Elias Hj Idris
Amalan jabat adalah bertujuan meletakkan diri ini ke dalam 'kota' Tuhan. Ia dinamakan jabat al-Fatehah. Ia suatu ilmu di mana kita berusaha untuk duduk dan berada dalam kandungan kalimah 'Lailaha-illallah'; dalam kandungan kalimah Zat Wajib al-Wujud, iaitu Zat Allah Yang Esa nan Tunggal. Ia merupakan kubu yang nyata akan terselamat daripada sumpah iblis laknatullah, ketika dia dikira sesat dan dilaknatkan sewaktu enggan tunduk kepada Adam a.s. (sebaik baginda dijadikan).

"Berkata iblis: Hai Tuhanku! Demi sebab Engkau menyesatkanku akan kuhiaskan kepada mereka (kejahatan yang ada) di bumi, (sehingga mereka pandang baik) dan demi, akan kusesatkan mereka itu kesemuanya."  -  surah Al-Hijr: 39
Atau di satu surah lain... Shaad: 82;
"Iblis berkata: Demi kekuasaan-Mu, sungguh akan kusesatkan mereka (Adam dan anak-anaknya) kesemuanya."

"Kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas di antara mereka."  - surah Shaad: 83

Apabila berada di dalam kota-Nya itu bererti kita akan terpelihara daripada segala kemungkinan dan ancaman; baik dari segi aqidah mahupun lahiriah (seperti pengakuan iblis itu). Lantaran pilihan yang ada buat sekelian manusia di atas muka bumi ini ialah DUA jalan; jalan setan/iblis atau jalan menuju kepada Allah, tuhan seru sekelian alam. Di sana tidak ada jalan atau dunia ketiga. Ia pasti cuma satu di antara jalan ke neraka atau ke syurga.

Dan pilihannya sentiasa terbuka sesuai dengan sifat Rahim Allah swt; lantaran iblis juga adalah hamba-Nya, sementara manusia juga hamba Allah swt yang paling disayangi-Nya. Namun Allah swt tetap bersikap terbuka dan ada jaminan-Nya pula seperti rentetan dalam surah Al-Hijr ini.

42.  "Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada bagi engkau kekuasaan atas mereka, kecuali orang yang mengikut engkau di antara orang-orang yang sesat." 

43.  "Sesungguhnya, neraka jahannam, tempat siksaan mereka semuanya." 

44.  "Bagi neraka itu ada tujuh pintu. Bagi tiap-tiap pintu itu ada yang dibagikan (untuk orang-orang berdosa)".

45.  "Sesungguhnya orang-orang yang taqwa dalam kebun-kebun dan mata air."

Biar secantik mana pun kamu,
ada voucer yang perlu dijelaskan bilnya nanti.

Bukan kemegahan dan kemewahan yang kita cari, tetapi keredhaan-Nya. Lantaran kita perlu sentiasa ingat bahawa daripada-Nya kita datang dan kepada-Nya jua kita akan dikembalikan. Kita semua akan mati dan kembali ke pangkuan-Nya. Maka dengan sebab itu pemahaman diberikan melalui ayat al-Quran tentang asal kejadian manusia; di mana ruh-Nya ditiupkan dan selepas itu berlaku pertembungan kepentingan hidup dengan iblis terlaknat!

Dari segi tasauf, kefahaman yang dirongkaikan teramat mudah untuk difahami natijah kelahiran dan kehidupan kita di maya pada ini. Perlu diingat, lahir kita sebagai insan bukan bak lahirnya seekor tikus atau anak ayam dan kucing. Ada pertanggungjawaban selepas ini nanti; iaitu perhitungan selepas mati. Maka kefahaman mestilah jelas supaya kita menjadi manusia berguna dan memberi munafaat kepada orang yang lain di samping tidak putus untuk tunduk dan sujud di hadapan Khaliqnya.

"Tubuh badan kita ini seumpama sebuah sangkar yang kosong... Islam mengajar kita agar berusaha memasukkan denak ke dalam sangkar tersebut. Itulah iman dan keyakinan. Yakin akan Allah, Pencipta sekelian alam, termasuk alam diri kita," jelas tuk guru saya selalunya.

