PETA JAJAHAN EMPAYAR ISLAM
BENUA SIAM NAGARA KEDAH PADA TAHUN 1730.
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan kawasan Benua Islam Siam Nagara Kedah sebelum ia ditawan oleh puak Alaungphaya Buddha dari Burma dalam tahun 1767. Peta ini banyak tersebar tetapi kita menyangkakan ia menunjukkan negara Thailand di zaman dahulu. Ini tidak benar kerana ORANG SIAM BUKANYA ORANG THAI. Orang Siam beragama Islam sementara orang Thai dari bangsa Sukho Thai, yang beragama Thevarada Buddha.
Peta ini meluas hingga ke Pulau Jawa. Sekiranya kita renungkan kembali, bila masa pula dalam sejarah orang-orang Thai boleh sampai ke situ, melainkan orang-orang Siam Islam dari rumpun Melayu.
Hadis Riwayat Imam Ahmad ada menerangkan Ya'juj dan Ma'juj itu bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah penduduk Asia Tengah. Ada ulama mengatakan kaum Ya'juj dan Ma'juj berasal dari benua Asia Tengah berdasarkan tafsiran ayat ke-90, sampai ‘di tempat terbit matahari’ atau timur dunia. Pendapat lain menambah yang Ya'juj dan Ma'juj mungkin berasal daripada bangsa Tartar dan Mongol.
Kebanyakan ulama menyatakan yang bangsa itu terus ada sehingga ke hari ini, tetapi mereka dipisahkan daripada dunia oleh Allah swt menerusi sebuah tembok yang dibina oleh Iskandar Zulqarnain itu. Allah swt mungkin mengilhamkan kepada Raja Siam Iskandar Zulqarnain untuk membina penghalang yang mana pada hari ini, kita semua kenali sebagai Tembok Besar di negeri China. Tempat bersemayam Raja Siam Islam Iskandar Zulkarnain yang digelar dalam bahasa Siam Kedah sebagai Siamen. Siamen ini bermaksud “kawasan dia”.
Dari kitab Al-Quran surah Al-Khafi ayat 96 menceritakan secara tersirat bagaimana Allah mewujudkan satu makhluk untuk membantu Raja Siam Iskandar Zulqarnain China dalam pembinaan tembok besar dan ia menghembuskan api kepada bangsa Ya'juj yang mengganas pada ketika itu. Apakah jenis makhluk pada ketika itu yang boleh menghembuskan api kalau bukan Naga (Na-ghka) yang dijadikan oleh Allah swt. Sekiranya makhluk itu tidak ada, pasti orang tidak akan sebut, sedangkan kita tahu burung Ababil yang membawa batu dari neraka itupun sedia dijadikan oleh Allah, buat memusnahkan tentera bergajah di Mekah yang mahu meruntuhkan Ka'abah.
Dalam bahasa Siam 'Na-ghka' bermaksud 'Datuk-Bunuh'. Dengan itu orang-orang China menjadikan Naga sebagai lambang kekuatan Maharaja China. Apabila Raja Siam Iskandar Zulqarnian siap membina sebahagian Tembok Besar China, bangsa yang menolak agama Allah, iaitu Ya'juj itu telah berpindah dan melarikan diri ke Tibet di utara India. Tibet ialah tempat bangsa Ya'juj ini tinggal, dalam bahasa Siam bermakna, “tempat (ber)himpit sempadan (dengan bangsa Siam)”.
Bangsa Ma'juj terus menetap dan menjadi bangsa Siamen di negeri China. Peperangan dan serangan sering berlaku dan telah membawa kepada beberapa siri perjanjian (sila Yahoo search; history of Tibet china conflict). Dari bukti buku sejarah “Peradaban Dunia” oleh Yew Chee Wai, di muka surat 22 & 23, Empayar Chin telah di asaskan oleh Maharaja Siamen China Shih Huang Ti (Qin Shih Huangdi, 221 SM) dan meneruskan konsep pemerintahan Raja Siam Iskandar Zulkarnian di negeri China.
