Datuk Bahaman pencetus tentangan terhadap British di Pahang
Oleh: Nasron Sira Rahim
KEHEBATAN beliau menyelinap ke dalam hutan rimba tanpa sesat terserlah sejak masih muda. Hutan menjadi padang permainannya dan tokoh pahlawan Pahang itu dikatakan berbakat dan bijak memburu haiwan yang bersembunyi di sebalik rimbunan semak belantara.
Dato' Bahaman dikatakan mempelajari kaedah memburu dengan meneliti bagaimana gerak-geri anjing pemburu ketika ingin menangkap haiwan. Bagaimanapun, kemahiran memburu tokoh itu dikatakan lebih hebat daripada seekor anjing pemburu. Beliau mampu menewaskan gajah ketika keluar memburu; tatkala berhadapan dengan haiwan gergasi itu. Beliau bijak menyelinap untuk mengerat keting gajah seterusnya menumpaskan haiwan berkenaan.
Oleh kerana beliau mahir ketika berada dalam hutan menyebabkan Dato' Bahaman memahami bahasa Orang Asli dan adat istiadat kaum terbabit. Disebabkan kebijaksanaannya itu, maka beliau dilantik sebagai Tok Peran, iaitu guru berburu dan kepala kepada juak raja. Beliau juga seorang yang berani, pandai bersilat dan dikatakan memiliki ilmu kebal? Kelebihan itu menyebabkan Dato' Bahaman digelar 慡eman Tahan?oleh penduduk tempatan.
Nyata tokoh pejuang Pahang itu bukan calang orang. Kemahiran dan pengalamannya memanipulasi keadaan belantara untuk menyembunyikan diri menyebabkan tentera British terpinga-pinga kerana gagal menjumpai lokasi persembunyiannya di dalam hutan.
Nama sebenarnya adalah Abdul Rahman dan dinamakan sempena nama datuk di sebelah ibunya. Bapanya adalah Tuanku Imam Nuh yang berasal dari Bangkinang, Kampar, Riau. Ibunya adalah Rokiah Abdul Rahman, anak kepada Tok Setia Perkasa Semantan yang berketurunan Bugis dari Sulawesi Selatan.
Walaupun beliau dilahirkan di Rantau Panjang, iaitu sebuah kampung di daerah Bentong, tetapi beliau banyak menghabiskan masa di Pekan kerana berkhidmat dengan Bendahara Ali, iaitu ayahanda kepada Sultan Ahmad.
Beliau juga dikatakan pernah menjadi anak angkat kepada Bendahara Ali dan menjadi rakan sepermainan kepada Sultan Ahmad ketika mudanya. Apabila Sultan Ahmad menaiki takhta, Dato' Bahaman terus menabur bakti kepada tanah airnya. Kesetiaannya kepada sultan tidak berbelah-bahagi dan Dato' Bahaman dianugerah gelaran Datuk Setia Perkasa Pahlawan Semantan oleh Sultan Ahmad sebagai penghargaan kerana tokoh itu membantu baginda dalam peperangan menentang Wan Mutahir.
Dato' Bahaman seterusnya dilantik sultan untuk mentadbir Semantan dan menjadi seorang daripada Orang Besar Delapan Pahang. Karisma yang dimilikinya menyebabkan Dato' Bahaman disegani dan dihormati penduduk dan pemerintah di Pahang.
Perjuangan Dato' Bahaman membela tanah air, bangsa dan agamanya bermula apabila British mula campur tangan ke dalam pemerintahan Pahang. Tindakan British yang cuba menjajah tanah airnya serta 憁memperhambakan orang Melayu menyebabkan Dato' Bahaman mengangkat senjata memerangi bangsa asing itu. Segala-galanya bermula pada Oktober 1888 apabila British melantik J.P. Rodger sebagai Residen Pahang.
Sebelum itu, British memang sudah lama mengintai peluang untuk menjajah Pahang dan peluang mereka terbuka apabila mengetahui Sultan Pahang sedang bermusuhan dengan dengan adindanya, Wan Mansur.
