Elias Hj Idris

Saya dengar pasal Arqam ni sejak 1975 di Bukit Mendi, Triang. Di KL, kawan-kawan rapat secara agresif masuk Arqam (banyaknya sebab lari drp hutang bank) dan bersembunyi di Sg Penchala sejak 1979 lagi. Seorang daripada kawan saya ialah pengasas majalah Gila-Gila (dia tinggalkan majalah itu konon lagho, tapi buat majalah lain bila di Sungai Penchala).

Saya pernah berbahas pasal agama dengannya - 3 jam di GG. Kesimpulannya depa takde ilmu. Sebab mudah saja; Apa tujuan hidup dan kenapa kamu mesti hidup? Itu saja soalannya. Dia takleh jawab. Nganga.... Sepanjang yang dia ceritakan cuma pasal karomah yang ada dalam Arqam. Camne datangnya karomah itu dia pun tak tau! Sekadar pendewaan saja tanpa sandaran.

Kemudian datang orang yang lebih bijak, bekas Art Director Utusan. Pun begitu... dia asyik dok bercerita pasal nak tambah kuota isteri yang ke-4; mesti cari orang dari luar negara. Kononnya, dia nakkan orang Korea atau Jepun. Sebab masa tu depa sedang galak berdakwah ke sana.

"Ko ni... masa kat Utusan mewah dengan pompuan. Bila masuk Arqam pun kau mewah juga," saya mengusik. "Aku aje lar yang kempunan...."

Dia ada 'reserve' satu pompuan - student UM. Lawa. Dia ajak saya masuk Arqam kalau nakkan budak tu. Dia sendiri tak boleh, katanya sebab kuota ke-4 mesti orang luar negara.

"Ko bagi aku kahwin dulu, pastu baru aku masuk Arqam," saya memberikan cadangan.

"Huhh... tak boleh nanti ko bawa lari budak tu," jawabnya sambil menggeleng.

Saya tau pompuan itu adalah alat pancingan depa memandangkan pengaruh saya dalam dunia penerbitan masa itu. Depa tau pengaruh saya di NST apabila kumpulan tersebut menawarkan tempat di sana untuk menubuhkan satu unit buku. Kemudian group Daim yang menguasainya adalah Bendahari UMNO dan Menteri kewangan. Lantaran depa sedang ghairah dalam misi ekonomi Islamnya.

Kemudian ada 2-3 orang budak GG pun masuk Arqam. Itu dapat difahami sebab depa zero agama! Ghairah dalam pencarian. Ada perubahan juga apabila mereka sudah tidak tinggalkan solat. Bermain gila dengan peminat GG pun tidak lagi. Anehnya, saya yang sejak muda sudah dua kali pergi haji pula yang kena 'lecture' pasal agama. Sedangkan top-gun Arqam haram tak pergi pun Mekah! Hek... elleh!

Dalam hal 'lecture' berkenaan agama ini saya pernah berpengalaman dua kali. Sekali dengan arwah Khalid Jefri, yang dikenali kerana terlibat dalam konspirasi memburukkan Anwar; dan seorang lagi Zahari Affendi, penulis cerita 'blue' Kuala Lumpur. Bayangkan bagaimana Khalid boleh 'menasihatkan' saya dalam hal agama selama 3 jam di pejabatnya. Segala mak-nenek doa dia hafal dan dibacakannya di hadapan saya. Memang saya kagum; daripada seorang yang tidak tahu jawi boleh hafal segala jenis doa, katanya! Ibunya pun kagum.

Zahari Afendi pula nasihatkan saya agar janganlah bermain gila dengan pompuan; pun sama dekat 3 jam dia menasihatkan saya. "Kau tau... kalau nak kira pompuan lawa ni takkan habis... yang kat dalam perut tu lagi banyak yang lawa-lawa!'

