dia yang sudah hidup, melihat, mendengar, bercakap dan seterusnya bersifat dengan sifat-sifat ma'ani sebelum ia bercantum dengan tubuh kasar yang bermula dengan kejadian janin pada usia 120 hari itu - apabila dia, iatu roh ditiupkan.
'Dia' roh yang ditiupkan kepada janin ini apabila berusia 120 hari
Malah kerana dialah juga maka diutuskan para nabi dan rasul-rasul ke alam dunia untuk mengawasi dan mengingatkan kembali mengenai perkara agama yang sudah manusia kenali sewaktu di alam arwah dahulu. Tujuannya, agar manusia tidak mengotorkan fitrah-Nya, malah sebaliknya terpelihara agar sentiasa bersih dari awal hingga ke akhir.
"Dialah fitrah yang Allah jadikan sesuai pada manusia, tidak dapat diubah-ubah lagi pada kejadian Allah, itulah agama Allah yang benar."
Bagi orang-orang yang tidak menerima dan tidak mempercayai akan Allah swt seperti yang disampaikan oleh nabi dan rasul-rasul di dunia ini maka itulah tanda yang mereka telah mengotorkan fitrah bersih mereka yang asli dan sudah terpesong daripada konsep kebersihannya. Mereka mendambakan dan berhak untuk mendapat gelaran 'kufur' di sisi Allah dan sewajarnyalah mereka itu kekal di dalam neraka - na'uzubillahi-minzaalik.
"Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat menyembah-Ku semata-mata." - az-Zariaat: 56
Jadi, daripada penjelasan ringkas itu dapatlah kita mengertikan dan faham tentang;
- siapakah kita?
- dari mana kita datang?
- di mana kita sekarang?
- dan ke manakah arah tujuan kita?
Bersambung...
Bagaimana kalau 'dia' dilahirkan pula sebagai orang kafir, di mana ibu ayahnya tak percaya kepada Tuhan yang esa? Bagaimanakah keadaan qalbu mereka yang dididik sehingga terbencikan Islam?
Fitrah dlm naluri manusia ttp mahukan kebaikan.
Bagi mereka yg mengotorkan fitrahnya, akan keras hatinya untuk tidak mau terima kebaikan itu.
Maka di sini letaknya hidayah dari Allah. Dia lebih tau mana yang layak buat sang hamba.
So, sebagai hamba kita kena tunduk dan menyerah diri - minta.
Ya, Dia Maha Adil. Macamana nak lihat di mana kita sekarang?
Kena selalu muhasabah; hati tu cenderung ke mana? Enjoy? Ke arah seronok....
Bila hati tak cenderungpun ke arah berseronok, muncul pula keadaan sebegini. Terlihat orang lain berseronok, hati akan jadi lain semacam pula, seolah iri hati dengan kegembiraan mereka sedang kita tak mudah nak enjoi (takda masa dan memang tak minat).
Cuma, kalau diajak berseronok, akan berubah jadi berkenaan jugak untuk sertai. Dah tau dah, diri masih goyah. Di situ lagi tempat diri ni berada (jawapan kepada soalan sendiri).
Gunakan sabun pencuci dan berus dawai pengikis dosa tu.... Itulah istighfar dan zikir.
Baiklah, terima kasih.
salam
yg mencari tuhan takkan kafir selamanya . islam bukan agama tapi fitrah .pada pendapat saya sgama adalah tuhan . dalam quran jugak tak ada kata agama tapi deen . lagi pun jika kita kata ada agama lain dgn sendirinya kita jugak bermadsud adanya tuhan yg lain .
ruh ialah yg kita tak tahu . kena cari ambik tahu macam dulu kita tak belajar sains kita tak tahu banyak benda jadi ruh ini ialah apa2 pengetahuan yg manusia boleh cari dgn jalan yg dasarnya sama .kalau tuan boleh sambung dgn makrifat tujuh boleh kita pakat2 belajar .
Pada peringkat awal ni saya cuba jelaskan sikit tentang soal nafsu 7 yg melingkari juzuk setiap insan. Ini proses dlm mengenali siapa dan apa itu kita?
Makrifat 7 tu ble dikira agak tinggi, tapi... insyaAllah di mana2 kesempatan kita cuba titipkan.
...MENGENAL DIRI YANG TIGA...
Maka kepada murid2 yg menjalani ilmu mengenal diri mahulah dikenali diri yg 3 itu seperti berikut :
(1) DIRI TERPERI - Rupanya ada Rasanya tiada.
Ibarat bayang2, nyatalah ia kepada yg ampunya bayang2.
(2) DIRI TERDIRI - Rupanya tiada Rasanya ada.
Ibarat jalan yg tertentu, berjalan ia hingga sampai ketempatnya.
(3) DIRI SEBENAR2 DIRI - Ibarat bayang2 cermin yg terang.
Suci cahayanya yg amat limpah pada sekelian alam.
Maka 3 perkara diri tersebut itu bernamalah ia "Diri DiDalam Diri" kita. Maka itulah yg dinamakan dua tubuh menjadi satu, ibaratnya seperti budak gilakan susu.. Maka kata2 ini hendaklah benar2 difahami, maka bertanyalah kepada Guru Mursyid....
(Petikan dari Kitab Mengenal Ruh - Tok Syeikh Talib Naim AsSaufi)
.....Bagaimanakah fahamnya...??? Wallahu'alam.....
Perkara 3 Diri itu bernama ia "Diri didalam Diri" mahu ditahu.
Maka itu yg dibilangkan orang kalo "Dua Tubuh menjadi Satu".
Kalo sudah ketemu lakuannya ibarat "Sang Bayi kehausan Susu".
Ada yg bilang dia "Bayi Maani" perlukan penjagaan rapi selalu.
So please don't try to disturb and wake up the Sleeping Baby,
if you're still not yet ready mmm... as the full time Baby Sitter.
Kitab Mengenal Roh dan yang sewaktu dengan nya mana yang dapatkan di Malaysia?
Ada sesiapa tahu?
Boleh browse http://umarakdagang.blogspot.my/ Pak Karamu, merupakan anak murid sahih kepada Sheikh Taleb Naim..
ni mengikut kajian tarikat mohammadiah