Tidak pun sampai beberapa minggu tinggal di rumah Cikgu Mohamed saya mula berasa tidak selesa. Bukan kerana keadaan rumah kedai yang sering sunyi dan gelap di dapur itu, tetapi kerana tidak mahu menyusahkan rakan yang baik hati itu. Jadi saya mencari rumah lain - sebuah rumah kampung yang letaknya tidak jauh dari sekolah. Jaraknya, cukup untuk berjalan kaki selama 5 minit. Boleh nampak pun dari sekolah - dengan sewa RM15 sebulan.
Ia sebuah rumah milik seorang kakitangan kerajaan yang tinggal di bandar Kota Baru. Rumahnya walaupun diperbuat daripada papan, tetapi cukup besar dan luas. Ada tiga bilik tidur seluas 20'x20' siap dengan ruang memasak, dapur, dan ruang tamu yang melaut. Agak kelakar, dengan sebuah beg pakaian saya tinggal di situ seorang diri.
Lampunya tidak ada - sebab telah agak sekian lama tinggal bekalan elektriknya pun dipotong. Untuk berkira bicara bagi tujuan penyambungan semula agak cerewet sebab tuan rumahnya tidak mungkin akan pulang ke situ. Itupun rumah tersebut diserahkan pada budi bicara orang tua pemiliknya - nenek.
"Mu gi sendiri la... ambo tak cekak," kata nenek itu.
Soalnya nak pergi ke Bachok - 15 batu dari situ jauhnya. Itu satu hal, kemudian takde satu dokumen pun yang ada pada tangan nenek.
"Sumo ado ke dio ke dio belako denun," jelas nenek tua itu memberitahu surat-surat itu ada pada anaknya di Kota Baru.
Ah, biarkanlah. Saya boleh gunakan pelita sahaja.
Soal makan pula... ada warung dekat tepi jalan. Itupun ia tidak menjual nasi dan lauk-pauk untuk makan malam. Cuma ada roti dan laksam. Itupun jadilah asalkan jangan lapar sementara menunggu keesokan harinya boleh makan di kantin sekolah sahaja. Namun mana mungkin bagi saya makan laksam setiap hari? Laksam itupun sudah asing buat selera di tekak ini. Untung juga pada waktu pagi ada dijual nasi berlauk di tepi jalan, dekat depan rumah.
Rupanya, saya ni penakut juga orangnya, terutama apabila malam. Keadaan sunyi di sekeliling... ya la rumah dalam kampung yang terpencil. Setiap rumah yang lain ada kira-kira 200-300 meter jaraknya. Kemudian oleh kerana lampunya pelita minyak tanah, apabila ada angin yang bertiup dari arah depan cahayanya akan melentok liuk membentuk bayang-bayang dari arah dapur yang luas dan gelap itu.
Oleh kerana telah biasa diusik dan ditakutkan dengan hantu sejak kecil ketika di kampung dahulu - ia turut mempengaruhi emosi saya di situ. Dari dalam bayang gelap itu seakan-akan bakal muncul seekor hantu yang bermacam-macam rupa kepala otak ini bayangkan. Ada yang bertanduk, bersiung, berbulu panjang dan tidak ketinggalan mestilah yang bermata merah terjojol. Aduii mak... sekejap-sekejap serasa seram dan di belakang leher seakan mengembang dengan tidak bersebab. Bayang besar di belakang seakan hantu yang sedang hendak menerkam!
Kemudian sekitar jam 10.00 malam kedengaran tapak kaki yang lalu di tepi rumah; laluan entah ke mana? Terkadang-kadang ada kedengaran bunyi suara kanak-kanak pergi mengaji muqaddam pun entah di mana? Dalam perjalanan pulang kedengaran mereka soksek-soksek mengintai di tepi lubang dinding. Dek kerana takut, saya tidak ambil pusing sama ada benar atau tidak itu adalah suara kanak-kanak. Lebih baik saya mematikan diri di hadapan cahaya lampu yang terlalu rajin untuk meliuk-lentok itu.
Malam, sejak awal saya sudah masuk tidur. Ya la... apa yang hendak dibuat jika berjaga pun? Tv takde. Radio takde. Telefon bimbit jauh sekali - tak tau pun apa ke bendanya? Cuma kalau ada pun kerja sekolah - memeriksa buku rampaian. Itupun kalau ada peperiksaan - mengisi data dalam kad kemajuan murid.
Selalunya, saya bertindak 'smart' dengan menyiapkan segala kerja sekolah ketika masih di sekolah lagi. Paling tidak pun saya akan berada di sekolah pada waktu petang sebelum pergi ke padang untuk sukan. Ada main bola yang mana saya tidak pandai dengan permainan yang popular itu. Langkah terbaik adalah dengan menjadi penontonnya sahaja.
