"Excuse me... are you not happy to be posted here?" tegur Cikgu Hassan Yaakob, Guru Penolong Kanan sekolah apabila melihat saya mula mengasingkan diri.
Sejak peristiwa Jamilah itu heboh diperkatakan, saya berasakan ia seolah-olah satu 'insult' pada erti sebuah kejujuran. Ia bukan sahaja setakat soksek liar di belakang, tetapi telah menjadi isu; seolah-olah ada perlakuan sumbang antara seorang cikgu dengan anak muridnya. Betapa tidak, Guru Besar yang biasa bertindak profesional itupun memanggil saya mengadap sebelumnya. Tidak banyak yang diperkatakan beliau apabila saya jelaskan tindakan menghantar Jamilah balik hingga ke muka jalan.
"Err... itupun salah ke cikgu? Lain la kalau saya masuk hingga ke rumahnya dan bercengkerama di balik gelap," saya menjelaskan dalam keadaan menanyakan soalan.
"Takdok la... ogheng dok kecek sapai ke telinga ambo nih," katanya lagi. Dia terkebil-kebil kemudiannya.
"Hok aloh... utung demo ni gak," budak pejabat yang berbadan besar itupun sempat perli ketika saya keluar dari bilik Guru Besar.
Kerani wanita yang mendengarnya turut menjeling kemudian menyeringai tanda setuju. Yeah... betapa benak dan sontot persepsi masyarakat di kawasan sejauh pedalaman itu (Nota: Gunung tu dikira pedalaman ke? Sape tau?). Tetapi pelik juga, mereka tidak pula ambil peduli pada seorang cikgu India yang mengajar di SMK Bachok - yang bertindak mengangkut anak murid pompuan hampir setiap minggu ke bandar Kota Baru! Kami cikgu-cikgu dari luar semuanya tahu; sakit hati juga sebab ia melibatkan seorang bangsa asing, walaupun dia seorang cikgu!
Cikgu Hassan masih merenung saya yang duduk agak terasing dari sudut bilik guru itu. Di antara kesemua guru di sekolah itu, Cikgu Hassan ini boleh dikatakan agak liberal persepsinya. Dia pernah menjadi guru terlebih dahulu sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya. Maka dengan kelulusan itu melayakkan dia jadi Guru Penolong Kanan yang dikira berwibawa. Dia jauh berbeza daripada guru-guru lain yang masih gemar bergosip macam orang kampung bila berada di bilik guru.
Hasil daripada pertemuan itu kemudian kedengaran ada ura-ura Guru Besar untuk membuka sebuah bilik guru lain, bersebelahan dengan bilik simpanan buku-buku teks skim bantuan kementerian. Sayalah orang yang paling gembira... dan pastinya sayalah orang yang pertama akan pindah ke sana. Saya tidak pasti kenapa, ekoran daripada tanggapan buruk masyarakat sekolah, kemudian menjalar ke luar - di kalangan orang kampung hingga menjadi perbualan di kedai-kedai Cabang Empat, Gunung.
Aduiii... ia membuatkan saya teringat pada Watee yang tidak diketahui di mana? Adakah dia sedang sibuk dengan pelajarannya atau sedang berada di luar negara kerana pertunjukan kebudayaannya? Dengan gadis yang hati saya tersisip rasa indah dan asyik itu tidak pernah menimbulkan apa jua kemelut. Malah dengan Cikgu Atin... biarpun kami selalu 'date' di serata Pantai Lido, Johor Baru - tiada apa gosip yang melanda.
"Err... nothing! Takde apa, cikgu!" jawab saya dengan lagak biasa. Jauh berbeza.
Hati di dalam mula menggerutu. Aii... cikgu ni dah mula nak bantai saya ke?
"Mu... toksoh dok ghoyat lagu tu lar; kawe tau demo... kawe ado berlanar saing cam mu tuh," dia seakan tidak puas hati dengan jawapan bermuslihat tu. "Mu keno pehem... ni kapung. Every single thing you do... people will focus on you - alone!"
Cikgu Hassan duduk di pinggir meja. Dalam hati saya, bukan nak dengar sangat maksud ungkapan beliau. Saya tertarik dengan bahasa Inggerisnya itu - ada yang broken, satu hal! Pastu kelakarnya, dia punya pronounciation tu... sebiji telor Kelantan-Inggerisnya. Namun pada orang-orang di sana, ia dikira sebagai taraf ada 'standard' punya kaki. Cikgu Zizah dan suaminya Ghazi yang baru keluar 'u' itupun tak betah kecek dalam bahasa berkenaan.
