Oh, Tuhan di manakah aku sebenarnya? hati mengeluh dalam kedukaan
yang tidak tahu ke mana hendak dihadapkan?
Sedangkan selama ini kita cuma
mendambakan keikhlasan dalam setiap urusan.
Biarpun di mana jua...
"Err... kamu pula bagaimana?" tanya si cilik dari Somalia ini.
Apabila baginda Nabi saw melengkapkan perjalanan menemui Tuhannya buat menerima kefarduan solat, kita tentu dapat merasakan sesuatu keistimewaan di sebaliknya. Solat bukan hanya sebagai satu rutin biasa.
Ia satu tanda isyarat betapa pentingnya solat, dan baginda dijemput pergi sendiri menemui Tuhannya.
Di dalam solat itu terkandung untaian kata-kata yang cukup menusuk dan mengasyikkan. Di dalamnya terdapat puji-pujian dan permohonan seorang hamba serta jaminan tuntas daripada Khaliqnya.
Solat meliputi tubuh badan, bacaan-bacaan yang penuh hikmat dan erti, pemusatan fikiran yang tidak berbelah bahagi. Ia diikuti dengan pencurahan perasaan khusyuk, tawaddu’ dan penyerahan diri yang mutlak kepada Allah s.w.t.
Dalam suasana kritikal: Hanya kepada-Mu jua kami berserah.
Ia merupakan pentas kegiatan anggota jasmani, tindakan perasaan, akal dan jiwa yang menghayati detik-detik perhubungan yang suci dengan Allah, Tuhan Pencipta seluruh alam di empat penjuru alam, pagi-petang, siang dan malam yang tidak berwaktu selama-lamanya.
Dialah sifat yang Maha Kaya, segala-galanya datang dari-Nya dan akan dikembalikan pun kepada-Nya juga. Hanya Dia yang boleh mengadakan dan Dia juga yang boleh mentiadakan. Sedangkan kita sebagai hamba tidak punya apa-apa keupayaan, segala-galanya terserah kepada-Nya saja.
Jihad diteruskan dan di celah-celahnya kami merintih...
Maka dengan sebab itu kita dipinta datang bermunajat, menyatakan rasa hati yang serba lemah dan kekurangan ini; sebagaimana Dia menjemput Rasulullah s.a.w. datang dengan tujuan yang satu; kefarduan SOLAT.
Lidah membaca dengan sebutan-sebutan huruf yang betul dan jelas. Sedangkan akal dan jiwa menghidupi bacaan itu dengan meneliti pengertian dan maksud-maksudnya yang tinggi. Sementara badan pula membongkok rukuk dan menyembam sujud melambangkan kerendahan diri dan kehambaan yang luhur dan tulus sesuai dengan pengakuan lisan itu.
Do'a adalah senjata bagi seorang mukmin tanpa mengira siapa?
"Amin... amin ya Robbal-'alamiin".
Solat bukan sekadar menyegarkan badan. Ia menyegarkan akal dan jiwa. Di samping itu ia membebaskan jiwa manusia daripada kongkongan dan keinginan tunduk kepada kuasa-kuasa makhluk yang tidak benar. Ia bebas daripada sebarang tekanan ketakutan, kebimbangan, kegelisahan atau keraguan yang mengganggu ketenteraman hidup.
Dalam perhubungan yang singkat dan harmonis itu, seseorang Muslim mempersembahkan setinggi-tinggi sanjungan dan puji-pujian kepada Allah s.w.t.; menyatakan azam dan tekad untuk hidup-mati di atas keimanan dan agama yang benar, mengakui kesilapan dan kesalahan dalam hidup sebelumnya. Di samping mengharap keampunan dan seboleh-bolehnya kesilapan itu diharap tidak berulang lagi.
Ke arah yang satu... ke hadrat Ilahi tempat kami berserah diri.
