Cadangnya semalam nak menjaring ikan di Kg Che' Puteh dekat Beruas. Che' Mad tuan tanah beritau lombong di belakang rumahnya ada ikan besar-besar. Ini yang membuatkan saya benar-benar terliur dan serba tidak kena. Ikan punya pasal. Apa tidaknya, ikan haruan bodo 5-6kg seekor! Ikan Lee Koh 7-8kg seekor! Tilapia merah sekati seekor... lampam, oh ini yang paling menggoda. Apabila ada ikan lampam, bermakna ada juga ikan sungai yang lain.
Sayang, harapan itu terpaksa disurutkan. Tak sempat walaupun Pak Lang dah siapkan persediaan. Tiub sudah dipam dan pukat serta pelampung dah diletakkan di depan rumah. Jam 5.00ptg kena pergi tengok kebun kelapa sawit Che' Mad. Ada kisah menarik di kebunnya itu, kemudian turun hujan - tak lebat, tetapi cukup kalau setakat membasahkan baju dan tinggal kita untuk menggigil kesejukan.
Kena balik ke rumah, sebab adik dari Taiping datang. Mereka singgah untuk bertemu Pak Lang. Saya pun nak ikut sama ke Taiping selepas itu dengan kawan. Ada hal kat sana; paginya kena jumpa seseorang untuk bahan cerita siri 'Selangkah ke Alam Jin'. Kemudian kena pergi ke Muzium Matang di Kota Ngah Ibrahim sebab nak ambil gambar pergaduhan geng kongsi gelap Cina - Ghee Hin dan Hai San dalam Perang Larut 1-4.
Ada penyelewengan kisah sejarah sebenarnya; agenda James Low dengan upah yang diberikan oleh Kerajaan Siam Buddha yang bertempat di Burma sekitar 1851. Mereka cuba mengecilkan peranan dan keagungan kerajaan Melayu lama yang meliputi hingga ke Moghul di benua India, Thailand, Kampuchea, Laos, Filipina, Indonesia, Timor Leste terus ke Australia. Usaha mereka itu berjaya akhirnya, apabila orang Melayu hari ini hanya ingat Semenanjung Tanah Melayu itu sahaja tanah air mereka! Demikian jahatnya penjajah yang telah membahagikan sesama mereka - di kalangan Perancis, Belanda dan Inggeris!
Jadi, nampaknya di antara kandungan siri buku 'Selangkah ke Alam Jin' itu saya terpaksa utarakan juga kebejatan yang telah dilakukan oleh penjajah sehingga semangat orang Melayu menjadi kecut dan tidak bermaya. Kesan kecut itu kita dapat melihat ada puak yang sehingga sanggup menjual apa sahaja yang ada dan yang boleh dijadikan duit semata-mata dek keserakahan mereka; memenuhi kehendak nafsu yang tidak pernah cukup!
Pulau Batu Putih terlepas ke tangan Singapura; adalah di antara tindakan yang tidak boleh dimaafkan sama sekali! Demikian halnya dengan Iskandar Malaysia yang dijadikan wilayah asing atas nama koridor ekonomi yang malas untuk saya ulaskan. Dan terbaru bagaimana mdean minyak di Telaga L dan M Petronas boleh terlepas ke tangan Brunei? Ia adalah hak, tetapi bagaimana kawasan tersebut boleh terlepas begitu sahaja jika tidak kerana sikap bebal atau kesan keserakahan yang dimaksudkan. Nilainya RM340bilion, bukan satu jumlah yang kecil. Ia bukan melibatkan jumlah RM340milion, bukan RM340ribu, bukan RM340 malah bukan juga RM3.40! Jumlahnya RM340bilion, iaitu RM340,000,000,000.00 yang nilai sebenarnya mungkin lebih.
Apa terjemahan di sebalik sikap begini? Mungkin ada manusia siuman yang boleh fikirkan kewajaran dan membuat andaian sendiri; betapa dahsyatnya sikap dan perilaku mereka yang telah diberikan amanah selama ini. Ia satu terjemahan sikap khianat dan tidak bertanggungjawab dalam siri pengkhianatan terhadap bangsa dan negara yang tidak mungkin dapat dimaafkan!
Mereka akan beri pelbagai alasan untuk mewajarkan. Namun pengkhianatan tetap pengkhianatan! Ia sama dengan tahap kedajalan sang Azazil dan iblis terlaknat. Jadi, untuk tidak mengocak perasaan yang sayu dan ghurur, jadi saya lebih terarah untuk fikirkan soal ikan dalam lombong di Kg Che' Puteh itu. Hati jadi tidak sakit. Ikan dapat digoreng, buat masak gulai rempah giling ataupun dimasak lemak cili api. Makan pula di tepi lombong itu juga sambil menikmati tiupan angin bayu tengahari; huuu... alangkah nikmatnya.