Kebetulan di sekolah pada minggu itu diadakan acara memasak bubur asyura. Meriahlah keadaannya sejak pagi lagi. Ia disertai oleh kesemua cikgu dan murid-murid sama bergotong-royong. Kami melihat Pak Mat si tukang kebun menggali lubang dapur memasak berhampiran dewan makan kantin. Ada yang menggunakan tungku; untuk tujuh kawah kesemuanya - mula dimasak seawal jam 5.00petang. Maka inilah peluang untuk murid dan cikgu berbual dan beramah mesra sambil bertolong-tolongan dalam proses penyediaan kas-kas, santan dan bahan utama yang lain.
Cuma saya sahaja yang tidak tahu apa yang hendak dilakukan? Ya la... kita orang baru manakan tahu budaya sedemikian? Kemudian saya berasa agak pelik apabila mendapati bubur asyura mereka dibubuh sekali dengan segala jenis rempah-ratus ke dalamnya? Aduiii... dah bau macam masak kurma dan kari pun ada.
Seperti biasa Nik Norma adalah murid yang paling nakal dan manja - dengan jelingannya. Di mana-mana jua, dia bersama teman-temannya yang lain mesti ingin berada dekat dengan saya - bertanya itu-ini. Dan pada masa yang sama nun di penjuru sana kantin Jamilah Ismail, murid dari tingkatan 4 itu asyik memerhatikan dengan gaya seribu harapan; sama seperti keadaannya yang sering melamun ketika dalam kelas apabila saya mengajar. Dreaming.
Keadaan terus meriah dan ia berlangsung hingga ke lewat malam apabila bubur yang telah masak itu diagih-agihkan sesama murid dan cikgu semua. Cuma saya yang tidak ambil sedikit pun kerana tidak biasa makan bubur asyura yang penuh dengan rempah di dalamnya. Rasanya memang sedap - manis dan lemak, tetapi baunya. Ia berbau cengih dengan segala rasa ketumbar, kulit kayu manis, jintan, lada dan sebagainya. Jadi, saya hanya melihat mereka makan dengan penuh berselera.
Dan saya berpeluang untuk berbual dengan Jamaliah juga kemudiannya. Entah kenapa sejak petang lagi saya perhatikan dia seakan-akan cuba mencari ruang dan peluang untuk bercakap dengan saya. Ia dapat dimengertikan melalui jelingan dan lenggok badannya. Kemudian dia selalu memastikan berada tidak jauh dari saya - walaupun Nik Norma seakan-akan sering menjadi batu penghalangnya.
Yeah... banyak perkara yang kami bualkan di meja kantin itu... dekat satu penjuru agak jauh daripada ramai. Dia banyak bertanyakan latar belakang diri saya, kampung halaman, keluarga dan sebagainya. Dalam masa yang sama kami sudah mampu untuk bergelak ketawa apabila timbul kisah-kisah lucu yang mencuit.
Keadaan semakin reda. Namun Jamaliah masih seakan tidak mahu pulang lagi. Mungkin juga sebab rumahnya yang tidaklah bagitu jauh dari sekolah. Ia hanya terletak di seberang sana jalan.
"Err... tak mau balik lagi ke?" saya bertanya sambil memerhatikan keadaan sekeliling.
Dia cuma diam sambil tunduk. Ayu sekali nampaknya. Entah bila dia menukar pakaiannya... dengan hanya berkain batik dan baju berbunga-bunga kecil. Rambutnya panjang aras bahu. Cikgu-cikgu pun nampaknya sudah ramai yang pulang. Kemudian datang Pak Mat menyerahkan satu bungkus bubur asyura untuknya.
"Cikgu tok sir ko?" tanya orang tua yang berkulit cerah itu.
"Err... tak payah la. Saya tak makan," jawab saya sambil tersenyum.
"Ooo... rugi cikgu tak maken," katanya sambil beredar.
"Err... kenapa cikgu tak makan bubur asyura?" Jamilah bertanya dengan suaranya yang manja.
"Tak lalu... tak biasa pun sama," saya berdalih, sedangkan sayalah 'hantu' kalau pasal bubur asyura itu ketika di kampung.
Dan tidak lama kemudian saya mengambil keputusan untuk mengiringi Jamilah pulang. Kebetulan rumah saya tinggal pun di laluan yang sama menghala ke arah pekan Jelawat.
"Jom!" saya bersuara dan tanpa banyak bicara Jamilah bangun dan kami berjalan seiring.
Kami melepasi pintu pagar sekolah terus menyeberangi jalan. Kira-kira lima puluh meter kami tiba di muka jalan masuk ke rumahnya.
"Boleh ke cikgu hantar sampai kat sini?" saya bertanya sambil memerhatikan gelagat Jamilah yang seakan enggan berpisah.
"Err... boleh la," jawabnya sambil berjalan masuk. Ada rumah di sebelah dalam - dengan lampu minyak tanah di beranda sedang berkelip-kelip. Liat sahaja lakunya. Kemudian sambil berjalan longlai, sesekali dia menoleh.
Saya memerhatikan lenggok Jamilah pergi dan menghilang dalam kegelapan malam itu.
"Huhh... sapo tuh?" tiba-tiba kedengaran suara menegur dari belakang. Ada beberapa orang budak lelaki yang sedang berjalan menuju sekolah.
