Elias Hj Idris


ICERD (International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination) BUKAN ACUAN KITA.
INI ANTARA SEBAB KENAPA MALAYSIA TIDAK PERLU MENERIMA/MERATIFIKASINYA:-


1. Kerajaan dan beberapa pihak mengusul untuk Malaysia menandatangani dan meratifikasi ICERD. Mereka mengatakan Malaysia harus mengikut jejak majoriti negara didunia, dan sudah tiba masanya setelah lama Malaysia enggan melakukannya.

2. ICERD adalah konvensyen antarabangsa yang mewarisi asas penting daripada Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia 1948, dan terlebih dahulu Magna Carta 1215. Secara sejarahnya, definisi hak asasi ini dibentuk beracuankan pemahaman barat.

3. Walaupun telah banyak negara menandatangani ICERD, tetapi masih banyak negara belum meratifikasikannya. Ratifikasi secara mudah bermaksud bersetuju untuk terikat dengannya. Malaysia masih belum menandatangani, apatah lagi meratifikasikannya.

4. Pelbagai pihak melihat perkara ini sebagai satu langkah mundur dan kuno. Walhal Malaysia punya acuan sendiri bersendikan Perlembagaan Persekutuan dan kontrak sosial, dan sering menjuarai isu hak asasi, dalaman, serantau mahupun dunia walaupun tidak meratifikasi ICERD.

5. Malaysia antara yang terawal menentang apartheid di Afrika Selatan secara terbuka, bahkan pelopor keamanan ketika penyembelihan kaum di Serbia, Kosovo dan Rohingya. Ketika itu barat dan NATO masih berselimut.

6. Hak asasi acuan Malaysia sangat unik kerana ia mengiktiraf beberapa perkara, yang pada skala ICERD merupakan satu diskriminasi, tetapi pada skala Malaysia, adalah satu rahmat bertunjangkan kontrak sosial. Ciri-ciri uniknya ialah berkenaan agama Islam, orang Melayu dan Bumiputera.

7. Melalui Perlembagaan Persekutuan, Islam diiktiraf sebagai agama rasmi, namun agama lain tetap bebas diamal. Pun begitu, penyebaran agama lain kepada orang Islam adalah dilarang, walaupun penyebaran Islam kepada sesiapa jua tidak dihalang. Ini adalah kompromi awal atas kehendak Raja-Raja Melayu yang menjadi tonggak agama Islam, suatu agama yang diamal secara turun temurun di Tanah Melayu.

8. Kaum Melayu juga diberi beberapa keistimewaan. Ada institusi awam yang menjaga kepentingan Melayu seperti MARA, MRSM, UITM dsb. Ada juga peruntukan khas pemilikan tanah tertentu dibawah skim Tanah Rizab Melayu.

9. Keunikan yang disebut diatas menjadikan Malaysia negara yang hampir bebas konflik dan pertumpahan darah (kecuali tragedi 13 Mei). Rakyat hidup dalam harmoni sedang keistimewaan penduduk asal iaitu kaum Melayu dihormati.
10. Soalnya, kenapa perlu kita mengambil acuan hak asasi barat, sedangkan acuan kita lebih sejahtera, dan sesuai.

11. Dikalangan ahli politik dan akademik juga ada mencadangkan untuk kita meratifikasi ICERD dengan “reservation”, sebagai jalan tengah untuk tidak menolak secara total tuntutan antarabangsa. Reservation, secara mudah bermaksud pengecualian yang dibuat sendiri oleh negara terbabit. Kata mereka, Artikel 2.2. boleh dikecualikan.

12. Sejarah menunjukkan bahawa pengecualian yang dibuat oleh pelbagai negara didunia terhadap ICERD berkisar tentang Artikel 4 dan 22. Artikel 4 adalah berkenaan idea atau teori sesuatu kaum itu lebih utama daripada kaum lain, dan Artikel 22 adalah berkenaan rujukan kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

13. Negara-negara seperti Afghanistan, Bahrain, China, Cuba, Egypt, Equitorial Guinea, India, Indonesia, Iraq, Israel, Kuwait, Lebanon, Libya, Madagascar, Morocco, Mozambique, Syrian Arab Republic, Thailand, Turkey dan Vietnam mengecualikan Artikel 22, manakala negara seperti Australia, Austria, Bahamas, Belgium, France, Ireland, Italy, Japan, Malta, Monaco, Nepal, Papua New Guinea dan Switzerland mengecualikan atau mendefinisikan semula Artikel 4.
14. Hanya beberapa negara yang membuat pengecualian Artikel 2 secara spesifik termasuk Monaco, Switzerland dan Singapura, itupun berkenaan dengan undang-undang mereka tentang kemasukan buruh asing.

15. Pengecualian ini pula, sekiranya melanggar matlamat asal ICERD boleh dibantah oleh negara lain, dan diisytihar tidak sah. Ya, pengecualian boleh jadi tidak sah.
16. Arab Saudi yang meletakkan Syariat Islam sebagai sumber tertinggi hukumnya pada 23.9.1997 membuat pengecualian berikut:- “[The Government of Saudi Arabia declares that it will] implement the provisions [of the above Convention], providing these do not conflict with the precepts of the Islamic Shariah”

17. Pengecualian Arab Saudi tersebut telah dibantah keras oleh beberapa negara seperti Austria, Finland, Germany, Norway, Spain dan Sweden. Kata mereka pengecualian sedemikian melanggar matlamat asal ICERD.

18. Yemen juga membuat pengecualian yang penuh kontroversi. Yemen mengecualikan negaranya daripada aplikasi Artikel 5(c) dan 5(d)(iv), (vi) dan (vii). Artikel 5(c) adalah berkenaan hak penyertaan dalam politik dan pilihanraya yang perlu dijamin, manakala Artikel 5(d)(iv) adalah hak untuk kahwin dan memilih pasangan, (iv) hak mewarisi harta, (vii) kebebasan berfikir, kesedaran dan agama,
0 Responses