Salam En.Elias,
Alhamdulillah, syukur, semalam semuanya selamat :-)
Terima kasih kerana menyedarkan saya dalam tulisan ni. Saya banyak terberangan waktu solatlah...solat masih tak kemas.
Macamana yang En.Elias amalkan agar khusyuk, boleh kongsikan?
Agak panjang kisahnya klu nk tau.
Pertama, kn tau utk apa kita hidup; utk apa solat?
Siapa kita dan siapa Dia?
Ke mana tujuan selepas ini?
Kemudian menghayati bait-bait bacaan.
Ketahui jua inilah perbuatan Nabi ketika menerima kefarduan itu sewaktu mikraj.
Ada dialognya secara lengkap. InsyaAllah.
InsyaAllah...memang nak tau.Em, dialognya secara lengkap? Boleh beri nama kitab, saya nak mengaji pasal ni.
Kitabnya takde. Ni pun usaha cari sendiri dr hadis dan hadis Qudsi, kitab2 lama dan panduan solat orang dulu2.
Sume tu dikutip - dihimpun jadi satu. Mungkin di bulan mikraj saya masukkan dlm blog.
Klu nk diajar kena mula dr hakikat solat, pastu pengerjaan + dialognya (yg mana satu).
Salam Tn Hj,
Bagus jugak kalau dpt compile and make it short & precise supya senang nak baca. Maaf la saya termasuk dlm kategori yang malas baca karangan panjang2. Moga usaha Tn diberkati Allah.
off topic sikit,
Ada beza ke makna antara Jembatan & jambatan
Tiap2 bhg tu kn dijelaskan, jd panjang jg la.
Jembatan ni diambil dr jawinya 'jim mim', bkn 'jim alif mim'. Sama dg nenas. DBP yg rosakkan seni jawi/rumi kita. Jd golongan perosak ni kita tk ikut.
Tak pa la kalau macam tu teruskan kn lh Tn Hj. Dah org nak tlg kongsi ilmu banyak pulak songehnya ye. Maafkan saya.
Adoi, patut la check kt kamus Dewan x de pn word Jembatan.
Ishk ... banyak betol la penyelewengan yg terjadi ... apa la yang nk tinggal pd Melayu ni .. agaknya last sekali ... LAYU je la
InsyaAllah sy keluarkan kt blog ni jwpn Allah pd setiap ungkapan surah Al-Fatihah; ungkapan sape 'sami'allahu-liman hamidah' serta dialog dlm tasyahhud antara Nabi dn Allah swt.
Peristiwa tu disaksikan oleh sekelian penghuni langit + para nabi dan... depa berselawat ramai2 sebaik 'endorsement' Allah akan Nabi... sebagai pesuruh-Nya.
Terime kaseh, saya sokong usaha En.Elias tersebut. :-) kalau ada kesempatan, boleh terangkan, mungkin boleh ajar secara berdepan?
H. Sakinah,
Nanti bila ada peluang ajak Muna atau Syahir, nanti saya ble ajar. Masa dirikan solat tu, saya tunjukkan terus... part by part.
InsyaAllah.
Mikraj pun dh tak lama lg... sedang molek ni.
InsyaAllah. Am looking forward! Nak saye ajakkan ke atau En.Elias sendiri ajak Abg Syahir n Kak Muna?
Ajak depa la... klu sorg nnti Sakinah yg segan kot!
Depa pun tak tau sangat ni.
Solat itu perhubungan langsung antara SiHamba dgn Tuhannya Allah.
Sebab itu disuruh dulu SiHamba mencari kenali siapa itu Hamba Allah.
Hanya SiHamba yg kenal didiri tahu diuntong itulah dianya Hamba Allah.
Bukan berhambakan nafsu serakah hingga lupa titiannya dimurkai Allah.
Hamba Allah Sejati dia Muhammad bin "Abdullah" sebenar2 Hamba Allah.
Dimana bermula sejarahnya aku disedari rupanya aku ini Hamba Allah.?