Surah al- Fatehah memang mempunyai banyak rahsianya, maka dengan sebab itu ia menjadi syarat yang wajib dalam tiap-tiap solat kita. Solat yang tidak disertakan dengan bacaan al-Fatehah, tidak sah hukumnya.
Di dalam hadis Qudsi yang berkait dengan peristiwa mikraj itu, Allah swt memperkatakan tentang solat yang merupakan satu bentuk perhubungan di antara hamba dan Tuhannya. Apakah tugas hamba di dalam solatnya, dan apa pula balasan Tuhan terhadap hamba yang solat itu? Maka sebab itu kata Tuhan, 'Dia telah membahagikan solat itu kepada dua bahagian; antara-Nya dengan hamba-Nya'.
Sang hamba wajib mensyukuri akan Tuhannya, sebab Dia yang telah menciptakannya, kemudian diberi-Nya pelbagai nikmat dan rezeki sehingga hamba itu hidup dalam keadaan senang dan gembira.
Apakah seseorang hamba itu patut melupakan Tuhannya sesudah itu? Bukankah sang hamba wajib mensyukuri-Nya? Dari sebab itu maka diwajibkan kita mensyukuri Allah pada setiap masa, dan agar tidak terlalai atau terlupa untuk mensyukuri-Nya, maka dicipta-Nya surah al-Fatehah yang menganduungi ayat-ayat kesyukuran itu. Maka lalu diwajibkan-Nya surah itu dibaca dalam setiap kali solat. Tujuannya, agar kita tidak pernah tertinggal atau terleka daripada mensyukuri-Nya. Lantaran solat itu adalah satu kewajipan utama dalam kehidupan seseorang mukmin.
Dalam pada itu sang hamba juga turut wajib memuji Tuhannya disebabkan Tuhan yang disembahnya itu adalah Tuhan yang bersifat ar-Rahman (Maha Pengasih) dan ar-Rahiim (Maha Penyayang). Cuba kita lihat dan kenang kembali akan nikmat dan kurnia yang telah dilimpahkan-Nya kepada kita - yang tidak terhitung banyaknya. Mana yang kita minta, sedangkan yang tidak kita minta pun diberikan-Nya juga.
Apakah bentuk nikmat berkenaan? Ia adalah nikmat iman, nikmat kehidupan dan nikmat sekelian anggota serta nikmat bagi sekelian sifat yang ada pada kita; qudrat, irodat, ilmu, hayaat, sama', basyar, dan qalam. Jika satu sahaja daripada nikmat berkenaan itu ditarik-Nya kembali, seseorang itu sudah sedia menjadi cacat! Contohnya, ditarik kembali nikmat basyar - dia akan buta dan meraba!
Sang hamba wajib mengakui kerajaan Tuhan pada hari kiamat, di mana setiap makhluk akan diadili oleh Dia Yang Maha Adil. Tiada satu usaha atau perbuatan kita di atas dunia ini yang tidak dihitung atau diambil kira - mana yang baik dibalas dengan kebaikan, dan mana yang jahat dibalas dengan kejelikan.
Maka sang hamba itu wajib menyembah akan Tuhannya dan memohon pertolongan daripada-Nya terhadap segala urusan dunia mahupun urusan akhiratnya. Segala yang terjadi, melainkan Tuhanlah yang telah mentakdirkannya. Jadi jangan lupa untuk selalu memohon bantuan daripada Allah swt, serta jangan pula lupa untuk menunaikan perintah-Nya dan menjauhkan segala larangan-Nya.
Sang hamba juga wajib meminta pimpinan dan hidayat daripada Allah swt, serta memohon jalan yang lurus (shirothal-mustaqiim) yang akan membimbing seseorang itu menuju jalan ke syurga. Di samping itu berdoalah agar Tuhan menjauhkannya daripada jalan sesat dan jalan yang dimurkai-Nya.
Sebagai balasan, maka Allah swt menjawab segala yang diucapkan oleh hamba-Nya itu. Apabila sang hamba mengucapkan syukur, maka Allah swt mengatakan; hamba-Ku mensyukuri-Ku. Dan apabila sang hamba itu mengucapkan kata-kata pujian, Allah swt mengatakan; Hamba-Ku memuji-Ku, dan seterusnya.
Kemudian Allah swt berjanji akan memberikan apa sahaja yang dipinta dan dikehendaki oleh sang hamba sebagai balasan di atas ketaatan dan kepatuhannya. Itu sebab jika seseorang itu benar-benar menghayati bacaan/solatnya, dia akan terpelihara daripada segala bentuk kebejatan/kecelakaan yang dipohonkan dek iblis. Dan sesuai dengan janji Allah itu - segalanya akan terhindar dengan rahmat-Nya jua. Maka selamatlah.
Pada dasarnya, hadis ini membawa mesej yang amat penting kepada sekelian kaum muslimin tentang rahsia surah al-Fatehah, terutama dari segi pengajarannya. Mudah-mudahan kita termasuk ke dalam golongan orang-orang yang memelihara pengajaran surah al-Fatehah dan mengamalkannya.
Di dalam hadis Qudsi yang berkait dengan peristiwa mikraj itu, Allah swt memperkatakan tentang solat yang merupakan satu bentuk perhubungan di antara hamba dan Tuhannya. Apakah tugas hamba di dalam solatnya, dan apa pula balasan Tuhan terhadap hamba yang solat itu? Maka sebab itu kata Tuhan, 'Dia telah membahagikan solat itu kepada dua bahagian; antara-Nya dengan hamba-Nya'.