Rancangan Wan Mansur untuk menyerang Sultan Ahmad diketahui British dan mereka pun mengambil kesempatan untuk 慴erbudi kepada Sultan Ahmad dengan mematahkan cubaan serangan itu. Apabila melihat seolah-olah Sultan Ahmad sudah termakan dengan budi, British mengutuskan Hugh Clifford untuk memujuk sultan supaya menerima seorang residen bagi membantu baginda memerintah Pahang. British sebenarnya berbuat helah bagi membolehkan mereka memungut hasil bumi yang kaya di negeri itu.
Walaupun pada mulanya baginda enggan menerima kehadiran bangsa asing, atas beberapa helah dan desakan dari British, Sultan Ahmad akhirnya terpaksa bersetuju untuk menerima seorang Residen British. Pada mulanya Rodger dikatakan hanya bertindak sebagai penasihat sultan, tetapi lama-kelamaan lelaki asing itu mula besar kepala.
Dia mula bertindak melampau apabila mengambil alih urusan mentadbir Pahang serta mula masuk campur dalam hal adat dan agama penduduk tempatan. Rodger mula merangka pelbagai peraturan sesuka hatinya tanpa berunding dengan sultan atau pembesar negeri terlebih dahlulu. Malah sultan juga dipaksa meluluskan segala peraturan yang diperkenalkan olehnya. Di antara peraturan yang diperkenalkan nyata melanggar adat resam orang Melayu seperti melarang penduduk membawa senjata atau keris sesuka hati.
Rodger juga melarang pembesar negeri memungut cukai walaupun sebelum itu, semua pembesar diberi hak oleh sultan untuk memungut cukai. Sebaliknya, Rodger melantik pegawainya yang terdiri daripada rakyat British untuk mengutip cukai berkenaan.
British juga melantik majistret dan pasukan polis di kalangan pegawai mereka bagi mengawal dan mengadili kes-kes jenayah dan ia secara tidak langsung mengurangkan kuasa pembesar Melayu yang berkuasa dengan tugas berkenaan sebelum itu.
Tindakan itu telah menimbulkan kemarahan pembesar Melayu terutama Dato' Bahaman. Beliau enggan tunduk kepada perintah British dan terus mengutip cukai di Semantan. Tindakannya itu menyebabkan British menghantar surat amaran, tetapi beliau tidak endahkan.
Tindakan Dato' Bahaman itu turut disokong oleh sekelian penduduk. Seterusnya pada 1890, tanpa berunding dengan Dato' Bahaman sebagai pentadbir Semantan, British telah membina balai polis di Lubuk Terua di kawasan itu serta mula menguatkuasakan undang-undang mereka sendiri.
Dato' Bahaman membantah keras dan bertindak menghantar surat bantahan kepada British, tetapi mereka enggan mendengarnya. Sebaliknya mereka meminta Sultan Ahmad menasihati Dato' Bahaman supaya menurut sahaja kehendak British.
Tekanan daripada British menyebabkan Sultan Ahmad meminta Dato' Bahaman pergi ke Pekan untuk memberi penjelasan, tetapi pembesar itu enggan kerana mengesyaki ia adalah tipu-muslihat British untuk menangkapnya. British kemudian mendesak Sultan Ahmad supaya melucutkan jawatan Dato' Bahaman sebagai pembesar Semantan. Desakan British menyebabkan Sultan Ahmad terpaksa melucutkan gelaran Datuk Setia Perkasa Pahlawan Semantan.
Pada Oktober 1891, British menghantar 25 anggotanya ke Balai Polis Lubuk Terua bagi mengawasi tindak-tanduk pahlawan itu. Kemuncak kepada kebiadapan British apabila bertindak menangkap penduduk Semantan yang juga pengikut Dato' Bahaman kerana mengeluarkan hasil hutan tanpa kebenaran penjajah itu pada 16 Disember 1891.
Dato' Bahaman meminta British membebaskan mereka, tetapi sebaliknya bangsa asing itu menunjukkan sikap besar kepala. Mereka berkeras lalu membawa tahanan itu ke Balai Polis Lubuk Terua untuk ditahan dan dibicarakan. Ini membuatkan Dato' Bahaman bersama pengikutnya menyerang pasukan polis British itu ketika mereka dalam perjalanan membawa tahanan itu ke balai polis berkenaan.
Serangan itu menyebabkan tiga orang anggota polis British berbangsa Sikh terbunuh serta beberapa perahu bangsa asing itu ditenggelamkan. Serangan itu seterusnya menjadi episod permulaan kepada perjuangan bersenjata Dato' Bahaman menentang British demi membela tanah air sendiri.
