Dalam sejarah Islam telah banyak terjadi perjuangan dan pertempuran dalam bidang-bidang ilmiah seperti dalam ilmu Kalam, Fiqh dsb. Namun ia masih tidak setanding dengan apa yang berlaku terhadap pembela dan pejuang tasauf yang berhadapan dengan musuh-musuhnya. Mereka menghadapi cubaan yang besar dalam mengembangkan suasana ibadat yang sebaik-baiknya dalam masyarakat Islam.
Serangan terhadap ilmu tasauf datangnya dari tiga jurusan; Pertama dari kalangan ahli pemikir. Kedua dari kalangan ahli ilmu dan ketiga dari kalangan ulama Fiqh yang terkenal dengan fuqaha. Mereka ini walaupun berlainan mazhab, tetapi masih mampu untuk bersatu dalam menghadapi dan menghentam tasauf dan para ulamanya. Sehinggakan Syeikh Abul Hasan as-Sazli pernah mengatakan; "Allah swt telah mencubai golongan tasauf yang mulia ini dengan banyak makhluk yang menentangnya, terutama sekali dari kalangan ahli jadal dan pembangkang."
Tindakbalas dan pertahanan dari ulama tasauf juga boleh dikira sebagai keras dan dahsyat. Namun banyak faedahnya dalam memengertikan kebenaran ilmu ini. Semakin ia ditentang maka selagi itu ia semakin dikenali di seluruh alam Islam. Mereka yang membencinya juga kemudian menjadi pencinta ilmu tasauf.
Golongan kebendaan @ materialisme sama sekali tidak percayakan adanya ruh, sebagaimana mereka tidak percaya akan adanya Allah. Mereka tidak percayakan yaumil-hisab dan kewujudan syurga dan 'iqab. Mereka cuma percaya segala yang ada cuma hayat dunia. Mereka percaya bahawa di sinilah hidup, di sini juga syurga dan neraka. Itupun kalau ada neraka. Hidup dan mati mereka bukan bersumberkan rahmat Allah swt atau dengan kehendak-Nya. Pada mereka ia berpunca daripada kehendak masa, disebabkan oleh peraturan alam yang begitu!
Mereka langsung tidak mahu mengenali ruh dan ruhaniah. Mereka tidak mahu menerima kehadiran rasul-rasul Allah sebagaimana mereka tidak mengakui adanya Allah. Tolstoy, umpamanya menulis; "...orang-orang ruhani yang tersangat melarat". Demikian dengan Huxly pula yang menulis; "... pembunuh-pembunuh diri yang sesat." Dan kefahaman itu disanggah al-Quran seperti yang disebut pada ayat 44 dari Surah al-Furqan;
"Apakah engkau kira kebanyakan mereka mendengar atau berfikir, mereka semua seperti ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya daripada binatang ternak tersebut."
Perlu diingat, setiap yang dusta itu tetap tidak ada. Soalnya, kenapa golongan kebendaan ini masih berusaha keras dan menggunakan dana yang besar dalam memerangi dan cuba melenyapkan kepercayaan kepada Tuhan Yang Maha Esa dan ruh. Mereka berusaha keras. Sedangkan sebagaimana sedia maklum, manusia itu tetap mempunyai ruh. Dan apabila ada ruh maka pasti ada pula sumbernya.
Kebalikannya, dari aspek psikologi serangan yang bersungguh-sungguh ini berpunca apabila di sudut hati mereka itu ada mengakui akan kewujudan Tuhan dan adanya ruh itu. Ia bererti bahawa di situ ada agama.
Di kalangan ahli filsafat pula ada yang terus menentang tasauf. Kaum realis cuma mendasarkan pertimbangan mereka semata-mata dengan akal fikiran. Mereka tidak bersetuju dengan jalan-jalan tasauf dalam menuju Allah. Mereka tidak menerima teori dan amali dalam melepaskan diri daripada keduniaan ini dengan beralih kepada zuhud terhadap syahwat dan segala nikmat duniawi sebagai satu-satunya jalan untuk sampai kepada kebenaran melalui jalan pintas.
Pada mereka, apa yang dinamakan 'jalan makrifat' itu ialah menggunakan segala bahagian ciri-ciri secara maksimum alat pancaindera - ia baru jadi manusia sempurna; menggunakan kekuatan akal dan iradatnya dalam erti yang sebaik-baiknya. Sedangkan jalan mengenal Tuhan yang sebenar ialah dengan memberikan kemenangan total pada akal untuk mengalahkan pancainderanya. Jika berjaya bererti seseorang itu telah mencapai ke taraf martabat sa'adah yang paling tinggi.
Nanti kita akan masuk kepada 'perbezaan jalan filsafat dan tasauf dalam mengenal Allah'; 'pihak-pihak yang mengolok-olokkan tasauf' dan zuhud'; 'tasauf tidak pernah mendabik yang ia saja paling benar'; 'sepatutnya tidak ada perbalahan di antara tasauf dan lain-lainnya'. Sedangkan 'tidak ada satu pun perbuatan orang tasauf yang bertentangan dengan zahir syariat Islam'; di samping 'usaha tasauf yang tidak pernah surut'.
Keempat-empat imam mazhab pun turut menjalinkan kerjasama dengan pemimpin sufi. Di samping itu kita akan melihat bagaimana bentuk serangan fuqaha terhadap ilmu tasauf.