Elias Hj Idris
Kami bertolak dari Ipoh agak awal - sekitar jam 10.00 pagi. Cikgu Tin datang awal dengan kereta kuningnya selepas dia check-out dari MCKK, di awal pagi - selepas sarapan.
Warna sama, tapi model aja lain - FIAT

"Err... kamu jaga sikit, lipat dek orang pompuan tu karang," Tuk Sedewa Raja cuba memperingatkan; mengusik sebenarnya.

"Haa... nengokkan gaya dia dah syokkan kamu tu," tambah Mak Tuk pula lalu mengekori kami dari belakang.

Cikgu Tin sudah awal berada dalam keretanya. Dia pun tidak masuk ke dalam rumah, setakat pintu sahaja sebab nak cepat, katanya.

"Entah apa-apa kamu ni, Lepu?" rungut Kak Yang sambil mengekori ibunya di belakang.

Saya tidak terkata apa-apa. Memang salah saya pun sebab tergesa-gesa pulang ke Johor Baru, sedangkan cuti masih ada dua minggu lagi.

"Ate... mana kamu nak duduk kat sana tu nanti?" Mak Tuk masih kerisauan. "Kolej tu pun bukannya buka lagi. Tuk ketua pun entah pergi makan angin kat London tu lagi."

Hati di dalam yang tidak menentu....

Yeah kebiasaan Pengetua kolej apabila tiba musim cuti. Dia akan menghabiskan masanya di London dan Eropah sana menemani anaknya yang sedang melanjutkan pelajaran. Peliknya, mana Mak Tuk tahu, atau dia cuma main serkap jarang.

Saya bersalam dengan Tuk Sedewa Raja, ayah angkat yang baik hati itu. Kemudian bersalam dengan Mak Tuk dan Kak Yang juga.

"Awak pergi dulu, nanti kita jumpa lagi," sahut teman sambil mengangkat beg keluar menuju ke kereta.

"Err... jalan bebaik," sahut mereka. "Kereta banyak tu! Kalau penat berhenti dulu," pesan Mak Tuk.

Kami meneruskan perjalanan sambil berbual ringan. Banyaknya kisah Cikgu Tin sepanjang kursus musim cutinya itu. Saya pun tidak berminat mendengarnya sebab mengenangkan cuti yang masih panjang. Namun itulah kelemahan saya selama itu... kerana terlalu menurut dan menjaga hati orang!

Jam 1.00 tengahari kami sudah tiba di KL, kemudian di Seremban, Gemas dan kami singgah di Segamat.

"Kita berhenti kejap la... sebab nak jumpa kawan," kata saya memujuk Cikgu Tin.

"Jangan lama, nanti kita malam baru sampai JB," pesan Cikgu Tin.

"Kejap aje... ni pun kita dah ada di Segamat. Lagi dua jam dah boleh sampai JB."

Kira-kira dua kilometer dari pekan Segamat, kami membelok ke kiri masuk ke Jalan Pemuda, terus ke rumah no. 20 - sebuah rumah papan yang cantik siap dengan kain jendela warna merah dan merah muda.

Adik Watee menjenguk dari dapur, terus memanggil ibunya sebaik saya keluar dari kereta. Cikgu Tin nampak malas ikut turun dalam keadaan tidak menentu. Saya terus naik bersalam dengan makcik Kiah, sementara suaminya takde di rumah. Dia pergi ke sekolah kerana persiapan untuk buka sekolah sehari-dua lagi.

Dan seketika itu juga Watee keluar dari arah dapur. Dia baru sahaja mandi dengan berkelubung kain tuala menutup kepalanya. Pesan orang tua-tua itu petanda baik, jika ke rumah orang - tuan badannya baru mandi. Ia tanda sejuk rumahtangga yang bakal didirikan.

Dia pun agak terpinga-pinga kerana bersama saya ada seorang wanita yang tidak dikenalinya.

"Err... ni cikgu masa teaching prac kat Masai," jelas saya sambil memperkenalkan Cikgu Tin. "Err... ni Watee sama kat kolej tu dulu."

Cikgu Tin cuma berlagak biasa. Senyum pun tidak. Namun saya tidak ambil kisah itu semua. Ye la... kita singgah di rumah kawan - kawan yang dikenali. Lagipun, rumahnya terletak dalam perjalanan tanpa melencong ke laluan yang jauh.. Cikgu Tin itupun kawan juga. Sama sahaja.

Kami berbual sambil minum air yang disediakan. Banyaknya saya bertanyakan khabar tentang pengajiannya di universiti sebab sejak Watee melanjutkan pelajaran ke sana kami langsung tidak pernah berjumpa lagi. Maka di kesempatan itu, saya berkeras untuk singgah buat menemuinya. Kemudian, ayah dan ibunya serasa bagaikan ibu dan ayah sendiri juga disebabkan baik hati mereka. Malah semasa pergi mengambil Watee di kolej sebelum itupun kami bertemu dan berbual juga.

