Elias Hj Idris

 
  
“Empire of the Great Monggol”, Peta tahun 1744 ini menunjukkan kebesaran Kerajaan Islam Moghul di India dan sebahagian Kerajaan Benua Islam Siam Nagara Kedah termasuk Toung Oo, Siam, Langkasuka, Acheh dan sebahagian Melaka. Kerajaan Siam Islam bercantum dengan Kerajaan Moghul India
apabila Zahiruddin Babur Syah berkahwin dengan Mahin Inta Tiral@Tunku Nur Aisyah ibni Sultan Rijaluddin Mohammad Johan Syah (Parameswara Melaka) dalam tahun 1530.



Rama IV Chakri Sokho Thai Mongkut menukar nama negeri Siam kepada nama Thailand sempena nama bangsa mereka, Sukho Thai. Mereka tidak berpuas hati kerana Po Chan Sultan Mudzaffar Syah III masih hidup dan mempunyai zuriat. Zurat baginda ialah Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang.

Seterusnya pada tahun 1876 masihi tentera Raja Buddha Thailand, Rama V Chakri Sokho Thai, Chula Luang Khon telah menyerang Kedah dan membunuh Raja Maha Besar Benua Siam Kedah Kheag Tesh yang terakhir, Sultan Jaafar Mad Azam Syah (Nai @ Syed Long Jaafar) di Gurun Kedah. Syed Long Jaafar disiksa di Yan kemudian dipijak dengan gajah dalam keadaan yang mengerikan di Gurun. Dan Thai perut hijau ini terus menjajah negeri Kedah selama lima tahun.

Mereka bersama dengan penjajah Inggeris menutup salasilah Long Jaafar di Larut Perak. Semasa penjajahan itulah mereka meroboh Istana Ayut’ia Maha Raja Benua Siam Kedah, berjumlah lebih dari lima belas kesemuanya bagi menghapuskan bukti-bukti sejarah bangsa Siam Islam dan sejarah Islam di Kedah. Maka orang Melayu pun kehilangan segala budaya, sastera, senibina, manuskrip lama, syair, pembuatan ubat bedil dsb. Raja Chakri yang anti-Islam itu bertindak membakar al-Quran dan Hikayat Merong Mahawangsa dan Sejarah Melayu.

Inggeris turut berpakat dengan Thai kononnya Siam itu adalah Ayuthia (Thai Buddha yang kafir!) dengan tujuan untuk menjatuhkan maruah Islam. Mereka terlalu benci dengan tentangan orang Islam yang hebat di serata ceruk - Selangor, Perak, Pahang, Sungai Ujong dan Kelantan. Kesan tentangan itu menyukarkan Inggeris untuk  mengaut segala kekayaan hasil bumi di semenanjung - berupa emas, bijih timah, rempah dsb.

Pada tahun 1881 masihi Raja Chakri I Thailand melantik Sultan Abdul Hamid Halim Shah menjadi Sultan Kedah dan dikahwinkan dengan puteri kerabat diraja Thailand (sebagai tanda terima kasih menghapuskan Sultan Jaafar Muadzam Syah, keturunan Maharaja Siam) Mak Inchik Manjalara serta membina sebuah Wat Buddha di Kampung Bakar Bata di Alor Setar Kedah dinamakan Wat Kanchut. Baginda menceraikan isteri pertama baginda, Sharifah Sofiah (keturunan Maharaja Siam Islam) walaupun mempunyai seorang putera iaitu Tunku Badlishah, ayahanda kepada Sultan Abdul Halim, Sultan Kedah hari ini.

Pada tahun 1909 masihi Raja Buddha Thailand menyerahkan negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Trengganu kepada pihak Inggeris. Mereka tidak menyerahkan Patani tetapi telah meletakkan raja-raja yang dilantik dari keturunan mereka di Kelantan dan Kedah. Di Kedah, berikutan campur tangan TNL Mahmud, Tunku Badlishah menaiki takhta kerajaan Kedah sebagai Sultan Kedah.

Ini berlaku kerana Sultan Abdul Hamid mangkat di zaman Jepun dan penjajah Inggeris tidak ada ketika itu. Jepun dikatakan menyerahkan kembali wilayah Kedah, Perlis, Kelantan dan Trengganu kepada Siam, tetapi Siam yang mana? Itulah Siam Islam Kedah, bukan Thai yang menjajah negeri Siam sekarang ini. Dengan itu TNL Mahmud sebagai waris Maharaja Siam telah dibenarkan oleh Jepun untuk menabalkan Sultan Badlishah, menaiki takhta menjadi Sultan Kedah.

Inilah sejarah yang telah digelapkan oleh Inggeris sekembalinya mereka dalam tahun 1945 dan bermulalah propaganda memburuk-burukkan tentera Jepun padahal mereka dan Thai lebih kejam daripada Jepun yang cuma berada di sini selama cuma 3 tahun sahaja.

Mereka bekerjasama dan memaksa sekelian penduduk menggunakan bahasa Thai dan menamakan kawasan tersebut sebagai Thailand yang ada sekarang. Ia juga punca kepada pergolakan yang berterusan di Pattani, Narathiwat, Songkla, Satun, Yala dan Ligor. Wilayah ini yang sepatutnya merdeka pada 1957 bersama Tanah Melayu setelah diserahkan Inggeris, tetapi Tunku Abdul Rahman tidak membenarkan. Kenapa?