Kesemua guru perempuan diam; tiba-tiba segala gosip rancak mereka terhenti; mungkin kerana isu menarik yang akan diperkatakan - oleh Guru Penolong Kanan. Saya sedar, ada juga kalangan cikgu lain yang tidak senang dengan gelagat saya - ya la, stail orang dari pantai barat dengan gaya tersendiri (tak macam stail kampung pedalaman, macam cikgu-cikgu tu semua). Kemudian, saya aktif dengan kegiatan sukan.
Seterusnya, saya mula menjadi perhatian murid-murid kerana sifat terbuka dan mudah memahami perasaan dan masalah mereka. Tentunya populariti itu kerana gosip sesama murid pula... yang kononnya cikgu muda ini adalah 'hok kawe' belaka, cam Jamilah tu.
Ia bisa menjemput rasa cemburu dan iri hati juga. Ia menjadi lebih parah apabila cuka dan perasanya ditambah dengan timbulnya peristiwa si Jamilah. Gosip bertambah meliar menular... terutama di kalangan cikgu pompuan yang suka mengular. Kelas saya, 3C langsung mereka tidak pernah masuk mengajar!
"Apa yang saya buat pun, cikgu? Tak boleh ke nak berbakti sikit?" emosi saya mula agak terusik. Saya menjangkakan dia juga seakan bersama dengan mereka yang jadi tukang sampai-menyampai.
"I knew you very-very well, Lias. I was young at your age before," rungut bahasa Inggeris-Kelantannya menagih perhatian.
"Apa masalahnya, cikgu?"
"Nothing!" katanya pula lalu bangun dari pinggir meja itu.
Sejak itu saya mula mengerti betapa Cikgu Hassan begitu prihatin. Dia bukan menentang saya, tetapi bersimpati dengan apa yang telah dilalui oleh seorang guru muda dari luar. Kemudian baru saya tahu bahawa dia... walaupun telah berumur; kira-kira 38tahun, tetapi isterinya masih muda - 24 tahun sahaja. Kisah kahwin lambat juga.
"Abih tu... gapo tindakan demo?" dia mengadap ingin tahu selanjutnya perancangan saya.
Saya menggeleng sambil bibir berdecit. "Saya pindah...."
"Err... demo nok gi mano? As a new teacher, they won't allow you to go anywhere!"
"Ooo... bukan gitu! Saya cuma nak pindah tempat tinggal; dah tak boleh tinggal di kampung camni."
"Demo nok gi pindah mano?" Cikgu Hassan kehairanan.
"Saya takkan tinggal di kampung ni lagi...."
Aiiiks... Cikgu Azra'ei pun tahu juga kisah saya - sempat bergosip juga.
"Heh... heh.... aku faham," jelasnya sambil menjeling penuh makna. "Anak murid pun lawa, kan!"
Saya tidak membalas. Apa yang penting biar dia dapat menolong kali itu... buat menghindari fitnah dan gosip yang bukan-bukan.
"Err... ni Samad, kawan serumah aku di sana," Azra'ei perkenalkan aku kepada seorang cikgu muda yang tidak lekang dengan senyumannya.
Dia sedang duduk. Kami bersalaman sambil diiringi senyum yang meleret.
"Err... macam mana kamu nak ikut? Kereta tu boleh naik dua orang saja," jelas Cikgu Azra'ei sambil menoleh kepada temannya yang berasal dari Pontian itu. Anak tuk imam. "Camne nak bawa barang lagi?"

Tukang beca pun turut menjadi medium penyebar berita.

Kesian juga dengan Jamilah... yang teruk dilanda cemuhan dari kalangan teman-temannya, murid sekolah. Ia dapat dilihat, apabila saya masuk ke kelasnya dia mula tidak ambil perhatian pada pelajaran yang saya ajarkan. Dia masih 'dreaming', tetapi ke sektor dunia lain. Ah, biarkan sebab masalah saya semakin memberat.