Sang hamba wajib mensyukuri akan Tuhannya, sebab Dia yang telah menciptakannya, kemudian diberi-Nya pelbagai nikmat dan rezeki sehingga hamba itu hidup dalam keadaan senang dan gembira.
Nikmat kebendaan dan kesenangan yang bersifat sementara
Dalam pada itu sang hamba juga turut wajib memuji Tuhannya disebabkan Tuhan yang disembahnya itu adalah Tuhan yang bersifat ar-Rahman (Maha Pengasih) dan ar-Rahiim (Maha Penyayang). Cuba kita lihat dan kenang kembali akan nikmat dan kurnia yang telah dilimpahkan-Nya kepada kita - yang tidak terhitung banyaknya. Mana yang kita minta, sedangkan yang tidak kita minta pun diberikan-Nya juga.
Apakah bentuk nikmat berkenaan? Ia adalah nikmat iman, nikmat kehidupan dan nikmat sekelian anggota serta nikmat bagi sekelian sifat yang ada pada kita; qudrat, irodat, ilmu, hayaat, sama', basyar, dan qalam. Jika satu sahaja daripada nikmat berkenaan itu ditarik-Nya kembali, seseorang itu sudah sedia menjadi cacat! Contohnya, ditarik kembali nikmat basyar - dia akan buta dan meraba!
Sang hamba wajib mengakui kerajaan Tuhan pada hari kiamat, di mana setiap makhluk akan diadili oleh Dia Yang Maha Adil. Tiada satu usaha atau perbuatan kita di atas dunia ini yang tidak dihitung atau diambil kira - mana yang baik dibalas dengan kebaikan, dan mana yang jahat dibalas dengan kejelikan.
Maka sang hamba itu wajib menyembah akan Tuhannya dan memohon pertolongan daripada-Nya terhadap segala urusan dunia mahupun urusan akhiratnya. Segala yang terjadi, melainkan Tuhanlah yang telah mentakdirkannya. Jadi jangan lupa untuk selalu memohon bantuan daripada Allah swt, serta jangan pula lupa untuk menunaikan perintah-Nya dan menjauhkan segala larangan-Nya.
Sang hamba juga wajib meminta pimpinan dan hidayat daripada Allah swt, serta memohon jalan yang lurus (shirothal-mustaqiim) yang akan membimbing seseorang itu menuju jalan ke syurga. Di samping itu berdoalah agar Tuhan menjauhkannya daripada jalan sesat dan jalan yang dimurkai-Nya.
Sentiasa bermohon akan kasih-Nya
Kemudian Allah swt berjanji akan memberikan apa sahaja yang dipinta dan dikehendaki oleh sang hamba sebagai balasan di atas ketaatan dan kepatuhannya. Itu sebab jika seseorang itu benar-benar menghayati bacaan/solatnya, dia akan terpelihara daripada segala bentuk kebejatan/kecelakaan yang dipohonkan dek iblis. Dan sesuai dengan janji Allah itu - segalanya akan terhindar dengan rahmat-Nya jua. Maka selamatlah.
Pada dasarnya, hadis ini membawa mesej yang amat penting kepada sekelian kaum muslimin tentang rahsia surah al-Fatehah, terutama dari segi pengajarannya. Mudah-mudahan kita termasuk ke dalam golongan orang-orang yang memelihara pengajaran surah al-Fatehah dan mengamalkannya.
ewah.. dalam banyak-banyak kereta - kereta audi yg cantik menawan juga jadi pilihan utk gambar hiasan.
Adalah dlam hati berminat?
~~~
Ingin bertanya - apakah maksud gurindam lama ni dari sudut pandang elias?
tudung periuk pandai menari,
menari lagu putera mahkota;
kain yang buruk berikan kami,
buat menyapu si ayer mata....
adakah ianya berkait-rapat dgn sikap merendah diri orang melayu kita atau ada maksud tersirat lain yg cuba di sampaikan?
Torque kete tu tinggi; lampunya tu...
Merendah diri pun ya; tp rasa cam org terbuang yang ingin meraih simpati.
Klu pompuan, takde sape yg dia nak halakan... tiada tempat utk mengadu! Kain buruk pun jadi la.
Al-fatehah, saya serba-sedikit fahami terjemahan asasnya, terima kasih ya kerana mengingatkan bahawa ia adalah ayat2 kesyukuran :-) Selain tu, ia juga ayat perhubungan dengan Tuhan dan juga ayat pelindung (dan ayat syifa' kan?).
Menyibuk sikit pasal kereta Audi boleh...masa kecil saya dan adik suka berangan dan mengaku kereta feveret adalah kereta Audi, sebabnya amat lawak! Sebab ada seorang sepupu kami nama Audi. Hehe (macam2la saya ni). Kat blog ni baru tau rupa kereta Audi. All thanks to our beloved writer :-)
Err... nanti kita letak lagi kete Audi, ok!
Yes! Put more of Audi! (hehe kelakarla Pakcik ni)
Tengok la... kete lain pun ada.
Ok :-)
Kete kuning tu ada nostalgianya. Huu... huuu.
It's a warm and friendly car, that yellow car :-) Yang lain macam kereta 'gong'
Kete Fiat tu best.
Comel juga :-)
Macam gadis ayu... cute-mute!
Fasal pada menyatakan Hakeqat AlFatehah yg sebener2nya.
Kelehatan dua antara Aku dan DiriKu - Allah dgn Muhammad.
Ada pun Hakeqat AlFatehah itu sebener2nya Noktah Yg Ghoib.
Yakni Aku (Allah) ujud Esa tiada dua.. Allahu'alem Bissawab...
( Dari kitab Kanun Laduni - Syeikh Qarani Wali Makrifah )