Penjelasan kepada surah Al-A'raaf atau 'THE HEIGHTS' dalam post sebelum ini. Penjelasan ayat ke-11 yang merangkumi maksud keseluruhan surah yang diturunkan;
"And We created you, then fashioned you, then told the angels: Fall ye prostrate before Adam! And they fell prostrate, all save iblis, who was not of those who make prostration."
("Sesungguhnya telah Kami jadikan kamu (iaitu bapamu, Adam), kemudian Kami bentuk rupamu, kemudian Kami berkata kepada malaikat: Tunduklah kamu kepada Adam! Lalu mereka itu tunduk, kecuali iblis (bapa setan). Dia tidak termasuk orang-orang yang tunduk").
Maka tersebutlah cerita asal mulanya kejadian Adam a.s, bapa kepada sekelian manusia yang mula-mula. Maka Allah swt pun berfirman kepada sekelian malaikat: "Sesungguhnya, Kami akan menjadikan Adam (iaitu manusia) sebagai khalifah di muka bumi."
Maka sahut para malaikat: "Mengapakah Engkau jadikan orang yang akan berbuat bencana di muka bumi, sedangkan kami amat taat mengikut segala perintah-Mu?"
Maka firman Allah: "Kami lebih tahu tentang yang demikian itu."
Setelah Allah swt menjadikan Adam a.s. maka diberi-Nya ilmu pengetahuan, sehingga Adam a.s. tahu beberapa barang serta dengan namanya. Lalu barang-baran itupun dibawa kepada para malaikat.
Maka firman Allah: "Cubalah kamu terangkan, apakah nama-nama barang ini?"
Sahut malaikat: "Demi Allah, kami tiada mengetahui tentang barang-barang itu."
Kemudian Allah berfirman kepada Adam a.s.: "Cubalah engkau terangkan kepada mereka akan nama barang-barang itu." Lalu Adam a.s. pun terangkan satu persatu.
Allah berfirman: "Sujudlah kamu sekelian kepada Adam!" Lalu mereka itu sujud kesemuanya, kecuali iblis (iaitu bapa kepada setan dan jin). Dia enggan serta menyombongkan diri, sehingga dia menjadi kafir.
Kemudian tinggallah Adam a.s. serta isterinya dalam syurga (kebun kesukaan dan kesenangan), serta kedua-duanya Allah berikan kesempatan makan buah-buahan yang ada di dalamnya dengan penuh suka-ria. Cuma ada satu pohon kayu. Maka Allah melarang keduanya daripada menghampiri pohon tersebut.
Tidak berapa lama kemudian datang setan (iblis) memperdayakan Adam serta isterinya itu supaya makan buah pohon kayu yang terlarang itu. Dia menjelaskan dengan perkataan yang lemah-lembut bahawa dia datang hanya untuk memberikan nasihat.
Katanya: "Jika engkau makan buah pohon kayu itu nescaya engkau akan tetap dapat tinggal dalam syurga ini serta menjadi raja."
Akhirnya, maka terpedayalah kedua-duanya oleh tipuan setan itu sehingga mereka makan buah pohon berkenaan. Setelah dimakan, ia seakan mabuk tanpa dapat mengawal diri sehingga nampak kemaluan mereka yang tidak bertutup - bertelanjang bulat! Maka untuk menutup kemaluan itu maka kedua-duanya pun mencapai daun pohon kayu yang luas dalam kebun berkenaan.
Allah berfirman: "Mengapakah kamu makan buah pohon itu, pada hal Kami telah melarangnya?"
Kedua-duanya berkata: "Ya Allah, kami telah aniaya kepada diri kami. Oleh sebab itu ampunkanlah dosa kami. Jika tidak Engkau ampuni nescaya kami termasuk dalam kalangan orang yang merugi."
Allah berfirman: "Keluarlah kamu sekelian dari dalam syurga ini, sedang kamu dengan yang lain-lain akan bermusuhan. Tinggallah kamu di muka bumi dengan bersuka-ria sehingga tiba ajal kamu."
Kemudian keluarlah mereka dari dalam syurga kesenangan itu - pindah mengharungi gelombang hidup yang sampai sekarang, kita anak-cucu Adam a.s. menerima pusakanya. Inilah hikayat kejadian asalnya Adam a.s. menurut yang diterangkan oleh kebanyakan ahli tafsir.
