Elias Hj Idris
Oleh: TNL Kasim Ibni TNL Ahmad (Asal-usul Bangsa Siam - II)

Sejarah berlaku di mana tentera Benua Siam tersebut berangkat datang lebih awal ke Tanah Melayu Kedah dan menunggu Raja Merong Maha Wong Ser (Raja Merong Mahawangsa) yang datang kemudian. Kedatangan Raja Merong Mahawangsa bukan dengan menaiki perahu atau kapal kecil, tetapi diiringi oleh beribu-ribu orang tentera dan berpuluh kapal laut. Apabila tiba dalam tahun 175 Hijrah, baginda telah mendapatkan maklumat daripada tentera Islam Benua Siam Kedah yang telah mendaki gunung tersebut sebaik tiba (sekitar kawasan Yan).

Pemandangan dari atas Gunung Jerai: menampakkan Yan di bawah sana

Mereka memaklumkan bahawa mereka telah terjumpa runtuhan bangunan Istana Ayut’ia milik Wali Al-Mustapa yang pernah ditenggelami oleh air laut pada zaman Nabi Nuh Alaihissallam dan sebuah masjid di puncak gunung tersebut (tapak istana ini masih ada di km 3 Gunung Jerai dan sementara masjidnya telah diroboh dan dibina ‘rest house’ oleh penjajah Inggeris). Sebaik tiba dan mendarat di daerah Yan, Merong Maha Wong Ser bertanya dalam bahasa Siam kepada tenteranya yang datang menyiasat lebih awal, “Joo-rai?” bermakna, “siapa-duduk?”.

Lantas, hingga ke hari ini gunung tersebut dikenali sebagai Gunung Jerai. Ketika pergi melawat ke istana tersebut, masih ada lagi ‘tile’ dan anak tangganya. Ada satu batu bersurat yang tertulis “Aey ne (Ini)...” telah dibawa ke Muzium Taiping oleh Inggeris dan terus terbenam kisahnya!

Baginda Raja Merong Maha Wongser lantas mengarahkan penempatan baru segera dibuka di kawasan rata bersebelahan yang mana hari ini dikenali sebagai Sungai Mas. Mereka telah membina candi-candi yang sebenarnya merupakan kubu-kubu tentera Benua Siam Islam Kedah. DI sana juga terbina sebuah kota yang dikenali sebagai Kota Kuala Muda dan sebuah Istana di Sungai Mas (Lembah Bujang dalam daerah Kuala Muda, Kedah berhampiran Sungai Petani hari ini). Bahan binaan Kota Kuala Muda, bata leper dan lebar sama sahaja dengan bata yang digunakan untuk membina candi yang ditemui di Lembah Bujang. Tulisan ayat suci Al-Quran pada arch pintu gerbang tersebut telah dipahat buang (lihat gambar di bawah).

Pintu gerbang... ia terletak hanya 2 km saja dari Sungai Mas dalam pekan Kuala Muda. Di tengah-tengahnya ada lambang bunga teratai yang turut menghiasi makam Raja Merong Mahawangsa dan makam-makam keturunannya yang lain. Tulisan kawi ayat-ayat suci Al-Quran pada 'arch' (lengkok) telah dipahat buang. Sama juga dengan 'arch' pada bangunan di Ayuth'ia pun turut dipahat buang.

Puteri Syed Jamal Al Jafri yang bernama Sharifah Mariam Pinang Tunggal (Tok Soh) adalah permaisuri kepada Raja Merong Maha Wong Ser. Di kawasan Sungai Mas, sememangnya ada sebuah istana di atas sebuah bukit bernama Bukit Mariam, tetapi telah dibuatkan cerita tahyul tentang meriam yang besar jatuh ke dalam sungai. Istana di situ pula dikatakan milik Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah! Inipun satu pembohongan. Perkahwinan Merong Maha Wong Ser dengan Sharifah Mariam Pinang Tunggal (pi-nang-tung-gal bermaksud, 'jadi-permaisuri-tunggak-negara') lalu dikurniakan seorang putera bernama Syed Jamalul Alam Badrul Munir dan digelar dalam bahasa Siam sebagai Phodiset. Pho-diset bermakna “lelaki-terbaik”.

