Elias Hj Idris
Hindu Rights Action Force
No. 135-3-A, Jalan Toman 7,
Kemayan Square,
70200 Seremban, Negeri Sembilan,
Malaysia. Tel : 06-7672995/6 Fax: 06-7672997
Email:  waytha@hotmail.com

MUSTAHAK

15.11.2007

The Rt. Hon. Gordon Brown,
Prime Minister of the United Kingdom,
10 Downing Street, Fax: +442079250918
London, SW1A 2AA


Kehadapan Tuan-tuan,

RE: 
1. Rakyat dari etnik India Komanwel yang cinta pada keamanan di Malaysia dianiaya oleh pengganas dan ekstrimis Islam yang didukung kerajaan (Malaysia) telah melancarkan satu serangan ganas bersenjata pada jam 4.00 pagi (15.11.2007) dan telah memusnahkan kuil hindu Mariaman Kampung Jawa.

2. Rayuan agar kerajaan United Kingdom membawa usul tergempar ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengutuk “pembersihan etnik (india) di Malaysia.

3. Rayuan agar Malaysia di heret ke mahkamah antarabangsa dan mahkamah jenayah antarabangsa di atas jenayah terhadap etnik minoriti India.

Kami merujuk kepada perkara kritikal di Malaysia seperti di atas secara lazimnya tidak mendapat perhatian di dalam negara termasuk dari parti pembangkang, badan bukan kerajaan, suruhanjaya hak asasi manusia dan media kerana secara lazimnya dianggap tidak signifikan dari segi politik, tidak membawa masuk dana antarabangsa dan tidak layak menjadi bahan berita. Bertentangan dengan imej yang dibawa oleh kerajaan Malaysia kepada masyarakat dunia di mana negara Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pemikiran Islam moden adalah tidak benar.


Masyarakat minoriti etnik India di Malaysia telah dibawa masuk oleh British lebih kurang 200 tahun dahulu. Sejak kemerdekaan 1957 etnik India Malaysia telah dijajah secara kekal oleh fundamentalis Islam dan chauvinis melayu Umno yang menerajui kerajaan Malaysia.

Antara kekejaman terkini kerajaan ini (Malaysia) adalah sepeti berikut;


1.  Lebih 100 orang India telah ditetak dan dibunuh oleh kerajaan (Malaysia) yang dikepalai oleh Umno dalam pembunuhan beramai-ramai skala kecil di Kampung Medan. Rayuan telah dibuat berulang-kali namun suruhanjaya hak asasi manusia enggan untuk melakukan siasatan awam. Mahkamah yang diperkuda Umno telah menolak saman sivil untuk kepentingan awam agar siasatan awam dijalankan tanpa pembelaan dari kerajaan Malaysia yang diterajui oleh umno. Peguam Negara dan Ketua Polis Negara yang diperkuda Umno enggan menjalankan siasatan atau menjalankan inkues ke atas pembunuhan sekurang-kurangnya 6 orang India di dalam tragedi ini.

2.  Setiap minggu secara purata seorang terbunuh kerana polisi tembak untuk bunuh (shoot to kill policy) oleh pihak polis dan setiap 2 minggu seorang terbunuh di dalam tahanan pihak polis. 60 peratus dari mangsa bunuh oleh pihak polis ini adalah di kalangan etnik India yang merupakan 8% dari populasi rakyat Malaysia.

3.  Setiap tiga minggu, sebuah kuil Hindu dirobohkan di Malaysia. 
Perobohan terkini adalah kuil Mariaman di Padang Jawa Shah Alam Selangor pada awal pagi (15.11.2007) dan perobohan seterusnya adalah kuil Hindu (Mutaiya) di Sungai Petani pada 29.11.2007.

Satu serangan ganas awal pagi jam 4.00am telah dilancarkan oleh kerajaan Malaysia yang diterajui Umno dibantu oleh lebih kurang 600 anggota polis, polis rusuhan, pelampau Islam dan pengganas bersenjata Islam dan telah memusnahkan kuil sama sekali.

