Malam itu saya tidak makan. Sebaik bilik dikemaskan oleh adik lelaki Cikgu Tin saya berihat sambil berbaring. Bagi orang yang lurus bendul dan simple minded, saya sudah tidak fikirkan lagi segala yang dihamburkan oleh Cikgu Tin dalam kereta; di sepanjang perjalanan kami dari Segamat.
Ketika tiba di rumah itu, dia pun sudah berlagak asing; pun saya tak kisah. Cuma dalam kepala otak itu dok asyik terfikirkan berapa harikah saya akan berada di rumah itu? Kolej, tentu masih belum dibuka lagi. Dan pada malam itu saya tidak makan; takde sesiapa pun yang panggil untuk makan. Dan memang tidak kedengaran sesiapa pun yang makan.
Sekitar jam 8.30 malam kedengaran suara Cikgu Tin bercakap entah dengan siapa sambil masuk ke bilik air - meletakkan segala sabun, ubat gigi, ubat pencuci yang dibawanya ke Kuala Kangsar.
Hari berganti... namun Cikgu Tin tetap dengan keadaan yang sama. Cuma sesekali saya berbual dengan adik lelakinya itu. Dia pun aktif bersukan, jadi pabila petang dia sering tiada di rumah; meninggalkan saya seorang berkurung di dalam bilik itu. Lewat petang Cikgu Tin pulang... pun dengan keadaan yang sama. Saya masih tidak mampu untuk menganalisa da merasainya lagi.
Dalam sukan, saya agak bersyukur sebab Cikgu Mohammed itu guru pendidikan jasmani. Dan di dalam setor ditunjukkannya peralatan sukan dan di antara yang menarik ialah bola besi untuk 'shot put' dan cakera. Kedua-duanya adalah sukan minat saya ketika di kolej. Malah dalam acara melempar cakera saya pernah menyertai sukan kakitangan kerajaan bagi seluruh negeri Johor yang berlangsung di Johor Baru. Ada seorang itu jaguh acara melempar cakera kebangsaan. Namun boleh tahan juga la saya kalau mendapat tempat keenam!
Sebagai orang yang aktif bersukan - itu adalah di antara nyawa sepanjang berada di rantauan. Sebab segala yang lain, saya belum tahu lagi. Apa yang pasti tempat itu masih boleh dikira asing - sebagai kawasan kampung; jadi saya pun nanti akan kena jadi orang kampung juga.
Dan di sepanjang hari itu saya masih memikirkan - keadaan yang masih belum menentu.
Ketika tiba di rumah itu, dia pun sudah berlagak asing; pun saya tak kisah. Cuma dalam kepala otak itu dok asyik terfikirkan berapa harikah saya akan berada di rumah itu? Kolej, tentu masih belum dibuka lagi. Dan pada malam itu saya tidak makan; takde sesiapa pun yang panggil untuk makan. Dan memang tidak kedengaran sesiapa pun yang makan.
Sekitar jam 8.30 malam kedengaran suara Cikgu Tin bercakap entah dengan siapa sambil masuk ke bilik air - meletakkan segala sabun, ubat gigi, ubat pencuci yang dibawanya ke Kuala Kangsar.
Esoknya, pagi lagi dia sudah keluar - ke sekolah, kononnya. Saya makan nasi lemak yang dipelawa oleh adik Cikgu Tin. Pada tengahari itupun saya makan bersama dengan adiknya. Seterusnya pada malam itu kami makan bersama ahli keluarga. Jelas Cikgu Tin mengasingkan diri. Dia sudah tidak pedulikan saya lagi. Cuma agak pelik, kenapa pada masa itu saya tidak punya perasaan... yeah, yang orang sudah tidak suka! Berambus aje la....
Berkurung seorang dalam bilik....
Hari berganti... namun Cikgu Tin tetap dengan keadaan yang sama. Cuma sesekali saya berbual dengan adik lelakinya itu. Dia pun aktif bersukan, jadi pabila petang dia sering tiada di rumah; meninggalkan saya seorang berkurung di dalam bilik itu. Lewat petang Cikgu Tin pulang... pun dengan keadaan yang sama. Saya masih tidak mampu untuk menganalisa da merasainya lagi.