"Ooo... saya," jawab saya sambil menoleh tanpa mengenali siapa mereka dalam keadaan yang gelap itu.
"Ooo... cikgu!" tegur mereka terus berlalu.
Dan setelah agak beberapa lama kelihatan lampu pelita di rumah itu dibawa masuk ke dalam, bererti Jamilah sudah selamat naik ke rumahnya. Saya pun bergerak pulang ke rumah.
Keadaan masih macam biasa.
Namun, keadaan sudah tidak biasa lagi di sekolah sana pada keesokan harinya. Hampir kesemua cikgu perempuan menjeling dan lain macam sahaja cara mereka memandang kepada saya. Kakitangan pejabat pun begitu. Kerani sudah pandai menyindir-nyindir yang saya tidak faham apakah maksud di sebaliknya? Dan tidak ketinggalan anak murid pun sama - menjeling dengan penuh tanda tanya.
Peliknya, Nik Norma yang nakal dan manja itupun sudah ikut berubah sikap; menjeling dengan penuh prasangka. Aiks... pelik juga. Namun saya tidak hiraukan itu semua. Ya la... apa salahnya? Takde apa pun yang saya lakukan sepanjang acara memasak bubur asyura itu.
Saya masih berlagak biasa - masuk kelas dan mengajar. Cuma apabila masuk ke kelas di Tingkatan 4; kelas Jamilah di hati ini ada rasa getar yang sukar untuk dimengertikan. Debar yang tidak kunjung mengurang. Ia hanya timbul sejak pandangan serong ramai itu mula memutik.
Dan tanpa berselindung, dua hari kemudian Cikgu Mohamed mengajak saya ke sebuah bilik yang menempatkan buku-buku skim bantuan buku teks. Ada hajat, katanya.
"Apa cite demo dengan si Jamilah tu?" ujar Cikgu Mohamed tanpa berselindung.
"Cerita apa? Takde apa-apa?" saya menjelaskan setelah berfikir sejenak.
"Ni... dah gege satu sekolah pasa demo dengan Jamilah. Oghe kapung pun tau belako."
Aiiiks. Saya kehairanan, sambil cuba mengingatkan. Takde apa-apa yang asing? Pelik pun bukan... apa yang telah saya buat dengan Jamilah? Saya cuma menghantarnya pulang dan menunggu di muka jalan.
"Kalu demo ada hajat... ghoyat; ghamai yang boleh uruskan," Cikgu Mohamed serius.
"Eh, takde apa-apa la, cikgu! Saya cuma hantar dia balik kat depan tu saja."
"Ooo.. pada demo takdo apo," rungutnya seakan kesal. "Tapi pada oghe hok sini laen."
Ah, sudah. Takkan saya nak kena menikah dengan anak murid pula? Dia pun masih bersekolah di tingkatan 4. Itu yang segera terlintas dalam benak. Ah, mengarut la!
"Cer... demo ghoyat memolek pasa Jamilah tu... kawe nak dengar ni. Ramai yang dok tunggu jawapan tegas dari demo nih," Cikgu Mohamed semakin serius. Lama wajah saya ditenungnya.
"Isyy... takde apa la!" suara saya mula naik meninggi. "Takkan nak hantar anak murid sendiri balik pun tak boleh? Itu kan tanggungjawab cikgu dalam menjamin keselamatan anak murid sendiri."
"Takdo la... soksek tu... dah gegeh satu kapung. Buken setakat di sekolah ni sajo," jelas Cikgu Mohamed dalam nada kesal. "Sini ni Kelate demo dok tahu lagi... tok samo dengan tepat demo di Peghok!"
"Ah, mengarut la tu semua...," saya mula tegas.
Dan peristiwa itu tidak berakhir di situ. Sepanjang masa saya berhadapan dengan masyarakat yang mula mengenali dan memandang serta menjeling setiap kali tersua muka di mana-mana jua. Di kantin, makcik beserta anak-anak daranya pun sudah pandai memerhatikan saya kemudian berbisik sesama sendiri. Kadang-kadang mereka tertawa sendiri. Kemudian menjeling penuh makna.
"Ooo... hebat demo, cikgu!" Pak Mat si tukang kebun itupun tidak ketinggalan menyindir. "Patut la lamo dok kecek dengan si Jamilah tuh!"
Kemudian, cikgu-cikgu perempuan, terutamanya sudah mula menjauhkan diri dan sudah tidak mesra seperti selalu lagi. Dan seterusnya, saya mula dapat merasakan bagaimana keadaan menjadi agak pelik disebabkan oleh perbuatan saya pada malam itu. Bagaimana pula untuk menghadapi keadaan mendatang, terutama ketika ada program-program pada waktu petang?
Saya tidak betah untuk berlama-lama dalam keadaan tidak selesa begitu; seakan orang bersalah.
Akhirnya, saya mencari Cikgu Azra'e yang masih ditawarkan dek pakcik itu akan anak gadisnya. Menurut Cikgu Awang Hamat, teman serumahnya itupun sudah berpindah ke Kota Baru tanpa diketahui sebab dan puncanya.
