Elias Hj Idris
Nota:  Saya rasa elok sekali kita berkongsi sama dengan hasrat murni di sebalik artikel ini. Ia teman copy dari TKO dan ditepekkan di sini untuk mereka yang sedang berusaha mencari jalan - menuju Kekasihnya.

Oleh: IkangDukang


"Bagi ahli ibadah mereka mampu berjaga malam untuk sesi solat tahajud, berzikir dan bermunajat. Melalui sesi tersebutlah mereka melakukan perjalanan rohani dalam mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Perjalanan rohani ialah perjalanan diri dalam mengenali kekerdilan diri di samping memuja dan memuji kebesaran al-Khaliq.

Melalui perjalanan diri inilah terbentuknya apa yang dinamakan cinta hakiki iaitu cinta kepada Allah. Kita akan dapat rasakan betapa kasih Allah dan kasih kita terjalin erat. Bukankah tidak sempurna iman seseorang melainkan cintanya kepada Allah dan Rasul mengatasi kasihnya terhadap yang lain? Persoalannya ialah bagaimanakah perasaan cinta ini bukan hanya sedap sebut di mulut bagi orang awam yang kebanyakannya bukan ahli ibadah ini?

Setiap orang mestilah berusaha mencapai tahap ahli ibadat yang khusyuk dan pasrah. Setiap orang mestilah berusaha melazimi situasi ‘khauf dan rojab’ yakni ‘takut dan harap’. Khusyuk, pasrah, takut dan harap adalah proses untuk merealisasikan cinta akan Allah yang hakiki.

Namun begitu, mari kita berkongsi pengalaman ini. Sebelum kita mencapai tahap ahli ibadah yang terpuji di atas, marilah kita menjadi orang awam yang sedang ‘mencari’. Syarat asasnya ialah kita jangan tinggal solat lima waktu disusuli wirid dan doa yang lazim dilakukan. Ini adalah amalan biasa bagi orang kebanyakan macam kita. Aktiviti yang tak sampai 15 minit ini memadai sebenarnya untuk mencapai rasa cinta kepada Allah. Tetapi tanyalah diri sendiri, siapa yang terbentuk cinta hakikinya dalam amalan 15 minit setiap solat fardhu ini? Jawapannya tahulah sendiri. Mengapa?

Rahsianya ialah kita sebenarnya menjadi ‘pencuri’ tanpa kita sedari, ya tanpa kita sedari. Masa 15 minit yang kita khususkan untuk kewajipan solat dan diikuti wirid serta doa selepasnya sebenarnya kita curi daripada Allah. Bukankah masa 15 minit itu untuk Allah tetapi mengapa kita ambil lagi masa yang memang pendek itu untuk melayarkan hati kita kepada urusan dunia yang pelbagai ragamnya. Ketika solat kita tak khusyuk. Ketika wirid kita tak khusyuk dan ketika berdoa pun kita tak khusyuk. Lain yang kita sebut di mulut, ke destinasi lain pula hati dan minda kita belayar. Bukan dekatkan diri kepada Allah. Sudah duduk dalam majlis Allah pun, batin kita sanggup lari darinya. Ya kita sanggup lari dan memang kita melarikan diri daripada berhadapan dengan Allah. Memang jahat kita. Kita lari dari Allah dalam majlisnya. Kita curi masa bersama Allah.

Maaf saudara-saudari para pembaca yang budiman sekalian. Maaf kalau perkongsian saya ini bertolak daripada riak dan takabbur yang berselindung dalam batin saya. Yang utamanya saya mohon ampun dari Tuhan saya. Sekali Allah temukan saya dengan pengalaman batin hanya melalui proses 15 minit itu. Antara sekali-sekala saya terlalai dan terlepas daripada khusyuk, saya dapat menjalankan batin saya kepada Tuhan yang saya kasihi. Saya rasa bersalah betul, hina betul, kerdil betul dan saya zahirkan cinta saya kepada Allah. Saya merasakan tali cinta saya, saya sambungkan dengan tali cinta Allah. Saya ingat makna-makna bacaan, saya rasa nampak kebesaran Tuhan. Saya baca dan wirid dengan suara yang lembut. Oh alangkah bagusnya kalau kita sentiasa dapat melalui proses itu dalam setiap solat 5 waktu.

Pengajarannya ialah kita jangan curi masa yang memang telah kita peruntukkan untuk bersama Kekasih. Jangan kita larikan hati dan minda dari majlis bersama Kekasih. Cukup baik bagi kita orang awam sekiranya 15 minit yang singkat itu jiwa kita kekal bersimpuh dalam majlis bersama Kekasih. Usahakanlah wahai sahabat sekalian.
Ada pihak yang mengatakan perbuatan ini bid'ah - biarkan si Luncai itu
terjun dengan labu-labunya. Biarkan! Biarkan....


p/s  Jazakallahu-khair....
33 Responses
  1. H.Sakinah Says:

    Salam Pakcik Elias yang dihormati,

    Macam ni, saya ni pencuri yang nak berubah, taknak dah kantoi je selalu. Nakkan timbul khauf dan rojab pula.

    Tolong ajarkan juga cara berzikir yang betul. Mungkin sebab repeatitious, dia jadi ngantuk. Camne ye.


  2. Wlkm-slm.

    Dambakan kehendak khauf & rojab tu. Lama berzikir (semakin biasa) akan timbul rasa seakan mengetuk pintu hati.

    Lnggok kepala... ambil 4 penjuru alam; ssh jg... nk kena tunjuk praktik.