Dalam kisah tersebut ada kiasannya untuk melakarkan bagaimana kehidupan manusia pada masa purbakala. Begitu juga kehidupannya sejak dari kecilnya lagi. Manusia purbakala hidup dalam kesenangan, makan buah-buahan dari pohon kayu dengan sekehendak hatinya. Sedangkan pada waktu itu mereka tidak berpakaian apa-apa - bagaikan anak kecil yang di waktu kecilnya hidup penuh dengan kesenangan. Mereka tidak berasa susah - keluar dari syurga menjadi lelaki dan perempuan yang kemudiannya harus bekerja untuk mencari kehidupan masing-masing.
"And We created you, then fashioned you, then told the angels: Fall ye prostrate before Adam! And they fell prostrate, all save iblis, who was not of those who make prostration."
("Sesungguhnya telah Kami jadikan kamu (iaitu bapamu, Adam), kemudian Kami bentuk rupamu, kemudian Kami berkata kepada malaikat: Tunduklah kamu kepada Adam! Lalu mereka itu tunduk, kecuali iblis (bapa setan). Dia tidak termasuk orang-orang yang tunduk").
Alam di balik sana...
Maka tersebutlah cerita asal mulanya kejadian Adam a.s, bapa kepada sekelian manusia yang mula-mula. Maka Allah swt pun berfirman kepada sekelian malaikat: "Sesungguhnya, Kami akan menjadikan Adam (iaitu manusia) sebagai khalifah di muka bumi."
Maka sahut para malaikat: "Mengapakah Engkau jadikan orang yang akan berbuat bencana di muka bumi, sedangkan kami amat taat mengikut segala perintah-Mu?"
Maka firman Allah: "Kami lebih tahu tentang yang demikian itu."
Setelah Allah swt menjadikan Adam a.s. maka diberi-Nya ilmu pengetahuan, sehingga Adam a.s. tahu beberapa barang serta dengan namanya. Lalu barang-baran itupun dibawa kepada para malaikat.
Maka firman Allah: "Cubalah kamu terangkan, apakah nama-nama barang ini?"
Sahut malaikat: "Demi Allah, kami tiada mengetahui tentang barang-barang itu."
Kemudian Allah berfirman kepada Adam a.s.: "Cubalah engkau terangkan kepada mereka akan nama barang-barang itu." Lalu Adam a.s. pun terangkan satu persatu.
Allah berfirman: "Sujudlah kamu sekelian kepada Adam!" Lalu mereka itu sujud kesemuanya, kecuali iblis (iaitu bapa kepada setan dan jin). Dia enggan serta menyombongkan diri, sehingga dia menjadi kafir.
Kemudian tinggallah Adam a.s. serta isterinya dalam syurga (kebun kesukaan dan kesenangan), serta kedua-duanya Allah berikan kesempatan makan buah-buahan yang ada di dalamnya dengan penuh suka-ria. Cuma ada satu pohon kayu. Maka Allah melarang keduanya daripada menghampiri pohon tersebut.
Tidak berapa lama kemudian datang setan (iblis) memperdayakan Adam serta isterinya itu supaya makan buah pohon kayu yang terlarang itu. Dia menjelaskan dengan perkataan yang lemah-lembut bahawa dia datang hanya untuk memberikan nasihat.
Katanya: "Jika engkau makan buah pohon kayu itu nescaya engkau akan tetap dapat tinggal dalam syurga ini serta menjadi raja."
Akhirnya, maka terpedayalah kedua-duanya oleh tipuan setan itu sehingga mereka makan buah pohon berkenaan. Setelah dimakan, ia seakan mabuk tanpa dapat mengawal diri sehingga nampak kemaluan mereka yang tidak bertutup - bertelanjang bulat! Maka untuk menutup kemaluan itu maka kedua-duanya pun mencapai daun pohon kayu yang luas dalam kebun berkenaan.
Allah berfirman: "Mengapakah kamu makan buah pohon itu, pada hal Kami telah melarangnya?"
Kedua-duanya berkata: "Ya Allah, kami telah aniaya kepada diri kami. Oleh sebab itu ampunkanlah dosa kami. Jika tidak Engkau ampuni nescaya kami termasuk dalam kalangan orang yang merugi."
Allah berfirman: "Keluarlah kamu sekelian dari dalam syurga ini, sedang kamu dengan yang lain-lain akan bermusuhan. Tinggallah kamu di muka bumi dengan bersuka-ria sehingga tiba ajal kamu."
Kemudian keluarlah mereka dari dalam syurga kesenangan itu - pindah mengharungi gelombang hidup yang sampai sekarang, kita anak-cucu Adam a.s. menerima pusakanya. Inilah hikayat kejadian asalnya Adam a.s. menurut yang diterangkan oleh kebanyakan ahli tafsir.
Orang asli Afrika yang mencari kehidupan
Hikayat kesah Tok Adam dan Opah Hawa diSyurga,
Bayangannya dialami sama oleh Bani Adam diDunia..