Syd;
$1,000 gagal tangkap Orang Besar Delapan Pahang
BRITISH terkejut dengan kekalahan mereka kerana mereka memandang rendah kemampuan pahlawan Melayu. Clifford kemudian menemui Sultan Ahmad di Pulau Tawar dan menghasut sultan supaya menentang Dato' Bahaman. Sultan Ahmad terpaksa mengikut kehendak British dan mengisytiharkan Dato' Bahaman dan pengikutnya sebagai penderhaka.
Angkatan sultan yang diketuai Tengku Ali kemudian diperintah menyerang Dato' Bahaman di Semantan. Dato' Bahaman dan pengikutnya berundur dan berlindung dalam hutan kerana enggan menentang sultan. Mereka sedar apabila menentang sultan bererti mereka menderhaka dan itu bukanlah tujuan perjuangan. Mereka berjuang untuk memerdekakan bumi Pahang dan mengusir penjajah. Akhirnya, sultan mengumumkan pengampunan beramai-ramai terhadap pengikut Dato' Bahaman agar tidak lagi menyertai perjuangan pahlawan itu.
Pengumuman itu menyebabkan ramai pejuang Melayu menyerah diri. Namun pengampunan itu tidak termasuk Dato' Bahaman.
Pada 9 Mac 1892, Dato' Bahaman dan kira-kira 50 pengikut setianya sekali lagi pergi menyerang balai polis Lubuk Terua dan berjaya menawannya dengan mudah. Kejayaan itu menyebabkan beberapa penduduk kembali menyertai perjuangan Dato' Bahaman.
British segera bertindak. Sepasukan tentera tempatan yang diketuai Tengku Ali bersama sepasukan tentera British bergerak ke Lubuk Terua untuk menentang pejuang Melayu itu, tetapi sebaik sampai, mereka mendapati lokasi itu sudah lengang. Berang dengan keadaan demikian, British bertindak membakar Kampung Cempaka dan Kampung Balok.
Mereka juga menawarkan 1,000 ringgit kepada sesiapa yang berjaya menangkap Dato' Bahaman, tetapi tawaran itu tidak mendapat sambutan. Orang Melayu masih menyokong perjuangan pahlawan itu secara sembunyi.
Dato' Bahaman kembali berlindung di hutan dan melatih pasukannya. Ketika itulah beberapa pembesar lain antaranya Tok Gajah dan anaknya, Mat Kilau; Awang Nong, Teh Ibrahim dan Mat Lela menyatakan sokongan mereka secara rahsia untuk menentang British.
Tidak lama kemudian, Dato' Bahaman dan pengikutnya keluar daripada persembunyian mereka lalu menawan Batu Hampar. Mereka seterusnya menyerang dan menawan Lubuk Terua. Pasukan British terus dikalahkan dan terpaksa berundur menyebabkan daerah Semantan kembali dikuasai Dato' Bahaman.
British kembali menghasut sultan supaya menentang Dato' Bahaman. Ini membuatkasn sultan mengarahkan Tengku Ali dan Tok Gajah menyerang Dato' Bahaman di Batu Hampar. Walaupun serba salah, Tok Gajah terpaksa menurut titah sultan.
Dua pembesar itu terus menyerang Dato' Bahaman, tetapi sekali lagi Dato' Bahaman berjaya melepaskan diri ke dalam hutan. Pasukan British yang diketuai oleh Wise tetap mahu memburunya, tetapi Tok Gajah enggan membantu dan menyertai pasukan British lagi.
Tok Gajah dan Mat Kilau mula menyertai perjuangan Dato' Bahaman. Bersama rakan seperjuangan baru, mereka terus menyerang balai polis dan lokasi British. Penyertaan Mat Kilau dan Tok Gajah menyebabkan British semakin cemas dan takut. Mereka membawa lebih banyak pasukan bantuan ke Pahang untuk menumpaskan pejuang Melayu berkenaan.
Serangan daripada pasukan yang lebih ramai di pihak British menyebabkan Dato' Bahaman dan pakatannya tidak lagi mampu bertahan. Beliau mengambil keputusan berundur ke Kelantan yang ketika itu berada di bawah pemerintahan Siam.