Petang itu... sejak mula saya memang tahu Cikgu Azra'ei mengajar di sebelah petang, maka saya mengambil keputusan naik bas menuju ke pekan Jelawat. Yeah... waktu rihat saya sampai ke sana ketika dia masih sedang mengajar.
"Hang tunggu sat... dah nak sampai waktu rihat, aku tengah mengajar ni," katanya sebaik diberitahu oleh kerani sekolahnya akan kedatangan saya mencari. "Dahsyat hang ni no...."
Aiiiks... Cikgu Azra'ei pun tahu juga kisah saya - sempat bergosip juga.
"Heh... heh.... aku faham," jelasnya sambil menjeling penuh makna. "Anak murid pun lawa, kan!"
Saya tidak membalas. Apa yang penting biar dia dapat menolong kali itu... buat menghindari fitnah dan gosip yang bukan-bukan.
"Definitely... you will have to face the problem," masih tergiang-giang peringatan dari Cikgu Hassan. "Kota Baru is 25 miles away from here. Quite a distance, you know! Bila waktunya demo nok sapai sekolahnyo?
Yeah... sementara Azra'ei menamatkan pengajarannya sebelum waktu rihat, saya berjalan sekitar taman sekolah yang cantik berhias dengan pokok bunga yang berwarna-warni itu. Dalam hati terus mengharap... dapatlah kiranya Azra'ei menolong saya dalam keadaan tertekan itu. Nun di penjuru sana saya ternampakkan sebuah kereta MG sports tidak berbumbung. Ada canvas yang berlipat. Huhh... ada cikgu yang pakai kereta MG sports! Hebat.
Tidak lama kemudian, Azra'ei menggamit saya dari jauh.
"Kat Kelantan ni memang lagu tu... bila berkait dengan pompuan je, depa dah tak ingat lain... ke situ aje la," rungut Cikgu Samad. "Err... buat sungguh-sungguh, takpe la pulak!"
Saya tidak mengerti.
Saya akan temui kemeriahan ini di Bandar Kota Baru
"Err... macam mana kamu nak ikut? Kereta tu boleh naik dua orang saja," jelas Cikgu Azra'ei sambil menoleh kepada temannya yang berasal dari Pontian itu. Anak tuk imam. "Camne nak bawa barang lagi?"
Aiiks... kereta MG sports itu milik Cikgu Samad. Huuu... bersemangat saya jadinya.
"Takpe la... hujung minggu ni la pindah, tapi kat sana pun ramai juga. Duduk sebilik dengan Hassan pun boleh," jelas Cikgu Samad sambil menoleh kepada Azra'ei di sebelah. Mereka berbincang.
"Tak kisah. Janji semua orang luar saja kat rumah tu... senang kita nak mengelak dengan benda-benda macam ni," keluh Cikgu Azra'ei. Takpe la... kamu pun ada Shuhaili dan Hassan. Fatah duduk sebilik sorang dia."
Saya hanya mendengar nama-nama yang disebutkan. Itulah kawan baru mungkin sekiranya saya berpindah untuk tinggal di bandar Kota Baru. Masalahnya, saya kena berulang setiap hari - dengan tambang kereta sewa 80 sen satu perjalanan. Bas pun ada, 60 sen tambang, tetapi sejam satu baru jalan. Dari pekan Kota Baru ia mengambil masa satu jam tiga puluh minit untuk sampai.... sebab, orang kampung akan bawa segala khazanah mak nenek naik bas sama; termasuk sepanjang-panjang batang tebu dan ubi kayu siap seperdu, tanpa guni. Pisang pun ada.
Saya sudah nekad. Gosip tentang Jamilah akan semakin saya jauhkan. Lupakan kemudiannya.
Dasat campur kelakar jugaklah sikap oreng kapung nih. Tapi nak wat camna takda sapa terangkan do's and dont's, tup2 jadi fitnah. Tapi sekarang dah globalisasi, Kelantan ke mana ke, semua dah 'terbuka'. Agaknyela.
Kapong blah denu stendard la Cik Gu, jale ngan tino dah kire maksiat..gilo puak denu..! sekare nie pun, dok leh jalen gak..!
Ni cite zaman tu... La dah ok sejak tuk guru didik orang K'tan dgn Islam.
Pindah tu pun bkn kerana Jamilah sangat... saya risau sbb Azra'ei dah kena offer anak pakcik tu.
Saya takut nanti kot ayah Jamilah datang juga offer kat saya; amacam nak jawab?