Maharaja Shih Huang Ti mengikut sejarah dikatakan sebagai bukan-Islam. Akan tetapi sewaktu memerintah, baginda telah menghapuskan buku-buku ajaran Confucius dan menyambung semula kerja-kerja pembinaan Tembok Besar Negeri China yang dimulakan oleh Raja Iskandar Zulkarnian. Kenapa pula buku Confucius yang dimusnahkan? Ia berpunca apabila puak Ya'juj berpindah ke Tibet, sedangkan saki-baki pengikut Confucius masih ada lagi di Negeri China pada ketika itu.
Kenapa baginda bertindak sedemikian rupa kalau bukan kerana baginda sudah pun mempunyai pendirian agama malah cuba mencari satu kehidupan abadi, namun gagal menemuinya. Adakah pengetahuan mengenai kehidupan abadi itu diketahuinya melalui peringkat awal agama tauhid, Islam itu dahulu? Kami mengatakan Empayar Chin (di eja, Qin) ini bermula dari perkataan ‘Jin’, satu makhluk yang mungkin turut membantu dalam pembinaan Tembok Besar negeri China, membina makam askar terracota dan makam baginda yang besar membukit, membentuk seperti piramid.
Makhluk Jin (bahasa Inggeris, genie) ini sememangnya kita ketahui boleh terbang, bertenaga dan ada yang beragama Islam. Ia mungkin menyebabkan seni mempertahankan diri orang-orang China mempunyai aksi-aksi sedemikian rupa. Kita pun pernah mendengar kisah-kisah para ulama karomah dan orang-orang Islam ma'unah zaman dahulu yang boleh pergi mengerjakan haji dalam sekelip mata; pedang terbang di zaman kekacauan tahun 1969; angkatan perang fisabillilah yang ghaib di bawah dua kalimah syahadah yang terdiri daripada tentera alam atas dan bawah dll. Ini kami tiada bukti, sebab ia tidak boleh difikirkan oleh akal logik yang bersifat ‘la hawlawalla’ ini. Ia sekadar mahu menceritakan kepada pembaca untuk menjadi renungan.
Namun harus diingat, sebagai orang Islam kita wajib percaya kepada benda-benda yang ghaib ini kerana Allah pun Ghaibulguyub. Kalau kita tidak percaya, mungkin aqidah kepercayaan kita kepada Allah akan terjejas. Walau bagaimana pun anda boleh membacanya di sini - http://www.mail-archive.com/hizb@hizbi.net/msg37824.html
Masa pun berlalu beberapa abad lamanya dan agama Allah swt itu menjadi pudar semula di negeri China (lebih 700 tahun). Sehinggalah tiba pada zaman junjungan kita, Nabi Muhammad saw, apabila Saad bin Abi Waqas diutuskan ke negeri China untuk mengislamkan Maha Raja Siamen China, Sai Ti Song (650 Masihi). Maharaja Siamen China, Sai Ti Song itu pula dengan mudah menerima agama Islam kerana mungkin beliau telah mengetahui kisah Raja Zulkarnian yang pernah diriwayatkan oleh orang-orang tua mereka semenjak zaman berzaman dahulu. Baginda memerintahkan putera baginda Maharaja Shiekh Huang Ti Rom Chin Ser Wong untuk membina Masjid Khen Jang di Negeri China.“Khen Jang” (Qinqiang, rujuk di daerah Shaanxi - Xianji, di China) adalah dari bahasa Siam yang bermakna “naik jangkah”.
Maha Raja China Shiekh Huang Ti Rom Ching Ser Wong pula kemudiannya memerintahkan putera sulungnya, Raja Merong Maha Wong Ser untuk pergi berdakwah Islamiah ke Semenanjung Tanah Melayu. Putera keduanya yang bernama Song (nama penuh tidak diketahui) telah pergi berdakwah Islamiah ke Vietnam (bagi yang berminat elok juga siasat siapa Jayavarman I dari Empayar Chen La?).
Pesanannya kepada Raja Merong Maha Wong Ser, sekiranya anakanda sampai kepada satu gunung, di mana terdapat tinggalan istana dan masjid di puncaknya, maka, “anakanda telah pun sampai ke lokasi yang diriwayatkan terdahulu oleh nenek moyang kita”.Merong Maha Wong Ser dalam bahasa Siam bermakna, 'Naga Laut Pembesar Puak Tentera' (bangsa Harimau).
