SELEPAS menelefon Maznah, Azman termenung. Dia sebenarnya tidak risaukan saham-sahamnya yang banyak bertaburan itu. Dia paling risaukan Maznah dan kawan-kawan yang menjaga kaunter urusniaganya. Dia tidak mahu mereka terkesan dan jadi susah hati apabila melihat harga saham jatuh merudum. Ia fenomena yang melibatkan seluruh dunia gara-gara penyangak matawang.
Haa, pakai matawang dollar lagi, bisiknya. Kemudian Azman terlentang di sofa. Dia jadi malas untuk memikirkannya lagi. Dia puas hati sebab telah memberitahu Maznah agar tidak kalut. Seperti selalu apabila duduk bersunyi-sunyi begitu membuatkan lamunannya terbayang-bayangkan peristiwa lama.
Ketika dalam perjalanan bersama Jibril itu Nabi telah menemui satu kaum yang bercucuk-tanam. Kemudian mereka menuai hasilnya pada hari yang sama. Setiap kali dituai, ia merecup semula menghasilkan buah-buahan yang baru.
“Apakah gerangannya ini wahai Jibril?” tanya Nabi Muhammad saw.
“Itulah kaum yang berjihad fi sabilillah,” sahut Jibril. “Kebajikan mereka itu dilipatgandakan sehingga tujuh kali ganda. Setiap yang mereka belanjakan diganti oleh Allah dengan yang lebih banyak lagi.
Kemudian Nabi meneruskan perjalanannya lalu menemui satu kaum yang kepalanya dihempap dengan ketul-ketul batu besar sehingga berkecai. Setiap kali berkecai ia sembuh semula dan dihempap lagi.

“Inilah orang yang malas menunaikan solat fardu,” sahut Jibril. “
Aduhh... Azman teringatkan sekian banyak solatnya yang tidak ditunaikan ketika remaja dahulu. Banyak solat yang diabaikan kerana dia asyik menimba ikan dan menangkap burung. Dia tertinggal solat Subuh kerana terlajak sehingga matahari tinggi melangit. Ada juga yang ditinggalkan kerana malas! Dia malas bersolat.
“Setiap yang berhutang perlu dibayar,” kata Tuk Su. “Solat yang ditinggalkan itu hutang. Kita berhutang dalam meruntuhkan agama Allah swt.”
Kita berdosa kerana meninggalkan kewajipan. Kemudian kita berdosa kerana meruntuhkan agama pula. Arwah Pak Chot pun kata begitu. Ustaz-ustaz yang mengajar pun kata begitu.
Kemudian baginda menemui pula satu kaum yang pakaiannya koyak-rabak. Mereka ini makan pohon berduri, daun-daun yang pahit dan batu dari neraka Jahannam.

“Inilah orang yang tidak membayar zakat harta mereka,” sahut Jibril.
Kemudian ia diselangi dengan pandangan matanya yang berbalam-balam. Dia masih nampak Aziriah yang serba tidak kena duduk di bangku tempat menunggu.
Lamunannya terus melangkau dan menitip isra' Nabi Besar Muhammad saw. Dia teringatkan penemuan nabi akan sekelompok manusia yang menggunting lidahnya dengan gunting yang diperbuat daripada api neraka. Selepas digunting, lidah itu bercantum semula untuk digunting lagi. Ia terus-menerus begitu berkali-kali.
Nabi Muhammad saw diberitahu oleh Jibril, itulah akibat bagi orang-orang yang tidak bercakap benar dan berbuat fitnah.
Azman segera teringat bahawa dia adalah orang surat khabar. Tugas wartawan adalah menyampaikan berita dan segala peristiwa yang berlaku. Namun demi kepentingan tertentu, berita dan peristiwa itu bisa diselewengkan. Kadang-kadang dia mengada-ngadakan cerita untuk menutup kepincangan pihak tertentu.
Dia teringat bagaimana dia dan ketua bahagian majalah mengadakan cerita hantu stokin dan hantu kom-kom dalam surat khabar. Tujuannya adalah untuk menaikkan jualan majalah untuk wanita terbitan syarikat mereka.
Kononnya, hantu itu berkeliaran di sekitar Tangkak, Johor. Dia mengeluarkan berita tersebut di muka depan akhbar dua hari berturut-turut. Pemberitanya membuat temuramah dengan beberapa orang kampung yang dibayar supaya membuat pengakuan.
Ceritanyapula direka dan dimuatkan secara eksklusif dan mendalam dalam majalah mereka. Semua cerita itu rekaan semata-mata. Kemudian di hujung berita akhbar tersebut dicatatkan; ‘Ikutilah cerita eksklusif selanjutnya dalam majalah “TIPU” keluaran bulan ini.’