Sejak di alam kandungan, janin itu sentiasa diliputi oleh iman terhadap Allah swt. Ia bermula pada saat ruh ditiupkan ketika berusia seratus dua puluh hari... apabila qada' dan qadarnya dituliskan dan tersimpan di Luh Mahfudz sana.

Apabila lahir ke alam dunia ini, iman itu beterbangan keluar dari genggamannya bersama dengan keluarnya suara tangisan bayi itu. Maka azan dilaungkan ke telinga bayi tersebut untuk memberitahu dan memperdengarkan ungkapan awal kepadanya iaitu dengan kalimah suci. Itulah kalimah Allahu-akbar dan kalimah syahadah, iaitu buat menarik kembali iman yang baru terbang entah ke mana itu agar kembali ke dalam 'kota Tuhan' - dalam kandungan Zat Wajib al-Wujud Allah swt?

Maka dengan sebab itu kanak-kanak dianjurkan solat sejak berusia tujuh tahun dan dirotan apabila masuk ke usia sepuluh tahun; demi untuk memelihara iman itu biar kekal dalam diri dan hayat nalurinya sehingga umur baligh - 9 tahun bagi perempuan dan 15 tahun bagi lelaki.

Tuk guru selalu memerhatikan saya dan anak murid yang lain dengan renungan yang redup. Harapannya nampak tinggi biar kami sekelian memahami konsep kehidupan yang singkat ini - dari mana kami datang dan ke mana arah tujuan selepas ini; iaitu selepas mati nanti.

"Sebaik saja baligh baru Allah swt letakkan tanggungjawab seseorang itu terhadap imannya. Dia mesti memelihara imannya dan hidup sebagai orang yang beriman. Kemudian apabila mahu mati pun nanti biar di dalam iman itu juga sebab ia kelak bakal dipersoalkan. Lantaran iman adalah amanah Allah swt yang diberi pinjam dan mesti dipelihara sebaik-baiknya; ada voucer yang perlu dijelaskan bilnya nanti...."

Menurut sebuah hadis Nabi saw, matlamat hakiki bagi seseorang insan adalah menuju mati. Ia adalah pembukaan kepada kehidupan yang sebenar, iaitu hidup sesudah mati. Maka di sana, iman itu diperhitungkan dan baru ada erti akan balasan syurga ataupun neraka.

"Itu sebab iman atau kepercayaan pada orang-orang kafir caca-marba. Orang sosialis langsung tidak percayakan agama. Samalah dengan komunis... agama dikira sebagai candu dan ia membelenggu kehidupan."

"Mereka tidak punya perhitungan akhirat," jelas tuk guru sambil menarik nafas dalam-dalam. "Itu sebab setiap yang berkait dengan agama, mereka musuhi termasuk membenci institusi agama dan orang-orang beragama."

Manusia akan rosak apabila tidak mahu kembali kepada fitrah kejadiannya, iaitu kembali kepada agama yang suci - iaitu Islam.

"Sebab orang jahil tidak tau bahawa hidup yang paling indah dan seronok adalah di sana," kata tuk guru seakan-akan nak tersengih, tetapi dia kembali berlagak biasa. "Hidup sekarang ni cuma pura-pura dan main-main belaka."

Setakat itu saya belum benar-benar jelas akan maksud yang hendak disampaikan oleh tuk guru. Ya la... saya pun baru berusia 17 tahun apabila 'amanah' memegang erat dan kemas iman itu baru dua tahun diserahkan sebaik aqil baligh. Lagipun ia adalah satu perkara baru yang memerlukan penjelasan nan lanjut. Dan dengan itu, saya asyik memikirkan tentang rasionalnya kehidupan yang sementara ini. Apa kaitannya pula dengan ilmu jabat yang diajarkan?

(Pun begitu saya tidak lupa mencatatkan setiap solat fardu yang ditinggalkan; ya la disebabkan nakal dan malas ke telaga untuk mengambil wudhu'. Buku catatan itu masih ada hingga ke hari ini. Dan saya paling banyak terhutang dengan Allah swt adalah solat subuh!)