Saya ketawa geli hati dalam 'perut'; seolah-olah saya yang depa nasihatkan itu 'macam hantu' punya jahat selagi berkait dengan pompuan! Sedangkan, saya tidak pernah pun ber'girlfriend' sejak zaman bujang lagi. Nak menikah pun kira okey sahaja terus berkira - bertunang dan menikah kemudiannya.

Itulah ya, Allah swt itu Maha Besar dan luas adunnya. Kira-kira tiga bulan selepas itu arwah Khalid sebagai penerbit majalah PENGANTIN (yang sering mengambil pompuan lawa sebagai model untuk majalah) tidak mampu bertahan. Tidak lama kemudian perniagaannya itu ranap. Sama dengan si Zahari Affendi apabila dua-tiga bulan kemudian sudah bawa seorang pompuan lawa untuk jadi 'cover girl' kat majalah berkaitan wanita yang saya kendalikan. Puas dia mengecek, tetapi ya la... memang pompuan itu tidak sesuai; tidak photogenic!

(Eja, alhamdulillah naik dari sana terus menjadi artis popular).

Dalam masa yang sama, saya mendapat tahu anak seorang pensyarah saya yang belajar di UM juga turut 'hilang' dibuat dek Arqam. Dia seorang anak manja, 'anak ayah' dicolek. Menangis orang tua tu di pintu pagar Sg Penchala sebab nak jumpa anak kesayangan yang telah menghilangkan diri - 2 tahun gara-gara masuk Arqam. Dalam kes ini saya turut menitiskan air mata.

Sampai ke akhir pensyarah saya itu tidak dapat berjumpa dengan anaknya. Tak taulah apa kisahnya selepas itu apabila Arqam kemudiannya diharamkan. Arqam diharamkan pun sebab mencabar kerajaan untuk mentabdir Pusat Islam 14 hari. Kemudian depa meminta kebenaran kerajaan buat mentadbir negara untuk 3-4 bulan, siapa lebih bijak mentadbir dengan sistem kewangan dan keagamaan yang lebih hebat?

Maka pada masa itu Anwar yang jadi orang kuat UMNO pun melompat. Zainuddin Maidin yang terkenal sebagai manusia paling bencikan agama di negara ini turut memainkan peranan di Utusan dan dalam UMNO. Maka Arqam pun diharamkan. Kelakarnya, sekelian pemimpin tidak pula ditangkap... boleh hilang pula!

Hasilnya, Ashaari dan orang-orang kanannya tup-tup sudah melarikan diri ke Thailand. Ada yang tinggal di Haadyai dan tidak kurang juga yang tinggal di Phuket.

Oleh kerana kegiatan sudah teramat kurang... maka seks adalah aktiviti yang paling menarik buat kumpulan ini selagi tempat itu bernama Thailand. Tak padan dengan tua (umur 50an) boleh cari gadis semuda 17-18 tahun untuk dijadikan isteri 'jangka pendek'. Demi mendapatkan 'payung emas' maka isteri yang ada terpaksa merestui, jika tidak depa bakal diceraikan; yang masing-masing sudah pun ada 3-4 bini, jadi camne tak kena cerai jika ada calon baru yang lebih 'ganteng'!

Bini yang ada semua jadi hamba tebusan top-gun Arqam. Depa jadi pecacai menjaga segala kebajikan di samping melihat sahaja si suami melampiaskan nafsu yang tidak pernah cukup!

Maka pada setiap bulan, kawan baik saya; Pak Lang adalah seorang tukang urut handalan dari Kangar yang disewa untuk menguatkan tenaga batin orang tua-tua berkenaan. Duit dan tinggal di hotel mewah takde masalah. Seminggu dia berkampung di Haadyai dan Phuket untuk servis 'anu' tokoh-tokoh besar Arqam termasuk si Ashaari.

"Bukan kuat apa pun... saja jahat," komen kawan saya itu.

