Oleh: irwan_budiman
Menurut jalan sanad RSAW, amalan tareqat sufi di mana jalan politik adalah sebahagian daripadanya. Sedangkan sebelum lahirnya RSAW dmokrasi sudah pun wujud. Kajian yang dibuat oleh seorang sahabat tentang asal-usul demokrasi ni mendapati ia telah muncul 100 tahun selepas lahirnya Dajjal. di zaman abad sebelum masihi. Beliau (Dr. Syed Safwan Benyahya: Medan, Indonesia) mendapati Dajjal cuba menguasai dunia sejak di zaman Nabi Musa, Daud, Sulaiman sehingga ke Muhammad, namun gagal. Jika kita dapat simpulkan bahawa sistem demokrasi ini ada kaitan dengan Dajjal sejak ribuan tahun dahulu.
Selepas kelahiran RSAW hati fikir ummat manusia dibina dengan zikir lantaran hati fikir ummat manusia waktu itu telah rosak teruk. Maka dari situlah berkembangnya Islam tauhid tanpa syariat; beberapa tahun sebelum hijrah ke Yathrib.
RSAW berjaya membentuk ummat Islam tauhid tasauf berasaskan zikir yang bersanad. Sistem ini akhirnya menjalar ke setiap urat nadi kehidupan para sahabat. Seluruh hidup mereka segar dengan elemen tauhid tasauf. Makan minum dan gerak diam mereka diikat oleh tauhid tasauf. Adab tertib sentiasa dijaga walaupun ditindas dan diseksa oleh kelompok musyrikin Mekah.
Selepas mendiami Madinah, antara langkah politik RSAW ialah persaudarakan ummat; dengan memisahkan ummat dari kelompok Yahudi. Ummat Madinah dibangunkan seperti mana ummat di Mekah.
Hati fikir mereka dibersih dan dipancarkan nur iman melalui zikir yang bersanad. Kemudiannya itulah yang mencorakkan seluruh kehidupan ummat di Madinah. Politiknya adalah politik yang berteraskan zikir hati dan zikir fikir. Kesatuan ummat dijelmakan melalui solat berjemaah di mesjid. Tidak ada pecah-belah dan tidak ada unsur-unsur Islam demokrat (Islam sosial, Islam liberal atau Islam moderat dll) ketika itu. Mereka satu hati dan satu fikir.
Selepas kewafatan RSAWpara sahabat di kalangan khulafa' ar-rasyidin terus beramal dengan didikan RSAW itu. Mereka tidak sedikit pun mengambil amalan demokrasi. Kesannya, hati fikir mereka menjadikan diri mereka wali Allah - ulama' rabbani; kasyaf pandangan matahatinya. Bukan setakat khalifah semata-mata. Mereka memimpin ummat dengan panduan pancaran ilmu yang bersanadkan RSAW - Islam tauhid tasauf.
Inilah jalan yang diambil pengajaran dan diikuti oleh Salahuddin al-Ayubi dan Muhammad al-Fateh. Kedua-dua tokoh ini mewarisi amalan sanad dari khulafa' ar-rasyidin dalam bentuk tareqat sufi.
Jadi kita tidak hairan jika Allah kurniakan kemenangan dan kemuliaan kepada ummat di zaman kedua-duanya lantaran mendukung amalan kehidupan RSAW sepenuhnya. Sedangkan manusia Islam demokrat sudah mula muncul di kalangan mereka ketika itu. Sejarah telah menyaksikan manusia yang mengambil amalan kehidupan/jalan kehidupan Islam demokrat hancur binasa.
Sejarah juga telah memaparkan keadaan selepas zaman Muhammad al-Fateh.
Ummat Islam tauhid tasauf mula dipasung oleh tentera salib didikan Dajjal. Seluruh negeri di bawah kekuasaan sistem Islam tauhid tasauf hancur lumat dan difaraidkan mengikut sesuka hati mereka. Lantas demokrasi yang muncul di abad sebelum masihi dimodenkan menjadi demokrasi order baru dan dibawa ke setiap negeri jajahan mereka. Tujuannya untuk memastikan Islam tauhid tasauf tidak akan bangkit lagi.
Percayalah musuh ISLAM hari ini tidak akan takut dengan ummat yang beramai-ramai mendirikan solat suboh berjemaah. Mereka tahu selagi ummat mendukung sistem mereka selagi itulah hati fikir ummat dapat dikawal selia dari jauh. Hati fikir ummat tidak akan menyatu selagi sistem demokrasi menjadi kerangka amalan kehidupan ummat. Ia disebabkan sistem demokrasi tidak akan menjadikan ummat sentiasa berzikir siang dan malam 24 jam satu hari satu malam...sebagaimana ummat di zaman RSAW, Salahuddin al-Ayubi dan Muhamad al-Fateh.
Masakan kesatuan hati fikir ummat di zaman kita hari ini di mana-mana mesjid gagal membina kesatuan ummat. Sedang mesjid adalah tempat berhimpunnya ummat ISLAM; dengan mengambil peduli akan segala urusan harian dunia dan akhirat.
Namun begitu mesjid hari ini sudah menjadi medan pepecahan dan nafsu-nafsi. Lantaran sistem yang dipraktik oleh ulama' dan umara' dalam keadaan serba membingungkan sekalian ummat.
Sistem demokrasi mendidik hati fikir ulama', umara' dan ummat berpakaian kebesaran; ke mana sahaja dilayan bagaikan tuan. Sedangkan Islam tauhid tasauf mendidik hati fikir ulama', umara' dan ummat dengan berpakaian faqir; ke mana sahaja minta dilayan bagaikan hamba.
Inilah suasana yang diidami oleh sekalian mukmin yang mengenal erti. Inilah suasana ummat di zaman RSAW, khulafa' ar-rasyidin, Salahuddin al-Ayubi dan Muhammad al-Fateh. Dunia umpama syurga bagi orang kafir dan Islam yang mengambil sistem@jalan hidup orang kafir. Sedang dunia umpama penjara bagi orang mukmin yang mengambil jalan RSAW - dengan amalan Islam tauhid tasauf.

Saban masa... hanya fikir zikir dan zikir - mengingat akan Dia satu-satunya.

Islam Had Hari dah terkubur, datang pula ISLAM TAUHID TASAWWUF...
Tak reti2 lagi ke
salam perjuangan,
jom kita kembali kepada Al Qur'an dan Sunnah utk segala bentuk pertikaian dan masalah
eh, bukan ke sekarang orang pakai ISLAM SATU MALAYSIA?
Tranungdaily, cuba faham baik2. Klu dlm gelap kita takut hantu jgn salahkan gelap tu - salahnya pd diri sendiri!
Wlkm-slm.
DPPNT'ganu, terima kasih kerana turut bersama di blog ni.
Sebenarnya, takde pertikaian. Kita cuma kekurangan rencah dan resepi.
Harus maklum kita ada syariat, hakikat, tarikat dan makrifat. Rasanya, itu yg penulis cuba ketengahkan.
Saya cuma berpegang dgn 1Islam. Namun pecahan & cabangnya usah diabaikan. Bru nampak Islam tu sesuai di sepanjang zaman.