Perlu diingat, datuk Tunku, iaitu Raja Chulalongkorn tidak mengizinkan! Dia mahu wilayah itu diletakkan di dalam jajahan Thailand (Thai Buddha yang kafir). Mereka mula bertindak membalas dendam dan berlaku zalim terhadap penduduk Islam (hingga ke hari ini).

Penjajah Inggeris dari Fort Cornwallis, Pulau Pinang telah membekalkan ‘gun powder’ kepada Thai (1876-1881), menggunakan tenaga buruh dari India untuk menghapuskan bukti tamadun Islam Benua Siam Kedah Kheag Tesh yang terdapat di negeri Kedah (iaitu di Lembah Bujang) dan Perak (di Kampung Kota, Beruas).

Inggeris membantu tentera Thai merobohkan dan membakar istana di Bukit Cho Ras, mereka membunuh orang-orang Siam Pattani dan tentera China Manchu yang ada di sana. Mereka menukar nama tinggalan bangsa Siam Islam kepada candi beragama Hindu. Mereka menanam patung-patung Hindu yang dijumpai oleh ahli arkeologi mereka di India untuk mengaburkan pengkaji sejarah kita hari ini.

Malah pada tahun 1910, Inggeris datang lagi ke Bukit Cho Ras dengan memecahkan bilik-bilik istana yang telah dibakar orang Thai (kafir) 35 tahun sebelum itu.



Nota:  Sebelum kedatangan Inggeris, Empayar Siam Islam Kedah ini menjulur dari Kerajaan Moghul di India hingga ke Kemboja, Laos, Siam Islam Kedah, Filipina, Brunei, Timor Leste dan Albani Perth Australia. Portugis yang datang ke Melaka bukan kerana menyerang, tetapi mereka yang tumpang bertapak di Kalingga  dan Goa dipinta oleh Raja Moghul agar tolong mengawal perairan apabila China sudah tidak mahu melindungi Melaka  lagi.

Apabila datang penjajah (Kristian) mereka bertindak membahagi-bahagikan empayar ini sesama sendiri. Mana-mana raja yang enggan berlembut dan menurut kehendak diketepikan atau dibunuh lalu diangkat musuh kepada raja-raja berkenaan sebagai raja yang baru. Ini berlaku kepada Che Ngah Ibrahim di Larut.



... sedutan daripada kajian TNL Kasim Ibnu TNL Ahmad
9 Responses
  1. Anonymous Says:

    Salam. Anak cucu kita juga akan hanya dapat membincangkan tentang kehilangan Pulau Batu Putih dalam sejarah yang cuba diluputkan .... di masa depan. Allahu'alam


  2. Batu Putih, sebelumnya S'pore. Sebelum itu lagi Brunei. Sebelumnya soal kerakyatan jus soli. Sebelumnya, Pattani, Satun, Songkla, Narathiwat dsb angkara mereka yg diamanahkan.

    Melayu yg hebat dh jadi sampah di tepi jalan.


  3. Anonymous Says:

    Ya tak yak jugak ... ramai dah yang tanah sekangkang keranya pun habis tergadai .. akibatnya yang baru lahir dah dijadikan sampah ... Semakin layu lah melayu ku


  4. Jangan lupa Iskandar Malaysia seluas 2x pulau S'pore di Johor turut 'diserahkan' dengan konsep join management!

    Ini sama seperti yg berlaku pada Palestine sebelum pendudukan Yahudi 1948.


  5. Anonymous Says:

    agaknya apa sebabnya malaysia terus digasak supaya menyerah, jual tanah air kepada yahudi-singapore-kafir? penjajahan dulu2 bukan sekadar kerana hasil bumi, tapi juga kerana agama. begitu juga sekarang.

    jejak sejarah kita dah byk dikambus, kenapa? oleh siapa? adakah kerana mahu kita hilang arah tuju sebenar.. warisan nenek moyang kita iaitu Islam.

    kita dipecah2, dijajah macam2 bentuk kuasa, utk kaburkan kita. teruskan menjejak, pak lepu.


  6. Kita dikhianati oleh pemimpin kita sendiri.


  7. Anonymous Says:

    Salam.

    Saya rasa agak terkejut dan kagum membaca tulisan tuan ini. Terkejut kerana langsung tidak pernah tahu sebelum ini. Kagum sekiranya apa yg tuan tulis benar. Saya cuma pernah mendengar tentang Hikayat Merong Mahawangsa tapi tidak pernah membacanya. Saya sangkakan ianya satu cerita rekaan penulis. Pernah juga mendengar tentang Kerajaan Kedah Tua dan Langkasuka.

    Dari mana tuan mendapat semua maklumat ini? Boleh tolong berikan sumbernya.


  8. Dahlea Al-Saadi Says:

    kasihan penduduk melayu bt putih ..pbangunan diabaikan oleh kjaaan singapura...pkianatan turun temurun mcm dah jadi tradisi


  9. Anonymous Says:

    Hmmm. Hentikanlah perbuatan menipu kamu ni. Adoiii... Ni mesti geng anai anai siam samsam aljefri ni. Kejap mengaku siam islam dan ahlulbait.kejap mengaku melayu. Ntah ape ntah. Tolong jangan merapu dan menipu.

    Aku-ahlulbait-anti-siamsamsam