Daripada apa yang diceritakan dek kawan saya - jijik dan cukup hina jika diukur sebagai hamba Allah yang patut sedarkan diri. Seks adalah syurga dunia dan capaian nafsu yang tiada batasan buat orang-orang tua berkenaan!

Dan benci itu meluap sebaik Ashaari & The Gang dicolek dan keluar buat pengakuan di tv, kemudiannya. (Kat sini Anwar didapati bijak menangani kes!) Namun itu semua adalah pengakuan bohong yang direka-cipta. Ia berikutan dengan banyak episod wayang berkaitan dengannya.

Dan di Bangi saya melihat sendiri akan kemewahan anaknya. Dua rumah teres jenis mahal dikembarkan jadi satu - untuk dia sekeluarga dengan anak yang masih kecil. Kononnya, semua duit Arqam dia yang pegang! Tak lama selepas itu depa hidupkan Rufaqa dan membeli bangunan di Country Homes, Rawang.

Kesimpulan: Segala yang diwar-warkan Arqam itu adalah 'temberang' buat menutup agenda di balik tabir mereka! Tak payah la saya nak merongkai bab nasib malang artis Sahara Yaakob dan pompuan Perancis yang jadi gila tu....

Apabila dia meninggal dunia... maka kita yang ada ini berlepas tangan. Ikutlah nasib dia berkat sifat Rahim Allah Taala. Tapi, jangan lupa sulur pengaruhnya masih membiak. Kita cuma bimbang dengan sifat 'extreme' melalut yang ditinggalkan. Ia masih membarah.

Satu daripada cabang kesesatan dalam beragama ialah seandainya mereka terus berpegang dengan AURAD MUHAMMADIAH. Kandungan aurad itu mungkin benar, tetapi kefahaman yang dicapai jauh menyimpang. Mungkin.

Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi.
12 Responses
  1. H.Sakinah Says:

    Salam,
    Dapat lihat tang pincangnya...tapi kagum pula dengan semangat mereka kekadang tu. Macam orang main MLM, kuat promote dan begitu postif dengan ajaran ketua (dulula, sekarang dah tukar strategi?). Kalau ketua jadi semangat mereka, ketua yang pergi akan berganti. Apa pulak selepas ni? InsyaAllah yang batil akan pupus, walau macamana biaknya, harapnya.


  2. petehkaki Says:

    apabila dunia menjadi syurga...

    mcm mana la diaorg boleh jadi macam tu...


  3. petehkaki Says:

    macam mana la diaorg boleh jadi mcm tu...

    kalau kat negara saya ni,mau kena pancung semua pengikut tu...


  4. Manusia akan rajin apabila ada habuan buat dirinya. Kebatilan pun sukar pupus, malah bertambah membiak; lihat saja masalah sosial di negara kita. Kalau di dunia usah cakap la.


  5. Sdra peteh,
    Bila cite bab lain tu nampak tak bersemangat. Itupun tak lama, cepat saja beralih ke topik pompuan.
    Huhh... macam2 advert keluar; siap dengan senyum simpulnya tanda mengerti. Upacara nikahnya pun sesama depa sendiri - tak mau ke pejabat agama. Itu sebab mudah dan... takde siapa yang larang!


  6. Anonymous Says:

    salam...

    apa yg saya thu dri mklumat yg jelas lgi nyata,, sebenarnya AL-Arqam,, ditubuhkan Oleh org yg pling brpengaruh dlm kerajaan malaysia masa tu..melalui proxy2nya..sebagai jemaah islam yg akan menyokong kerajaan malaysia.. tetapi,, bila arqam ni dah jdi hebat n duit banyak..serta bnyak kabilah2 Jin yg berkerja utk mereka.. mereka terus lawan tokey mereka sndiri.. dah akhirnya al-Arqam diharamkan oleh kerajaan...Wallahualam...