Cikgu Tin minum air separuh sahaja... dan dia banyak membelek majalah yang diambil dari bawah meja kecil di sebelahnya. Sementara itu saya terus juga berbual dengan Watee di tepi tingkap sambil memandang keluar. Lama juga kami bercerita... dan gayanya itu seakan-akan Cikgu Tin tidak ada dalam kamus perbualan kami!

Yeah... cerita sesama kawan lama. Sebenarnya, ikatan kami itu banyak berkait dengan peristiwa penutup 'Minggu Orientasi' itu juga. Mana tidaknya, tak pernah seumur hidup boleh menari dengan seorang wanita yang baru dikenali beberapa hari sahaja. Kemudian menjadi sepasang kekasih... itupun tidak lama; dua bulan apabila Watee meneruskan pengajiannya ke universiti.

Hampir sejam juga kami di situ. Pada mulanya, saya bercadang untuk menyuruh Cikgu Tin kembali seorang diri sahaja ke JB. Hati masih belum puas bercerita... apatah pula Watee banyak mengisahkan hal pengajiannya di samping penglibatannya dengan Persatuan Kebudayaan. Melalui persatuan itu, mereka akan ke luar negara untuk membuat persembahan kebudayaan. Setelah difikir-fikirkan kesian pula... datang bersama hingga ke mana-mana, tup...tup nak suruh Cikgu Tin pergi sendiri. Eh, tak patut.

Kami bertolak meninggalkan Watee yang nampak sayu di muka pintu. Kereta bergerak agak keras, keluar dari Jalan Pemuda menuju ke Jalan Besar lalu membelok ke kiri menuju ke JB.

Hatiku sayu... kau buatku begitu!


"Ooo... patut la beria-ia nak singgah...," Cikgu Tin sudah tidak tertahan hatinya lagi. "Rupa-rupanya dia ada mata air kat situ."

Saya hanya mendengar suara intronya itu tanpa mengesyakki apa-apa.

"Kita ni jadi pecacai dia... jadi drebar... jadi kuli, dia sedap-sedap cerita itulah, inilah... gelak-gelak macam kita ni tunggul tak bernyawa," Cikgu Tin terus merungut.

Saya hanya mendengar... sambil sesekali menoleh pada wajahnya yang nampak serius dan seakan-akan menyinga. Sebenarnya, saya tidak pernah mengalami keadaan seperti itu. Jadi, saya tidak tahu apa yang hendak dicakapkan. Kalau dia marah, bermakna saya bersalah... takpe la. Nak buat camne? Dan saya langsung tidak reti nak menjawab atau memberikan apa-apa alasan.

Cikgu yang pada mulanya seorang Juliet yang tidak menjadi itu terus membebel sepanjang jalan. Banyaknya dia cakap orang putih. Speaking, beb. Berjabu... saya tak faham. Memang sedaplah bila marah dengan menggunakan bahasa Inggeris. Banyak bombastic words yang dapat diluahkan. Yeah sama seperti sebelumnya, saya terus juga tidak menjawab. Bila agak penat dia mendiamkan diri, tetapi masih masam mencuka. Saya ambil air minuman, dibuka tudungnya untuk diminum, tetapi dia menolak. Saya keluarkan buah epal dan oren pun dia enggan. Saya cuba tersenyum cuba melembutkan hatinya.

"I'm not going to play a fool... around, Lepu! I'm serious" sergahnya diselangi pandangan yang berpinar.

"Alaa... singgah kejap kat umah kawan, apa salahnya?" saya mula bersuara setelah tidak tertahan dengan bebelan yang tidak berkesudahan.

"Huhh... tak salah, kata you. Buatkan I ni macam tunggul... gelak sana-sini," herdiknya sambil menjeling. "What do you thing... whom I am?"

Alamak! Betul-betul punya marah ni, bisik hati saya. Ok la... dengar sahaja la.

Dan dia terus membebel hingga sampai ke JB, terus ke Kebun Teh masuk ke rumahnya. Saya sekadar mengikutnya sahaja. Tak pula dia menghantar saya terus ke kolej. Itu bermakna saya akan tinggal di rumahnya. Tetapi, dia marah... camne?

Cikgu Tin hanya memanggil adiknya yang lelaki agar mengemaskan bilik untuk saya. Ia sebuah rumah banglo  yang agak besar... tinggal bersama dengan ibu, ayah dan adik-adiknya. Ayahnya, konon tidak sihat... cuma diam dalam bilik sementara saya menemui ibunya dan bersalaman. Sementara Cikgu Tin terus hilang ke dalam biliknya yang entah di mana?