Masuk hari yang keenam, saya mula merisik daripada adik cikgu tentang bas-bas yang lalu di situ untuk ke bandar JB. Dari JB saya sudah biasa memilih bas mana yang akan dapat menyampaikan saya ke kolej. Yeah... bas ada masuk ke situ, sejam satu dan ia lalu di jalan sebelah kanan rumah. Ada nampak pondok menunggu pun.
Masuk hari yang ketujuh, selepas bersalam dengan adik Cikgu Tin saya terus mengangkat beg ke perhentian bas. Seperti biasa, saya tidak tahu di mana Cikgu Tin lagi. Hati saya cuma bulat untuk berada di kolej; biarlah tiada orang sekalipun. Makan... saya boleh pergi mencarinya di Jalan Larkin, bertempat tidak jauh di sebelah belakang kolej; ada gerai dan juga kedai. Cuma kena pusing agak jauh ikut pintu pagar belakang.
Sampai di kolej, saya seakan-akan menyesal sebab teman dari Sarawak itu tidak pun pergi ke mana-mana? Ada dua orang mereka yang kekal tinggal di kolej. Bebal pun terasa juga. Kenapa tidak sejak mula saya kembali ke situ dan tinggal bersama dengan mereka. Kelakarnya sepanjang 20 hari itu mereka cuma makan maggi. Dan sejak itu... kisah Cikgu Tin pun termati di situ sahaja.
NOTA: Pada saya ada tiga persfektif yang dilihat daripada kehidupan yang dilalui selepas itu. Ia merupakan sebahagian daripada ketentuan takdir dan adun Allah swt. Di dalamnya mungkin ada unsur 'kifarah' kerana telah memutuskan harapan orang. Saya tidak berminat dengan Cikgu Tin sebab usianya lebih 8thn, tetapi Allah temukan saya tiga tahun kemudian dengan seorang wanita yang lebih tua 8thn juga, tetapi punya anak dua! Sedangkan Cikgu Tin seorang dara - yang tak punya anak!
Maka di sini Allah swt mengajar kita erti redha. Ia jodoh yang ditentukan - walaupun ia tidak selari dengan kehendak dan keinginan sendiri.
Dengan Watee pun tiada jodoh antara kami, apabila saya yang tersilap faham. Beberapa bulan selepas bertugas di Kelantan, saya menulis surat kepadanya; bertanya tentang kahwin. Jawabnya, dia belum memikirkannya lagi! Pada sangkaan saya, dia tidak mahu. Ya la... apabila dia aktif dengan persatuan kebudayaan sehingga menjelajah ke seluruh dunia membuat persembahan - khusus dalam bidang tarian. Kesannya, hidup saya menjadi kosong di rantauan dan cukup tidak bermaya. Dek kerana penangan seorang wanita!
Dan dugaan Allah swt pun mendatang apabila selepas berpisah, Watee dipertemukan kembali 25 tahun kemudian apabila dia menghadapi masalah dengan suaminya. Rasa terkilan di antara kami ada terluahkan dalam novel 'BUNGA BUKAN SEMUSIM'. Selepas itu kami terputus lagi... hingga kini.
* * * *

Jadi, apabila berada di Kelantan itu, sekali lagi saya bakal menempuh satu-dua pengalaman baru. Guru Besar pun masih belum memberikan tugas. Cuma Cikgu Mohammed tu baik orangnya. Dia bawakan saya serta mengenalkan lagi dengan guru-guru yang tidak saya temui sebelumnya. Agak berbeza dengan guru-guru berijazah - ada tiga atau empat orang sahaja, tetapi lagak mereka - kata orang Kelantan 'agah' sikit. Cakap banyak dan nak selit bahasa omputih sahaja; bahasa omputih 'slank' Kelantan!
Cikgu Mohammed bawa saya ke kantin sambil dikenalkan dengan makcik kantin yang ada dua anak gadis - manis juga! Kemudian dia bawa saya ke padang, tempat untuk senaman. Dia bawa saya ke satu kawasan lapang di belakang kantin juga.