British terus meminta bantuan Siam untuk menangkap Dato' Bahaman menyebabkan pahlawan itu melarikan diri ke Terengganu. Kerajaan Siam mengutuskan dua pegawainya, Luang Visudh dan Luang Swat mengetuai angkatan Siam ke Terengganu bagi menangkap Dato' Bahaman.
Selepas lama memburu, dua pegawai Siam itu akhirnya berjaya menawan Dato' Bahaman, Awang Nong, Mat Lela, Teh Ibrahim, Mat Wahid dan Pak Lang Yusoh pada 1895. Tok Gajah dan Mat Kilau berjaya menyembunyikan diri dalam hutan dan akhirnya dianggap sudah mati oleh British.
Dato' Bahaman yang ditahan itu kononnya dibawa ke Bangkok pada November 1895.
Nota: Sebenarnya, Dato' Bahaman telah melarikan diri dari Kelantan melalui Gerik untuk tinggal di Larut (Port Weld), tempat lama beliau ketika Perang Larut.
** Kisah Tuksu sewaktu menjadi pelarian...
Ketika di Larut, masa tu kemarau jadi keretapi hantar air dengan tangki - tapi Cina lombong jenis bertocang (macam pelakon shaolin temple) keras hati - berebut air, tolak-menolak sampai berbunuh. "Apa lagi... tuk naik dok belah ataih tangga (gerabak)... tuk terajang sekor-sekor; dengan tong ayaq (tong minyak gas) tu tuk hentak muka depa pecah kedarah, tapi depa dok berebut camtu la juga."
"Bila buat camtu bru la orang kita Melayu ni dapat amik ayaq... buka paip, lambat pulak ayaq tu keluaq, mai lagi CIna yang lain pulak... kena hentak lagi. Pecah muka," jelas Tuksu lagi.
"Depa tak lawan ka Tuksu?" teman bertanya.
Lama dia terdiam sambil memerhatikan sekeliling. "Berani depa nak lawan... muka dah pecah sorang ke sorang. Depa bawa geng 6-7 orang... 10 orang pun ada, mengenghuh kat situ juga masuk utan lalang! Tak menguik (tak bergerak lagi!) dah."
"Masa kat Matang tu... lari dari Selangor, tuk bawa satu anak raja - depa nak bunuh. Tu la satu-satu waris, muda lagi.... Lama dia kat Matang, mati pun di situ," jelas Tuksu bila dia mengingatkan kisah perang saudara Selangor angkara Tunku Kudin, menantu Sultan Abdul Samad dari Kedah yang tidak sedar diri itu. Matang adalah bandar Taiping sekarang. Apa sakitnya anak raja itu tak pula diceritakan oleh Tuksu.
Ya la... anak murid lain tak berani nak bertanya. Saya bertanya sebab tau sikit hal sejarah... kemudian Tuksu sentiasa pejam mata, diam! Apabila dipanggil (kerana nak bertanya pun), dua kali panggil - takde respons lagi (tak terusik pun). Masuk yang ketiga kali... lama baru dia buka mata, tanpa suara - diperhatikan dengan pandangan yang redup. Bila tengok dia dah bersedia baru saya berani ulang soalan yang sama - bertanya. Itupun dia tidak terus jawab... dia tarik nafas, toleh kanan-kiri baru baru dia bercerita.
"Tu la orang kata barua omputih... memang tak guna. Depa tak kira apa dah," sahut Tuksu. Namun saya tidak faham maksudnya. Nak tanya lagi tak berani... kami sekadar mendengarkan sejauh mana yang dia nak cerita. "Depa sanggup gadai semua."
"Sebenarnya, catatan tuk tu ada banyak - kisah-kisah lama, ada satu buku, tapi tuk betina hang dah bawa," jelas Tuksu seakan kesal apabila menceritakan saat perpisahan dengan isterinya sewaktu di Gerik pada waktu awal kemasukan tentera Jepun ke sana.
"Jepun ni loklaq... masa tu tuk baru kawin, jadi kelambu tu dok tengah umah.... Dulu, umah mana ada bilik... tu la bilik, tu la dapoq; buka je pintu nampak la," jelasnya sedikit tersengih (nak ketawa - lucu kot!). "Dia serbu masuk je... tambah bila tengok kelambu. Lapaq! Ya la... askar Jepun dah lama tinggalkan negeri depa. Perang."