Phodiset ini apabila dewasa telah memperluaskan empayar ayahanda baginda. Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, baginda telah membuka negeri baru dan dinamakan negeri itu Siam Lanchang yang kini terletak dalam negara Thailand (lihat peta, terletak di utara Bangkok sebelah kanan). 'Lanchang' (lan-chang) bermaksud “Gerak Bijak”, satu tindakan ke arah dakwah Islamiyah tanpa pertumpahan darah. Siam Lancang adalah sebuah negeri Islam yang bersambung dengan wilayah ayahandanya di Kedah yang meliputi seluruh semenanjung yang kemudiannya dinamakan Malaka (tengok peta lama). 'Ma-la-ka' bermaksud 'marilah niaga' dan 'ma-la-yu' bernaksud 'marilah duduk sini'.


"Empire of the Great Mongol", peta tahun 1744 ini menunjukkan kebesaran Kerajaan Islam Mongol di India dan sebahagian Kerajaan Benua Islam Siam Nagara Kedah termasuk Toung Oo, Siam, Langkasuka, Acheh dan sebahagian Melaka. Kerajaan Siam Islam bercantum dengan Kerajaan Mongol India apabila Zahiruddin Babur Syah berkahwin dengan Mahin Inta Tiral@Tunku Nur Aisyah ibni Sultan Rijaluddin Mohammad Johan Syah (Parameswara Melaka), dalam tahun 1530.

Perkataan lanchang ini, masih lagi digunakan sepertimana lagu melayu, ‘Lancang Kuning' belayar malam, haluan menuju ke laut dalam, kalau nakhoda tidaklah faham, alamat kapal akan tenggelam. Kenapa tidak dikatakan lancang hijau atau biru? Mudah sahaja, kuning adalah warna Maharaja China, yang terlebih dahulu digunakan oleh maharaja mereka berbanding raja-raja Melayu.

Thailand pada hari ini adalah sebahagian daripada negeri Siam Lanchang Islam di zaman Phodiset Syed Jamalul Alam Badrul Munir. Negeri Siam bukan dibuka oleh Raja Chakri Rama I Chulalok, bukan dibuka oleh Raja Khamheng Sukothai, tetapi oleh Raja Siam Islam yang bernama Phodiset Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir anakanda kepada Raja Merong Maha Wong Ser. Dari merekalah turunnya Tengku, Syed, Syarifah, Wan, Nik, Megat, Meor, Nyak, Long, Raden, Koya, Ngah dan kita semua orang-orang Melayu yang ada pada hari ini.

Sekiranya keturunan kita tidak berkahwin campur dengan mereka dahulu kerana berada jauh di pedalaman, mungkin agaknya kita hari ini jadi seperti orang-orang Penan di Borneo, yang masih lagi memakai cawat. Ataupun seperti orang asal di semenanjung pada hari ini. Seterusnya anakanda baginda, Saiyidina Ali Wa Maulana Jamalul Alam Badrul Munir menjadi Raja di Acheh dalam tahun 222 Hijrah bersamaan 812 Masihi seperti mana yang tercatat dalam Hikayat Merong Mahawangsa dan Undang-undang Kedah, transliterasi teks penyelenggara Mariyam Salim, Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur, 2005.

Oleh sebab itu Hikayat Merong Mahawangsa ini dirampas lalu dibakar oleh penjajah Thai dahulu sewaktu menyerang dan membunuh Syarif Yang Di Pertuan di istana Kota Meang Kuang, takut diketahui umum kisah sejarah sebenar.

