Elias Hj Idris
Amat malang dan tersangatlah malang apabila manusia lari dari cahaya petunjuk kepada kegelapan jahiliyah sesat melarat! Di mana Allah Ta'ala telah mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya keimanan.

Sedangkan sebaliknya, si iblis menarik manusia daripada cahaya petunjuk kepada kefasikan dan kekufuran sedang manusia itu tidak menyedarinya. Cuba lihat ayat dari surah Shaad ini.

82.  "Berkata iblis: Demi kekuasaan-Mu, sungguh akan kusesatkan mereka (Adam a.s dan anak-cucunya) kesemuanya."

83.  "Kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas di antara mereka."

84.  Berfirman Allah:  Demi kebenaran, hanya kebenaran yang Kukatakan."

85.  "Sesungguhnya akan Kupenuhkan neraka jahannam dengan engkau dan orang-orang yang mengikut engkau sekelian."

Di antara tanda kekuasaan Allah swt: yang disampaikan oleh para ulama

Adakah ulama-ulama siddiq itu manusia biasa? Adakah ulama-ulama 'arifin yang diakui ilmu dan taqwa mereka itu manusia biasa? Adakah para wali Allah yang telah mashyur di kalangan Ahlus Sunnah wal Jamaah itu manusia biasa?

Hanya jauhari sahaja yang mengenal manikam! Sedangkan orang biasa tidak dapat membezakan di antara intan dan kaca.

Kebenaran dan kebatilan hanya dapat dibezakan oleh manusia mu'min yang sejati. Mereka melihat dengan terang nyata setiap petunjuk dengan mata hati. Segala keterangan itu bersesuaian dengan dalil-dalil naqli yang termaktub di dalam kitabullah dan sunnah rasulNya! Maka bertambah yaqinlah dengan penglihatan 'ainul yaqin dan haqqul yaqin.

Berbeza pula dengan manusia yang buta mata hatinya. Mereka sentiasa di dalam was-was nafsu dan syaitan. Segala keterangan ulama yang siddiq menjadi racun dalam hati kerana mereka yang sedang dipandu oleh iblis la'natullah.

Adakah ia menghairankan?

Tanda kekuasaan Allah swt: Letusan Merapi

Abu Jahal menghadap wajah Nabi saw setiap hari. Dia mendengar ucapan Nabi swt yang mulia pada setiap hari. Dia mendengar seruan Nabi zahir dan batin, tetapi apa katanya?

Dengan suara yang penuh kesombongan, dia mengatakan bahawa Nabi saw itu cuma manusia biasa. Dia mendabik dada dengan tuhan-tuhan dia yang dia sembah; iaitu Latta dan Uzza. Mengapa dia tidak melihat hakikat kenabian, walaupun Nabi saw kita yang mulia itu berada di depan matanya? Mengapa dia menjadi kafir walaupun dia mendengar ayat-ayat Tuhan Yang Maha Agung.

Adakah anda masih terasa musykil lagi?

Manusia-manusia seperti Abu Jahal, Abu Lahab, Fir'aun, Namrud dsb menjadi 'buta' walaupun cahaya kenabian ada di hadapan mata. Mata hati mereka tertutup. Hati mereka ada 'tutupan' yang menyebabkan mereka tidak melihat akan 'cahaya kenabian'. Maka sahih jadilah mereka itu kafir!

وَمِنْهُمْ مَّن يَسْتَمِعُ إِلَيْكَ وَجَعَلْنَا عَلَى قُلُوبِهِمْ أَكِنَّةً أَن يَفْقَهُوهُ وَفِى ءَاذَانِهِمْ وَقْراً وَإِن يَرَوْاْ كُلَّ ءَايَةٍ لاَّ يُؤْمِنُواْ بِهَا حَتَّى إِذَا جَآءُوكَ يُجَـدِلُونَكَ يَقُولُ الَّذِينَ كَفَرُواْ إِنْ هَـذَآ إِلاَّ أَسَـطِيرُ الاٌّوَّلِينَ

"Dan di antara mereka ada yang mendengarkanmu (membaca Al-Quran), pada hal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak) dan kalaupun mereka melihat tiap-tiap keterangan (dan mukjizat yang membuktikan kebenaran Rasul), mereka tidak juga akan beriman kepada keterangan itu; sehingga apabila mereka datang kepadamu, sambil membantahmu, berkatalah orang-orang yang kafir itu: Ini tidak lain hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu. " -  Al-Anaam: 25

FirmanNya lagi;

{ وَقَالُواْ قُلُوبُنَا فِيۤ أَكِنَّةٍ مِمَّا تَدْعُونَا إِلَيْهِ وَفِي آذانِنَا وَقْرٌ وَمِن بَيْنِنَا وَبَيْنِكَ حِجَابٌ فَٱعْمَلْ إِنَّنَا عَامِلُونَ }

