Elias Hj Idris
Sebagaimana yang diceritakan oleh gurunya, Azman terkedu apabila teringatkan bagaimana Nabi Besar Muhammad saw dibawa mengadap Alla swt untuk menerima secara langsung akan fardu solat. Baginda hadir seorang diri di ‘balai penghadapan’ Allah Taala yang diselubungi oleh Nur Rabbul-izzah, iaitu cahaya dari Zat Allah Yang Maha Mulia yang menyilaukan sekitar Sidratul-Muntaha itu.

Baginda berada dalam suatu macam perasaan yang yakin dan nyata bahawa baginda berada di hadrat Allah swt yang sifatnya meliputi segala sesuatu. Baginda melihat-Nya dengan musyahadah, suatu bentuk ‘penglihatan’ sebagaimana firman Allah swt: “Tiada sesuatu yang menyerupai-Nya, Maha Halus dan Bercahaya.”

Suasana di luar sana... dalam penerimaan fardu solat baginda Rasulullah saw

Allah swt mewahyukan kepada baginda dengan fardu solat sebanyak lima puluh untuk dikerjakan pada siang hari dan malamnya. Baginda menerimanya dengan hati terbuka lalu mendapatkan Jibril untuk turun semula ke langit dunia. Satu persatu langit dilintasi mereka hingga sampai ke tempat Nabi Musa a.s.

“Apakah yang difardukan Tuhan ke atas hambamu?” tanya Nabi Musa a.s.

“Lima puluh solat pada siang dan malam,” sahut Nabi Besar Muhammad saw.

“Kembalilah kepada Tuhanmu. Minta diringankan kerana umatmu tidak bisa menanggung tugas berat serupa itu,” kata Nabi Musa a.s. “Sesungguhnya aku telah menguji Bani Israel dan kebolehan mereka.”

Nabi Muhammad saw kembali mengadap Allah swt. meminta agar ia dapat dikurangkan. Apabila baginda turun Nabi Musa a.s. lalu menegur.

“Apa halmu?”

“Dikurangi lima solat,” sahut Nabi Besar Muhammad saw.

“Sesungguhnya, umatmu ternyata lemah berbanding dengan umat-umat yang terdahulu. .” kata Nabi Musa a.s. “Kembalilah kepada Tuhanmu, pinta dikurangi lagi.”

Nabi Muhammad saw memberitahu baginda terus berulang-alik menemui Allah swt minta dikurangkan solat itu. Akhirnya tinggal lima sahaja. Allah swt pun berfirman; “Wahai Muhammad! Itulah lima solat setiap siang dan malam, pada setiap satunya dikira sepuluh jadi lima puluh solat.”

“Barang siapa bercita-cita membuat kebajikan lalu terhalang akan dicatat baginya satu hasanah. Jika dia berjaya melakukannya, dicatat baginya sepuluh hasanah.”

“Dan barang siapa yang bercita-cita untuk melakukan kejahatan lalu dibatalkan maka tidak dicatatkan apa-apa pun. Jika dia melakukannya, barulah dicatatkan baginya satu kejahatan.”

Maka Nabi Besar Muhammad saw pun turun lalu memberitahu Nabi Musa a.s.

“Kembalilah kepada Tuhanmu dan minta dikurangkan lagi untuk umatmu,” kata Nabi Musa a.s. “Aku tahu umatmu ternyata lemah berbanding dengan umat-umat yang terdahulu. ”

“Tidak! Aku tidak bisa kembali lagi kepada Tuhanku,” jawab Nabi Muhammad saw. “Aku malu kepada-Nya.”

Menurut kata gurunya, jumlah tersebut kekal dikerjakan sehingga hari kiamat sebagai lambang tauhid dan jembatan perhubungan yang langsung dengan Allah swt. Walaupun ia telah dikurangkan, tetapi pahalanya tetap sama - 50 juga.

Demikian Nabi Muhammad saw yang dibawa dari Masjidil-Haram ke Mesjidil-Aqsa, kemudian dari Mesjidil-Aqsa ke Sidratul-Muntaha dan akhirnya ke Qab Qausaini Aw Adnaa, tempat yang paling hampir sekali di hadrat Allah swt untuk menerima kefarduan solat secara langsung.