Aduii... saya harus mendapatkannya juga. Mungkin dia dapat membantu dalam merongkai masalah berkenaan. Dia orang lama di rantauan - sudah 3 tahun. Yeah... saya harus mencarinya di sekolah tempat dia mengajar; Sekolah Kebangsaan Jelawat - 6 batu dari situ.
Ia sebuah rumah milik seorang kakitangan kerajaan yang tinggal di bandar Kota Baru. Rumahnya walaupun diperbuat daripada papan, tetapi cukup besar dan luas. Ada tiga bilik tidur seluas 20'x20' siap dengan ruang memasak, dapur, dan ruang tamu yang melaut. Agak kelakar, dengan sebuah beg pakaian saya tinggal di situ seorang diri.
Rumah papan yang luasnya melaut
"Mu gi sendiri la... ambo tak cekak," kata nenek itu.
Soalnya nak pergi ke Bachok - 15 batu dari situ jauhnya. Itu satu hal, kemudian takde satu dokumen pun yang ada pada tangan nenek.
"Sumo ado ke dio ke dio belako denun," jelas nenek tua itu memberitahu surat-surat itu ada pada anaknya di Kota Baru.
Ah, biarkanlah. Saya boleh gunakan pelita sahaja.
Soal makan pula... ada warung dekat tepi jalan. Itupun ia tidak menjual nasi dan lauk-pauk untuk makan malam. Cuma ada roti dan laksam. Itupun jadilah asalkan jangan lapar sementara menunggu keesokan harinya boleh makan di kantin sekolah sahaja. Namun mana mungkin bagi saya makan laksam setiap hari? Laksam itupun sudah asing buat selera di tekak ini. Untung juga pada waktu pagi ada dijual nasi berlauk di tepi jalan, dekat depan rumah.
Saya mula belajar makan masakan Kelantan - nasi berlauk.
Oleh kerana telah biasa diusik dan ditakutkan dengan hantu sejak kecil ketika di kampung dahulu - ia turut mempengaruhi emosi saya di situ. Dari dalam bayang gelap itu seakan-akan bakal muncul seekor hantu yang bermacam-macam rupa kepala otak ini bayangkan. Ada yang bertanduk, bersiung, berbulu panjang dan tidak ketinggalan mestilah yang bermata merah terjojol. Aduii mak... sekejap-sekejap serasa seram dan di belakang leher seakan mengembang dengan tidak bersebab. Bayang besar di belakang seakan hantu yang sedang hendak menerkam!
Kemudian sekitar jam 10.00 malam kedengaran tapak kaki yang lalu di tepi rumah; laluan entah ke mana? Terkadang-kadang ada kedengaran bunyi suara kanak-kanak pergi mengaji muqaddam pun entah di mana? Dalam perjalanan pulang kedengaran mereka soksek-soksek mengintai di tepi lubang dinding. Dek kerana takut, saya tidak ambil pusing sama ada benar atau tidak itu adalah suara kanak-kanak. Lebih baik saya mematikan diri di hadapan cahaya lampu yang terlalu rajin untuk meliuk-lentok itu.
Malam, sejak awal saya sudah masuk tidur. Ya la... apa yang hendak dibuat jika berjaga pun? Tv takde. Radio takde. Telefon bimbit jauh sekali - tak tau pun apa ke bendanya? Cuma kalau ada pun kerja sekolah - memeriksa buku rampaian. Itupun kalau ada peperiksaan - mengisi data dalam kad kemajuan murid.
Selalunya, saya bertindak 'smart' dengan menyiapkan segala kerja sekolah ketika masih di sekolah lagi. Paling tidak pun saya akan berada di sekolah pada waktu petang sebelum pergi ke padang untuk sukan. Ada main bola yang mana saya tidak pandai dengan permainan yang popular itu. Langkah terbaik adalah dengan menjadi penontonnya sahaja.
Kebetulan di sekolah pada minggu itu diadakan acara memasak bubur asyura. Meriahlah keadaannya sejak pagi lagi. Ia disertai oleh kesemua cikgu dan murid-murid sama bergotong-royong. Kami melihat Pak Mat si tukang kebun menggali lubang dapur memasak berhampiran dewan makan kantin. Ada yang menggunakan tungku; untuk tujuh kawah kesemuanya - mula dimasak seawal jam 5.00petang. Maka inilah peluang untuk murid dan cikgu berbual dan beramah mesra sambil bertolong-tolongan dalam proses penyediaan kas-kas, santan dan bahan utama yang lain.
Cuma saya sahaja yang tidak tahu apa yang hendak dilakukan? Ya la... kita orang baru manakan tahu budaya sedemikian? Kemudian saya berasa agak pelik apabila mendapati bubur asyura mereka dibubuh sekali dengan segala jenis rempah-ratus ke dalamnya? Aduiii... dah bau macam masak kurma dan kari pun ada.