Baca di sini, http://naim-firdausi.blogspot.com/2007/05/arahan-membakar-hikayat-merong-maha.html



Beginilah teknik yang digunakan oleh Inggeris dan Thai sewaktu membunuh Sultan Jaafar Mad Azam Syah (Long Jaafar, Larut) dalam tahun 1876 dahulu di belakang balai Polis Gurun. Gurun bermaksud 'gerun". Thai kemudiannya menjajah Kedah selama 5 tahun hingga tahun 1881dan memusnahkan 15 istana Maharaja Benua Islam Nagara Kedah. Chulalongkorn kemudiannya melantik menantunya, Sultan Abdul Hamid yang berkahwin dengan Cik Manjalara menjadi Sultan Negeri Kedah.

Puak Thai mengatakan pihak Siam Islam telah meng’hijack’ sejarah mereka, pada hal merekalah penyamun yang mencuri sejarah asal bangsa Melayu keturunan Siam hari ini. Mereka hanya menggunakan terjemahan bahasa Thai yang dikelirukan dengan bahasa Siam. Mereka sendiri tidak tahu identiti mereka. Jelas puak Ya'juj ini masih menjalankan kerja-kerja datuk nenek mereka sejak zaman dahulu. .

Makam Saiyidina Ali Wal Maulana Jamalul Alam Badrul Munir terletak di Makam Langgar Tanjong Inggeris Kota Setar Kedah. Letaknya tidak jauh dari makam cucundanya, Syeikh Abdul Kadir ibni Hussein Syah Alirah. Batu nisan bertulis huruf kawi Siam dengan nama Shiekh Abdul Khadir Hussin Syah Ali Rah bersamaan tahun 904 Masihi, juga dari keturunan baginda masih jelas tertera di batu nisan. Di kawasan ini masih terdapat kubu candi tentera Benua Siam Islam Kedah yang tidak diroboh oleh penjajah dahulu.

Kenapa Persatuan Sejarah Negeri Kedah tidak menyiasat?



Tambahan... Maharaja China 
 
Maharaja China Islam, Sai Tee Sung dari Dinasti Tang
 
Maksud menurut bahasa Siam Kedah, 'Sai - pemerintah kawasan, Tee-tempat, Sung- yang tinggi'. Kuning adalah warna Maharaja China, begitu juga warna raja-raja Siam Islam seperti yang tercatat dalam Undang-undang Kedah. Raja-raja Siam Islam ini adalah sebahagian daripada raja-raja Melayu yang ada pada hari ini. Dia diislamkan oleh utusan baginda Rasullullah saw yang bernama Saad Bin Abi Waqas dalam tahun 650 Masihi di negeri China. Maka berkuning jugalah warna raja-raja kita pada hari ini seperti mana warna yang digunakan oleh Maharaja China pada zaman dahulu. Berpayung kuning juga mereka, padahal mereka adalah raja-raja daerah. Yang Dipertuan Agong, waris yang sebenar dipinggirkan dan disisihkan bersama-sama sejarah sebenar. 

Tambahan... Laksemana Cheng Ho @ Man San Bao @ Haji Mahmud Syam

Tugasnya menyelia wilayah Maharaja China Dinasti Ming di Selat Melaka dan nusantara kerana berada di bawah naungan Maharaja Islam itu. Lihat gambar naga pada baju baginda. Ayah dan datuk Cheng Ho turut pernah mengerjakan haji ke Tanah Suci Mekah. Ada catatan yang menyebut Cheng Ho mempunyai dua orang adinda perempuan.

Seorang puteri diketahui berkahwin dengan Rama Tibodi Parameswara Sultan Rijaluddin ibni Mohammad Johan Syah Al Adil. Permaisuri ini, hari ini kita kenali sebagai Puteri Lindungan Bulan dan baginda bersemayam di Kota Naga, Jenan berhampiran Jitra Kedah. Sementara seorang lagi puteri tidak diketahui (mungkin Samudera Pasai). Namun begitu, sebagai makluman cerita Puteri Lindungan Bulan ini terdapat banyak versi termasuklah versi Acheh. Mungkinkah seorang lagi puteri ini dikahwinkan dengan Putera Raja di sana?