Bersambung...
31 Responses
  1. H.Sakinah Says:

    Salam P.Elias. Dasyat juga. Berdebar tang tajuk tu. Baca citer pula, mula2 neutral. P.Elias pula gembira jumpa si dia, tiba2 kena bombard! Macamana la agaknya nak sejukkan tu?


  2. Takde sejuk-sejuknya lagi....


  3. Anonymous Says:

    Berasap nampak gayanya. Hi hi hi ... keta tak de aircond ke?


  4. Kete masa tu mana ada aircond? Hanya yg ada udara segar dr luar.


  5. Anonymous Says:

    Mau tak hangin meroyan satu badan .. dah le tumpang naik keta orang ... d ajak nyinggah rumah mak we .. tak patut ... tak patut ...

    lagi ... lagi


  6. Hero kelabu asap juga ni... tinggal kawan tu terkulat2.


  7. Anonymous Says:

    nampak gayanya ... tak sempat Cikgu Tin melipat ... rupanya Hero kelabu asap dah lipat dulu. ..
    Agak2nya kat mana Cikgu Tin ni sekarang ya


  8. Pastu sampai umah pun dia tak peduli dah... masa makan pun tak pandang. Wat hal sdri je.

    Terus tk jumpa hingga skrg.


  9. H.Sakinah Says:

    Kesian Cikgu Tin, tapi sekarang mesti dah cool pun. Mungkin dia pulak bercerite kata anak cucu dia, ada sorang cikgu pelatih tu,...hehe.


  10. Tak tau le apa citenye?


  11. H.Sakinah Says:

    Er, takdepe, reka je. Watee pule macamane? Pastu kawan lagi tak?


  12. Kawan dgn Watee je... dr jauh, tulis surat.


  13. H.Sakinah Says:

    Manisnye, hubungan macam tu :-)


  14. Ada setbacknye... Bila bored di K'tan saja2 tulis surat tanya psal kahwin. Dia ckp belum fikir lagi sbb tgh belajar.
    Ingatkan dgn jawapan tu dia tak mau.


  15. H.Sakinah Says:

    Rupenye mau...? Miscommunicate yea..aler..


  16. Belum tau lagi... ada cite sedihnya.


  17. H.Sakinah Says:

    Ok, kisahkan ye dan izinkan saye mengikutinya.



  18. H.Sakinah Says:

    Dah ada dalam novel ye.


  19. Banyaknya cite yg boleh dijadikan novel. Tapi kisah di Kelantan ni dah ada kat "BUNGA BUKAN SEMUSIM".


  20. H.Sakinah Says:

    Oic ok. Novel ni takda lagi.


  21. Kata novel lama dah ada....


  22. H.Sakinah Says:

    Tak semua...saya ada 4 buah je. Maaf sebelum ni kate macam tu. Yang lain belum jumpe lagi di kedai.


  23. H.Sakinah Says:

    Oh maaf! Salah lagi ada tiga je...PK, KTJ, APK.


  24. Takde dah... abis stok - K & BBS.


  25. H.Sakinah Says:

    Baca sinopsis saje; couple of touching, sad notes :-(


  26. 'Bunga Bukan Semusim' itu adalah novel yang terbaik. Betapa ia menceritakan bagaiman susahnya untuk menjadi baik; kedua bagaimana susahnya untuk bertaubat!

    Syarat taubat jelas ada 4, tetapi rasa bersungguh dr dlm hati tu mcm mana nak diserlahkan?

    Allah takkan terima sekadar kita ckp... oh, aku taubat. Oh, aku dah tinggalkan maksiat.

    Mana ratap tangisnya itu?


  27. H.Sakinah Says:

    Begitu rupa mesejnya. Kena berusahalah ya...sampai dapat. Kalau masih berulangkan tandanya taubat kita belum diterima. Walaupun dah menangis. Apa yang missing kalau gitu?


  28. Berulang satu hal, tak berulang pun satu hal... kita ingat dah taubat, sebenarnya belum!

    Dosa Adam a.s. kerana makan buah khuldi, dia dan Hawa dibuang ke dunia. 40thn dia meratap, Rabbana-zolam na anfusana... sambil berjalan dr India ke Arafah kerana mencari Hawa.


  29. H.Sakinah Says:

    Banyak lagi taktau pasal taubat, sedangkan semua manusia perlu bertaubat hari2. jadi ditinggalkan terus sebab tak reti.


  30. Sepatutnya tubat ari2 drp dosa kecik dgn istighfar.

    Dosa besar dgn taubat nasuha.