Maka oleh yang demikian solat itu terbahagi kepada tiga peringkat; berdiri, ruku’ kemudian sujud. Firman Allah swt: al-Alaq: 19: “Dan sujudlah sambil mendekatkan diri.”

Sesungguhnya melalui solat itulah Azman dapat merasakan betapa hampirnya dia dengan Khaliqnya. Dia bermunajat dan di sana dia dapat menitip kemanisannya.


Nota:  Petikan daripada novel 'KEHILANGAN-2' - 760 m.s yang belum diterbitkan (m.s. 353-356).
11 Responses
  1. H.Sakinah Says:

    Salam. Dekat dunia yang sementara ni, inila usaha kita, kan? Perbanyakkan juga dengan yang sunah (berat tapi ringan).

    Dekat akhirat dah tak terikat lagi dengan do's and don't betul tak?


  2. Dunia ni tempat persinggahan untuk bercucuk-tanam. Akhirat tempat kita menuai.


  3. H.Sakinah Says:

    Ya. Harapan agar kita dapat bercucuk-tanam dan menuai dengan baik. Apapun semuanya terjadi dengan rahmat-Nya juga.


  4. Ramhat takkan dtg tanpa usaha dan 'pembersihan' hati dan jiwa.



  5. Dia sebagai Zat Yang Maha Suci mana mungkin dapat bersekutu (atau menerima/melihat) akan hamba yang 'kotor' dan jijik penuh dengan danur dan 'najis'.

    Semua itu perlu dibersihkan.


  6. H.Sakinah Says:

    Faham, bila kita dah bersih, kita semakin hampir dengan-Nya.


  7. Bukan semakin, tp bru dapat hampir. Rahmat-hidayah-Nya mula mendekat. Segala ilmu-Nya yang tersembunyi mulai tersingkap.


  8. H.Sakinah Says:

    Kalau kita cuba untuk hampir, macamana untuk berlanjutan menghampiri dan takmau berpaling lagi? Kadang2 kan terjadi, orang yang sudah dapat petunjuk kemudian, perlahan2 ia kembali tersesat.


  9. Mengekali zikir dan perbanyakkan istighfar. Amalan dipertingkatkan, insyaAllah takkan terbabas/sesat.


  10. Anonymous Says:

    “cahaya dari Zat Allah Yang Maha Mulia yang menyilaukan sekitar Sidratul-Muntaha itu.”

    Kalau ikut hadis Rasullallah SAW menerima perintah solat dihadapan tirai nur.Tirai nur meniraikan Zat Allah yg Maha Indah dpd seluruh makhluknya…Jibrail hanya boleh bersama Rasullallah setakat Sidratul Muntaha sahaja.

    Siti Aisyah rha.ada berkata yang bermaksud:Barangsiapa yang menyangka bahawa Muhammad saw melihat Tuhannya maka telah benar-benar membuat kedustaan yang besar terhadap Allah .(Sahih Muslim Bk 1,224)
    Sabda Rasullallah saw:Tirai Nya adalah nur dan seandainya terangkat pasti keagungan Zat akan membakar makhluk yang terpandang oleh Nya. (Sahih Muslim Bk 1 228.)
    Malaikat jibril as.berkata bahawa ada 70 tirai Nur yang meniraikan Zat dan sekiranya dia mendekati tirai Nur yang pertama sahaja.dia kan binasa. Al Hadis Miskatul Masabih vol 4.226

    Sususnan lapisan2 infrastruktur yag dilalui oleh Rasullallah SAW utk menerima perintah solat

    TIRAI NUR (menerima perintah solat di hadapan tirai nur)
    ARASY
    AIR
    SIDRATUMUNTAHA
    LANGIT 7
    LANGIT 6
    LANGIT 5
    LANGIT 4
    LANGIT 3
    LANGIT 2
    LANGIT 1
    KURSI
    BUMI DAN ANGKASARAYA (bermula di baitul makdis)