Kapal Laksemana Cheng Ho



Bandingkan saiz kapal layar tentera China yang di ketuai oleh Laksemana Cheng Ho dengan kapal Christopher Columbus (imej hitam kecil). Patutlah kehadiran mereka di nusantara digeruni pihak kawan dan lawan.

>>BENDERA TENTERA CHINA ISLAM

Me Rong - Naga Laut, Maha - Pembesar-, Wong Ser - puak tentera (bangsa harimau). Bendera ini dijumpai dalam website Maharaja China semenjak tahun 1996. Sekarang bendera ini muncul semula, tetapi tanpa kalimah di atas. Masih ada pihak yang masih belum puas hati dan cuba menggelapkan sejarah bangsa Melayu dari rumpun Siam ini dengan membuang kalimah tersebut.

 
 
 
10 Responses
  1. Anonymous Says:

    Salam

    Saya tak faham apa yang Melayu Siam?
    Orang Kedah tu Melayu ke, Siam ke?
    Mohon penjelasan.


  2. Pewaris Takhta Sebenar Merong Mahawangsa


  3. Anonymous Says:

    Bangsa Thai Buddha telah menjajah negeri/benua Siam Islam bermula dari tahun 1767 tetapi masih menggunakan nama negeri Siam. Mereka kemudiannya menukar nama negeri Siam itu kepada Thailand (tanah thai), sempena nama sebenar bangsa mereka, Sukho-Thai. Mudahnya, Siam itu Islam dan Thai itu Buddha. Asalnya 'Melayu' itu adalah nama bahasa perdagangan di nusantara. BAHASA Melayu adalah bahasa perdagangan di nusantara pd masa itu. Sepatutnya tidak ada bangsa Melayu. Hanyalah bangsa Siam & bangsa2 lain di nusantara yg disebut rumpun Melayu kerana menggunakan bahasa Melayu sbg bahasa perdagangan antara mereka. Inggeris telah membantu puak Thai utk lenyapkan bangsa Siam Islam dgn menamakan mereka bangsa Melayu lalu merampas tamadun bangsa Siam menjadi tamadun Thailand. Kononnya Siam itu adalah Thailand dulu. (rumusan dari kajian saya ttg sejarah 'sebenar' dari internet). Wallahualam.


  4. sheikh zack Says:

    slm..
    wlu sdh byk d bt pncerahan..nmun mnduka cta kn msh byk lg mkhluk2 d bumi jawi ini..sngaja mmbiaqkn diri mrka d hidang srta mnjamah 'menu ' sjarah sjian srjana barat n srjana Melayu yg ' murtad ' sjrah agama bgsa..siapa puak2 kafir barat yg nk jd 'hero' kpd sjarah realiti tnah jawi agama n bgsa kta? rnung2 kn lh whai pgkianat bgsa Melayu Islam..pntu taubat msh lg tbuka sblm brtiupnya
    sgkakala kiamat..kmbalilh ke pgkal jln..tkbir Allahkbar 3x!!!


  5. Black Ops Says:

    SEJARAH ISLAM AWAL DINEGERI PERAK D.R.

    Setelah kita mendengar kisah Islam Awal DiGunung Jerai, mari kita renungkan pula kisah sejarah Islam Awal diNegeri Perak. Berkata AlMarhum Tok Syeikh Talib Naem AsSaufi : Bermula ada pun ajaran mengenal diri itu berpunca daripada tokoh2 Mubaligh Islam yg datang dari Tanah Arab keAlam Melayu purba. Maka dinamakan ajaran itu Ilmu Martabat Tujuh serta Ilmu Makrifah Ketuhanan, atau dgn nama Ilmu Batin yg berpunca dari Ilmu Tasauf Islam. Dinegeri Perak sebelum sekitar 1520, ada dua Ahlulbait Mubaligh Islam datangnya dari Mekah, yg tua bernama Syed Ali dan yg muda bernama Syed Abdul Manap. Maka dua Mubaligh itulah antara yg ulong telah mengIslamkan bumiputra Melayu Perak. Mereka dikenali dgn gelaran Keramat Mata Kucing dan Keramat Mata Sabun.