  3. H.Sakinah Says:

    Oic, jadi square ke lenggok tu. Atau criss-cross. Yela, kena tengok. Ada rezki dapatle tengok, mungkin Pakcik Elias boleh tunjukkan. In meantime, saya cari juga. InsyaAllah.


  4. 4 penjuru alam tu... cross (jgn slh anggap plak!). Atas (La...), bawah (ila...), kanan (ha-ill-...), kiri (... Allah)- ada cam henjut skit; 4 penjuru tu dgn maksud Allah yg menguasai seluruh alam, termasuk alam diri ni.

    Bila laju ia akan jadi satu rentak. Kebanyakan orang, depa angguk saja tanpa mengerti apa-apa.

    Tak kisah la.


  5. H.Sakinah Says:

    Lagu tu... Rentak tu comey doh (tengah prektis)...Terima kasih.


  6. Setiap yg last tu continous kpd yg berikutnya.



  7. Tu la sbb kena berguru... main kat blog aje takleh jadi.


  8. H.Sakinah Says:

    Memang nak berguru, insyaAllah... Sape boleh ajorkan saye. Dengan Pakcik Elias, saye segan pulak (banyak hei betul budak ni)...


  9. Mmg betui pun. Heh... nk belajor tkleh malu. Redah je.


  10. H.Sakinah Says:

    Betul juga, Tok Guru kata macam tu. Nak dapat ilmu tak boleh malu. Nanti kalau saya di area Puchong saya cari Pakcik Elias ye.


  11. Syeikh Abdul Qadir al-Jelaini tu sampai kena rompak sebab nak mencari ilmu.

    Jujurnya dia, perompak tanya di mana duitnya disorokkan? Dia tunjuk di sebelah dalam baju, tempat ibunya jahitkan.

    Perompak tu ambil, tapi kemudian dia insaf lalu pergi mencari dan menjadi anak muridnya pula.


  12. H.Sakinah Says:

    Mulia sungguh Syeikh Abdul Qadir al-Jelaini. Terime kasih juga, bagi semangat. Semalam baru baca orang Barat punya cara (bacaan ringan je - Chicken Soup for the Soul) depa pon 'mulia', berprinsip dalam cari ilmu, dalam berkasih-sayang. Malu pula dengan depa yang tak beriman ni.

    Baiklah! Akan mencari ilmu tu sungguh2!


  13. Hahaha... kata mesti dikota! Jgn sampai Allah menutup pintu hati - sama ada jadi keras atau buta!


  14. H.Sakinah Says:

    Saya faham. Apapun, mohon dilindungkan-Nya daripada pintu hati yang ditutup dan buta.


  15. Ketika masih di peringkat memuda ni - sentiasa basahi bibir dgn istighfar. Ia akan menggugurkan dosa kecil seumpama gugurnya buah cermai yg digegar pohonnya.

    Ia adalah proses pembersihan dlmn; di mana ada satu part di mana jiwa tu serasa hening - fana. Tu la tanda saat Dia menerima taubat kita itu.


  16. H.Sakinah Says:

    Terime kasih,saye cube amalkan.


  17. Saya tengok biji2 tasbih pun sudah cukup utk mendebarkan. Serasa2 jari-jemari itu menggerakkan - satu... satu buahnya dlm kedamaian.


  18. H.Sakinah Says:

    It's wonderful to hear, but better if we practise. Nak cari biji tasbih. Em, insyaAllah nanti saya nak jumpa Pakcik Elias, kena buat temujanji ke?


  19. Kena bawa pengkeras... sirih-pinang, kapur dan gambirnya. Duit 25 sen. Hahaha...


  20. H.Sakinah Says:

    Adeh...Minta maaf, tak dan bawa ape2. Pulak tu baru bace ni tang pengkeras.Pakcik Elias..terime kasih sekali lagi! Harap berpeluang lagi menimba ilmu :-)


  21. Haa... pengkeras kena ada.

    Duit 25 sen tu kena duit zaman Inggeris. Hehehe....


  22. H.Sakinah Says:

    Wah, patutle, 25sen je...rupanya antik! Yang macam donut tu ke. Akan kucari demi ilmu (hutang dulula tapinye...macam ptptn boleh?hehe).

    Pakcik Elias, boleh tolong perjelas, macamana nak perteguh diri daripada buat kejahatan, 'ad-hoc style'? Contoh, la teringin nak buat sesuatu, tau itu dosa, pastu nak lawan serentak, sampai menang. Macamana ye...


  23. Toksah buat; tinggalkan terus - usah ingat skit pun. Apa susah? Tu namanya lawan.


  24. H.Sakinah Says:

    Pakcik Elias, Bak kate orang putih, 'never expect that kind of answer'. Tapi saya setuju, itulah penyelasaian terbaik. Terima kasih...


  25. Sama spt kita ternampak org gila yg berlubang seluarnya - nak tengok jg ke?

    Hati berbelah bagi - sedangkan nafsu dok ajak tengok! Amacam?


  26. H.Sakinah Says:

    Betul. Memang iman dan nafsu akan berlawan dalam situasi macam tu...(Ui, pernah jadipun! Camna tau no?)

    Pakcik Elias, Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan!


  27. Semoga diberikan keberkatan sempena bulan mulia ni.


  28. H.Sakinah Says:

    Terime kaseh, semoga P.Elias juga diberkati-Nya selalu.


  29. Kita semua mencari keredhaan dan keberkatan.


  30. H.Sakinah Says:

    Kalau kita mencari, kita akan diberi,kan?


  31. Bkn setakat cari... kena usaha dan berserah.