Elias Hj Idris





























LINK FAKTA MENGENAI PENGKHIANAT INI 👇
http://cempedakcheese.com/fakta-mengenai-waytha-moorthy-da…/


SITI NOOR AISHAH DIPENJARAKAN,
MOORTHY DIANGKAT JADI MENTERI PERPADUAN.
DI MANA SIALNYA UNDANG-UNDANG?


Apabila tersebar video Moorthy memburukkan nama tanah air di luar negara, apakah tindakan PDRM? Dakwaan Moorthy melalui video itu berniat jahat, penuh dengan auta (bukan fakta) yang boleh mengancam keselamatan negara.
Apakah fitnahnya tidak bercanggah dengan undang-undang negara?

Rakyat tertanya-tanya, apakah kes sebegini perlu laporan polis untuk PDRM bertindak? Kenapa Siti Noor Aishah, seorang bekas pelajar sarjana, pernah ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1956 (Poca) dan Sosma hanya kerana memiliki 12 buah buku yang didakwa berkaitan dengan kumpulan pengganas?
Pernahkah ada laporan polis terhadap Siti Noor Aishah?

Nampaknya bukan bangsa lain didiskriminasi seperti dakwaan Moorthy. Yang nyata, Melayu pribumi inilah yang didiskriminasikan oleh bangsanya sendiri. Bangsanya yang bernama pihak berkuasa mahupun para menteri. Dasar khianat bangsa sendiri.

Kenapa pihak berkuasa kerajaan sendiri mengamalkan sikap double standard? Pengganas asal ada saja nama Islam, pecah berita ditangkap. Biar pun hanya memiliki buku-buku untuk rujukan pelajaran. Pengganas agama lain, walaupun pernah terlibat dengan pertubuhan bersenjata, didiamkan begitu saja.

Rakyat bertanya, di manakah kesudahan kes P. Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang menghina Islam? (Dia juga bekas Ketua Penerangan LTTE, Sri Langka - pengarang).

Berapa laporan polis yang diperlukan oleh PDRM untuk menahan dan mendakwa Moorthy yang lacur dan lancang? Sepuluh? Seratus? Apakah rasionalnya laporan polis dalam kes yang mengancam keselamatan negara dan perpaduan kaum ini? Apakah tunggu negara berantakan, baru mahu bertindak? Dan apakah pilihan kamu? Sekali lagi mengutip Melayu-Melayu, yang seagama dan sebangsa denganmu?

Apabila kami rakyat marhaen bercakap dengan laras bahasa tersirat kemarahan, kamu tangkap atas nama pencegahan lebih baik daripada rawatan. Baka pendatang pemecah perpaduan pula kamu lantik jadi senator, jadi menteri.

PDRM mahu bukti apa lagi? Rakyat marhaen minta penjelasan.

*#NekadBersamaISLAM*
*#PRU15UntukPAS*
BDA
20/11/2018
0 Responses