    Dinegeri Perak ketika itu Rajanya belum bergelar Sultan, hanya dgn nama Haluan. Maka Haluan negeri Perak ketika itu bernama Tok Masuka. Orang2 besarnya antaranya Tun Saban, Nakhoda Kassim, Puteri Darah Putih anak Penghulu Semang, Ulu Perak. Dimasa pemerintahan Haluan Paduka Tok Masuka, bermulalah orang2 Melayu Perak menukar agama2 silamnya yg kufur sesat kepada Agama Islam. Maka banyak adat istiadat yg terkenal dgn nama Adat Istiadat Gunga Negara diubah satu persatu, daripada upacara memuja hantu kepada acara Ruh. Dgn campur tangan dua Keramat Islam Arab itu dlm masyarakat Melayu Perak yg dinamakan Adat Istiadat Melayu Perak, menjadikan Tun Saban tidak senang hati. Pada satu hari Tun Saban arahkan agar kedua Keramat Mubaligh Islam itu dibunuh. Apakah seterusnya yg terjadi..??

    .................


  6. Anonymous Says:

    Kisah yang menarikmengenai sejarah negeri Perak. Cumanya manuskrip Undang-Undang Kedah dengan fasal-fasal undang-undang Islamnya telah mula ditulis dalam tahun 832 masihi,negeri Perak pun belum ada lagi.


  7. Anonymous Says:

    Kesah Tun Saban diGungga Negara (Negeri Perak) itu, jika benar ia berlaku sekitar tahun 1520, ketika itu masa kegemilangan Islam dizaman Walisongo/Wali 9 Jawa. Kesah apakah kesudahannya Tun Saban seterusnya, boleh dirujuk dari Kitab "Mengenal Ruh" - karya Tok Taleb Naem AsSaufi...

    Sebaliknya sebelum kesah tersebut, diGungga Negara (Negeri Perak) telah didatangi dulu Ahlulbait2 Nabi dari Nasab Wali 7 Alam Melayu, yg bermula dari Pulau Besar Melaka, hingga Nasab mereka menjalar berkembang keKedah, kePerlis dan kePattani... Allahu'alam...


  8. sheikh z Says:

    ASSALAAM..

    kenali dulu dimnnakah Kedah Tua..Melaka..brulah tuan2 dpt mrungkai sbnar dmnakah yg di katakn Perak iyu..wlhklam...


  9. Baby fiela Says:

    Hurmmm kan dah bg tahu artifak yg dah di padam dekat mana...gunung jerai...kat mana tu Perak ke....btw semua yg admin rungkaikan ni SGT terbaik dan hanya Allah jua yg maha mengetahui dari sesuatu...tapi tak salah kita usaha untuk mencari tahu...mungkin ini the rite time mencari tahu...naga juga sgt sinonim dengan gunung jerai..bila diperhatikan bendera Kedah dan bendera China ada persamaan..dan Nabi Muhammad Saw pernah bersabda CARI LAH ILMU HINGGA KENEGERI CHINA...WHY CHINA??? KEMUNGKINAN SIAM ISLAM JUGA CHINA ISLAM DAN JUGA INDIA ISLAM BERSATU DI MALAYSIA...ALLAHHUAKBAR....TAPI DI AKHIR ZAMAN....KEBAYAKAN FOLLOW DAJJAL LAKNATULLAH PAKISTAN MALAYSIA IN SYA ALLAH KUAT IMANNYA....DAN SEKARANG AMERIKA SGT ANTI PADA KUASA BESAR CHINA...MEREKA CUBA UNTUK BUAT MALAYSIA DAN CHINA HURU HARA DENGAN MH 370...TAPI TAK BERJAYA KUASA Allah lebih kena pada waktunya...Islam dah berkembang tetapi bangsa Budha dan kafir dah berpakat padam kan sejarah tu dan Thai tidak dijajah...ALLAHUALLAM....��