Dengan serta-merta jualan majalah "TIPU” itu mendadak naik sebab orang ramai ingin mengikuti cerita hantu stokin berkenaan. Sedangkan cerita itu tidak pernah wujud pun! Apabila tidak puas hati dengan kenaikan jualan itu, kisah hantu kom-kom pula direka tiga bulan kemudian. Orang ramai pun ditipu lagi. Dan majalah itu berkekalan jualannya yang tertinggi di antara semua majalah untuk kalangan wanita hingga sekarang.
Azman teringat lidahnya yang bakal digunting dengan gunting api neraka!
Dia terkedu. Untung juga, dengan kasih sayang Allah swt dia diberi peluang bertaubat. Dia telah lama bertaubat dari perbuatan tersebut, tetapi mengikut syarat taubat dia perlu menyiarkan penafian tersebut dalam akhbar juga. Kisah tersebut telah disiarkan dalam akhbar SUARA MERDEKA. Jadi, Encik Kassim tidak mungkin mahu membenarkan penafian itu disiarkan. Ia berkait dengan kredibiliti sebuah media ternama.
“Kita mesti terus berbuat baik dan menuliskan cerita-cerita yang memberi munafaat dalam tulisan,” kata ustaz yang datang mengajar di surau syarikat. “Jangan jemu memohon keampunan dan serahkan kepada rahmat dan ihsan Allah Taala.”
Dia tahu Allah Taala memang sukakan hamba-Nya yang hemoi meminta dan merayu. Dia berharap Allah swt akan sudi mengampunkan dosa-dosanya itu. Namun dia masih bersedih di atas dosa-dosa ‘tipu’ tersebut.
Nota: Petikan daripada novel 'KEHILANGAN-2' 760 m.s. yang belum diterbitkan (m.s. 660-664).
Haa, pakai matawang dollar lagi, bisiknya. Kemudian Azman terlentang di sofa. Dia jadi malas untuk memikirkannya lagi. Dia puas hati sebab telah memberitahu Maznah agar tidak kalut. Seperti selalu apabila duduk bersunyi-sunyi begitu membuatkan lamunannya terbayang-bayangkan peristiwa lama.
Dalam keadaan terbaring dan terawang-awang di hospital itu, jasadnya tetap tidak terasa apa-apa. Hanya dia terbayang-bayangkan wajah Tuk Su yang mengajarnya hidup beragama. Tuk Su mengajar tentang Kebesaran Allah swt serta dengan sifat Pengasih dan Penyayang-Nya. Tuk Su juga mengajarnya tentang peristiwa mikraj yang hebat itu.
Baginda melepasi angkasa lepas yang berada di luar jangkaan akal manusia
“Apakah gerangannya ini wahai Jibril?” tanya Nabi Muhammad saw.
“Itulah kaum yang berjihad fi sabilillah,” sahut Jibril. “Kebajikan mereka itu dilipatgandakan sehingga tujuh kali ganda. Setiap yang mereka belanjakan diganti oleh Allah dengan yang lebih banyak lagi.
Kemudian Nabi meneruskan perjalanannya lalu menemui satu kaum yang kepalanya dihempap dengan ketul-ketul batu besar sehingga berkecai. Setiap kali berkecai ia sembuh semula dan dihempap lagi.
“Apakah gerangannya ini wahai Jibril?” tanya Nabi Muhammad saw.
“Inilah orang yang malas menunaikan solat fardu,” sahut Jibril. “
Aduhh... Azman teringatkan sekian banyak solatnya yang tidak ditunaikan ketika remaja dahulu. Banyak solat yang diabaikan kerana dia asyik menimba ikan dan menangkap burung. Dia tertinggal solat Subuh kerana terlajak sehingga matahari tinggi melangit. Ada juga yang ditinggalkan kerana malas! Dia malas bersolat.
“Setiap yang berhutang perlu dibayar,” kata Tuk Su. “Solat yang ditinggalkan itu hutang. Kita berhutang dalam meruntuhkan agama Allah swt.”
Kita berdosa kerana meninggalkan kewajipan. Kemudian kita berdosa kerana meruntuhkan agama pula. Arwah Pak Chot pun kata begitu. Ustaz-ustaz yang mengajar pun kata begitu.
Kemudian baginda menemui pula satu kaum yang pakaiannya koyak-rabak. Mereka ini makan pohon berduri, daun-daun yang pahit dan batu dari neraka Jahannam.
“Apakah gerangannya ini wahai Jibril?” tanya Nabi Muhammad saw.
“Inilah orang yang tidak membayar zakat harta mereka,” sahut Jibril.
Kemudian ia diselangi dengan pandangan matanya yang berbalam-balam. Dia masih nampak Aziriah yang serba tidak kena duduk di bangku tempat menunggu.
Lamunannya terus melangkau dan menitip isra' Nabi Besar Muhammad saw. Dia teringatkan penemuan nabi akan sekelompok manusia yang menggunting lidahnya dengan gunting yang diperbuat daripada api neraka. Selepas digunting, lidah itu bercantum semula untuk digunting lagi. Ia terus-menerus begitu berkali-kali.