Pada serangan dua minggu lalu, polis berpakaian seragam, polis rusuhan dan pegawai majlis perbandaran membaling batu dan menyerang penganut Hindu yang tidak bersenjata dengan pisau, kayu dan batang besi.

Sekurang-kurangnya 20 orang penganut Hindu cedera parah dan 19 orang telah ditahan polis termasuk 4 orang peguam yang dilatih di United Kingdom yang bertentangan dengan perkara 5 (hak untuk hidup), perkara 8 (kesaksamaan), perkara 11 (kebebasan beragama) seksyen 295 Kanun Keseksaan, meruntuhkan rumah ibadat Seksyen 296 Kanun Keseksaan (mengganggu perhimpunan keagamaan), Seksyen 298a Kanun Keseksaan (menyebabkan suasana tidak harmoni kaum) Seksyen 441 Kanun Keseksaan (pencerobohan jenayah).

Pihak berkuasa ini berfikiran tidak tertakluk pada undang-undang dan secara bebas mengambil tindakan undang-undang di tangan sendiri . Kekejaman ini langsung tidak berlaku hampir kesemua di rumah ibadat Islam. Sila layari www.policewatchmalaysia.com untuk butiran lanjut.

4. Diskriminasi tajaan kerajaan (Malaysia) ini melibatkan pengambilan pelajar etnik India ke universiti awam, sekolah jenis kebangsaan Tamil, pengambilan ke institut kemahiran, perkhidmatan awam dan peluang pekerjaan sektor swasta, perniagaan dan peluang memperoleh lesen dan setiap aspek kehidupan seharian.

Walaupun ratusan surat telah dihantar, rayuan demi rayuan dibuat dan pengakuan kepada raja-raja Malaysia dan sultan, Perdana Menteri, Peguam Negara, Ketua Polis Negara, menteri , Ketua Menteri dan yang terkini surat kami kepada Perdana Menteri bertarikh 29/10/2007 dan 30/10/2007 dan kepada Peguam Negara bertarikh 1/11/2007. Namun begitu pihak berkuasa Malaysia meneruskan diskriminasi ini dengan lebih ganas dan sewenang-wenangnya tanpa mempedulikan perlembagaan dan undang-undang Malaysia. Maka, bantulah kami.

KESIMPULAN
Kami khuatir masyarakat Tamil India yang cintakan keamanan yang ditekan dan dianiaya lebih teruk saban hari ini mampu mejadikan mereka pengganas seperti apa yang berlaku kepada orang Tamil Sri Lanka.

RAYUAN
Pihak kami komited kepada perjuangan aman dan mengikut lunas undang-undang dan berdoa dan merayu kepada kerajaan United Kingdom agar:
1. Membawa usul tergempar ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi mengutuk kekejaman tajaan kerajaan (Malaysia) dan penganiayaan etnik India Malaysia.

2. Merujuk Malaysia ke mahkamah dunia dan mahkamah jenayah antarabangsa kerana jenayah yang dilakukan terhadap etnik minoriti India yang merupakan rakyat Malaysia.

Terima kasih,


Yang Ikhlas,
P. Uthayakumar
Penasihat undang-undang HINDRAF.
013-3504711


**(Oleh kerana rakyat Malaysia mudah lupa, TTKM menterjermah dan menerbitkan semula memorandum HINDRAF kepada perdana menteri United Kingdom pada 15 Nov 2007 yang ditulis oleh penasihat undang-undang Hindraf, P. Uthayakumar, juga abang kepada P. Waytha Moorthy yang ketika itu pengerusi Hindraf. Waytha kini pula merupakan menteri perpaduan yang dilantik oleh perdana menteri, Tun Dr Mahathir.  – Editor TTKM)
0 Responses