Inilah 'aku' sewaktu ruh itu ditiupkan

Kenapa musuh kita yang nyata itu adalah iblis laknatullah? Apabila ada musuh, kita pasti memerlukan sebuah kota untuk perlindungan. Kota itu adalah kalimah 'Lailahaillallah.'


Nota: Di sekitar ilmu jabat yang diungkapkan dalam siri buku 'Selangkah ke Alam Jin'.
10 Responses
  1. H.Sakinah Says:

    Salam. Suka dengan catatan yang ni. Pengalaman belajar ilmu kerohanian masa usia yang muda tu...bertuah. Alhamdulillah :-)

    Nak jawap tentang hal syaitan tu tapi kena study dulu. Nak bertanya tentang 'setiap manusia yang dilahirkan lahir juga seekor syaitan... (menakutkan). Ia adalah yang disebut Qarin kita ke? Oh, teringat cerita Dr.Jekyl dan Mr.Hyde...


  2. Memahami sjk muda lebih baik sbb bila dah berusia skit, dah tk mau terima - liat sbb batin dh kotor!

    Qorin tu kembar kita yg cenderung kpd kejahatan. Jgn bimbang, jika kita istiqomah kpd kebaikan (wara') dia akan menurut. Sesekali, ia akan memberontak, tp azam alim kita dh kuat - takde hal.


  3. Anonymous Says:

    alhamdu lillahi robbil 'aalameen..
    saya paling takut gugur iman...
    sbab byk dosa besar saya dah buat tapi masih belum taubat nasuha...
    sapa dapat tolong suluh jalan pulang?


  4. qwerty Says:

    alhamdulillah.... sedap rasanya dapt jumpa shbt yg boleh tolong suluh jalan ketuhanan....lama dah saya mencari, tak ramai yg bole bg saya feel bila baca tulisan mereka... shukriah...


  5. Anonymous,
    Alhamdulillah. Kesedaran itu pun sdh sbhg drp taubat; sbb syaratnya berhenti drp melakukan, membenci, berazam tk buat lagi kemudian meminta ampun yg sungguh2.
    Dlm sebuah hadis Qudsi, Allah swt berfirman, "Jika dosa seseorang hamba-Ku sepenuh langit dan bumi, lalu dia datang dengan tunduk dan menyerah diri seraya memohon ampun NESCAYA aku ampunkan."


  6. qwerty,
    Saya pun bkn pandai sangat. Cuma kita kongsi mn yg tau semoga dapat berkat dan rahmat-Nya.


  7. Anonymous Says:

    Salam Tn Hj. Tak terhitung hutang solat (tak tercatit jumlahnya) di zaman2 jahiliyyah ku. Terngiang satu ceramah Ustaz. Kalau kita lakukan kesalahan trafic tapi kita tk tertangkap .. kita masih bleh tidur lena. Tapi salah/dosa kita dengan Allah ... akan sentiasa terpahat dalam ingatan kita ...... Apalagi jika dosa tu terlalu banyak ..


  8. Selain drp taubat, solat tu kena ganti jg sbb ia hutang. Gantikan pd setiap waktu solat dan berazam utk selesaikan... jika tak sempat abis pun, akan diberi keringanan. Dgn Rahim-Nya ia mungkin dpt dihapuskan bila kita mati (kot!).

    Tiap tahun saya pun ganti solat lepas Ramadhan utk 6bln. Subuh tu, rasanya ada skit lg. Klu terlebih pun dikira bonus; janji kesediaan kita mengaku salah dan mohon keampunan! Itu penting.


  9. Anonymous Says:

    taubat. umpama ubat bg kita. tengok muda mudi skrg, sayangnya kalau tak tahu indahnya jalan taubat. kita berdepan dgn generasi yg rosak, perlu penyucian yg hakiki. tak ramai yg boleh pimpin yg lain utk baiki diri.
    sama-sama kita baiki diri... kalau cara ni cara jihad yg kita mampu.


  10. Syukur la kita masih diberi-Nya nikmat utk terus beriman. Mereka tu mungkin termasuk dlm golongan yg ditetapkan rosak dan sesat.