"Masa Jepun baru masuk... orang kampung abis lari masuk utan, ke bukit," jelasnya sambil mengingat. "Tuk ketua pun ajak lari... ada kawan-kawan pun ajak, tapi err... tuk ni jenis keras sikit. Tuk tak suka nak kalah klu tak berlawan."
Kami mendengarkan dengan penuh tekun.
"Hang pi la... ikut orang kampung tu semua, selamatkan diri," jelas Tuksu ketika menceritakan detik perpisahan dengan isteri yang baru dinikahinya itu. "Ni khazanah aku... hang bawa la - selamatkan diri hang. Aku ni... tak tau la lagi. Kalau ada rezeki, kita kan jumpa lagi."
Tuk su serahkan buklu catatan dan ada 'benda lain' lagi kepada isterinya itu. "Berat nampak dia nak berpisah dengan tuk, tapi tuk kata kat dia - hang pi la. Kalau ada jodoh, selesai ni semua kita kan jumpa." Itulah detik yang menyayatkan. Cuma, lagak pahlawannya nampak ketara... tak terusik pun hatinya dengan perpisahan itu.
"Nape tuk tak pi ikut sama... dengan orang kampung?" saya bertanya.
Tuksu menggeleng. Lama kemudian dia menyambung - perlahan, "Tuk tak boleh la...." Dia seakan kesal. Betapa gigih dan komitednya dia terhadap perjuangan (dalam menghadapi musuh). "Tuk pun dah agak... mesti jadi hal punya!". Jadi, ini mengingatkan saya bagaimana cekapnya Tuksu dalam ilmu perburuan seperti yang disebutkan dalam artikel di atas. Dia menunggu musuhnya..."
"Masa tu orang Jepun dah sampai pekan (Gerik). Tuk tunggu di balik pintu... bagi renggang sikit pintu tu," jelas Tuksu. "Bila dia terpa je naik tangga, selak je pintu (daun pintu), bila ternampak kelambu... 'harai... harai,' katanya; dia mesti ingat ada pompuan kat dalam tu. Dia pun terpa naik. Hah, masa tu la tuk pelupuh - mengeruh sekoq!"
"Yang lain dok standby kat bawah... depa tak tau. Tuk tarik yang dah kena tu ke balik pintu. Tuk turun kot belakang... huh, dapat lima orang lagi; mulih dengan tuk," cerita Tuksu seterusnya.
"Err... tuk geluh depa ka?" saya bertanya kehairanan.
"Huhh...," dia menyeringai sambil mengangguk perlahan. "Sejak tu tuk lari... kalau tak satni depa cari. Tuk terus ke kola Sepetang (Port Weld)." Macam mana perjalanannya dari Gerik tidak pula dia ceritakan. "Tuk dok di laut... pasei kalau di darat, mesti depa cari punya. Tuk dok dalam sampan... berumah dalam sampan - menyorok di balik pokok-pokok bakau. Malam baru tuk naik ke darat."
"Berapa lama tu, tuk?" saya bertanya. Hairan.
"Err... sepanjang musim Jepun tu la. Berapa? Tiga tahun lebih, kan?"
"Apa yang tuk buat kat dalam laut tu?"
"Tengok la... kalau ada tongkang bawa beras dari Siam ke Singapura, tuk rampas...," jelasnya perlahan. "Cina tu pun semuanya samseng. Abih... dengan tuk!"
"Pastu... tuk buat apa dengan beras tu?"
"Masa tu... beras kan susah nak dapat. Orang kita makan ubi je... tu yang kena sakit biri-biri, sembab pasei dok asyik makan ubi," sahut Tuksu. "Tuk bawa la beras tu bagi kat orang kampung di darat tu. Baru la depa merasa makan beras...."
"Sampai la ke Kola Terung tu... tuk bagi beras," katanya lagi.
Dia pun tidak bercerita banyak mana beras yang dibawanya itu. Tentulah satu tongkang isinya sebab habis awak-awaknya dia kerjakan!

Dato' Bahaman yang tidak diiktirafkan oleh kerajaan Pahang

Masa itu kerajaan Siam menguasai Terengganu, Kelantan,
Kedah, Seberang Perai hingga ke Larut di Perak.