Elias Hj Idris
Tidak berlengah-lengah dalam menunaikan solat


Setiap murid harus rajin berusaha untuk memeperkukuh, memelihara dan menurut ajakan dan dorongan kebatinan, iaitu kata hati. Caranya ialah dengan memperbanyakkan usaha mengingati Allah swt, merenung dan meneliti segala kekuasaan-Nya serta sentiasa berdampingan dengan para wali Allah.

Cara memeliharanya pula ialah dengan menjauhkan diri daripada bercampur-gaul dengan orang-orang yang terlindung dari pandangan Allah. Dan jangan pula meletakkan diri di belakang segala was-wasa dan tipu-daya syaitan. Berlumba-lumbalah untuk kembali ke jalan Allah; dengan berlaku benar dalam menghadapi segala perintah-Nya; tidak bermalas-malas dan bertangguh-tangguh serta melambat-lambatkan segala urusan berkait dengannya.

Setiap kali tiba waktunya, hendaklah segera ditunaikan. Ia adalah keutamaan. Apabila terbuka sahaja pintu untuk kebajikan, hendaklah segera memasukinya. Apabila tiba seruan bakti, hendaklah tidak bertangguh-tangguh daripada melaksanakannya. Jangan sekali-kali diungkap perkataan 'nanti la esok atau lusa' sebab ia adalah bisikan dan hasutan daripada syaitan.

Maka segala amal baik itu perlu dikerjakan serta-merta, tanpa bertangguh atau mencari alasan untuk keuzuran; dengan alasan ketiadaan masa lapang atau masih belum tiba masa untuk beramal dsb.

Abur-Rabi' rahimahullah berkata, "Tujukanlah dirimu ke jalan Allah dalam keadaan tempang dan cacat anggota, dan jangan sekali-kali menunggu waktu sihat sahaja, kerana menunggu waktu sihat itu adalah amat merugikan."

Berkata Ibnu Atha' di dalam kitabnya al-Hikam; "Menangguh-nangguhkan sesuatu pekerjaan itu sehingga ada peluang adalah menandakan kebodohan jiwa seseorang."
19 Responses
  1. H.Sakinah Says:

    Salam En.Elias,
    Masa tengah berusaha tu, tentu je ada yang mengganggu, jadi macamana nak atasi secara terus supaya rasa halangan (malas, was2, tertekan)tu hilang?

    Kemudian nak tanya, istilah "wali Allah" dan "orang yg terlindung dari pandangan Allah", boleh tolong terangkan? Ntah2 diri saya ni sendiri; yang part org tlindung tu le..nauzubillah :-(


  2. H.Sakinah Says:

    Kalau ada soalan yang dah dijawappun dalam artikel ni atau yang sebelum, maafkan ye. saya budak baru belajar, 'sloe' sket :-)

    Soalan pertama saya tadi, mungkin jawapannya yang di perenggan 1?


  3. petehkaki Says:

    mcm ada tanda jer ni kat badan ni..
    kena diagnos semula


  4. Perlu diingat, kita ari ni dah tercemar dgn teruk. Jadi, masalah utk keluar dr kebiasaan tu pun berat jg. So, kena banyak membaca buku2 agama dr aliran tasauf - sbb ia berkait dgn kerja hati.
    Wali Allah jarang dpt ditemui... tp kita ble rapat dgn org yg wara', tp tk cakap banyak. Ni perlu hati2 jg. Ada yg ter'over' pun - menuju sesat!


  5. Orang yg terlindung drp Allah adalah mereka yg hidup lagho', tk tau arah tujuan. Makan, tido, berkelamin, kerja & berhibur. Kawan2 pun ada.
    Sedangkan Allah jadikan kita utk beribadat menyembah-Nya semata2 (az-Zariaat:56). Nk enjoy tunggu di akhirat nanti. InsyaAllah, kita kan dpt jika beramal dgn amal ahli2 syurga.
    Apa pun yg penting penyucian jiwa...apa sabunnya?


  6. sdra peteh,
    Kat sana, bila ada kematian nape berebut org nk tolong usung?
    Amal kebajikan pun camtu... berebut org nk buat, tk sabar2.


  7. H.Sakinah Says:

    "tp kita ble rapat dgn org yg wara', tp tk cakap banyak. Ni perlu hati2 jg. Ada yg ter'over' pun - menuju sesat!"

    So nak kenal tok guru, orang wara'tu, takde cakap banyak dan nak kenal yang sesat tu, yang over? macamana yang dikata over ye?


  8. Over ni... declare mcm2 spt Arqam, Rosul Melayu, ayah Pin dsb.
    Guru yg mursyid... tk ckp banyak. Ilmunya bermunafaat - murid diberkati. Cth Dr Haron Din, jauh beza dgn Amran Kasimin. Tk sama dgn Jamil Khir yg tk berani komen psal judi bola!
    So, bila berdepan dgn mungkar, diam... maknanya over la tu!


  9. H.Sakinah Says:

    Ok, faham2, pasal kelas solat nanti saya ajak depa na insyaAllah. Nak jawab yang tang sabun jiwa tu - selalu taubat kan?


  10. Sabun jiwa... klu teruk sangat kn pakai kloroks. Heh... he...


  11. This comment has been removed by the author.

  12. H.Sakinah Says:

    Nak 'beli' sabun jiwa. Kalau boleh...

    Pasal 'kelas solat',ajakan tidak bersahut. Tapi takpe. InsyaAllah, ada rezki, dpat belajar, eventually.


  13. InsyaAllah jika diizinkan.

    Tulis kat sini pun boleh, tapi kesannya kurang... enforcement takde.


  14. H.Sakinah Says:

    Itula pasei..(tiru stail)



  15. H.Sakinah Says:

    Pasei...hanya baca saje, kurang inforcement..Boleh beri emel? nak minta pendapat personally.


  16. Emel: elidri52@yahoo.com


  17. H.Sakinah Says:

    Dah di emailkan. Ada masa, balas ye. Time kasih banyak2.