  7. Anonymous Says:

    Tua-tua pun eden gemar makan rebong muda rangup liun rasanya.
    Masak lomak rencahnya anak udang galah menambahkan selera.
    Macam kambing jantan tua berselera meragut pucok daun nangka.
    .... =_= =_= ^_^ =_= =_= ....


  8. Anonymous Says:

    REMBAU NOGORI SEMBILAN (I) - Dari sanalah bermulanya kelucuan salah satu suku-sakat orang Nogori. Semuanya gara2 angkara putar alam AbuAya opsss... Abuya Ustaz Shaari. Dgn kuasa saka puaka Abuya ha3... terdiri berkembang megah Geng Arkam pimpinan Abuya Ustaz Shaari. Tok Belagak dari Darul Saka bilang panggil dia SiGigi Mancong karna dia hansem itulah dia Ustaz Shaari. Karna Abuya ingin bercita2 jadi jagoh kononnya dialah Pemuda Bani Tamim yg dijanjikan yg menerajui Akhir Zaman ini. Hinggakan geng Arkam nobatkan kononnya Abuya mereka pemimpin paling ajaib zaman ini. Abuya perasan dialah penyedia tapak asas bagi kebangitan Imam Mahdi Arkam yg ghoib Syeikh Suhaimi, yg Abuya mengigaukan nanti2kan separuh mati. Akhirnya sebelum Abuya sempat butikan dirinya Pemuda Bani Tamim, malangnya Abuya telah tersungkor depan gerbang Syurga dia rebah mati, diHospital Specialist Ipoh Malee...

    Geng2 Arkam bageikan anak2 ayam kehilangan Bapak Ayam tempat bergantong. Ibuk2 Ayam tua liat sudah bolos ngak enakan lagi. Makanya perangkap Payung Emas tetap maseh berjalan aktif lagi. Karna malu ato memang bangang, geng Arkam bilang Abuya mereka tidak mati, walo pun doktor sudah sahkan Abuya kalian sah mati. Lantas geng Arkam merapu lagi, Abuya mereka tidak mati, kononnya Abuya mereka hanya ghoib, sedang bertapa lagi diGua Ashabul Kahfi. Ada yg percaya mayat Abuya tidak reput dimakan bumi. Mau pasti hahaha.. cobaklah digali... Sudah banyak tahun Abuya mereka mati pergi, yg betoi bendul dikubur Abuya setia menanti. Apakah Abuya maseh ngak cukop tapa ngak bisa muncul menjelma lagi..?? Abuya telah lupa ngak perlukan kalian lagi. Abuya sudah dapat barang baruk, dialam sana Abuya sedang tertirap bergomoi dgn bidadari. Rebong diSyurga lagi sodap walo miang makan lagi tambah lagi....

    AlFatehah... buat semua yg telah pergi ....Amin


  9. Anonymous Says:

    LEGASI ARKAM - SELEPAS KEMATIAN ABUAYA

    REMBAU NOGORI SEMBILAN (2) -

    Bermula kehebatan Ahlulbait Wali 7 dari Padang tanah Minang dilupakan.
    Ilmu2 Ahlulbait dari Padang Minang telah diciplak berpindah pula ke N9.
    Lucunya Abuaya ngaku Ahlulbait dialah Bani Tamim pemacu Akhir Zaman.
    Akhirnya Abuaya rebah tersungkor mati dipintu Syurga sebelum dibuktikan....

    Kini bangkit pula Nabi Baru paling sensasi Isa Kedua juga dari Rembau N9.
    Masuklah ke Blog Cahaya AlMajid sinaran datangnya jugak dari Rembau N9.
    Melucukan dia buktikan Nabi Baru berjerawat batu didagu dari Rembau N9.
    Dialah Tok Dagu ha3... reincarnasi Nabi Isa AlMaseh Kedua dari Rembau N9....