Buat dibawanya sekali dgn abang-abang dan orang kampung - paksa suruh kahwin!
Jadi, sebelum keadaan lebih parah baik la ca alif bot! Cabot!
hehe...kelakar cerita pakcik!
Hang kata kelakar... nafas dah dok berlepus-lepus, takut kena paksa. Nanti jadi cam Cikgu Seman - siap pakai semutar.
Assalamualaikum. Mana tuan rumah ni? Balik jenguk kejab je rumah dia. Ingat datang nk pinjam berus dawai ... nk buat kikis kerak2 karat kt hati.
Dok sibuk test keta MG sport lg ka? Jgn mare ... bila nk sambung cerita?
Nanti la sat. Tengah dok pikiaq ni... nak masuk yg mana dlu?
- tasauf ka?
- hidup sesudah mati ka?
- kenali diri ka? ATAU
- kes pindah!
Oooo tuan rumah dok ada ropanya. Tak pa ... buat la lagu mana pun .. yang penting sambung cerita ... kadang2 dok peringat bab mati ... elok juga .... biaq sedaq diri sikit
Dalam dok peringat tu pun selalu ble lupa bab mati. Bila dah mati baru menyesal... nak buat lagu mana dah?
Hai, ya Allah!
P.Elias, special request, boleh? Harapnya diasingkan antara Tasauf, Mengenal Diri dan Hidup Sesudah Mati dan Memory Lane (pepandai letak name) bawah kategori2nya. Saya ni kurang pandai beza. Saya dok ingat semua tasauf sebenarnya. Huhu.
Tu masalahnya... pengunjung ke sini mcm2 jenis; jadi kena hidangkan mcm2 perisa jg.
Klu satu bidang aje... nanti ada yg boring.
Cuma ada tulis kan, klu tasauf... tasauf aje; tariqat pun lain & Hidup sesudah mati lain.
Di Rantauan tu kisah zaman memuda dlu.
Ok, sokong! Cuma, apa beza tarikat dan tasauf ye?
Tasauf ni adalah jln utk sampai ke matlamat - hakikat, tariqat, kemudian ma'rifat.
Terlebih dlu kena pas syariat. Tu lesen besar.
Ramai yg ngenngada pi terus ke peringkat tinggi, pastu sesat-barat!
Ooo macam tu. Syariat tu cukup tak kalau pas fardu ain...er, macam saye ni agaknye. Kemudian proceed ser2.
Kemudian, tarikat pule,camne?
Syariat ni bkn takat fardu 'ain saja. Ia fiqh - peraturan hidup dlm Islam; undang2.
Dlm masa yg sama leh proceed mempelajari tasauf - utk lebih memahami.
Kalau macam tu, insyaAllah, dan terime kasih (belajar tasauf dekat sini).
Nak belajar tasauf... cari buku2 karya Imam Ghazali. Buku TAUBAT, satu lagi SABAR cukup baik dlm membina hati. KEAJAIBAN HATI mmg hebat. RELUNG CAHAYA.
Pastu baru fahami IHYA ULUMUDDIN.
Terima kasih banyak2, tertarik dengar nama2 bukunya. Buku Taubat ada tejumpa dekat satu kedai alatulis cina. Kebetulan alhamdulillah. Usaha nak habis baca buku Taubat dan Hidup Sesudah Mati, kemudian boleh dapatkan buku yang lain tu pula insyaAllah.
dalam kata berdebar-debar tu. sempat juga teringat kan Jamilah yg lawa tu ya!
haih.. kalau tidak., cik gu elias akan selalu laa berulang balik ke gunung saban tahun..! join ribuan warga kota pulang ke kelantan setiap kali perayaan.
akhirnya cikgu - dgn orang mana ? kuala pilah? orang Bota? Perelis?
:)
Buku agama ni jgn setakat baca - guna highlighter pd point penting.
Aii... org jantan, Hairul!
Lastnya teman sangkut dgn org Kodah, Kodah & Kodah jg.
Ada dah Pakcik Elias, beli highlighter special untuk buku agama. Memang dok menghighlite. Cuma slow.
Nak mencelah (baru kenal dunia, hehe). Mesti ada keistimewaan orang kedah tu. :-) Kwn2 saya belah utara, baik/ikhlas + keletah/kelakar.