Nabi Muhammad saw diberitahu oleh Jibril, itulah akibat bagi orang-orang yang tidak bercakap benar dan berbuat fitnah.
Pemandangan di Bumi dari angkasa lepas
Dia teringat bagaimana dia dan ketua bahagian majalah mengadakan cerita hantu stokin dan hantu kom-kom dalam surat khabar. Tujuannya adalah untuk menaikkan jualan majalah untuk wanita terbitan syarikat mereka.
Kononnya, hantu itu berkeliaran di sekitar Tangkak, Johor. Dia mengeluarkan berita tersebut di muka depan akhbar dua hari berturut-turut. Pemberitanya membuat temuramah dengan beberapa orang kampung yang dibayar supaya membuat pengakuan.
Ceritanyapula direka dan dimuatkan secara eksklusif dan mendalam dalam majalah mereka. Semua cerita itu rekaan semata-mata. Kemudian di hujung berita akhbar tersebut dicatatkan; ‘Ikutilah cerita eksklusif selanjutnya dalam majalah “TIPU” keluaran bulan ini.’
Dengan serta-merta jualan majalah "TIPU” itu mendadak naik sebab orang ramai ingin mengikuti cerita hantu stokin berkenaan. Sedangkan cerita itu tidak pernah wujud pun! Apabila tidak puas hati dengan kenaikan jualan itu, kisah hantu kom-kom pula direka tiga bulan kemudian. Orang ramai pun ditipu lagi. Dan majalah itu berkekalan jualannya yang tertinggi di antara semua majalah untuk kalangan wanita hingga sekarang.
Azman teringat lidahnya yang bakal digunting dengan gunting api neraka!
Dia terkedu. Untung juga, dengan kasih sayang Allah swt dia diberi peluang bertaubat. Dia telah lama bertaubat dari perbuatan tersebut, tetapi mengikut syarat taubat dia perlu menyiarkan penafian tersebut dalam akhbar juga. Kisah tersebut telah disiarkan dalam akhbar SUARA MERDEKA. Jadi, Encik Kassim tidak mungkin mahu membenarkan penafian itu disiarkan. Ia berkait dengan kredibiliti sebuah media ternama.
“Kita mesti terus berbuat baik dan menuliskan cerita-cerita yang memberi munafaat dalam tulisan,” kata ustaz yang datang mengajar di surau syarikat. “Jangan jemu memohon keampunan dan serahkan kepada rahmat dan ihsan Allah Taala.”
Dia tahu Allah Taala memang sukakan hamba-Nya yang hemoi meminta dan merayu. Dia berharap Allah swt akan sudi mengampunkan dosa-dosanya itu. Namun dia masih bersedih di atas dosa-dosa ‘tipu’ tersebut.
Nota: Petikan daripada novel 'KEHILANGAN-2' 760 m.s. yang belum diterbitkan (m.s. 660-664).
Salam,
Terima kasih banyak2 atas setiap tulisan. Sayu dan menginsafkan. Semoga Pakcik Elias dirahmati selalu.
Tima kasih.
dah keluar ke Kehilangan 2 ni? dan di mana nak beli?
saya masih simpan kehilangan satu..
2 kali beli.. 1 kali kehilangan betul2.
Masih dlm mss, tatau bila nak print?
Sama2. Nak beli novel ni juga. Dah keluar bagitau ye.
InsyaAllah. KEHILANGAN-3 pun dah siap, tapi tak print lg.
InsyaAllah, soon! Peminat semua tak sabar nak tunggu ni.
Mana ada semua; takde yang tanya lagi.
Belum semua yang tanye. Tapi saya dan Hairul dikira wakil la :-)
Hairul bru tanya yang ke-2!
saya hanya membeli novel2 karya Elias yg di terbitkan oleh Creative.
bila saya nampak karya lain yg di terbitkan oleh bukan creative ent. saya rasa sikit kecewa dgn illustrasi kulit mukanya..
harap kalau terbitkan kehilangan 2 dan 3.. spend sikitlah utk cover yg menarik.
Sama penting cover dan isinya sebenarnya. mungkin orang lain tak kesah akan kulit., hanya pentingkan isi.., tapi saya pentingkan kedua-duanya.. sama cantik, sama sedap di baca.. :)
ramai yg menanti sambungan kehilangan ni. saya menanti dari zaman skolah lagi.. kini dah beranak 2.. anak pun dah nak masuk 16 tahun dah.. bayangkan..
InsyaAllah.
KEHILANGAN-2 tak terbit sbb saya spent masa & duit utk 'Anak Perempuan Kabaret' 651 m.s. & 'Kembang Tak Jadi... 716 m.s.
KEHILANGAN-3 tu pun dh siap; kena repair skit.
*Hairul mana ni? Ingat yg Apple Cider tu!