Tengok pula kat kampung, durian sedang lebat berbunga. Berbulu bunga di setiap dahannya. Jika tiada aral melintang lagi 100 hari buah-buah itu akan mulai luruh - habuan di bulan puasa dan hari raya. Saya tidak sempat nak menjengah ke dusun dekat bukit di belakang sana. Mungkin ia juga turut berbunga. Agak malang apabila pada musim yang lalu tak sebiji pun yang saya dapat rasa; habis ditendang dek beruk. Langsat pun begitu - 9 pokok yang lebat berbuah jadi habuan haiwan itu seluruhnya. Kenapa?
Yeah, hampir kesemua hutan tempat tinggal haiwan berkenaan telah dibersihkan jadi ladang kelapa sawit sekarang. Tempat yang masih boleh diharap cuma dusun saya kerana pokok duriannya besar-besar dan tinggi belaka. Apabila dihalau, masing-masing mendiamkan diri macam orang bodo nun di atas puncak pokok durian yang menyayup itu! Nak ditembak... saya tak la sampai ke taraf itu lagi. Nak ditahan perangkap, agar seekor daripadanya disapu cat tiga warna kemudian dilepaskan pun terasa juga akan zalimnya. Kesian ia nanti tidak berkawan lagi.
Sebaik selesai dua urusan di Taiping pagi ini, saya akan kembali ke Beruas semula. Kami kena berbincang dengan Che' Mad dan JidPerak. Ia berkait dengan cadangan merealisasikan kewujudan sebuah pusat pembiayaan dan pengajian bagi anak-anak yatim dari mana-mana bahagian negeri Perak ini di Beruas. Skop pengajiannya - tahfiz dan akademik siap dengan segala kemudahan yang selayaknya. Surah al-Maa'uun ada mengingatkan;
"Adakah engkau ketahui orang-orang yang mendustakan pembalasan (agama)?
Maka demikian itu ialah orang yang mengusir anak yatim;
Dan tiada menyuruh memberi makan orang miskin;
Maka celakalah (azablah) bagi orang-orang yang sembahyang,
Yang mereka itu lalai dari sembahyangnya;
Lagi mereka itu riya';
Dan enggan memberikan zakat (barang-barang rumah)."
Hal ini disebut Allah secara jelas dalam kitab-Nya. Jadi, kami kena fikirkan tentang sumber pemperolehan dananya. Dan sebelum pergi jauh, ada ke sesiapa yang sudi memberikan buah fikiran?
Mungkin ia tidakkan selesai pada hari ini. Takpe. Kami masih ada masa dan itu adalah usaha yang diharap bakal memberikan munafaat kepada manusia lain; sesuai dengan sifat kita sebagai manusia berguna. Itupun jika masih berasakan yang diri kita itu manusia berguna. Jika masih dan lebih senang meletakkan diri seangkatan dengan si pengkhianat yang dikisahkan di atas tadi, maka saya dan teman-teman yang lain sedia berlepas diri dan tidak menyekutukan diri.
Saya teringat juga untuk pergi mandi di air terjun Hulu Licin! Biarkan la dulu. Sebenarnya, tempat itu jauh lebih baik daripada air terjun (kalau boleh dikatakan air terjun!) Hulu Kenas yang diura-urakan oleh teman-teman TKO Perak itu. Jika berkesempatan, nyaman juga untuk berendam sejam-dua. Di bahagian atasnya, ada air terjun bertingkat - 7 tingkat di mana terdapat Lata Mat Ngam yang tergadai nyawanya akibat tergelicir. Kejadian yang malang itu berlaku sewaktu saya di darjah 6 sekolah rendah dulu.
Jika tiada aral, mungkin lewat petang kami sudah ada semula di kesibukan kota raya; balik bergelumang dengan segala keserabutan suasana dan mengusutkan fikiran. Ia jauh berbeza dengan pekan Taiping yang serba aman, tenteram dan cukup mendamaikan.
Jika ada Audi A4 2.0t yang baru tu boleh juga dibeli sebuah rumah di sini; untuk cuba menikmati kedamaian yang ada. Empat hari tinggal di bandaraya, dan tiga hari balik ke sini yang dipisahkan oleh jarak perjalanan cuma 3 jam sahaja! Torque Audi ni tinggi, yeop!

bila baca tafsir Al-Quran, terfikir jugak aku ni. mcm mana nak jumpa Allah. tak mampu nak jawab soalan diakhirat.
petehkaki
Kita tak mungkin berputus-asa dengan rahmat Allah. Kita kena bermanja dan hemoi dengan-Nya.