Seperti biasa Nik Norma adalah murid yang paling nakal dan manja - dengan jelingannya. Di mana-mana jua, dia bersama teman-temannya yang lain mesti ingin berada dekat dengan saya - bertanya itu-ini. Dan pada masa yang sama nun di penjuru sana kantin Jamilah Ismail, murid dari tingkatan 4 itu asyik memerhatikan dengan gaya seribu harapan; sama seperti keadaannya yang sering melamun ketika dalam kelas apabila saya mengajar. Dreaming.
Keadaan terus meriah dan ia berlangsung hingga ke lewat malam apabila bubur yang telah masak itu diagih-agihkan sesama murid dan cikgu semua. Cuma saya yang tidak ambil sedikit pun kerana tidak biasa makan bubur asyura yang penuh dengan rempah di dalamnya. Rasanya memang sedap - manis dan lemak, tetapi baunya. Ia berbau cengih dengan segala rasa ketumbar, kulit kayu manis, jintan, lada dan sebagainya. Jadi, saya hanya melihat mereka makan dengan penuh berselera.
Ini bukan Pak Mat, tapi di sebuah mesjid dalam Selangor
Yeah... banyak perkara yang kami bualkan di meja kantin itu... dekat satu penjuru agak jauh daripada ramai. Dia banyak bertanyakan latar belakang diri saya, kampung halaman, keluarga dan sebagainya. Dalam masa yang sama kami sudah mampu untuk bergelak ketawa apabila timbul kisah-kisah lucu yang mencuit.
Keadaan semakin reda. Namun Jamaliah masih seakan tidak mahu pulang lagi. Mungkin juga sebab rumahnya yang tidaklah bagitu jauh dari sekolah. Ia hanya terletak di seberang sana jalan.
"Err... tak mau balik lagi ke?" saya bertanya sambil memerhatikan keadaan sekeliling.
Dia cuma diam sambil tunduk. Ayu sekali nampaknya. Entah bila dia menukar pakaiannya... dengan hanya berkain batik dan baju berbunga-bunga kecil. Rambutnya panjang aras bahu. Cikgu-cikgu pun nampaknya sudah ramai yang pulang. Kemudian datang Pak Mat menyerahkan satu bungkus bubur asyura untuknya.
"Cikgu tok sir ko?" tanya orang tua yang berkulit cerah itu.
"Err... tak payah la. Saya tak makan," jawab saya sambil tersenyum.
"Ooo... rugi cikgu tak maken," katanya sambil beredar.
"Err... kenapa cikgu tak makan bubur asyura?" Jamilah bertanya dengan suaranya yang manja.
"Tak lalu... tak biasa pun sama," saya berdalih, sedangkan sayalah 'hantu' kalau pasal bubur asyura itu ketika di kampung.
Dan tidak lama kemudian saya mengambil keputusan untuk mengiringi Jamilah pulang. Kebetulan rumah saya tinggal pun di laluan yang sama menghala ke arah pekan Jelawat.
"Jom!" saya bersuara dan tanpa banyak bicara Jamilah bangun dan kami berjalan seiring.
Kami melepasi pintu pagar sekolah terus menyeberangi jalan. Kira-kira lima puluh meter kami tiba di muka jalan masuk ke rumahnya.
"Boleh ke cikgu hantar sampai kat sini?" saya bertanya sambil memerhatikan gelagat Jamilah yang seakan enggan berpisah.
"Err... boleh la," jawabnya sambil berjalan masuk. Ada rumah di sebelah dalam - dengan lampu minyak tanah di beranda sedang berkelip-kelip. Liat sahaja lakunya. Kemudian sambil berjalan longlai, sesekali dia menoleh.
Saya memerhatikan lenggok Jamilah pergi dan menghilang dalam kegelapan malam itu.
"Huhh... sapo tuh?" tiba-tiba kedengaran suara menegur dari belakang. Ada beberapa orang budak lelaki yang sedang berjalan menuju sekolah.
"Ooo... saya," jawab saya sambil menoleh tanpa mengenali siapa mereka dalam keadaan yang gelap itu.
"Ooo... cikgu!" tegur mereka terus berlalu.
Dan setelah agak beberapa lama kelihatan lampu pelita di rumah itu dibawa masuk ke dalam, bererti Jamilah sudah selamat naik ke rumahnya. Saya pun bergerak pulang ke rumah.
Jamilah yang sudah tidak seperti ini lagi...
Keadaan masih macam biasa.
Namun, keadaan sudah tidak biasa lagi di sekolah sana pada keesokan harinya. Hampir kesemua cikgu perempuan menjeling dan lain macam sahaja cara mereka memandang kepada saya. Kakitangan pejabat pun begitu. Kerani sudah pandai menyindir-nyindir yang saya tidak faham apakah maksud di sebaliknya? Dan tidak ketinggalan anak murid pun sama - menjeling dengan penuh tanda tanya.