Puak Tentera Merong Maha Wong Ser terbahagi kepada empat puak iaitu,
a) Ser-meang (Semang) bermaksud “Tentera Negara”.
b) Ser-kai (Sakai) bermaksud “Tentera Berniaga”.
c) Ja-khon (Jakun) bermaksud “Orang Perubatan”.
d) Bo-ro-mo bermaksud “Puak Berpengetahuan Alim Ulama”.
Kami tidak mahu mengaitkan dengan orang-orang asli yang rata-rata terdapat di Semenanjung, tetapi itulah hakikat sebenar di sebalik maksud perkataan tersebut. Raja Siamen China, Shiekh Huang Ti Rom Ching Ser Wong memberi surat 'Kedah' (watikah) kepada puteranya Merong Maha Wong Ser. Sebelum baginda berangkat, tentera-tenteranya telah pun berangkat terlebih dahulu bagi mencari dan memastikan kawasan yang di maksudkan. Tentera yang belayar itu kemudiannya sampai ke satu gunung dan mendarat di kawasan Yan, Kedah (Prince of Yan?). Mereka kemudiannya mendaki puncak gunung tersebut untuk menjalankan siasatan.
Kedah dalam bahasa Siam bermaksud, “Surat Kuasa Pemerintah” (watikah).
Ser-ma-nan-jong bermaksud, 'Tentera-yang datang-lama-tergantung'.
tha-naa bermaksud 'menunggu-datuk'.
maa-la-yoo bermaksud, 'marilah-duduk'.
Bangsa Siam telah menuruti jalan ke arah agama Allah semenjak dari zaman Nabi Nuh a.s, berketurunan Wali al-Mustapa dan pengikut-pengikutnya. Malah bukit tempat bahtera Nabi Nuh berlabuh setelah air bah surut, iaitu sebuah gunung digelar Gunung Jodi mempunyai maksud dalam bahasa Siam, iaitu “tempat duduk yang selamat”.
Dari kitab Al-Quran surah Hud ayat 48, Allah menyuruh Nabi Nuh turun dari bahtera dengan selamat di Gunung Jodi.
Allah berfirman; "Wahai Nuh! Turunlah (dari bahtera itu) dengan selamat dan berkat dari Kami kepadamu dan kepada umat-umat yang bersama-samamu. Dan (dalam pada itu) ada umat-umat dari keturunan mereka yang Kami akan beri kesenangan kepadanya (dalam kehidupan dunia), kemudian mereka akan dikenakan azab dari Kami yang tidak terperi sakitnya”.
Bangsa-bangsa lain yang turut tinggal di sekitar Gunung Jodi ialah;
Bangsa Iraq (E-raq) yang bermaksud “Kawan Baik”
Bangsa Turkey (Tutr-khey) bermaksud “Tegur Menegur" (dalam Ahli Bahtera Nabi Nuh).
“Parsi” bermaksud “Bawa Kitab Seruan Agama Islam.”
Bukti dari kitab Al-Quran Surah Al-Kahfi ayat 86, Allah st memerintah Raja Iskandar Zulqarnian agar menyeru agama Islam dengan membinasakan mereka kaum kafir atau menjadikannya tawanan.
“Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): “Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka”. Al-Kahfi, ayat 86.
Jika kita renungkan ayat di atas, untuk melihat matair yang hitam di daerah matahari terbenam (iaitu barat), sudah pasti Iskandar Zulkarnian ketika itu berada di sebelah timur.
Bahasa Siam ini merupakan bahasa yang cukup lama dan telah digunakan sejak zaman berzaman. Ia boleh menafsirkan beberapa sebutan yang mana tidak ada makna langsung dalam bahasa Melayu hari ini. Ada pakar bahasa mengatakan ia adalah bahasa Pali yang kini sudah pupus penggunaannya. Bahasa Pali membawa kepada bahasa kawi, seterusnya kepada jawi dan akhir sekali rumi. Begitu uniknya bahasa Siam ini dan ia harus dibuat kajian oleh pakar bahasa di negara kita ini.
Kaum Ya'juj dan Ma'juj adalah dari perkataan Siam Islam yang kami ceritakan di sini berlaku sebelum zaman baginda Rasulullah saw. Kelahiran kedua-dua makhluk ini sewaktu dunia akan kiamat kelak adalah sesuatu yang tidak kita ketahui sepenuhnya. Walau bagaimanapun, ada pendapat terbaru yang mengatakan Ya'juj dan Ma'juj pada akhir zaman nanti merupakan makhluk yang dibawa balik oleh negara kuasa besar yang menerokai angkasa lepas. Wallahualam.