Di hadapan bilik guru SMK Seri Gunung
"Di tepat ni seksok kalu demo nok ngajar nanem ke gapo... leh guno la," jelasnya. Saya faham itulah kawasan untuk latihan praktikal pertanian - subjek utama saya di kolej. Encik Khairuddin Asha'ari yang mengajarnya. Satu lagi subjek adalah Art & Craft. Pengajarnya ialah Encik Baharuddin Mion (yang kemudiannya anak gadis beliau di tahun dua Universiti Malaya 'dihilangkan' oleh kumpulan Arqam untuk buat bini), Encik Ismail Ibrahim dan Lee Joo For.
Dan setiap kali saya lalu, hampir kesemua murid menjenguk ikut tingkap. Entah apa yang istimewanya saya tidak tahu. Apa yang pasti cuma saya dan ada seorang lagi cikgu India - Navanethan dari Sungai Petani sahaja sebagai orang dari luar Kelantan yang mengajar di sekolah itu.
Sebagai orang yang aktif bersukan - itu adalah di antara nyawa sepanjang berada di rantauan. Sebab segala yang lain, saya belum tahu lagi. Apa yang pasti tempat itu masih boleh dikira asing - sebagai kawasan kampung; jadi saya pun nanti akan kena jadi orang kampung juga.
Dan di sepanjang hari itu saya masih memikirkan - keadaan yang masih belum menentu.
Mak aaai ... putus cam gitu je dgn Cikgu Tin? .... ini bukan tak berkembang .... baru kudup dah kena siram racun ... teringat bait2 lagu Alleycats ... ''' api yg menyala padam tiba2 .... ooooo
Tule pasei. Putus macam tu je. Pengalaman yang kejap tapi mendebarkan. Hehe.
Nak dijadikan cerita, kata dek orang! Ada la juga pengalaman.
Takde mendebarkan apa-apa. Bkn rasa mcm dia makwe pun... just kawan gitu je.
Betul tu. Kalau kawan tentu tak rasa ape. Menunggu part interesting mengajar di kelantan pulak! (Saye nak minta tips juga...ajar budak nakal macamana?)
Belasah aje... mak bapa dia marah, belasah pula mak-bapa tu.
Mak-bapa camni la yang merosakkan anak-anak sehingga masalah sosial yang tidak terbendung sekarang.
Sayang kat anak - ikut segala; lastunya kesemuanya terjun masuk lubuk!
Betul tu, terime kaseh.
Betul kena belasah mak-bapak?
Tak. Kena berkawan dengan mak bapak. Agaknyele. Hihi
Kawan... elok la.
Slm Tuan
Kesian pun ade kat Cikgu Tin tu. Tapi sy rasa ia terlalu gopoh. Mengharapkan bunga mekar bersemi dalam waktu yang singkat. Sepatutnya cikgu tin perlu bersabar dan terus memikat tuan.
Saya rasa lucu pula dgn telatah tuan hehehe. Macamana tuan boleh tak faham atau buat-buat tak faham dgn isyarat yg diberi oleh cikgu tin.
Tiap yg berlaku tu ada hikmahnya Tindakan akhir yang dilakukan oleh cikgu tin tu, mengesahkan ia memang tak sesuai dgn tuan. Sebenarnya tk da jodoh
Wallahualam
Salam.
Sebenarnya, kisah ni kelakar jg. Mmg sy tak faham tujuan dia, anggap kwn gitu je sbb sy mn pernah kwn dgn pompuan - pastu dia tua; tkkn nk kawin dgn orang tua?
Walaupun kami date, dia pakai seksi, tapi sy tk usik - tk reti pun. Cuma dok ingat, camni ke bila kwn dgn pompuan?
Masa tu sejak kecik dah tau hukum zina tu berat; tu yg langsung tk minat dgn pompuan - kat kolej pun join bebudak yg anti-pompuan. Sume 'coule' kena kacau sampai 'break-off'.
p/s Kura2 dlm perahu ni rasanye kenal!