Peliknya, Nik Norma yang nakal dan manja itupun sudah ikut berubah sikap; menjeling dengan penuh prasangka. Aiks... pelik juga. Namun saya tidak hiraukan itu semua. Ya la... apa salahnya? Takde apa pun yang saya lakukan sepanjang acara memasak bubur asyura itu.
Saya masih berlagak biasa - masuk kelas dan mengajar. Cuma apabila masuk ke kelas di Tingkatan 4; kelas Jamilah di hati ini ada rasa getar yang sukar untuk dimengertikan. Debar yang tidak kunjung mengurang. Ia hanya timbul sejak pandangan serong ramai itu mula memutik.
Dan tanpa berselindung, dua hari kemudian Cikgu Mohamed mengajak saya ke sebuah bilik yang menempatkan buku-buku skim bantuan buku teks. Ada hajat, katanya.
"Apa cite demo dengan si Jamilah tu?" ujar Cikgu Mohamed tanpa berselindung.
"Cerita apa? Takde apa-apa?" saya menjelaskan setelah berfikir sejenak.
"Ni... dah gege satu sekolah pasa demo dengan Jamilah. Oghe kapung pun tau belako."
Aiiiks. Saya kehairanan, sambil cuba mengingatkan. Takde apa-apa yang asing? Pelik pun bukan... apa yang telah saya buat dengan Jamilah? Saya cuma menghantarnya pulang dan menunggu di muka jalan.
"Kalu demo ada hajat... ghoyat; ghamai yang boleh uruskan," Cikgu Mohamed serius.
"Eh, takde apa-apa la, cikgu! Saya cuma hantar dia balik kat depan tu saja."
"Ooo.. pada demo takdo apo," rungutnya seakan kesal. "Tapi pada oghe hok sini laen."
Ah, sudah. Takkan saya nak kena menikah dengan anak murid pula? Dia pun masih bersekolah di tingkatan 4. Itu yang segera terlintas dalam benak. Ah, mengarut la!
"Cer... demo ghoyat memolek pasa Jamilah tu... kawe nak dengar ni. Ramai yang dok tunggu jawapan tegas dari demo nih," Cikgu Mohamed semakin serius. Lama wajah saya ditenungnya.
"Isyy... takde apa la!" suara saya mula naik meninggi. "Takkan nak hantar anak murid sendiri balik pun tak boleh? Itu kan tanggungjawab cikgu dalam menjamin keselamatan anak murid sendiri."
"Takdo la... soksek tu... dah gegeh satu kapung. Buken setakat di sekolah ni sajo," jelas Cikgu Mohamed dalam nada kesal. "Sini ni Kelate demo dok tahu lagi... tok samo dengan tepat demo di Peghok!"
"Ah, mengarut la tu semua...," saya mula tegas.
Dan peristiwa itu tidak berakhir di situ. Sepanjang masa saya berhadapan dengan masyarakat yang mula mengenali dan memandang serta menjeling setiap kali tersua muka di mana-mana jua. Di kantin, makcik beserta anak-anak daranya pun sudah pandai memerhatikan saya kemudian berbisik sesama sendiri. Kadang-kadang mereka tertawa sendiri. Kemudian menjeling penuh makna.
"Ooo... hebat demo, cikgu!" Pak Mat si tukang kebun itupun tidak ketinggalan menyindir. "Patut la lamo dok kecek dengan si Jamilah tuh!"
Kemudian, cikgu-cikgu perempuan, terutamanya sudah mula menjauhkan diri dan sudah tidak mesra seperti selalu lagi. Dan seterusnya, saya mula dapat merasakan bagaimana keadaan menjadi agak pelik disebabkan oleh perbuatan saya pada malam itu. Bagaimana pula untuk menghadapi keadaan mendatang, terutama ketika ada program-program pada waktu petang?
Saya tidak betah untuk berlama-lama dalam keadaan tidak selesa begitu; seakan orang bersalah.
Akhirnya, saya mencari Cikgu Azra'e yang masih ditawarkan dek pakcik itu akan anak gadisnya. Menurut Cikgu Awang Hamat, teman serumahnya itupun sudah berpindah ke Kota Baru tanpa diketahui sebab dan puncanya.
Aduii... saya harus mendapatkannya juga. Mungkin dia dapat membantu dalam merongkai masalah berkenaan. Dia orang lama di rantauan - sudah 3 tahun. Yeah... saya harus mencarinya di sekolah tempat dia mengajar; Sekolah Kebangsaan Jelawat - 6 batu dari situ.
Salam. Hok Aloh ... makin berat nampaknya kes ni. Lebih serabut drp kes Cikgu Tin. Adeih ... semakin rumit & panassss hi .. hi hi hi
Satu step aje lagi... klu datang waris dia, mati kawe.
So, kawe keno caghi Nasa'e sapa dapat. Aduii... dia pindah plak dah!
Nasib baik dia org tak dtg dengan kapak kecik
Ooo... tu tak mungkin sbb bukan serius sangat. Cuma gosip liar drp bebudak yang menegur malam tu.
Lagipun orang masih hormat pada cikgu dari luar.