... daripada catatan TNL Kasim Ibni TNL Ahmad: Waris Kerajaan Islam Siam Kedah.
Salam Tn Hj,
Busuknya hati orang Siam ni .. tapi saya ni keturunan Siam ... tapi bukan yang jenis perut hijau rasanya ... hu hu hu
Ada dua; Sukho Thai tu Siam perut ijau (Buddha) datang dr Burma - keturunan Tibet. Lg satu Siam Islam... ni keturunan kerajaan terbesar masa dlu.
Sabda Nabi SAW : Tuntutlah ilmu walo sampei keNegeri China.
Dan Sabdanya lagi : Islam bakal bangkit semula dari Timur...
Dari Hadis Nabi SAW yg pertama itu, bermakna Islam telah berkembang diChina dibawah penguasaan Sang Raja Iskandar Zulqarnaen. Masa dan zaman sileh berganti, Islam diChina semakin pudar karna salah bawa, hinggalah akhirnya negeri China tenggelam dipengaruhi fahaman Komunis. Namun ada VVIP dari Malaysia yg maseh mengesan kekuatan spiritual dari China (utk kepentingan arena politiknya) semasa beliau membuat lawatan kesana...
Dari Hadis Nabi SAW yg kedua itu pula, itu bermakna Islam bakal bangkit semula tetapi kali ini dari Timur. Maka Timur itu ada berbagei2 Timur : Ada Timur Tengah, ada Timur Jawi/Nusantara dsbnya. Kalo Timur Tengah itu asal mulanya, tapi Islamnya telah ranap ditelan Fitnah Akhirul Zaman. Maka tinggallah Timur Nusantara antara Indonesia dgn Malaysia, itulah yg menjadi tandatanya..?? Hanya koq Sang Raja Iskandar Zulqarnaen itu yg bisa tahu apakah jawabannya.. Allahu'alam...
KEMASUKAN ISLAM KENUSANTARA & CHINA...
Bermula agama Islam telah dibawa masuk keNusantara pada 2 gelombang utama : Gelombang Pertama dan Gelombang Kedua..
(1) PADA GELOMBANG PERTAMA : Agama Islam telah dibawa masuk oleh 7 beradik Ahlulbait Nabi, dari Nasab Imam Sayyedina Ali Zainal Abideen bin Imam Sayyedina Hussein AS bin ....???? Maka diAlam Kewalian mereka itu dinamakan Wali 7 Nusantara. Sejarah penghijrahan mereka bermula sekira2 selepas 88 tahun kewafatan baginda Nabi SAW. Pertama2 mereka meninggalkan Kota Suci Mekah, belayar transit diJugerat India sambil menyebarkan Islam. Halatuju mereka adalah keTimur, yaitu Nusantara, maka berpisah berpecah mereka keIndonesia, Tanah Melayu dan China. Maka Agama Islam telah berkembang diIndonesia, Tanah Melayu hingga keChina...
Dizaman Wali 7 Nusantara itu, maka pintu utama kemasukan Islam keTanah Melayu adalah Pulau Besar Melaka. Pintu masuk sebelah pantai timur Tanah Melayu itu pula adalah Terengganu dan Kelantan. Perlu diketahui antara Wali 7 itu ada yg telah berhijrah menyebarkan Islam keChina. Bermakna Agama Islam telah berkembang bertapak hampir serentak diIndonesia, Tanah Melayu dan China pada era Gelombang Pertama itu. Maka diera inilah salah satu zaman perkembangan Islam dan kegemilangan Sang Penguasa Zulqarnaen itu...
(2) PADA GELOMBANG KEDUA : Masa dan zaman silih berganti, siang bisa berganti malam, terang bisa bertukar malap menjadi gelap. Beratus2 tahun kemudian, kemasukan agama Islam telah disusuli, dikatakan telah dikembangkan melalui zaman Wali Songo / Wali 9 Tanah Jawa itu. Lembu punya susu tapi sapi yg dapat nama. Sejarah Wali 7 dan Zulqarnaen telah dilupakan oleh sejarah...
Wallahu'alam....