Elias Hj Idris
Pada 26 Nov 2018, jam lebih kurang 0230, bertempat di Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam Seafield, USJ 25, SUBANG JAYA telah berlaku insiden pergaduhan di antara sekumpulan lelaki Melayu dan penganut agama Hindu di kawasan kuil.

Hadir
2. Seramai lebih kurang 200 orang yang terdiri daripada penganut agama Hindu telah hadir semasa rusuhan tersebut. Tiada terkesan kehadiran personaliti yang dikenali hadir.

Kronologi Insiden Pergaduhan
3. Pada jam 0200 seramai lebih kurang 140 orang lelaki Melayu dipercayai daripada kumpulan ‘’Selempang Merah’’ dan “Kucing Merah” yang diketuai kanda Nizam Kajang dan Abang Ebar - Kucing Merah, Cheras telah berkumpul di Restoran Nasa Bistro, One City USJ 23. Ahli kumpulan tersebut telah diterangkan berkaitan tugasan mengawal kuil dan dijanjikan bayaran sebanyak RM300 sekiranya berjaya mengawal kuil sehingga ketibaan pihak pemaju One City Development Sdn Bhd dan pihak polis.

4. Pada jam 0230 kumpulan tersebut telah bergerak ke perkarangan kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam dan memasuki kawasan kuil. Kumpulan tersebut telah bertindak menghalau keluar sekumpulan penganut agama Hindu yang berada dalam kawasan kuil.

5. Pada jam 0240 telah berlaku pertengkaran di antara kumpulan lelaki Melayu yang berada dalam kawasan kuil dan penganut agama Hindu yang berada di luar kawasan kuil. Suasana tegang berlaku ekoran provokasi yang dilakukan oleh kumpulan tersebut dan tindakan ahli kumpulan yang melontar objek dari dalam dan luar kawasan kuil.


6. Pada jam 0420,kehadiran penganut Hindu dari kawasan sekitar semakin bertambah dan mereka berkumpul di luar kuil. Kumpulan penganut Hindu yang berada di luar kawasan kuil telah bertindak memotong pagar dan merempuh masuk ke dalam kawasan kuil serta bertindak memukul kumpulan lelaki Melayu yang berada dalam kawasan kuil. Sebahagian daripada ahli kumpulan tersebut telah berjaya melarikan diri melalui pagar di belakang kuil.

Insiden Membakar Kenderaan
7. Pada jam lebih kurang 0500, kumpulan penganut agama Hindu telah bertindak membakar kenderaan yang dikatakan milik kumpulan lelaki Melayu yang masuk ke dalam kawasan kuil. Sejumlah 22 buah kereta dan 5 buah motosikal telah dibakar oleh kumpulan penganut agama Hindu. Walau bagaimanapun,insiden membakar kenderaan telah dapat dikawal setelah kehadiran pihak bomba.

Kecederaan
- 3 orang cedera dari kumpulan Melayu (2 dihantar hospital dan 1 ditangkap cedera ringan)
- 2 orang cedera dari kumpulan kuil
- 1 cedera (anggota polis)

Ulasan
8. Pihak One City Development Sdn Bhd pada awalnya merancang kerja-kerja pemindahan kuil pada hari ini setelah tamat tempoh pengurusan kuil tersebut diambil-alih oleh task force yang bertanggungjawab mencari jalan penyelesaian berakhir pada 22 Nov 2018. Tindakan sekumpulan lelaki Melayu yang masuk ke dalam kawasan kuil telah mencetuskan kemarahan penganut agama Hindu sehingga mencetuskan pergaduhan. Jumlah kehadiran penganut Hindu yang ramai telah menaikkan semangat penganut Hindu untuk terus mempertahankan kuil tersebut.

Setakat jam 1020 kumpulan FRU telah bersurai dan pemantauan diteruskan oleh pihak polis. Arahan Dato’ Pahlawan Selangor memutuskan untuk menangguhkan operasi tersebut dan satu sidang media telah dibuat di IPD Subang Jaya. Pemantauan diteruskan sebarang perkembangan akan menyusul.

Cnp

https://www.facebook.com/fordlynx.lee88/videos/310175109829990/?t=3   -

https://www.facebook.com/ghauso/videos/1950114398358212/?t=156

** video kad pengenalan, kad silat mrk yg terlibat sblm kereta2 mrk dibakar.
0 Responses