Baru perasan ... Happy Birthday Cikgu ... semalam rupanya ... Semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa diRahmati Allah SWT
Alaa... toksah dok ucap le tua2 gini. Wat malu kat bebudak aje.
Tak pernah teman sambut seumur idup. Tapi hadiah ada dapat juga... pen Dunhill, Dupont etc.
Baru tahu, selamat hari lahir Pakcik. :-) Hehe, pasal story ni, pelik betul, perkara camni berlaku kat klantan je ke agaknye?
Org Kelantan mmg suka dgn lelaki dr luar, tatau pasei apa?
Pasei bergaya, kot!
Wah! Orang Kelantan suka lelaki luar? Mungkin jugak. Teori menarik juga tu. Banyak saya tak tau pasal Kelantan. (kalau saya, Ampang mali)
Selain drp bergaya, depa berasakan yang orang luar tu dari kalangan berada. Ya la... tengok drp lagak pun cukup la.
"Bio pape, aseikan bergaya; bukan rete kite tapi rete pak mentue!"
Hehe kelakar juga persepsi macam ni. Memang ketara, wujud pulak istilah 'orang luar'. Uniklah kiranya diorang ni. Bab material-minded, tak semua macam tu kan, insyaAllah.
Apa pula kelebihan orang Kelantan ni ye, sepanjang Pakcik merantau sana? Bagi saya depa 'open' dengan orang luar, peramah. Betul tak.
Pompuan rajin usaha/niaga, lelaki rajin belajar. Tu sbb pegawai ramai K'tan.
Semangat daerah kuat, jd Melayu ble maji niaga.
adakah cebisan kisah-kisah ini akan di novelkan?
menarik cerita nya.. :)
buat saya terkenang zaman skolah rendah saya di felda di pahang. Memang tiada letrik pun.., saya dah masuk asrama penuh baru lah dapat letrik. Itu pun jadi macam orang jakun.., bila balik rumah dok tenung aje lampu tu.. macam kelkatu jumpa lampu.
Petang2 masih lagi buat tabi'at lama.., isi minyak dalam pelita dan aturkan letak di tempat2 sepatutnya.
mak kata - apa kamu tebiat erul? kan ke dah ada letrik?
hahaha., itu lah sikit nikmat kemajuan yg di rasa sikit demi sedikit oleh anak peneroka felda jauh di pedalaman.
sama susahnya macam cikgu yang mengajar jauh di sana.
Masa di Felda Bkt Mendi, dah la tinggal dlm setor... elektrik guna generator mlm je ada. Pergi mancing jln kaki 5km tu biasa. Pegi Triang jln kaki 2 jam tu biasa sbb tak tau jarak - ikut kawan aje.
Nampak motor lalu - terliur sbb dh tk larat sangat berjalan.
Kat Triang bkn beli barang pun, takut berat nk bawa balik. Biskut wafer aje sbb ringan. Tu pun tk pegang, ikat di pinggang aje!
itulah secebis kisahnya.. yg hanya kita yg melalui saja yg tau bagaimana rasanya.
kalau pegi ke pekan sari (pasar minggu) beli ikan segar, sampai ke rumah dah tak boleh di makan.. sebab jauh sangat perjalanan.. jalan kaki. :p. (beli tengahari - senja pulangnya)
teruskan lah kisah2 sebalik kehidupan yg sangat asing pada orang2 kota ini. mungkin ada yg akan menusuk sanubari yg membaca.. dan memanggil-manggil mereka pulang ke kampung halaman yg dh semakin di lupakan.. :)
Orang biasa di pekan takkan percaya ni semua.
Sama cam tuk guru saya dulu... jalan dalam hutan dari Klang ke Jerantut-Ulu Tembeling terus ke Terengganu-Gua Musang.
Kemudian lintas ke Gerik terus ke Port Weld, kemudian ke Klang semula demi perjuangan.
Segalanya penuh sengsara. Sedangkan hasil, diraih orang semuanya.
Mcm mana bbdk skrg tak manjanya .. gi sekolah yang 500m pn naik bas/van @ mak bapak antar. Nak suruh jln kaki ... risau mcm2 kat jln ... abis cam mana budak2 tu nak rasa susah
Kesan jangka panjangnya - sejauh mana kekentalan hati yang akan tertanam dalam mujahadah mereka akan Allah?
Bdk2 skrg dh mcm ayam daging .. semua nak disuapkan. Semua mak bapak sediakan. Daya saing & survivor skill ... OUT. Ni yg kalu tk diterapkan serta dipraktikkan nilai Islam dlm kehidupan seharian... hancussss
Alhamdulillah, 90-an dulu, sempat melalui pengalaman berjalan kaki ke sekolah, 2 batu je pun. Seronok. Budak2 tak kesah biasanya, mak ayah yang risaukan keselamatan anak2 ni, di bandar macam2 boleh jadi. Sepatutnya, mak ayah kena qada' bawa time bercuti, bawa anak2 berjalan2 masuk hutan etc :-) Will be so much interesting!
Sedihnya, ramai gadis yg terlalu mudah jadi bahan belasahan lelaki asing.