  10. Anonymous Says:

    ARKAM & THE GANGS ADALAH SYIAH MODEN BERTOPENGKAN SUNNI

    Antara Puak Arkam dgn Puak Syiah Iran kelehatannya dua puak yg berbeda.. Tetapi kalo diperhatikan betol2 dua puak ini sama serupa, sama selera sama citarasa.. Sama2 ada mitos Imam Mahdi yg sudah mati masing2 ada mitos Gua.. Sama2 pintar bertakiyah sama2 gemarkan sex Nikah Mutaah/Nikah Paksa dgn mencolek anak2 dara orang.. Sama2 ada Ayatullah/Penolong Kanan sama2 ada ranking pengikut2 atasan dan bawahan dsbnya lagi..

    IMAM MAHDI & KESAH GUA.. Puak Syiah sentiasa menanti Imam Mahdi Syiah-Imam Yg Ke12 Mohammad Hassan AsSyakari yg sudah mati tapi dimitoskan hilang ghoib dlm Gua Jamkaran Irani. Puak Arkam & the Gangs pula menanti Imam Mahdi Syeikh Suhaimi sudah mati dimitoskan jadi Rijal Ghoib. Belum sempat dibukti Abuya mereka rebah terkujur mati. Karna malu besar dimitoskan pula Abuya pula hilang ghoib diGua Ashabul Kahfi.. Kasian dgn pengikut2 Arkam tertipah tertipu lagi bertahun2 Abuya dah mati maseh ada menanti dia hidup lagi..

    NIKAH MUTAAH & NIKAH PAKSA.. Nikah Mutaah itu amalan Syiah yg bertentangan tidak perlu dihuraikan lagi. Yg jadi issu besar Nikah Paksa dgn mencolek anak2 dara orang itu amalan Arkam & the Gangs. Begitulah kehebatan Takiyyah2 Arkam dgn ilmu cuca bodohkan anak2 dara orang.. Hubungan Ibu-Bapak dgn sigadis terpisah setelah jadi hamba sex bersuamikan geng2 Arkam.. Setelah Abuya mereka mati tertubuh pula Kelab Poligami meneruskan kononnya perjuangan. Sekali lagi Puak Arkam pintar bertakiyah lagi. Kononnya isteri tua yg izinkan suami kawin baru diakhirat nanti dapat Payung Emas.. Banyak lagi kesah2 yg mengaibkan Islam dlm ragam2 Puak Arkam..

    Antara Syiah dgn Arkam walo pun banyak persamaan tetapi ada sedikit perbedaan.. Kalo kepada Puak Syiah kepercayaan amalan mereka dlm Doktrin Syiah terlalu extreme menakutkan sanggup berkorban berbunuh2an.. Sedangkan dlm Doktrin Arkam amat pintar bertakiyyah kononnya Arkam diasaskan melalui kaseh sayang, janji Syurga, ditayangkan pula dgn harta dan kemewahan dunia.. Inilah yg melemahkan hati pompuan kalo disebut kaseh sayang, janji Syurga dll lagi... Karna percaya akan kaseh sayang ayah bonda ditinggalkan demi menyejar Abang2 Arkam berjambang.. Perlu diingat seperti dlm movie Madu Tiga : "Baik..?? Jaga2 baiknya tu ada makna tu..." Itulah yg dibilangkan dlm mee ada kerang, rupanya dlm kerang ada cike' memabukkan....


  11. Anonymous Says:

    Ya Allah. Betul lah apa yg Rasulullah cakap. 5 musuh mukmin. Tuduhan yg tak berasas. Moga Tuan yg menulis ni bahagia dunia akhirat kerana menulis fitnah.


  12. Unknown Says:

    Kau tau beza antara aurad muhammadiah dgn arqam. Arqam sesat adalah fahaman yg taksub pd tok guru. Tidak ada kaitan langsung dgn aurad muhammadiah. Klau kau nk tau lbih kau pegi ke singapura tpt keturunan syeikh suhaimi. Mereka merupakan pembawa aurad muhammadiah Yg asal.