"(And they) the disbelievers of Mecca, Abu Jahl and his host (say: Our hearts are protected) our hearts are shielded (from that unto which thou (O Muhammad) callest us) i.e. the Qur'an and the profession of Allah's divine Oneness, (and in our ears there is a deafness) we do not hear what you say to us, (and between us and thee there is a veil) they covered their heads with their clothes and then said: " O Muhammad! There is between us and you a veil and we do not hear what you say " , to mock him. (Act) according to your religion for your own god so that we are destroyed, (then. Lo! we also shall be acting) for our deities, following our religion, in order to destroy you."  -  Fussilat: 5


Buta mata hati zaman ini

Sebahgaian manusia jahil pada zaman ini adalah terdiri daripada kalangan wahabi-talafi-najdi - kaum muda yang menjadi 'buta' walaupun 'cahaya pewaris Nabi' ada di hadapan mata mereka. Hati mereka gelap dan tertutup dengan kepekatan jahiliyah dan kesombongan iblis la'natullah. Maka jadilah mereka itu sesat !

Seseorang perlu membezakan antara ulama yang benar dan ulama yang palsu. Ulama-ulama yang siddiq adalah pewaris nabi. Sifat-sifat ulama pewaris nabi telah pun dihuraikan oleh para ulama salaf terdahulu.

http://kerjayahalal.blogspot.com/2011/01/siapakah-ulama-pewaris-nabi-shaikh.html

Di antara ulama-ulama besar yang diakui sepanjangn zaman adalah Imam Jailani, Imam Ghazali, Imam Jaafar Siddiq, Imam Hanafi, Imam Malik, Imam Shafie, Imam Hambali, Imam Nawawi, Imam Rafie', Imam Ramli dan ramai lagi ulama Ahlus Sunnah. Menafikan ulama-ulama ini adalah termasuk dalam kekufuran kerana mengengkari perintah Allah dan Rasul-Nya yang mewajibkan ummat mematuhi mereka!

Dusta atas nama Nabi?

Siapa yang melakukan pendustaan ini? Adakah ulama-ulama Ahlus Sunnah yang siddiq itu melakukan pendustaan atas nama Nabi? Atau oran alim jahat yang memakai nama 'ulama'?

Habib Al-Jufrie, Yamen

Pendustaan atas Nabi yang paling besar adalah menafikan dan mengengkari ulama pewaris baginda Nabi Sallallahu Alaihi Wa Sallam yang telah masyhur akan iman dan taqwa mereka! Ulama pewaris nabi yang haq ini adalah pemegang panji-panji agama Allah. Mereka adalah pemegang amanah Allah di atas muka bumi.

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

“Dahulu kaum Bani Isra’il dipimpin oleh para nabi. Setiap seorang nabi meninggal dunia, maka diganti seorang nabi yang lain. Maka sesungguhnya tidak ada nabi yang menggantikan setelah aku meninggal dunia, Namun yang menggantikanku adalah para khalifah. Maka mereka banyak mempunyai pengikut, Sahabat bertanya, “Wahai Rasul apa yang engkau perintahkan pada kami?” Rasul menjawab, “Laksanakan bai'at seperti bai'at pertama kali di hadapan mereka dan tunaikan hak-hak mereka, Kalian mintalah kepada Allah yang menjadi bagian kalian, kerana Allah Ta’ala menanyakan tentang apa yang mereka pimpin.” - riwayat Bukhari Muslim.

Khalifah-khalifah ini adalah pewaris Nabi, dan pemimpin ummat. Mereka adalah ulama dan juru nasihat kepada sekelian ummat Islam.

Sesiapa yang mengikuti mereka akan selamat. Sesiapa yang mengengakari mereka akan karam bersama Fir'aun dan Qarun! Wal Iyazubillah!

Allah Penyelamat orang-orang beriman!

Bencana tsunami di Jepun: tanda kekuasaan Allah jua
4 Responses
  1. Anonymous Says:

    -Apabila Allah mahukan kebaikan keatas seseorang, Dia akan beri kefahaman dalam agama.


  2. Apa yg dirisaukan apabila Dia tidak pernah mau memandang kita; kebaikan lg jauh la.

    Dgnnya kita dh ble tau akan nasib seterusnya. Waliya'uzubillah.


  3. Anonymous Says:

    Masakan Dia tidak memandang sedang 'jaga' dan 'tidur' kita tertakluk dalam perhatian dan pemgawasanNya.


  4. 'Tidak memandang' tu bersekali dgn perhatian & pengawasannya. Bkn sifat-Nya jika Dia mesti lakukan sesuatu itu secara 'satu persatu'. Maha Besar Dia.