Sedih bila kwn2 Cina, India kata pompuan Melayu mcm selipar Jepun. Ble tengok sendiri di merata kondo/shopping.
Klu yg eksejutif, cara eksekutifnya. Mat black pun ble dapat.
:-(
Ada apa dengan Melayu (sekarang)...
Bila takde daya tahan ni payah.
Kwn Cina/India selalu cebik, kata pompuan Melayu senang petik jari aje... tu betul, tngok saja di kondo atau yg berkepit kat s/complexes dgn bkn Melayu. Action plak tu.
Mat black pun leh dapat.
Banyak yang rela jadi tandas awam!
Malu dengan kenyataan ni (tandas awam? busuk..?) Pernah nampak juga. Dan ada keluar paper issue ni (mat black dan pompuan melayu). Pakcik ok lagi, boleh menegur. Saya yg beriman lemah, tak buat apa2. Jaga diri sendiri je bulehle. Huhu.
Tanggungjawab orang pompuan tak banyak (4 saja), tapi kemungkinan utk jd tak senonoh paling banyak/mudah.
Dia punya dua muka syiling - ibu & anak; antara madu atau racun! Paling banyak suka memilih untuk jadi racun.
Itu sebab masa mikraj, Nabi saw tengok pompuan paling ramai dlm neraka.
Err... mak-ayah sekarang pun takut masuk utan. Camne nak bawa anak-anak... takut kena gigit nyamuk, takut kena pacat.
Mak-ayah pun ngenngada!
Betul...Semalam baru dengar juga tentang peristiwa mikraj. Sahabat wanita nabi tanya napa kami ramai berakhir di neraka. Jawap nabi, sebab perempuan tak pandai jaga mulut dan tak pandai jaga suami (sebab makan ayam banyak sangat - ustaz wat lawak). Penawar dia, pompuan kena banyak istigfar dan sedekah.
Sapa dapat mak ayah suka masuk utan, saya memang tumpang seronok. (actually mak ayah selalu anta anak pegi 'summer-camp' waktu cuti - ok dah tu, cuma mak ayah tak serta sama).
Kami biasa masuk hutan rimba Rompin dan Keratong berhari2 lamanya.
Klu setakat hantu jembalang tu dah biasa sangat - mengusik, tp dia yg give-up akhirnya!
Ada satu hantu tu nakal sangat - nanti cite lain dlm blog ni.
Pak belang pun biasa datang periksa khemah kami - dengan baunya yang teruk.
Wah, menarik sangat2 pengalaman tu! Nak tunggu cerita Pakcik masuk hutan juga (selain cerita berantau di Kelantan). Er, 'kami' tu sape?
Nak tau cite & pengalaman menarik, ikutilah blog ikanlepu dgn penuh setia. Ewah...
Kami tu kengkawan - Jaafar Taib GG, Mail RTM, arwah Haron Md Dom, arwah Malungun NST.
Inspektor Hamzah dr balai Rawang pun ikut (la tk tau dia di mana?)
Ui, pelukih otai GG pon ada, minat :-) InsyaAllah, akan ngikut dengan setia, tapi sambung malam, sebab la tak wat fokus wat keja (attention defeceit punya budak). Hehe.
Ha... ha... patut la tak dapat jadi bos! Gurau aje.
Hehe. Yela...memang pun. Kalau jadi bos pun, tunggang-langgang dibuatnye. Kesian anak buah ye tak.
Boleh berbalik kepada tanggungjawab perempuan yang empat tu apa yea?
Tak kahwin lagi mana ada 4?
.. Taatkan Allah dan Rasul
.. Menjaga kehormatan diri
.. Mentaati suami
.. Menjaga harta suami
Jika dijaga dgn baik yang 2 di atas tu confirm syurga... jannatun-naim boleh, jannatun-firdaus pun boleh, insyaAllah.
Ok, terima kasih! InsyaAllah walaupun tak kawin lagi kan.
Ingat! Walaupun nampak mudah, tapi wanita yg paling ramai masuk neraka.
:-( Sedih untuk diri sendiri.
Bkn lawak tau... mmg pompuan yg banyak masuk neraka; pasei depa banyak gunakan perasaan bkn pertimbangan.
Otak selalu ada kat pale lutut aje.
Betul juga. Sebab tu perlu dibimbing.
Itu sbb fitrahnya, pompuan tu kena kahwin dan dibimbing. Tapi ada pompuan yang suka jadi tuk bimbing... queen control. Habis.
Ramainya yang tak nak kahwin sbb takde yg sesuai.
Aduhai, macam2 ye. Perkahwinan kan dah melengkapkan separuh agama kita. Mungkin bagi depa yang lagu tu, kahwin untuk dunia saja.
Tak tahula, cik yang bercakappun mungkin hanya pandai bercakap (sayele).
Itu sbb kahwin tu sunnah. separuh kehidupan ada di sana.
Ilmu tu ditambah, nescaya tak rugi; kemudian diamalkan dan berserah kepada-Nya.